Anda di halaman 1dari 4

KONSEP WASIAT

Wasiat adalah suatu rahmat Allah swt kepada manusia yang pada mulanya digariskan
dalam Al-qur’an sebagai suatu perintah yang wajib ditunaikan oleh tiap-tiap mukallaf supaya
mewasiatkan hartanya kepada bapa-ibunya dan para kerabatnya yang terdekat.

DEFINISI WASIAT

 Segi Bahasa: berasal daripada perkataaan "wassa" yang bermaksud menghubungkan


atau menyampaikan.
 Segi Istilah : pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau
pihak lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan dengan
perkataan wasiat atau perkataan lain yang menmbawa maksud wasiat dan pemindahan
hak milik tersebut berlaku setelah kematian pewasiat.

HUKUM WASIAT

Hukum wasiat adalah wajib kepada seseorang Islam sebelum ia mati. Berwasiat untuk
memindah milikkan hartanya wajib dibuat kepada ibu bapa dan kaum kerabatnya
sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Qur'an.

‫ف َحقًّا َعلَى‬ ِ ‫ك خ َۡي َرا ۖۚ ۨا ۡل َو‬


ِ ۚ ‫صيَّةُ لِ ۡل َوالِد َۡي ِن َوااۡل َ ۡق َربِ ۡينَ بِ ۡال َم ۡعر ُۡو‬ ُ ‫ض َر اَ َح َد ُك ُم ۡال َم ۡو‬
َ ‫ت اِ ۡن ت ََر‬ َ ‫ب َعلَ ۡي ُكمۡ اِ َذا َح‬
َ ِ‫ُكت‬
ؕ َ‫ۡال ُمتَّقِ ۡين‬

"Kamu diwajibkan, apabila seorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta
(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik
sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa". (Al-Baqarah 2: 180)

Rasulullah ada bersabda;

‫من ما ت على و صيت ما ت على سبيل و سنة و ما ت على تقى و شها د ة و ما ت مغفو را له‬

“ Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati diatas jalan ini
dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan
diampunkan.”
HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN WASIAT

1. Wajib

Hukum wasiat menjadi wajib sekiranya terdapat tanggungjawab yang harus dilaksanakan
kepada Allah swt dan manusia yang harus dilaksanakan.

2. Mustahab

Wasiat hukumnya mustahab (sangat dianjurkan) dalam perbuatan takarrub (pendekatan diri
kepada Allah swt).

3. Haram

Hukum wasiat menjadi haram menurut syara’ jika dia mewasiatkan perkara yang diharamkan
melakukannya seperti mewasiatkan arak, atau mewasiatkan sesuatu yang boleh mencemar
akhlak masyarakat.

4. Harus

Hukum wasiat menjadi harus sekiranya wasiat ditujukan untuk sahabat atau orang kaya.

5. Makruh

Wasiat adalah makruh sekiranya pewasiat seorang kurang berada dan memiliki waris-waris
yang miskin serta memerlukan harta.

RUKUN-RUKUN WASIAT

- Pemberi wasiat atau orang yang berwasiat.


- Penerima wasiat atau orang yang menerima wasiat
- Barang yang diwasiatkan.
- Ijab dan qabul (sighah).

SYARAT-SYARAT BAGI PEWASIAT

 Berakal.
 Baligh.
 Pilihan.
 Merdeka.
SYARAT-SYARAT BAGI PENERIMA WASIAT

a. Penerima sama ada pihak yang umum (seperti fakir miskin) atau badan tertentu
(seperti masjid) atau individu tertentu bukannya kepada pihak yang terlibat dengan
maksiat.
b. Hendaklah penerima wasiat wujud ketika wasiat dibuat. Tidak sah mewasiatkan harta
kepada bayi yang akan dikandung ataupun masjid yang akan dibina.
c. Penerima hendaklah diketahui.
d. Penerima hendaklah orang yang boleh menerima milik dan boleh memberi milik.
e. Penerima hendaklah bukan seorang pembunuh.
f. Penerima hendaklah bukan dari kalangan waris melainkan setelah mendapat
persetujuan waris.

SYARAT-SYARAT BAGI BARANG ATAU BENDA YANG DIWASIATKAN

a. Barang itu dikira sebagai harta dan ia boleh diwarisi.


b. Barang tersebut dari harta yang boleh dinilai atau mempunyai nilai kewangan sama
ada melibatkan benda atau manfaat dari susut syarak.
c. Barang tersebut boleh dipindahmilik sekalipun tiada pada waktu berwasiat.
d. Barang itu dimiliki oleh pemberi wasiat ketika berwasiat jika zatnya ditentukan.
e. Barang itu bukanlah sesuatu yang maksiat seperti mewasiatkan rumah untuk dijadikan
gereja, pusat judi dan sebagainya.
f. Harta atau barang tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 harta pewasiat.

SYARAT-SYARAT BAGI IJAB DAN QABUL

 memandang bahawa rukun wasiat adalah memadai dengan sighah sahaja, iaitu
meliputi penawaran dan penerimaan, sedangkan benda wasiat yang akan diberikan
kepada penerima wasiat terdapat dalam aqad (perjanjian) itu.

Syarat-syaratnya:

i. Hendaklah wasiat tersebut dilafazkan sama ada dalam bentuk jelas atau kabur.
ii. Hendaklah wasiat ini diterima oleh penerima wasiat jika wasiat ini ditujukan kepada
orang yang tertentu.
iii. Hendaklah persetujuan tersebut diambil kira selepas kematian pewasiat.
HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN

 Wasiat ke atas ‘Ain Benda atau Harta


 ‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu hendaklah dilindungi oleh
syarak.
 ‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu juga hendaklah boleh dimiliki
dan dipindahmilikkan seperti perjanjian jualbeli atau menurut setengah-setengah
fuqaha’seperti pepindahan milik harta pusaka. Syarat ini berlaku sama ada ia
melibatkan harta asal atau manfaat daripadanya sahaja.
 Wasiat ke atas Manfaat Benda atau Harta
 Ada berpendapat bahawa boleh berwasiat dengan manfaat sahaja iaitu manfaat
yang dibolehkan oleh syarak

PELAKSANAAN WASIAT

a) Wasiat dalam bentuk ucapan.

 Mengatakan wasiat dalam bentuk ucapan dibolehkan sama ada secara terang atau
tidak terang tetapi dipahami dari kata-katanya itu membawa wasiat.

b) Wasiat dalam bentuk tulisan

 Wasiat dalam bentuk tulisan dibolehkan, jika seorang pewasiat tidak boleh
bercakap seperti bisu.begitu juga dibolehkan bagi orang yang mampu bercakap,
jika sekiranya tulisan pewasiat itu dipastikan dengan pengakuan waris atau
dibuktikan dengan penyaksian bahawa itu adalah tulisan pewasiat.

c) Wasiat dalam bentuk Isyarat

 Wasiat dalam bentuk ini hanya boleh kepada orang yang bisu atau orang yang
tidak boleh bercakap dan dia (pewasiat) meninggal dunia dalam keadaan tersebut.
Jika sekiranya pewasiat yang bisu itu boleh menulis, maka wasiat tidak terbentuk
atau berlaku dengan isyarat kecuali dengan tulisan.

Anda mungkin juga menyukai