Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan bercerita (27 April 2021/ Selasa)

Kisah Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’

Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Terima kasih pengacara majlis.
Yang dihormati, barisan panel hakim yang arif lagi bestari.
Yang dikasihi, guru-guru dan rakan seperjuangan.
Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya.
Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya.
Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya.
Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’.
Hadirin sekalian,
Ketika berusia 40 tahun, nabi Muhammad SAW suka mengasingkan diri di Gua Hira’ untuk
mencari ketenangan. Di situ, baginda bertafakur tentang kebesaran tuhan dan memikirkan
nasib umat manusia pada zaman itu. Bagaimana pula umat manusia zaman sekarang?
Kawan-kawan tahu? Haa.. tahu tak, ciri-ciri masyarakat jahiliyah pada masa itu telah
menular dengan hebat pada zaman sekarang. Minum arak, buang anak, riba..semuuuua ada
masa ni. Sedihnya kawan-kawan… 
Akhirnya, pada suatu malam bertarikh 17 ramadhan, tiba-tiba.. datanglah seorang lelaki
memeluk rasulullah. Pelukannya erat sekali. Lelaki itu berkata,
“Bacalah wahai Muhammad”!
Nabi Muhammad sangat terkejut dan gementar.Tubuh baginda menggeletar dan jantung
berdegup kencang. Baginda berpeluh dalam kesejukan.
“Saya tidak tahu membaca”. Jawab Rasulullah.
Lalu malaikat Jibril yang berupa seperti lelaki itu, mengulangi lagi permintaannya, Rasulullah
tetap menjawab. “Saya tidak tahu membaca”.
Setelah kali ketiga, jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian


makhluk).” Surah al- Alaq (ayat 1)
[Pantun]
Tersemat erat sejarah agama,
Kukuh terpahat dihati umat,
Surah Al- alaq wahyu pertama,
Di Gua Hira’ menjadi tempat.

Hadirin sekalian,
Inti pati surah Al-Alaq adalah amanah sulung Allah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Hari ini, kita dapat bersekolah dan menuntut ilmu hasil daripada gerakkan wahyu pertama
ini. Oleh itu kawan-kawan, marilah kita belajar bersungguh-sungguh. Kita sifarkan kadar
buta huruf di negara kita dengan mengamalkan suruhan Allah iaitu membaca dan menulis.
Kita mesti boleh!
Hadirin sekalian,
Selepas peristiwa itu, Rasulullah SAW pulang dengan penuh rasa gementar. Lalu diselimuti
oleh Siti \Khadijah iaitu isteri Rasulullah. Beliau cuba menenangkan baginda. Siti Khadijah
kemudian meminta izin kepada Rasulullah untuk bertanya kepada sepupunya iaitu Waraqah
Bin Naufal. Waraqah bin Naufal seorang yang alim dan berpegang dengan tauhid. Setelah
diceritakan apa yang berlaku, Waraqah pun berkata.
“Demi Tuhan, sesungguhnya, engkau adalah nabi kepada umat ini. Sesungguhnya jika aku
masih hidup dan waktu itu, orang-orang memusuhimu, nescaya akulah orang yang pertama
menolongmu.”
Mendengar kata-kata Waraqah, tenanglah hati Siti Khadijah. Suaminya adalah pesuruh
Allah, Tuhan sekalian alam. Rasulullah mula berdakwah secara sulit selama tiga tahun di
kalangan keluarga baginda.

[PENUTUP]
Nun disana indahnya pelita,
Sambil berjalan cahaya tersebar,
Akhir kata tamatlah cerita,
Ambil pengajaran jadikan iktibar.

Sekian saja.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai