Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh……

Yang dihormati, penolong kanan Pentadbiran …..Tn. Hj Samat bin Hasan-

penolong kanan HEM …….En. Mohamd Shariff bin abd hamid

penolong kanan Kokurikulum ……Pn Hjh Norazah bt Osman

semua guru-guru kanan

guru- guru serta rakan pekerja yang dikasihi sekelian.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang

tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah

diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di

majlis pada hari ini. Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada

kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Selawat dan salam kepada

junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW. Terima kasih atas semua

penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja

dengan sebaik-baiknya disini, tanpa rasa direndahkan. Pada kesempatan

ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak

sekolah kerana telah mengadakan majlis khas untuk kami. Saya

mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dengan majlis pada hari ini.
Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari

ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu

penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya. Pada kesempatan

ini, saya mengambil peluang untuk memohon kemaafan jika ada salah dan

silap ketika saya berkhidmat di SK Pulau Juar , saya ingin menyusun

sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon

maaf daripada semua pihak jika terdapat sebarang kesilapan dan

kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan

sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini. Saya akhiri ucapan

saya 2 rangkap pantun :

Terbang tinggi, siburung cenderawasih, Diintai oleh si dara jelita, Andai

ada, kesilapan kukasih, Kuhulur jari, kemaafan ku pinta. Putih-putih

sibunga melati, Merah-merah si permata delima, Kenangan kita, kusimpan

dihati, Buat kenangan manis, kita bersama. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai