Anda di halaman 1dari 3

Hibah

Hibah merupakan sesuatu pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan
ketika masih hidup dan pelaksanaan pembahagiannya dilakukan semasa waktu penghibah masih hidup
juga. Maksud lain hibah adalah, suatu pemberian kasih sayang yang diberikan sewaktu hidup. Di mana kita
berikan harta kita kepada seseorang waktu hidup dan orang yang kita berikan itu masih hidup. Tanpa ada
pembayaran yang perlu penerima itu lakukan kerana ianya adalah 100% pemberian kasih sayang. Sebagai
contoh kita hibahkan sebuah rumah kepada isteri kita sebagai tanda terima kasih kerana bersama-sama
ketika susah dan senang dan juga kerana mengurniakan anak.

Hibah adalah berbeza dengan ‘ariyah (pinjam), di mana kedua-duanya memberi hak pemilikan kepada
seseorang tanpa balasan, tetapi pemberian hak milik dalam hibah hanya berlaku ke atas zat benda (tamlik
al-‘ain) manakala pemberian hak milik dalam ‘ariyah pula berlaku ke atas manfaatnya sahaja (tamlik al-
manafi’).

Demikian juga pemilikan dalam hibah adalah berbeza dengan pemilikan dalam wasiat,[1] wakaf atau
dhiyafah (penempatan), di mana hak milik dalam wasiat berkuat kuasa serta merta selepas orang yang
mewasiat meninggal dunia.

Begitu juga halnya hibah berbeza dengan wakaf, yang mana penyerahan harta pada jalan Allah yang boleh
dinikmati faedah atau manfaatnya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, sama ada khairat umum atau
khusus.

Dari segi istilah, hibah adalah berbeza dengan pemberian (gift) menurut undang-undang Inggeris, di mana
perkataan ‘pemberian’ itu adalah lebih luas pengertiannya jika dibandingkan dengan hibah, di mana istilah
‘pemberian’ itu lebih umum dan merangkumi semua jenis pindah milik.[2] Manakala pengertian hibah
adalah sempit dan mempunyai konsep undang-undang yang khusus.

Hibah yang dimaksudkan sebagai sedekah ialah pemberian suatu benda kepada seseorang yang
memerlukan bantuan dengan harapan untuk mendapatkan pahala di akhirat kerana Allah. Ia dilakukan
secara langsung daripada pemberi kepada penerima secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan. Ia
juga tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul, meskipun digalakkan dan tidak boleh diletakkan sebarang
syarat dan tidak boleh ditarik balik.

Hibah yang dimaksudkan sebagai hadiah ialah pemberian suatu benda kepada seseorang yang maksud
memuliakan atau sebagai penghargaan kepadanya dan dilakukan kerana Allah. Ia digalakkan oleh Islam
dan dilakukan secara sukarela tanpa balasan. Ia tidak memerlukan ijab dan qabul walaupun digalakkan dan
tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan tanpa kerelaan.[3]

[3] Lihat Naziree Bin Md Yusof, Hibah Dan Aplikasinya di Malaysia, Shariah Law Reports [2006] 2
ShLR, Ed. April – Jun, hlm 38-39.
[1] Wasiat ialah ikrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya, atau manfaat untuk
menyempurnakan sesuatu kebajikan menurut hukum syarak, yang bukan untuk ahli warisnya dan ia
terlaksana selepas individu tersebut mati.

[2] “Gift” menurut kamus Oxford Advance Learner’s Dictionary bermaksud “a thing given willingly
without payment” Lihat Jonathan Crowther, Oxford Advance Learner’s Dictionary, New York, OXFORD
University Press, 1995, hlm 498.

“Gift – A transfer of property by one person to another without valuable consideration with the intention of
benefiting the transferee. The parties are called donor and donee. Gifts are either “inter vivos”, an
irrevocable title vests at once in the donee when the property is delivered. In a gift mortis causa no title
vests in the donee, unless the donor dies within the period contemplated when he made the gift. At any time
before death, the gift mortis causa is revocable.” Lihat Sinha & Dheeraj, Legal Dictionary, Kuala Lumpur,
International Law Book Services, 1996, hlm 87.

Rukun Hibah
Rukun-rukun hibah itu ada empat iaitu pemberi hibah (wahib), penerima hibah (mawhub lahu), aqad hibah
menerusi (sighah) ijab dan kabul, dan adanya barang yang dihibahkan itu (mawhub).

Perbezaan rukun ini mungkin berlaku apabila fuqaha’ lain membahagikannya kepada enam, iaitu dengan
memisahkan antara proses pindah milik dan penguasaan milikan. Di samping itu, perbezaan pendapat akan
menjadi lebih ketara terutamanya dalam perbahasan rukun-rukun yang telah dinyatakan tadi terutamanya
frasa kontrak (sighah) atau lafaz pemberian dan penerimaan.[1]

[1] Mohd. Ridzuan Awang, 1988, “Undang-undang Mengenai Pentadbiran Dan Pengurusan Harta Orang
Islam di Malaysia: Suatu Pengenalan”, Undang-undang Dan Pentadbiran Harta Pusaka Orang-orang
Islam di Malaysia, Selangor: Al-Rahmaniah Publication Sdn. Bhd, hlm 18-19.

Jenis Hibah
Hibah mutlak.
Hibah bersyarat.

Sumber
1. Perihal Hibah dan Hibah Wasiat (https://www.scribd.com/doc/40532989/33/Pengertian-Hiba
h)
2. Apa Itu Hibah (https://smartinvest101.com/apa-itu-hibah/)
Rencana berkenaan Islam ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia
dengan mengembangkannya (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hibah&action=e
dit).

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hibah&oldid=5510944"


Laman ini kali terakhir disunting pada 11:27, 15 Mac 2022.

Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkin
digunakan. Lihat Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

Anda mungkin juga menyukai