Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN 2

KOD DAN NAMA


BPM PEMASARAN
PROGRAM
TAHAP DAN
TAHAP 1 / SEMESTER 2
SEMESTER
KOD DAN
BPM 2013 PENGIKLANAN
TAJUK KURSUS
NO. DAN TAJUK
K2 JENIS-JENIS PENGIKLANAN
KOMPETENSI

NO. KOD KSKV BPM 2013 / K2-KP Muka Surat : 1 / 10

NAMA

NO. K.P.

TARIKH
2a

TAJUK :
JENIS-JENIS PENGIKLANAN

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan
dan kefahaman dalam mengenal pasti jenis-jenis pengiklanan.
Muka : 2
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

PENERANGAN:
1. Jenis-Jenis Pengiklanan
Pengiklanan merupakan cara komunikasi pemasaran yang bertujuan untuk memberitahu,
memujuk dan meyakinkan pengguna untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan.

Terdapat beberapa jenis pengiklanan antaranya ialah:


a. Iklan penerangan
Iklan yang memberi penerangan atau maklumat tanpa
unsur pujukan.

Iklan ini bertujuan untuk:


 Memberitahu pasaran tentang keluaran baharu.
 Mencadangkan atau menerangkan penggunaan
sesebuah produk.
 Memberitahu pasaran berhubung pindaan harga
pasaran atau lain-lain pindaan.

Ia tidak berfungsi untuk:


 Mempengaruhi orang ramai membeli sesuatu
keluaran.
 Mendapat keuntungan.

Contoh: Maxis membuat satu iklan berbentuk informatif


tentang produk baharu .

b. Iklan memujuk
Iklan yang memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli dengan menonjolkan
kelebihan produk.

Iklan ini bertujuan untuk:


 Membentuk keutamaan
 Mengalakkan pertukaran barangan
 Menukarkan tanggapan pelanggan tentang ciri-ciri
produk.

Contoh: KFC membuat iklan memujuk supaya


pelanggan memilih KFC berbanding makanan segera yang lain.

c. Iklan mengingat
Iklan yang mengingatkan pengguna tentang barang sedia ada di pasaran.
Muka : 3
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

Iklan ini bertujuan untuk:


 Mengingat pengguna bahawa keluaran tersebut mungkin diperlukan pada masa akan
datang.
 Mengingatkan pengguna di mana untuk mendapatkan produk.
 Mengekalkan ingatan pada jenama untuk masa-masa tertentu.

Contoh:
Yusuf Taiyoob: Kurma pilihan di bulan Ramadan
2. Media Pengiklanan
Pada masa kini terdapat banyak media yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu
barangan atau perkhidmatan. Semuanya bertujuan untuk menyedarkan pengguna tentang
wujudnya barangan atau perkhidmatan di pasaran. Antara media-media tersebut adalah
media cetak, media elektronik, media luaran dan pos langsung.

a. Media cetak
Media cetak merangkumi akhbar, majalah, buku, komik dan yang seumpamanya di mana
ia dicetak di atas kertas. Iklan di media cetak mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
sehingga ia menjadi pilihan utama bagi sesetengah syarikat bagi mengiklankan barangan
mereka.

Kelebihan media cetak


 Ia dicetak setiap hari dan oleh itu ia memberi peluang pemasaran kepada pengiklan.
 Akhbar boleh didapati di mana-mana dan harganya murah, oleh itu bilangan
pembelinya ramai.
 Akhbar memberi maklumat yang cepat seawal hari pertama akhbar disiarkan.
 Majalah merupakan media yang selektif dan mempunyai pembaca-pembaca yang
khusus. Oleh itu pengiklan dapat menghubungi sasarannya dengan lebih tepat.
 Iklan-iklan boleh diterbitkan secara sisipan dalam bentuk sampel, kupon dan
sebagainya.

Kelemahan media cetak


 Akhbar mempunyai jangka hidup yang sangat pendek, iaitu biasanya sehari sahaja
dan berita-berita yang disiarkan pada hari itu dianggap basi pada hari yang
berikutnya.
 Terdapat banyak iklan dalam akhbar dan oleh itu, terdapat persaingan dengan
iklan-iklan yang lain untuk merebut perhatian. Selain itu, ada iklan yang ditenggelami
oleh iklan-iklan lain.
 Kualiti kertas akhbar tidak sesuai untuk iklan berwarna yang bermutu tinggi.
 Pembaca majalah biasanya merupakan pembaca yang sama oleh itu terdapat
pertindihan audien.
 Terdapat majalah yang meletakkan iklan di bahagian-bahagian khusus sama ada
di hadapan atau di belakang sahaja. Jika hal ini berlaku, maka iklan-iklan itu
mungkin tidak dapat dibaca dan oleh itu ia tidak mendatangkan kesan.
 Pembaca majalah selalunya ingin membaca rencana atau maklumat yang disukainya
tanpa menghiraukan bahan iklan yang dikepilkan.

Contoh iklan media cetak:


Muka : 4
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

b. Media elektronik
Media ini merangkumi radio, televisyen, video dan internet. Media ini mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap orang ramai. Ia melibatkan kesan bunyi, gambar yang
hidup dan warna yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam pada naluri
pengguna.

Kelebihan media elektronik


 Radio dan televisyen mempunyai audien yang besar dan mempunyai ramai peminat.
 Radio adalah media yang popular dan dapat didengar sepanjang masa tidak kira apa
yang sedang dilakukan oleh seseorang.
 Radio mampu mendedahkan iklan beberapa kali dalam masa yang singkat dan ini
dapat menjadi motivasi kepada pendengar.
 Iklan yang disiarkan di televisyen pula adalah menarik di mana terdapat warna-warna
yang hidup dan dapat ditunjukan dengan jelas.

Kelemahan media elektronik


 Siaran radio hanya dapat didengar dan tidak dapat dilihat. Ini membataskan
keberkesanan khususnya untuk barangan atau perkhidmatan yang perlu dipaparkan
secara visual.
 Iklan radio adalah ringkas, pendek dan berlalu segera. Pendengar tidak dapat
menyimpan atau membacanya apabila diperlukan.
 Iklan radio terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian audien kerana mereka
mendengar sambil membuat kerja-kerja lain.
 Iklan di televisyen terlalu cepat dan kadangkala agak sukar untuk difahami bagi
mereka yang kurang pendedahan dan pengetahuan tentang produk berkenaan.
 Pada masa sekarang terdapat siaran di televisyen yang menjadi pesaing mengikut
siaran seperti TV1, TV2, TV3, NTV7 dan sebagainya, jadi persaingan berlaku
mengikut siaran yang disiarkan.

Contoh iklan:
Muka : 5
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

c. Media luaran
Media luaran melibatkan aktiviti pengiklanan yang bersifat pelbagai dan terus kepada
pengguna. Antara media luaran adalah poster, iklan persinggahan (transit advertising),
aktiviti pengiklanan luar dan bunting.

Kelebihan media luaran


 Billboard contohnya dihiasi dengan lampu-lampu dan warna yang mampu menarik
perhatian audien.
 Iklan persinggahan pula mampu mencuri perhatian audien di kala masa terluang dan
mampu memberi input kepada siapa yang melihatnya.
 Kos pengiklanan adalah lebih murah berbanding media elektronik dan media cetak
Kelemahan media luaran
 Gambar yang dipaparkan adalah pegun ataupun tetap.
 Mesej yang hendak disampaikan adalah amat terbatas.
 Ada lokasi yang tidak sesuai dan mengganggu, ini menyebabkan tiada tumpuan
daripada audien.

Contoh:

d. Pos langsung (direct mail)


Pos langsung adalah satu bentuk pemasaran yang melibatkan penghantaran bahan
promosi secara fizikal melalui perkhidmatan pos. Pengiklanan pos langsung biasanya
menawarkan barangan atau perkhidmatan yang khusus melalui surat jualan, helaian
(leaflet / flyer), folder, poskad, katalog dan majalah syarikat (house organ).
Ia memberikan maklumat-maklumat barangan dengan menawarkan ciri atau harga yang
istimewa yang dapat diperoleh melalui pengedar-pengedar yang tertentu.

Kelebihan pos langsung


 Mesej yang disampaikan adalah fleksibel kerana ia boleh disampaikan dengan
sebarang cara yang disukai oleh pengiklan dan sebanyak mana atau sedikit mana
maklumat yang ingin dikemukakan.
 Pos langsung juga boleh ditujukan kepada sebarang kumpulan audien melalui
senarai nama yang digunakan sama ada senarai nama dari buku panduan telefon,
senarai nama pekerja organisasi, senarai nama keanggotaan persatuan dan
sebaginya.
 Mempunyai penguasaan yang tinggi ke atas edaran dan kualiti mesej.
Muka : 6
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

Kelemahan pos langsung


 Cara ini agak mahal kerana melibatkan perkara-perkara seperti penyediaan bahan
yang akan disebarkan seperti brosur, sampul surat, kos mendapatkan atau
mengumpulkan senarai nama, kos setem pos dan sebagainya.
 Kerap kali juga perkhidmatan pos menghadapi masalah kelambatan dan ini akan
memberikan akibat yang tidak baik kepada iklan pos langsung.
 Penerima tidak menghiraukan bahan yang tiada kaitan dengannya.

Contoh:

3. Pemilihan Media Pengiklanan


Berikut merupakan faktor-faktor pemilihan media pengiklanan:
a. Jenis dan sifat barangan
Mengikut jenis dan sifat barangan.
 Barangan teknikal
 televisyen, pameran, internet (memerlukan penerangan dan tunjuk ajar)
 Barangan baharu
 sampel percuma
 Barangan perhiasan
 majalah wanita
 Perkakasan dapur
 pameran dan ekspo (perlu tunjuk ajar jurujual)
 Perkhidmatan perlancongan
 iklan akhbar / risalah

b. Kos pengiklanan
Muka : 7
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

Mengikut kemampuan peniaga.


 Peniaga kecil-kecilan
 media murah (papan tanda, risalah)
 Peniaga besar
 media mahal (televisyen, akhbar, majalah)

c. Tujuan pengiklanan
Mengikut tujuan pengiklanan.
 Menyampaikan maklumat keseluruh negara dan memperkenalkan produk baharu
 akhbar
 Mengetahui sambutan orang ramai
 sampel percuma dan borang maklum balas

 Mengatasi pesaing, menarik pengguna dan mendapat liputan meluas


 televisyen, radio, internet

d. Sasaran pengguna
Menyampaikan mesej kepada golongan pengguna yang betul, yang diharapkan membeli.
 Peralatan sukan  majalah sukan
 Barang kemas  majalah wanita
e. Luas pasaran
Mengikut keluasan pasaran.
 Pasaran setempat
 risalah, papan tanda, poster, sepanduk, bunting
 Pasaran seluruh negara
 televisyen, akhbar
 Pasaran antara bangsa
 televisyen, setelit, internet, majalah antara bangsa

f. Dasar kerajaan
 Peraturan mesti dipatuhi
 Penentuan saiz, kandungan, jenis iklan
 Arak dan rokok dilarang dalam iklan televisyen
 Dapat kebenaran – akta kerajaan tempatan

4. Pengiklanan Dan Perhubungan Awam

Pengiklanan
Sama ada anda sedang menonton filem atau program sukan di saluran televisyen, anda
mesti akan menonton iklan produk dan perkhidmatan yang berbeza juga. Ini adalah usaha
yang dibuat oleh syarikat-syarikat untuk menarik perhatian anda tentang produk dan
perkhidmatan mereka.

Sebenarnya, syarikat membayar slot masa kepada saluran televisyen untuk menngiklankan
produk dan perkhidmatan mereka semasa tayangan program TV atau filem. Ini dilakukan
Muka : 8
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

supaya mesej akan sampai kepada penonton untuk meningkatkan peluang jualan yang lebih
tinggi.

Iklan dilakukan, bukan sahaja melalui media elektronik seperti televisyen dan internet, tetapi
juga melalui papan iklan (billboard) dan kain rentang (banner) yang diletakkan di tempat-
tempat strategik untuk memastikan lebih ramai orang melihat dan membaca tentang produk
berkenaan.

Iklan juga diletakkan dalam majalah yang mempunyai pengedaran (distribution) yang tinggi
untuk mempromosikan produk syarikat kepada semua yang membaca majalah tersebut.
Akhbar hari ini dipenuhi dengan iklan dari pelbagai syarikat yang mempamerkan produk
mereka.

Iklan-iklan ini menelan belanja yang tinggi tetapi tetap digunakan kerana mereka tahu
bahawa bentuk promosi berbayar ini mempunyai kelebihan dalam memastikan penjualan
produk lebih tinggi.

Perhubungan awam
'Hubungan awam' merujuk kepada penggunaan media massa untuk menyampaikan mesej
syarikat kepada masyarakat. Syarikat mengupah pegawai perhubungan awam untuk
menguruskan kakitangan media yang berpengaruh dengan cara yang mereka persetujui
untuk membawa mesej syarikat dalam penerbitan.

Walau bagaimanapun, menjaga media bukanlah satu-satunya cara untuk menjalankan


perhubungan awam kerana ia memerlukan masa dan usaha untuk menarik perhatian media
tentang keperluan untuk menulis berita mengenai produk atau perkhidmatan anda.

Mengambil bahagian dalam perkhidmatan komuniti adalah salah satu cara untuk menarik
perhatian media tetapi produk atau perkhidmatan anda mestilah mempunyai sifat yang
membantu komuniti. Jika syarikat memenangi anugerah industri atau anugerah yang berkait
dengan komuniti, berita itu akan diliputi oleh akhbar, dan ia memberikan kesan yang baik
kepada syarikat apabila masyrakat membaca berita tersebut.

Kepercayaan masyarakat akan wujud sekiranya mereka memandang tinggi pada usaha
syarikat dalam komuniti.

Salah satu contoh perhubungan awam yang berjaya ialah:

Pada April 2020, Netflix telah melancarkan kempen “Wanna Talk About It?”. Netflix
bekerjasama dengan Instagram untuk berhubung dengan penonton mereka dengan cara
yang lebih bermakna. Kempen ini memaparkan siri mingguan secara langsung di Instagram
dengan pelakon dari beberapa rancangan telivisyen yang popular di Netflix yang
membicarakan tentang kepentingan kesihatan mental semasa pandemik. Matlamat
utamanya adalah untuk memperkukuhkan kesetiaan pelanggan dan meningkatkan imej
jenama di samping mendorong kesihatan mental. Kempen ini juga membolehkan orang
Muka : 9
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

ramai bertanya secara langsung dan berkongsi pendapat mereka dengan pakar kesihatan
mental.

Perbezaan antara pengiklanan dan perhubungan awam


Ramai peniaga percaya bahawa iklan dan perhubungan awam memainkan peranan yang
sama untuk perniagaan mereka dan jika mereka membuat iklan mereka tidak memerlukan
perhubungan awam dan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, pengiklanan dan perhubungan awam mempunyai peranan yang


sama sekali berbeza dalam membantu anda mencapai sasaran pasaran dan objektif
perniagaan anda.

Pengiklanan mencipta pengumuman berbayar untuk dipromosikan melalui pelbagai jenis


media termasuk media cetak, elektronik, luaran dan pos langsung. Perhubungan awam
sebaliknya adalah proses komunikasi strategik yang membina perhubungan yang saling
menguntungkan antara organisasi dan orang awam. Perhubungan awam adalah bagus
untuk membina hubungan dengan orang awam dan mempromosikan mesej utama anda di
mana pengguna lebih cenderung untuk mempercayai dan mengambil perhatian tentang
sesuatu produk yang dipasarkan atau khidmat yang ditawarkan.

Berikut adalah perbezaan antara pengiklanan dan perhubungan awam:

a. Caj perkhidmatan
 Pengiklanan
Anda membayar iklan untuk diletakkan di media.
 Perhubungan awam
Agensi perhubungan awam anda membangunkan strategi untuk mendapatkan publisiti
di media.

b. Kawalan mesej
 Pengiklanan
Anda mempunyai kawalan ke atas kandungan iklan anda termasuk di mana dan bila ia
akan ditayang di media.
 Perhubungan awam
Anda mempunyai kurang kawalan ke atas liputan media.

c. Tempoh liputan
Muka : 10
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

 Pengiklanan
Anda boleh membayar iklan untuk dipaparkan di media mengikut belanjawan anda.
 Perhubungan awam
Anda boleh menghantar idea cerita kepada sejumlah wartawan yang kemudian akan
menerbitkan cerita dengan cara yang berbeza-beza. Ini membolehkan penonton
sasaran anda melihat maklumat yang berbeza dalam banyak medium, yang mungkin
lebih berkesan untuk menguatkan mesej.

d. Kredibiliti atau kebolehpercayaan


 Pengiklanan
Mempunyai kredibiliti yang kurang.
 Perhubungan awam
Mempunyai kredibiliti yang tinggi.

e. Penonton sasaran
 Pengiklanan
Anda boleh membayar dan menempatkan iklan di mana yang anda fikirkan sesuai
untuk menarik perhatian audien.
 Perhubungan awam
Boleh menyampaikan mesej kepada audien sasaran dalam pelbagai saluran.

Sebagai peniaga, anda perlu mempertimbangkan perbezaan antara pengiklanan dan


perhubungan awam untuk menentukan pendekatan yang terbaik untuk produk dan
perkhidmatan anda. Pendekatan yang anda pilih juga akan bergantung kepada jenis mesej
yang anda mahu komunikasikan. Kaedah komunikasi yang paling berkuasa ialah apabila
pengiklanan dan perhubungan awam digunakan bersama sebagai sebahagian daripada
kempen komunikasi bersepadu yang strategik.

SOALAN:
1. Senaraikan jenis-jenis pengiklanan.
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

2. Senaraikan lima contoh media pengiklanan.


......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

3. Huraikan dua kelebihan media elektronik.


......................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

4. Huraikan dua kelemahan media cetak.


Muka : 11
NO. KOD BPM 2013 / K2-KP
Drpd : 10

......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

RUJUKAN:
1. http://modul2poli.blogspot.com/
2. https://www.business.qld.gov.au/running-business/markerting-sales/marketing-promotion/
marketiing-basics/promotional-activities
3. https://publicrelationssydney.com.au/the-difference-between-advertising-and-pr/

Anda mungkin juga menyukai