Anda di halaman 1dari 3

BAHASA MELAYU

PRAKTIS RUMUSAN
Tarikh 26.10.2021

Kertas 2 – Bahagian C (Soalan 9)

Baca petikan dan teliti iklan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1- Petikan
Bidang kejurulatihan mendapat tempat pada masa ini. Jurulatih sudah menjadi satu kerjaya dan dapat
menarik perhatian penggemar bidang sukan. Tidak hairanlah sekarang ada sehingga tiga jurulatih dalam
satu-satu pasukan sukan. Contohnya, ada jurulatih peribadi bagi seorang penjaga gol bola sepak dan
bidang-bidang sukan lain pun begitu juga. Dalam soalan ini, kerjaya sebagai jurulatih semakin mencabar
kerana jurulatih mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Jurulatih sangat penting untuk membantu
pencapaian seseorang atlet. Jurulatih juga berusaha menaikkan imej seseorang atlet ke peringkat yang
lebih baik. Jadi, jurulatih juga mampu menaikkan nama negara menerusi atlet yang dibimbingnya.
Oleh hal yang demikian, jurulatih sukan pada hari ini mestilah melengkapkan diri dengan segala
bentuk kemahiran untuk menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet. Selain itu, mereka juga
mestilah mempunyai pengetahuan yang relevan bagi menghadapi cabaran tersebut. Peranan jurulatih yang
berkualiti dan berpengalaman sangat penting untuk memastikan atlet mereka mendapat sokongan terbaik
dalam bentuk latihan serta bimbingan.
Oleh hal yang demikian, jurulatih perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknik dan pendekatan
bimbingan terkini termasuk pentadbiran sukan yang boleh menyumbang kepada pelaksanaan
tanggungajawab mereka. Terdapat juga sesetengah jurulatih bagi kumpulan tertentu menjalinkan
hubungan atau kerjasama dengan badan-badan tertentu untuk menimba pengalaman yang lebih berharga.
Mereka juga mestilah sentiasa mendapatkan kursus kejurulatihan demi memantapkan kerjaya mereka
sebagai jurulatih.
Pada masa ini, bidang kejurulatihan dipandang tinggi kerana bidang ini dapat menjadi kerjaya dalam
jangka masa yang panjang. Hal ini berbeza dengan atlet itu sendiri kerana jatuh bangun atlet bergantung
pada pencapaian dan faktor usia. Berbeza dengan jurulatih, khidmat mereka sentiasa diperlukan dan tidak
mengira had usia. Bagaimanapun, jurulatih tetap menghadapi pelbagai cabaran semasa melatih atlet-atlet
di bawah pengawasan mereka. Mereka mestilah peka terhadap atlet-atlet di bawah bimbingan mereka
termasuklah masalah peribadi dan kesihatan dan sebagainya yang boleh menjejaskan prestasi atlet.
Jurulatih juga mestilah mempunyai disiplin yang tinggi supaya dapat meyakinkan atlet yang
dibimbingnya. Kejayaan atlet juga sangat penting untuk mengekalkan kerjayanya sebagai jurulatih dalam
jangka masa yang panjang.

Bahan 2 – Iklan

1
Senarai Penanda Wacana
Antaranya
Seterusnya
Selanjutnya
....juga
Sementara
Akhirnya

Pendahuluan
Rumusan membincangkan pelbagai peranan jurulatih dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh jurulatih.
Isi Tersurat Bahan 1 ( peranan jurulatih )
membantu pencapaian seseorang atlet.
menaikkan imej seseorang atlet ke peringkat yang lebih baik.
mampu menaikkan nama negara
Isi Tersurat Bahan 1 ( kriteria seseorang jurulatih )
sentiasa mengikuti perkembangan teknik dan pendekatan bimbingan terkini termasuk pentadbiran
sukan
menjalinkan hubungan atau kerjasama dengan badan-badan tertentu untuk menimba pengalaman yang
lebih berharga.
sentiasa mendapatkan kursus kejurulatihan demi memantapkan kerjaya mereka
mestilah peka terhadap atlet-atlet di bawah bimbingan mereka termasuklah masalah peribadi dan
kesihatan
mestilah mempunyai disiplin yang tinggi
Isi Tersurat Bahan 2 ( peranan jurulatih )
Melatih atlet mencapai tahap prestasi unggul
Mengatur strategi permainan atau perlawanan
Sebagai rakan kepada atlet untuk berkongsi masalah dan meluahkan perasaan
Menyampaikan maklumat tentang isu sukan kepada atlet
Merancang, melaksana dan mengurus kegiatan/latihan
Kesimpulan

Jawapan Penuh:

2
Rumusan membincangkan pelbagai peranan jurulatih dan kriteria-kriteria yang perlu dikuasai oleh
seseorang jurulatih. 13

Antaranya, jurulatih membantu meningkatkan prestasi atlet. Jurulatih juga dapat meningkatkan nama
atlet dan negara pada peringkat antarabangsa / global / di persada dunia. Tugasnya adalah merancang
strategi pertandingan. Jurulatih juga berperanan sebagai kaunselor kepada atlet-atlet. Sementara, tugas
menyampaikan maklumat sukan terkini dan melaksanakan latihan sukan juga tanggungjawabnya.

Antara kriteria seseorang jurulatih adalah mempunyai idea tentang teknik dan pendekatan bimbingan
pada era ini. Seterusnya, jurulatih perlulah bekerjasama dengan badan tertentu untuk mendapatkan idea
yang lebih berharga. Jurulatih juga perlu menghadiri kursus kejurulatihan untuk meningkatkan pekerjaan
pada masa depan. Akhirnya, jurulatih mestilah mengetahui keadaan peribadi atlet dan membimbing
mereka.

Sebagai kesimpulannya, seorang jurulatih perlulah mempunyai semua kriteria supaya boleh
menghasilkan atlet-atlet yang bagus di negara kita

Anda mungkin juga menyukai