Anda di halaman 1dari 8

ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEMESTER 2 /MEI 2020

ADSQ2103

KEMAHIRAN AL-QURAN
PEPERIKSAAN AKHIR

NO. MATRIKULASI : 850620000004


NO. KAD PENGENALAN : 850628073333
NO. TELEFON : 01821666739
E-MEL : masfyan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA


<KOD KURSUS>

SOALAN NO 1.

Menuntut ilmu merupakan tuntutan untuk setiap muslim juga semua umat manusia di dunia

ini. Ia wajib dituntut bagi mencorakkan kehidupan di dunia dan di akhirat serta bagi menjadi

garis panduan menjalani kehidupan.

Hadis riwayat Ibnu Majah berkata : Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa ’’ menuntut

ilmu itu wajib ke atas setiap muslim’’.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadillah ayat 11

Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu

pengetahuan beberapa darjah dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dalam soalan yang pertama, pada pandangan saya Alifah perlu dan wajib mempelajari ilmu

tajwid, ini kerana ilmu wajib dituntut oleh setiap muslim dan mempelajari ilmu tajwid adalah

fardu kifayah,ilmu tajwid merupakan hiasan bagi bacaan. Membaca al-Quran dengan

bertajwid menjadi kemestian dan berdosa jika tidak menjaganya ketika membaca Al-Quran.

Alifah perlu belajar tajwid kerana suaminya adalah seorang imam sambilan di masjid, ini

merupakan kelebihan bagi Alifah. Sebagai seorang imam pastinya suaminya mempunyai

kesempurnaan pada bacaan Al-Quran dan tajwid yang bagus. Syarat menuntut ilmu ialah

guru,murid , suasana dan juga kelengkapan. Bagi Alifah dia telah cukup syarat untuk

menuntut ilmu kerana suaminya sorang imam, suasana pula sangat mudah untuk belajar

dimana-mana dan pada bila-bila masa kerana mereka adalah suami isteri , kelengkapan pula

pastinya terdapat banyak Al-Quran serta buku rujukan kerana suaminya seorang imam.

1
<KOD KURSUS>

SOALAN 2

Terdapat dua jenis kesalahan dalam bacaan Al-Quran iaitu yang pertama ialah :

1) Kesalahan yang nyata( Al-Lahn al-jaly)

Ianya dinamakan kesalahan yang nyata kerana kesalahan ini dapat dikesan atau diketahui

oleh sesiapa sahaja yang boleh membaca Al-Quran termasuk golongan yang bijak dalam ilmu

tajwid atau pun golongan biasa. Al-lahn al-jaly adalah kesalahan terhadap lafaz, iaitu

kesalahan dari segi sebutan, bacaan dan kaedah nahu bahasa arab.

Kesalahan ini adalah haram jika ia disengajakan , dan dimaafkan jika tidak sengaja atau lupa.

Contoh: perubahan dari segi bacaan pada baris iaitu membaca dengan baris atas pada

huruf yang berbaris di depan.

2) Kesalahan yang tersembunyi ( Al-lahn al-Khafy)

Ia dinamakan kesalahan yang tersembunyi kerana ianya hanya dapat di kesan oleh mereka

yang mahir ilmu tajwid.Al lahn al-Khafy adalah kesalahan yang berkaitan kaedah serta cara

bacaan, ianya tiada kaitan dengan lafaz.contohnya seperti meniggalkan ghunnah.Ulama

khalaf mengatan kesalahan sebagai makruh namun ulama salaf menghukumkannya sebagai

haram.

Contoh: memendek dan memanjangkan sebutan yang bukan pada tempatnya.

2
<KOD KURSUS>

SOALAN 3

Terdapat beberapa cara bacaan basmallah yang diharuskan ketika ingin menyambung bacaan

antara dua surah. Namun begitu terdapat satu cara bacaan basmallah antara dua surah yang

tidak diharuskan iaitu dengan menyambungkan akhir sesuatu surah dengan basmallah dan

terus berhenti , kemudian barulah membaca awal surah yang baru.

Cara ini ditegah kerana ianya dapat menimbulkan kecelaruan kepada sesiapa yang

mendengarnya kerana mereka akan beranggapan bahawa basmallah itu adalah ayat terakhir

dalam surah pertama.

SOALAN 4

Makhraj bermaksud tempat keluar sesuatu. makhraj berasal dari perkataan arab. Makhraj
huruf bermaksud tempat tertahan dan terhenti udara sesuatu huruf apabila dilafazkan.Makhraj
huruf dapat membezakan antara huruf-huruf hijaiyyah.

Makhraj huruf
i) Hamzah- Makhraj yang kedua iaitu kerongkong atau pangkal halkum.
ii) Ra – Makhraj keempat belas iaitu tepi di bahagian hujung lidah, diangkat mengenai gusi
dan melencong ke belakang tepi hujung lidah
iii) Syin –Makhraj ketujuh ia dipertengahan lidah, apabila diangkat ia menekan dan
mengenai langit-langit keras.
iii) Wau – Makhraj pertama ia adalah makhraj yang terhasil dari rongga kerongkong hingga
ke rongga mulut.

3
<KOD KURSUS>

SOALAN 5

Hamzah Qata.
Hamzah qata adalah hamzah yang terletak sama ada di hujung , di tengah atau di permulaan
kalimah. Hamzah qata terdapat dalam pelbagai keadaan iaitu ada yang tanpa rumah, atau
berumahkan huruf alif ,berumahkan huruf ya, atau juga berumahkan huruf wau. Hamzah qata
dibariskan mengikut barisnya sama ada ketika bacaan wakaf atau wasal.

Hamzah wasal.
Hamzah wasal adalah hamzah tambahan di permulaan kalimah sahaja dan Ia hanya dibaca
apabila memulakan bacaan padanya serta ia tidak boleh dibaca apabila disambungkan dengan
kalimah sebelumnya. Ia dapat dibaca melalui beberapa kaedah.
i) jika selepas hamzah wasal terdapat huruf lam tidak kira baris atau tidak, hamzah wasal
dibaca dengan baris atas.
ii)jika selepas hamzah wasal tiada huruf lam, lihat pada huruf ketiga, jika huruf ketiga
berbaris hadapan makan hamzah wasal dibaca bunyi baris hadapan.

SOALAN 6

Sifat huruf yang tidak berlawan mempunyai tujuh jenis, empat daripadanya ialah.

i) Al-Safir
Al- Safir bererti berdesir iaitu bunyi desiran yang kuat yang keluar dari pertengahan
lidah dan langit-langit keras semasa menyebut hurufnya. Hurufnya ada tiga iaitu
(sad),(zai) dan (sin)

4
<KOD KURSUS>

ii) Al-Inhiraf
Al-inhiraf membawa maksud melencong iaitu apabila menyebut huruf-hurufnya
makhraj huruf-huruf itu melancong ke arah makhraj huruf yang lain. Hurufnya ada
dua iaitu (lam) dan (ra).

iii) Al-Tafasysyi
Al-Tafasysyi membawa maksud berhamburan, angin akan hambur keluar antara
pertengahan lidah dan langit-langit keras. Hurufnya satu sahaja iaitu (syin)

iii) Al-Lin
Al-Lin membawa maksud lembut, huruf yang keluar berbunyi lembut dan lunak
apabila keluar dari makhrajnya. Hurufnya ada dua iaitu (waw) dan (ya).

SOALAN 7

1) nun mati bertemu (zai) hukumnya ikhfak haqiqi cara bacaannya ialah di tengah-
tengah antara idgham dan izhar.
2) huruf (lam) hukumnya Mad Lazim Harfi Mutthaqal cara bacaannya ialah dua atau
enam harakat.
3) nun mati bertemu (ra) hukumnya Idgham bi la ghunnah cara bacaannya ialah di
baca tanpa dengung dua harakat.
4)haa dhamir bertemu (mim) hukumnya Mad Silah Qhasirah cara bacaannya ialah
dibaca dua harakat sahaja.
5)di atas huruf (lam) ada tanda mati dan selepasnya tiada huruf bersabdu cara bacaan
diizharkan.
6) Kalimah (lam alif) hukumnya Mad Tabri’ah cara bacaannya ialah dua harakat.
7) Mim bersabda hukumnya Wajibul ghunnah cara bacaannya dengan dengung dua
hingga tiga harakat.
8) Alif lam bertemu huruf ( ain) hukumnya Alif lam Qamariyah cara bacaannya ialah
dengan jelas.

5
<KOD KURSUS>

SOALAN 8
1) Tanda mim kecil – menunjukkan bahawa ini adalah wakaf lazim hukumnya wajib
berhenti.

2) Tanda Jim - tanda ini adalah tanda wakaf Jaiz, seeloknya berhenti sebentar,jika
tidak berhenti juga dibolehkan.

3) Tanda qaf- tanda menyatakan ianya wakaf jaiz boleh berhenti pada wakaf
sebelumnya oleh itu membaca dan berhenti lebih utama

4) Tanda Laa – ianya menunjukkan tanda di larang berhenti.

SOALAN 9

i) Sifatnya al-thafkim ianya wajib dibaca tebal kerana (ra) berbaris di atas.

ii) Sifatnya al-thafkim ianya wajib dibaca tebal kerana (ra) mati dan sebelumnya
terdapat huruf yang berbaris di hadapan.

iii) Sifatnya al-thafkim ianya wajib dibaca tebal kerana (ra) berbaris di hadapan.

iv) Sifatnya al-tarqiq ianya wajib di baca nipis kerana (ra) di wakafkan dan
sebelumnya terdapat huruf ya

6
<KOD KURSUS>

SOALAN 10

Pada Kalimah (salasila) terdapat dua perselisihan bacaan, iaitu ia harus dibaca dengan
dua cara bacaan ketika wakaf yang pertama mengekalkan huruf alif ( mad asli) atau
gugurkan huruf alif aitu hanya wakaf pada huruf lam sukun .

Pada surah At-Thur ayat 37 perbezaan bacaan antara huruf sad atau sin .membaca
dengan huruf sad adalah lebih mashyur.

Anda mungkin juga menyukai