Anda di halaman 1dari 8

MSP3203 PENGENALAN SENI VISUAL

TAJUK: PENGHASILAN POSTER & PENYATAAN POSTER

NAMA PENSYARAH: DR. NURZURAINA BINTI MOHD NOR

NAMA: MUHAMMAD FARHAN HAKIM BIN MOHD YUSUF

NO MATRIK: D20190187579

FAKULTI: BAHASA DAN KOMUNIKASI


POSTER (HORMAT) YANG DIHASILKAN
PENGENALAN :

Poster dapat didefinisikan sebagai


DESKRIPSI:

Deskripsi bermaksud sebagai memerihalkan ciri dan sifat hasil seni visual yang
melibatkan subjek , aspek formal, kandungan dan konteks dalam karya yang cuba
disampaikan. Pada peringkat pertama ini, apresiasi yang dapat dilihat daripada hasil
karya poster ( HORMAT) yang dihasilkan adalah bebentuk ruang dua dimensi yang
dapat dilihat melalui penggunaan Fon pada tajuk besar poster yang berbentuk dua
dimensi dengan kesan-kesan bayang-bayang berwarna biru yang menampakkan tajuk
pada poster tersebut kelihatan seperti mempunyai sisi pandang tiga dimensi.
Manakala , bagi imej dominan yang digunakan pula adalah sebuah gambar tangan
dengan pengguanaan warna yang pelbagai dalam bentuk dua demensi jelas dapat
dilihat pada poster yang dihasilkan. Dimana, gambar dua dimensi ini hanya mampu
dilihat daripada sudut pandang satu arah sahaja berbeza seperti tiga dimensi yang
dapat difahami dan dilihat melalui pelbagai arah dan juga mampu disentuh.
Selain itu, apresiasi deskripsi yang dapat dilihat pada poster yang dihasilkan
juga adalah melalui pengunaan warna latar poster. Warna latar poster yang digunakan
oleh pengkarya dalam penghasilan poster beliau adalah warna hitam yang seakan-
akan lutsinar. Penggunaan latar ini menimbulkan lagi warna-warna pada tulisan-
tulisan yang digunakan. Penggunaan warna yang pelbagai juga turut dapat dilihat,
misalnya terdapat empat warna yang digunakan bagi tajuk (HORMAT) seperti warna
kuning, merah, biru dan putih yang melambangkan kepelbagaian dan warna yang
diambil berdasarkan kepada warna jalur yang terdapat di bendera Malaysia.
Selain itu, gambar atau figure yang digunakan dalam poster iaitu seperti
gambar tangan yang mempunyai ciri-ciri bendera Malaysia menimbulkan minat pada
audien yang melihat disamping mampu menarik minat audien untuk mendalami dan
menilai hasil karya poster tersebut. Selain itu, Penggunaan gambar latar bendera
Melaysia yang berkibar yang seakan-akan kabur dan kombinasi diantara warna hitam.
Pengunaan warna latar yang gelap ini sedikit sebanyak menimbulkan lagi objek figura
dan fon pada poster tersebut. Turut dapat dilihat kepelbagaian dalam penggunaan fon
dalam karya poster tersebut seperti pertama ARIAL BLACK, ARIAL NARROW dan
ROCKWELL EXTRA BOLD yang digunakan bagi mempelbagaikan lagi fon yang
digunakan dalam poster.
ANALISIS:

Analisis bermaksud sebagai membuat perbandingan terhadap aspek formal yang


melibatkan unsur seni , prisip rekaan, dan membuat analisis terhadap aspek formal
karya seni visual. Pada peringkat kedua ini, apresiasi yang dapat dilihat daripada hasil
karya poster ( HORMAT) yang dihasilkan adalah melalui komposisi dari segi
keseimbangan dalam poster yang dihasilkan. Dimana ,Keseimbangan/ Balancing
yang merupakan prinsip dalam komposisi yang menghindari kesan berat sebelah atas
suatu bidang atau ruang yang diisi dengan unsur - unsur rupa. Poster yang seimbang
dari segi penggunaan ruang, fon dan imej akan menjadikan karya yang dihasilkan
lebih menarik dan lebih kreatif.
Manakala melalui analisis yang dijalankan dari segi penggunaan media dalam
penghasilan karya poster pula adalah penghasilan poster secara digital. Ini jelas dapat
dilihat penggunaan media digital dalam penghasilan poster ini seperti Photoshop,
Canva, powerpoint, wps dan pelbagai lagi. Namun berdasarkan kepada poster yang
dihasilkan, pengkarya menggunakan media powerpoint sebagai tempat bagi
menghasilkan karya poster tersebut. Dengan ini karya poster yang dihasilkan dengan
penggunaan media ini dilihat lebih mudah digunakan dan hasilnya yang lebih
menarik. Selain itu, analsis yang dapat dilihat dalam karya ialah melalui garis yang
digunakan dalam karya iaitu, garisan halus yang beralun dan garisan lurus yang
bersambung membentuk objek. Ini jelas dapat dilihat melalui karya poster tersebut
seperti bentuk gambar bendera Malaysia sebagai latar belakang bagi poster yang
sedang berkibar. Ini jelas penggunaan garisan yang beralun pada objek tersebut.
Manakala penggunaan garis lurus dalam poster dilihat daripada bentuk kotak
berbentuk empat segi tidak sama sisi di bahagian atas dan di bahagian bawah poster.
Penggunaan garis ini sedikit sebanyak menimbulkan nilai estetika pada poster yang
dihasilkan kepada para audien yang mengamati karya tersebut.
Seterusnya, berdasarkan analisis yang diperoleh daripada karya poster
( HORMAT) adalah dari segi pengunaan warna yang menarik dan pelbagai. Warna
yang digunakan dalam poster tersebut mempunyai nilai dan maksudnya yang
tersindiri. Melalui karya ini, fon pada karya tersebut mengandungi pelbagai warna-
warna yang berbeza namun mempunyai maksud yang sama. Misalnya warna merah,
biru, putih dan kuning yang digunakan sebagai warna pada tajuk mempunyai maksud
tersiratnya dan juga mengambarkan kepelbagaian serta keharmonian dalam penyatuan
warna tersebut . Turut dapat dilihat penggunaan warna yang bersesuian membuatkan
poster ini mampu menonjol dari segi warna, fon dan objeknya. Jelaslah menggunaan
warna yang sesuai memain peranan penting dalam menghasilkan hasil seni yang
berkualiti.

INTERPRETASI:

Interpretasi bermaksud sebagai menerang dan menghuraikan makna atau fungsi hasil
seni visual sama ada dalam bentuk tersurat ataupun tersirat dalam menghuraikan
makna dan fungsi karya seni visual tersebut. Pada peringkat ketiga ini, apresiasi yang
dapat dilihat daripada hasil karya poster ( HORMAT) yang dihasilkan adalah melalui
tema yang cuba disampaikan oleh pengkarya. Tema yang diketengahkan adalah
berkaitan amalan Hormat dalam kalangan masyarakat. Ini jelas dapat dilihat dari segi
penggunaan warna pada tajuk fon ( HORMAT) yang mengambarkan warna daripada
bendera kebangsaan Malaysia ynag terdiri daripada warna seperti merah, biru, kuning
dan putih. Warna-warna ini memberi maksud bahawa sebagai rakyat Malaysia yang
berpegang kepada empat warna ini iaitu warna yang melambangkan bendera negara
haruslah memupuk sikap hormat-menghormati dalam masyarakat tidak mengira
kaum, agama dan budaya.
Selain itu, interpretasi yang mampu dilihat berdasarkan kepada poster melalui
pemikiran pengkarya. Pemikiran karya jelas dapat dilihat dari penggunaan warna ,fon,
dan objek. Ini jelas dapat dilihat penggunaan objek ataupun figura tangan manusia
yang bercat warna dalam jalur bendera. Keadaan tangan yang seakan menunjukkan
tanda isyarat terbaik itu membawa maksud sikap masyarakat Malaysia ketika ini
yang saling menghormati diantara satu sama lain. Sikap masyarakat Malaysia yang
terkenal dengan budaya hormat -menghormati diantara satu sama lain ini dipuji oleh
pengkarya dan diekspresikan melalui karya poster tersebut.
Seterusnya , turut dapat dilihat interpretasi pengkarya sedikit sebanyak
melibatkan mood dan idea dalaman. Melalui karya poster tersebut pengkarya cuba
berkongsi rasa dan idea pemikiran beliau kepada audien melalui karya poster ini
dengan menggunakan kaedah warna yang pelbagai dan menonjol. Ini sedikit sebanyak
memberi mood gembira kepada audien yang memahami dan menghayati karya
tersebut. Jelaslah bahawa, interpretasi terhadap karya ini amat penting bagi
mengetahui mesej serta pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengkarya melalui
hasil seni beliau.

PENILAIAN:

Penilaian bermaksud kebolehan untuk membuat keputusan dan kesimpulan terhadap


kekuatan dan kelamahan dalam sesebuah hasil karya seni. Karya ini berjaya
menghasilkan satu poster mengunakan media digital yang mempunyai konteks
berkaitan tentang hormat berdasarkan kepada imej atau figura tangan yang berjalur
bendera Malaysia dan juga penggunaan warna pada tajuk poster yang pelbagai
berdasarkan empat warna tersebut membawa makna keharmoian rakyat Malaysia
yang saling hormat-menghormati diantara satu sama lain. Karya ini dapat
menyampaikan maksud tersurat yang mudah difahami oleh audiens berdasarkan
olahan imej hal atau benda seperti tangan manusia , penggunaan warna gelap serta
lutsinar, warna-warna terang dan menonjol yang digunakan pada setiap teks ataupun
fon dan latar belakang poster. Latar belakang poster iaitu alunan kibaran bendera
Malaysia yang disinambungkan bersama warna hitam yang sedikit kabur dapat
memberikan satu kesan keharmonian dan nilai estetika terhadap karya poster tersebut.
Karya ini juga berjaya menyampaikan maksud tersurat melalui imej latar poster dan
warna tajuk poster dalam merangkumi empat warna jalur gemilang yang menyimpan
satu mesej bahawa sebuah negara yang harmoni dan sejahtera hasil pucuk pangkal
rakyatnya yang saling hormat-menghormati diantara satu sama lain. Jelaslah bahawa
berdasarkan poster yang dihasilkan yang bertajuk (HORMAT) penilaian terhadap
karya yang bersifat formalisme, ekspresivisme dan intrumentalisme telah berjaya
dalam mengetengahkan satu poster yang menarik dan kreatif.

KESIMPULAN:

Oleh itu, karya poster yang dihasilkan ini berdsarkan tajuk (HORMAT) mempunyai
pelbagai idea dan pemikiran yang cukup jelas dipaparkan kepada audien. Dimana,
sebuah karya yang menarik dan berkualiti akan mampu menarik minat audien
disamping mesej yang cuba disampaikan akan mudah diterima oleh audien. Melalui
karya ini dapat diambil ikhtibar bahawa hidup bermasyarakat dibawah satu bendera
perlulah memupuk nilai saling hormat-menghormati diantara satu sama lain tidak kira
sama ada berbeza kaum, agama, budaya, dan perbezaan umur. Hormat itu tidak
mengira siapa. Bagi memantapkan jati diri, perlulah sentiasa ingat bahawa hormat itu
amalan pemandu arah kepada keharmonian sesebuah masyarakat dan negara. Jelaslah,
melalui karya poster ini, pengkarya amat menitik beratkan kepentingan hormat-
menghormati dalam kalangan masyrakat agar sebuah negara aman dan harmoni
mampu dicapai.

Anda mungkin juga menyukai