Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

ABSTRAK

PENGHARGAAN

PENGENALAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

RUMUSAN DAN CADANGAN

RUJUKAN

LAMPIRAN
ABSTRAK

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan setinggi-tinggi kesyukuran saya ucapkan kepada Allah SWT
kerana dengan limpah kurnianya yang telah memberi keyakinan untuk saya menyelesaikan
kerja kursus Syariah Kertas 4 (930/4) Penggal 2 bagi tahun 2023 ini yang bertajuk
“Pandangan ulama tentang konsep al-qabd dalam hibah”.

Terlebih dahulu saya ingin memberi sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
guru pembimbing saya iaitu Puan Rabiatul Adawiyah binti Abdul Sarif yang telah memberi
tunjuk ajar dan panduan ketika saya sedang menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa usaha
beliau, tidak mungkin saya mampu menyelesaikan kerja kursus ini. Pada masa yang sama,
beliau juga telah banyak menghabiskan masa demi membantu anak-anak muridnya
melakukan kerja kursus ini. Selain itu, saya amat menghargai jasa guru pembimbing saya
kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus saya.

Seterusnya, ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang dikasihi,En. Abd
Rahman Bin Hasan dan Pn. Wan Noraziah Binti Wan Ghazali kerana sering memberi
sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih
yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan bantuan kepada saya dalam
bentuk tenaga dan kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyelesaikan kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian mengenai kerja kursus
saya amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya
maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak lain yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya dijalankan.
PENGENALAN

Hibah adalah harus dalam Islam. Hibah mempunyai pelbagai kesan. Begitu juga, jika hibah
dibatalkan, terdapat beberapa faktor yang menyokong pembatalan.

Hari-hari ini terutamanya pada bulan Ramadan Al Mubarak, terdapat banyak berlaku hibah
yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pahala. Hibah mempunyai
banyak hikmah, sebab itu terbuka kemungkinan untuk mengamalkan hibah. Jadi saya ingin
tahu sejauh mana hibah diamalkan dalam kehidupan tempatan hari ini.

Hukum hibah adalah sunat yang diamalkan dan digalakkan dalam Islam terutama oleh
mereka yang terdekat dengannya. Amalan ini berlandaskan Al-Quran, As-sunnah dan Ijmak.
Lebih khusus lagi, hibah ialah kontrak yang melibatkan seseorang secara sukarela
mendermakan harta mereka kepada orang lain pada satu ketika dalam hidup mereka tanpa
mengharapkan apa-apa balasan.

Sama seperti amalan muammalat yang lain. Hibah juga mempunyai prinsip yang mesti
dipenuhi sebagai prasyarat untuk pelaksanaan hibah. Salah satu tonggak pertama ialah
mendapatkan penerima hibah. Pemberi hibah mestilah orang yang mempunyai kecerdasan
yang sempurna, remaja, kepantasan, dan kebolehan lain. Penerima hibah pula terdiri daripada
sesiapa sahaja, sama ada mukallaf atau tidak, asalkan mereka mampu memiliki harta.

Rukun ketiga terdiri daripada barangan atau harta yang didermakan. Barangan hibah mestilah
barang halal. Kaedah terakhir ialah lafaz sighah iaitu ijab dan qabul. Lafaz hendaklah
menunjukkan pertalian dan persamaan antara ijab dan qabul. Contohnya, "terima kasih" atau
"sama sama".

Oleh itu, pemberian itu akan membolehkan penyelidik menerbitkan pandangan ilmiah
tentang Al-Qabd. Penyelidik menggunakan sumber yang terdapat di perpustakaan dan laman
web untuk menjalankan penyelidikan. Dengan cara ini, pengkaji dapat mendalami pandangan
ulama tentang konsep al-Qabd dalam hibah. 
OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggariskan dua objektif kajian yang mampu dijadikan sebagai
panduan semasa menjalankan kerja kursus ini.

Objektif kajian ini adalah :

1. Memahami konsep hibah dalam Islam.


2. Mengenalpasti pandangan ulama tentang konsep al-qabd dalam hibah.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian adalah suatu kaedah yang digunakan untuk mencari jawapan atau cara
penyelesaian kepada suatu masalah yang hendak dikaji.

Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengumpulan data yang digunakan adalah menggunakan borang
soal selidik dan sumber sekunder. Borang soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan
maklumat tentang konsep hibah dalam Islam serta pandangan ulama tentang al-qabd dalam
hibah.

Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data.
Mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang menyatakan bahawa data yang
diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana
semula jadi memberikan data yang berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik ini
telah diedarkan secara dalam talian. Tujuan borang soal selidik ini diedarkan adalah untuk
memudahkan kerja kajian pengkaji untuk mengkaji jawapan yang telah disediakan oleh
pengkaji. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden mempunyai 2 bahagian.
Bahagian A mengandungi soalan mengenai maklumat peribadi responden. Bahagian B pula
mengandungi soalan tentang pandangan ulama tentang konsep al-qabd dalam hibah. Jawapan
responden adalah berdasarkan aneka pilihan jawapan dan skala likert.
Perkara Tidak Setuju Setuju

Skor 1 2

Jadual 1 : Skala likert

Kaedah Kepustakaan

Melalui kaedah ini pengkaji menjelaskan konsep hibah dalam Islam serta pandangan ulama
tentang konsep al-qabd dalam hibah. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat
melalui analisis dokumen seperti buku-buku ilmiah, risalah dan laman web untuk
mendapatkan maklumat berkaitan.

PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

Konsep Hibah
Bagi mencapai objektif pertama kajian,pengkaji akan menerangkan berkaitan konsep hibah
dari segi pengertian,dalil,hukum dan syarat khiyar.Selain itu,pengkaji juga akan menerangkan
jenis jenis hibah yang terdapat dalam muamalat islam. Pengkaji akan mengemukakan
pandangan dan fakta yang diperoleh melalui buku rujukan dan bahan bacaan berkitan untuk
memastikan fakta da maklumat yang diberikan adalah benar dan sahih
Penjelasan tentang konsep hibah ini amat penting agar semua perkara dan hukum berkaitan
hibah dapat difahami dan dijelaskan dengan sebaiknya kerana ia juga menjadi asas untuk
mencapai objektif kajian yang kedua iaitu mengenal pasti
Pengertian hibah
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.Ia
merangkumi hadiah dan sedekah.Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir
sama.Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu,sedekah ialah satu pemberian yang
bertujuan mendapat pahala di akhirat dan biasanya dari yang kaya kepada yang
miskin.Manakala hadiah pula ialah satu pemberian untuk memuliakan seseorang dan
biasanya ia ada hubung kait dengan sesuatu perkara.,Dengan ini dapat dirumuskan bahawa
setiap sedekah dan hadiah adalah hibah,tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan
hadiah.Hibah dari segi istilah bermaksud suatu akad yang mengandungi pemberian milik
seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya
tanpa balasan (iwad).Berdasarkan buku Pengajian Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid
5,Wahbah Al Zuhaili mengatakan bahawa hibah dalam istilah syarak ialah suatu aqad yang
dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu menukar ganti,kerana dibuat secara sukarela.
Mazhab Hanbali mentakrifkan dengan maksud pemindahan milik barang pemberian yang
harus diselenggara atau digunakan pada harta yang diketahui atau sukar diketahui.
Dari firman Allah SWT Surah An Nisa’ ayat 4:

‫فإن طنب لكم عن شىء منه نفساً فكلوه هنيئا مريئا‬


Terjemahan:kemudian jika mereka denga suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian
daripada mas kahwinnya maka gunakanlah pemebrian (yang halal) itu sebagai nikmat yang
lazat,lagi baik kesudahannya.Tolong menolong sesama kaum keluarga adalah lebih afdal
kerana ia boleh mengeratkan hubungan silaturahim.
Rukun Hibah
Seperti amalan muamalat yang lain,hibah juga mempunyai rukun-rukun yang perlu
dipenuhi.Antaranya ialah:
• Pemberi Hibah
• Penerima Hibah
• Barang yang Diberi
• Sighah
Kebanyakan ulama' yang menghurai pendapat Mazhab berkata bahawa sesuatu pemberian
dapat berjalan dengan sempurna dengan jab sahaja bagi hak pemberi, dan dengan jab dan
qabul bagi hak penerima. Ini kerana hibah adalah 'aqad sukarela atau sumbangan yang akan
lengkap urusan pendermaannya dengan adanya barang yang didermakan sebagaimana dalam
kes pengakuan dan wasiat. Namun penerima tidak boleh memiliki barang hibah melainkan
dengan qabul dan terima serahan, tetapi di dalam Perkara 837 daripada AlMajallah
menyebutkan bahawa: "Sesuatu pemberian dapat berkuatkuasa dengan jab dan qabul dan
disempurnakan dengan penerimaan serahan." Rukun hibah menurut jumhur ulama ada 4 iaitu
pemberi, penerima, barang yang diberi dan sighah (lafaz):
Pemberi :
Pemberi ialah orang yang memiliki barang yang diberi. Jikalau benar la pe milik yang sah,
dia berhak memberi. Menurut pendapat jumhur, sekiranya pemilik barang sakit memberi
sesuatu kepada seseorang, kemudian mati, pemberiannya itu hanya 1/3 (20 peratus) daripada
harta peninggalannya.
Penerima :
Penerima falah semua orang dan seseorang itu harus memberikan semua hartanya kepada
orang lain melalui persetujuan. Manakala pemberian semua hartanya kepada sebahagian
anak-anaknya dalam pemberian adalah makruh hukumnya, menurut jumhur ulama', sekalipun
ada yang berpendapat harus.
Barang yang Diberi :
Segala barang yang dimiliki.Tetapi barang tersebut hendaklah bersifat suci dan halal.
Sighah :
Segala perkara yang dituntut dalam ijab dan qabul berupa perkataan atau perbuatan seperti
lafaz hadiah, hibah, pemberian dan yang seumpama dengannya.
Hukum Pensyariatan hibah
Ijab sama ada secara terus-terang seperti kata pemberi, "Aku berikan barang ini kepadamu",
atau ijab secara tidak terus terang seperti kata pemberi, "Aku telah menyerahkan hakmilik
kepadamu," "Aku telah jadikan barang ini untukmu" atau "Dia untukmu." atau "Aku telah
berikannya." "Aku telah serah untuknya," atau "Aku hadiahkan untuknya," atau "Aku berikan
makanan ini untuknya," atau "Aku bawa kamu di atas tunggangan ini" dan berniat barang itu
sebagai pemberian. Ini kerana menyerahkan barang pemberian atau menjadikan barang
pemberian itu untuk si penerima tanpa perlu mengganti adalah makna sebenar kepada hibah
dan kerana lafaz-lafaz yang lain mengikut keadaan 'uruf manusia atau penggunaan mereka
sudah cukup membawa makna memindah hakmilik.
Hal ini dalam ijab mutlak, sedangkan jikalau ia berhubung dengan sesuatu garinah
(pertalian), ia tidak terlepas sama ada daripada pertalian waktu, syarat atau manfaat." Contoh
ijab yang berhubung dengan pertalian waktu ialah bila pemberi berkata: "Aku beri kamu
mendiami rumah ini sepanjang hayatku, atau aku telah jadikan rumah ini untukmu sepanjang
hayatku, atau sepanjang hayat kamu, atau hayatku. Bila aku mati terlebih dahulu. 12
serahkanlah kepada pewarisku." Ini semua tergolong di dalam hibah yang diberikan kepada
penerima semasa hayat pemberi, dan diserahkan ke- pada warisnya selepas kematian
pemberi. Hukum menerima pemberian itu sah dan ketentuan waktu pula adalah batal,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

‫ فإنه ملن أعمره‬،ً‫ فإن من أعمر شيئا‬،‫ ال تعمروها‬، ‫أمسكوا عليكم أموالكم‬
Terjemahan: Peliharalah dengan baik harta benda kamu, janganlah kamu memberi sesuatu
mengikut usiamu, maka barang siapa yang memberi sesuatu mengikut usia, barang itu
menjadi kepunyaan orang yang menerima pemberian mengikut usia pemberi laitu menjadi
kepunyaan penerima.
Malah hibah tidak terbatal hanya dengan syarat yang rosak, berbeza dengan 'aqad
tukaran harta perniagaan seperti jual beli yang menjadi rosak dengan syarat yang rosak, untuk
menghalang daripada jual beli dan syarat. Contoh ijab yang berhubung dengan syarat:
Pemberi berkata, "Rumah ini untukmu secara menunggu-nunggu"atau tertahan."
Ia berupa suatu pinjaman yang berada di tangan penerima. dan pemberi boleh mengambil
barang pinjaman itu bila saja dia mahu, menurut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad.
Kedua-duanya berdalil kepada satu riwayat daripada Rasulullah S.A.W. bahawa Baginda
mengharuskan pemberian barang mengikut usia dan membatalkan pemberian yang
menunggu-nunggu.
Malahan kata-kata pemberi itu merupakan komentar terhadap pemilik barang yang
berkemungkinan wujud ataupun tiada. Pemilikan barang tidak boleh ada komentar tentang
kemungkinan barang itu ada ataupun tidak, kerana pemberian demikian tidak sah, sebaliknya
hanya sah pinjaman. Ini kerana pemberi menyerahkan rumah kepada penerima dan memberi
kebebasan untuknya mengambil manfaat daripada rumah itu.
Hikmah Hibah
Hikmah yang kita dapat perolehi daripada pemberian hibah adalah akan menimbulkan sifat
kedermawanan dan menghapus sifat kedengkian terhadap orang lain. Pemberian hibah pada
dasarnya di dasari rasa ikhlas dan tidak mengharapkan sesuatu balasan. Dengan melakukan
atau melaksanakan hibah maka seseorang akan menjadi seorang yang dermawan dan tidak
mempunyai sifat dengki erhadap orang lain.
Selain itu, memupuk sifat terpuji iaitu saling sayang menyayangi sesama manusia dan
menghapus sifat yang buruk seperti kebencian, dan sebagainya. Seseorang yang memberikan
hak milik kepada orang lain dengan rasa ikhlas dan tidak mengharapkan suatu balasan
apapun, secara tidak langsung akan menghilangkan rasa iri dengki dan akan mewujudkan
sifat yang terpuji seperti sifat saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Contohnya,
seseorang memberikan hibah dengan rasa ikhlas, maka akan mewujudkan sifat terpuji.

RUMUSAN DAN CADANGAN


RUJUKAN

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai