Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN 5

KOD DAN NAMA


BPM PEMASARAN
PROGRAM
TAHAP DAN
TAHAP 1 / SEMESTER 2
SEMESTER
KOD DAN
BPM 2013 PENGIKLANAN
TAJUK KURSUS
NO. DAN TAJUK
K5 PENGIKLANAN DAN KEMASYARAKATAN
KOMPETENSI

NO. KOD KSKV BPM 2013 / K5-KP Muka Surat : 1 / 10

NAMA

NO. K.P.

TARIKH
5a

TAJUK :
PENGIKLANAN DAN KEMASYARAKATAN

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan
dan kefahaman tentang peranan pengiklanan terhadap masyarakat, mengenal pasti dan
memahami undang-undang dan etika yang perlu dipatuhi dalam pengiklanan.
Muka : 2
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

PENERANGAN:

1. Peranan Pengiklanan Terhadap Sosial


Pada era globalisasi ini, iklan telah memainkan peranan yang besar dan mempunyai
pengaruh yang ketara dalam masyarakat moden. Walau bagaimanapun, iklan juga
mempunyai kesan negatif dan positif kepada masyarakat.

Pengiklanan membantu memperbaiki taraf hidup yang lebih baik dengan adanya produk
yang pelbagai di pasaran. Produk-produk ini akan digunakan bagi membantu kerja-kerja
seharian dengan lebih cepat dan berkesan.

Contoh: Pada zaman dahulu, membasuh pakaian menggunakan tangan tetapi dengan
adanya iklan mampu menyedarkan orang ramai akan kemunculan mesin basuh dan ada
yang tidak perlu menyidai pakaian di luar dengan hanya menggunakan mesin pengering.

Contoh: Fesyen berpakaian mampu mempengaruhi personaliti dan pergaulan sesama


kumpulan, di mana satu pihak akan membeli dan mempengaruhi pihak yang lain supaya
mereka akan dianggap sebagai berada dalam satu kumpulan.

Masyarakat terpengaruh dengan keadaan di sekelilingnya. Ada di antara masyarakat ini


yang gemar terikut-ikut dengan apa yang dipunyai oleh rakan-rakan mereka. Mereka ini
mudah dipengaruhi oleh iklan yang disiarkan di televisyen, radio dan sebagainya. Kesan
iklan ini mempengaruhi masyarakat supaya membeli produk tersebut. Namun begitu ada
kesan-kesan positif terhadap iklan yang disiarkan.

a. Kesan baik:
i. Iklan memberitahu produk-produk yang terkini di pasaran dan dengan ini dapat
membantu masyarakat menjalankan aktiviti seharian dengan lebih mudah dan
berkesan. Contohnya telefon bimbit yang memudahkan perhubungan sesama
manusia walau di mana mereka berada.

ii. Iklan juga membantu mendapatkan maklumat dan pelanggan mampu membanding
produk mana yang lebih baik dan mencadangkan kepada kawan-kawan mereka. Oleh
itu syarikat perlu mengeluarkan produk yang berkualiti bagi menjamin sambutan orang
ramai.

b. Kesan buruk:
i. Iklan mampu mempengaruhi masyarakat di mana sejumlah wang yang besar
digunakan bagi memenuhi hasrat diri dan terpengaruh dengan kawan-kawan bagi
menunjukkan kelebihan diri yang mana kesannya akan dirasa bila mengalami
kesempitan kewangan.
Muka : 3
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

ii. Iklan juga kadang-kala agak mengelirukan dengan adanya unsur-unsur penipuan di
mana iklan yang disiarkan memberi maklumat yang keterlaluan tentang kebaikan
sesuatu produk. Dengan itu, orang ramai perlulah berhati-hati sebelum membuat
keputusan membeli.

2. Undang-Undang Dan Etika Pengiklanan


Dalam pemasaran produk, peranan iklan penting dalam memperkenalkan produk baru
mahupun lama di pasaran. Oleh itu, beberapa perkara yang harus diketahui oleh pemasar,
agensi dan pihak media berkaitan peraturan pengiklanan sebelum ia disiarkan kepada
sasaran pengguna.

a. Kontrak pengiklanan (Advertising contract)


Satu perjanjian antara agensi pengiklanan (advertiser) dengan pihak media untuk
mengikat satu kontrak iklan yang bakal disiarkan di media yang dipilih oleh pengiklan.

Berikut adalah sebahagian perkara yang terkandung dalam kontrak pengiklanan:


 Nama pengiklan
 Kadar bayaran yang dikenakan
 Tarikh akhir (deadline) salinan iklan dihantar kepada pihak media
 Alamat pengiklan
 Tandatangan pengiklan
 Tandatangan wakil pihak media

Contoh Borang Kontrak Pengiklanan

Advertising Contract
Name of Advertiser________________________________ Date___________
Size of Ad Purchased:
_______Business Card (3”x2”) _______1/2 Page (7.5”x5”)
_______1/8 Page (3”x2.5”) _______Full Page (7.5”x10.5”)
_______1/4 Page (3”x5”) _______Back Cover (8.5”x11”)
_______Inserts
Number of Issues_____________
Total Price____________
Advertising Copy Deadline________________
The firm above agrees to purchase advertising space in GenerAsians magazine.
Purchase of advertising space is subject to the following conditions:

RATES: Refer to the rate sheet for appropriate pricing of the advertisement.
Advertisers will receive a ten percent discount for advertising in two or more issues.

COPY: Advertisers may provide an electronic copy (JPEG, GIF, TIFF or PDF format) or a camera-
ready copy, make specifications, or leave the design up to the discretion of the magazine’s designers.

INSERTS: Inserts will be placed in each copy of the magazine and distributed as such.
Advertisers must provide 900 copies of inserts at least one day prior to distribution.
Muka : 4
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

BILLING: GenerAsians will bill advertisers after each issue unless other arrangements have been
made. A tear sheet of the advertisement will be provided as proof of performance.

DEADLINE: Advertisers must provide electronic or camera-ready copy by the deadline.

Address of Advertiser__________________________________
____________________________________________________ Telephone
Number_________________________ Signature of
Advertiser______________________ GenerAsians
Representative___________________

(Sumber: GenerAsians: Asian-American Magazine)


i. Fitnah
Fitnah adalah kenyataan palsu atau tuduhan terhadap seseorang atau menghina
seseorang. Fitnah terbahagi kepada dua jenis iaitu liabel dan slander. Pengiklan perlu
peka dan berhati-hati dalam membuat kenyataan, agar tidak menjadi masalah
khususnya dalam proses pengiklanan dan memasarkan produk secara amnya.
 Liabel
Merupakan kenyataan palsu secara bertulis yang disiarkan di media cetak seperti
suratkhabar, majalah atau lain-lain bentuk penerbitan.

 Slander
Merupakan kenyataan palsu secara lisan yang disiarkan di media elektronik seperti
radio, televisyen atau saluran komunikasi yang lain.

ii. Penggunaan kanak-kanak dalam iklan


Menurut etika pengiklanan, penggunaan kanak-kanak dalam iklan tidak digalakkan
melainkan barangan yang diiklankan berkaitan langsung dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak boleh digunakan dalam iklan yang menjual barang-barang yang
bukan untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, iklan yang menjual vitamin atau ubat-
ubatan untuk golongan dewasa.

Ada beberapa garis panduan lain yang perlu dipatuhi oleh pengiklan dalam
penggunaan kanak-kanak dalam iklan mereka, antaranya:
 Iklan tidak boleh mempromosikan barang yang boleh membahayakan kanak-kanak
samada dari segi fizikal, mental mahupun moral.
 Tidak dibenarkan pengiklan mengambil kesempatan ke atas sifat mudah percaya
dan ketaatan kanak-kanak.
 Pengiklan tidak dibenarkan untuk mengesyorkan kanak-kanak membeli produk
mereka atau membuat ibu bapa membeli untuk mereka.
 Pengiklan tidak dibenarkan menunjukkan kanak-kanak atau orang dewasa
membuat sesuatu yang merbahaya dengan produk mereka.

b. Tatatertib amalan pengiklanan di Malaysia dan ahli jawatankuasanya


Di Malaysia tiada sebarang undang-undang yang digubal untuk mengawal pengiklanan
begitu juga di peringkat antarabangsa, tetapi yang ada merupakan kod amalan atau code
of conduct yang mengawal kegiatan-kegiatan pengiklanan.

Di peringkat antarabangsa kod amalan pengiklanan merupakan satu garis panduan


pemasar sebelum menghasilkan iklan-iklan mereka.

Sebagai contoh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan satu kod yang
berkaitan dengan pemasaran susu.
Muka : 5
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

i. Jawatankuasa Pengiklanan di Malaysia


Terdapat garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Kepiawaian Periklanan atau
Advertising Standard Authority (ASA) yang ditubuhkan pada 1978 di mana anggotanya
terdiri daripada Persatuan Penerbit Akhbar, Persatuan Agensi-agensi Periklanan
Bertauliah, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persekutuan, Persatuan Pengguna
Malaysia (FOMCA). FOMCA kemudiannya menarik diri atas alasan tidak bersetuju
dengan beberapa prinsip ASA.

ii. Tatatertib amalan pengiklanan di Malaysia


Kod dan etika pengiklanan di Malaysia adalah berdasarkan kod pengiklanan
Kementerian Penerangan yang mengawal iklan dalam media siaran kerajaan.

Kod dan etika ini merangkumi perkara-perkara seperti berikut:


 Sopan
Iklan tidak boleh mengandungi apa-apa penyampaian secara oral dan atau visual
yang bercanggah atau menghina kesopanan yang lazim dipraktik oleh masyarakat
Malaysia. Iklan juga tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai
dengan budaya masyarakat Malaysia, sebagai contoh iklan yang mengandungi
adegan-adegan yang mengghairahkan yang membawa aksi yang tidak bermoral.

 Benar
Iklan mesti jujur, benar dan betul. Ia perlu mengelakkan apa sahaja yang boleh
meragukan.

 Peka
Iklan hendaklah peka terhadap suasana dalam masyarakat Malaysia yang berbilang
agama, kaum dan adat dan tidak menyinggung perasaan atau menghina jantina
atau politik atau orang perseorangan.

 Ketakutan dan tahyul


Iklan tidak boleh mengeksploitasi kepercayaan tahyul dan ketakutan dan lain-lain
perihal yang mudah dipercayai di dalam kes-kes yang munasabah.

 Perbandingan
Perbandingan secara tidak langsung adalah dibenarkan bagi menggambarkan
aspek teknikal, elektronik, faedah-faedah yang berkaitan dan objektifnya serta sifat-
sifat barangan dan perkhidmatan yang diiklankan.

 Penghinaan dan memburukkan nama


Penghinaan dan memburukkan aktiviti, syarikat atau barangan lain, walaupun tidak
disebut secara khusus adalah tidak dibenarkan.

 Gerenti
Penggunaan perkataan gerenti perlu disertakan dengan maklumat kandungan dan
jaminan yang ditawarkan atau petunjuk maklumat yang terdapat tentang jaminan
tersebut.

 Keganasan, kekerasan, perbuatan sumbang


Muka : 6
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan atau gambaran fizikal atau perbuatan
sumbang atau sesuatu yang dianggap sebagai biadap, lucah, jijik terhadap
perasaan dan citarasa pengguna.

 Moral, sivil, pegangan agama dan penghormatan diri


Iklan tidak boleh menghina moral, sivil dan pegangan agama rakyat. Iklan mesti
menghormati kemuliaan manusia dalam segala bentuk dan ungkapan.

c. Kod pengiklanan
Di Malaysia kod amalan pengiklanan digunakan berdasarkan kod pengiklanan RTM dan
beberapa panduan dijelaskan kepada pemasar dan pengiklan berkaitan pembikinan dan
pengeluaran iklan secara khususnya.

i. Wanita dan lelaki di dalam iklan


 Penggunaan wanita dan lelaki dalam pembikinan iklan haruslah mematuhi
peraturan di mana kaum lelaki dan wanita mempunyai otoriti dan hak di dalam
menentukan sesuatu.

 Hak di sini sebagai contoh, mereka sama-sama berkuasa membuat keputusan di


dalam menentukan pembelian.

 Selain daripada itu, pengiklan tidak boleh menunjukkan kaum lelaki mengugut atau
menindas kaum wanita dan sebaliknya serta pengiklan tidak boleh mengeksploitasi
kaum wanita dan lelaki berdasarkan jantina dalam mempromosikan barangan
mereka.

 Iklan mesti menunjukkan bahawa kaum wanita dan lelaki di pelbagai peringkat
umur boleh turut serta di dalam sebarang bentuk aktiviti baik di rumah mahupun di
luar rumah.

ii. Barangan jenama rokok


 Apa-apa jenis perniagaan yang menggunakan jenama rokok hendaklah
menjalankan urusniaga yang bukannya mengiklankan rokok.

 Gambar pek atau rokok atau sebahagian gambar pek atau rokok tidak dibenarkan.

 Begitu juga, barangan yang menyerupai atau mirip dengan pek rokok, rokok atau
aksesori merokok juga tidak dibenarkan.

iii. Iklan-iklan ubat, racun makhluk perosak, makanan dan minuman dan industri
pengajian tinggi luar Negara
 Pemasar yang memasarkan produk-produk perubatan dan racun makhluk perosak
tertakluk pada akta-akta dan bidang kuasa pihak tertentu.

 Sebagai contohnya, iklan ubat, rawatan perubatan dan fasiliti perubatan serta iklan
makanan dan minuman yang mengandungi tuntutan adalah di bawah bidang kuasa
Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Muka : 7
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

 Manakala, iklan racun makhluk perosak di bawah kuasa Lembaga Racun Makhluk
Perosak, Kementerian Pertanian Malaysia.

 Iklan-iklan IPTS dan IPT luar negara adalah di bawah kuasa Unit Pengajian
Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan kepada pengiklan


di Malaysia selain daripada yang dijelaskan tadi dalam penghasilan sesuatu iklan.
Antaranya adalah seperti berikut:

Barangan dan adegan yang tidak boleh diiklankan:


i. khinzir dan barangan yang berkaitan dengannya
ii. minuman beralkohol dan arak, dan jenama barangan yang berkaitan
iii. apa-apa bentuk spekulasi kewangan
iv. notis-notis kematian, urusan pengkebumian, tugu-tugu perkuburan
v. ahli nujum atau tukang tilik nasib dan sebagainya
vi. agensi perkahwinan dan kelab persahabatan atau mencari jodoh
vii. apa-apa bentuk perjudian termasuk memberi tip pertaruhan dan perjudian
viii. tuala wanita dan lampin orang dewasa
ix. pakaian dalam
x. adegan menonjolkan ketiak
xi. adegan yang mengghairahkan dan kurang sopan
xii. adegan-adegan disko
xiii. barangan untuk melangsingkan badan yang digunakan secara oral ataupun aplikasi
luar badan
xiv. permainan bunga api dan mercun

3. Kod Penyiaran, Garis Panduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna
Industri pengiklanan begitu pesat berkembang di Malaysia. Setiap hari, kita boleh melihat
iklan-iklan baru disiarkan di media-media elektronik serta teknik-teknik dan idea-idea baru
yang dipersembahkan dalam media massa dan sebagainya. Semua ini adalah untuk merayu
agar pengguna membeli produk yang diiklankan oleh pemasar. Walau bagaimanapun,
pemasar dan pengiklan harus mematuhi kod atau etika dalam pengiklanan yang
menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan pengiklanan di Malaysia.

a. Garis panduan penyiaran


Garis panduan penyiaran tertakluk di bawah Akta Penyiaran (Pindaan)1997.
Ia bertujuan memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen memenuhi
dasar-dasar dan aspirasi negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.
Ia ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan
siaran di radio dan televisyen.
Beberapa garis panduan dijelaskan berkaitan juga dengan penyiaran iklan di radio dan
televisyen. Pemasar dan pengiklan-pengiklan harus mematuhinya agar penyiaran iklan
dapat dijalankan dengan lancar.
Muka : 8
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

i. Bahan-bahan siaran
 Iklan-iklan yang menyentuh politik, aspek keagamaan, budaya dan tatatertib tidak
mungkin dapat disiarkan. Sebaik-baik bahan siaran haruslah bercirikan:
 menyokong wawasan negara
 menghormati sensitiviti atau kepekaan rakyat
 memaparkan keindahan dan kemajuan negara
 mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta
 menggambarkan masyarakat berbilang kaum
 Contoh-contoh iklan yang menepati ciri-ciri tersebut adalah seperti iklan
kemerdekaan oleh Petronas, iklan Hari Raya dan Tahun Baru oleh Perodua,
Telekom dan sebagainya.

Terdapat iklan-iklan yang bercirikan seperti berikut:


 Ideologi dan Politik
Iklan yang menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara
serta menggambarkan negara Malaysia yang tidak benar di mana boleh
menjejaskan imej Malaysia adalah tidak boleh disiarkan. Bahan siaran dari
negara komunis ataupun dari negara yang tidak mempunyai hubungan
diplomatik juga tidak dibenarkan.

 Aspek keagamaan
Aspek keagamaan menyentuh pada unsur-unsur tidak mempercayai Tuhan atau
merosakkan kerukunan umat beragama. Mana-mana iklan tidak boleh
menyentuh amalan-amalan keagamaan dengan menghina, menyinggung
perasaan dan sentimen mana-mana kaum dan penganut agama.

 Aspek budaya sosial


Iklan yang berunsurkan perkara-perkara yang boleh merosak, membahayakan
dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan rakyat Malaysia tidak boleh
disiarkan. Selain dari itu perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan dan
ejekan terhadap adat istiadat dan budaya serta perbuatan tidak bermoral dan
memberi perangsang kepada perkembangan counter culture.

ii. Perihal artis atau model iklan


Artis-artis atau model-model yang digunakan dalam iklan harus mematuhi garis
panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan dalam pembikinan iklan
untuk disiarkan di televisyen

Panduan seperti pakaian, rambut, kelakuan dan gerak geri semasa persembahan
hendaklah mengikut etika yang ditentukan.

Sebagai contoh, pakaian artis lelaki dan wanita hendaklah sopan, kelakuan dan
gerak-geri artis hendaklah bersopan santun dan penonton tidak dirangsangkan
sehingga bertindak liar.

Sebarang tindakan yang tidak mematuhi etika dan garis panduan penyiaran ini,
bahagian penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas penerbit dan pengarah
termasuk pengiklan, artis atau model begitu juga stesen penyiaran, seperti
menggantung atau membatalkan lesen penyiaran dan melarang mana-mana
pengarah, penerbit dan artis daripada disiarkan di mana-mana program di televisyen
dan juga radio.
Muka : 9
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

Iklan atau sebarang produksi yang disiarkan akan melalui proses penapisan.
Tujuannya supaya iklan atau sebarang produksi tersebut memenuhi garis panduan
yang ditetapkan selain dapat membendung gejala yang tidak diingini hasil daripada
penyiaran iklan tersebut.

b. Fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Di bawah kementerian ini terdapat beberapa akta yang mengawal amalan-amalan
kegiatan perdagangan yang buruk.

Antara akta-akta tersebut adalah:


i. Akta Pengawalan Penawaran, 1961
ii. Akta Pengawalan Harga, 1946
iii. Akta Timbangan dan Ukuran, 1972
iv. Akta Sewa Beli, 1967
v. Akta Deskripsi Perdagangan, 1972

Akta Deskripsi Perdagangan menerangkan tentang pengawalan ke atas iklan-iklan yang


tidak tepat tentang barangan, harga, perkhidmatan dan kemudahan.

Tujuan akta ini untuk menghalang penerangan yang salah tentang barangan dan juga
kenyataan-kenyataan yang salah tentang produk.

Semua ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada amalan-amalan pihak
tertentu yang tidak adil serta penipuan dan lain-lain amalan yang menyekat persaingan.

i. Akta Perlindungan Pengguna 1999


Akta ini memperuntukan larangan terhadap perilaku yang mengelirukan dan
memperdayakan dalam urusniaga dengan pengguna. Contohnya ialah pengakuan
terhadap ciri-ciri barang dan kesesuaian dan penggunaannya yang didapati tidak
benar. Ia juga melarang seseorang membuat representasi yang palsu, mengelirukan
seperti memberi penerangan yang salah terhadap jenis, standard, kualiti, keperluan
jaminan dan keadaan barang (baru atau telah dibaikpulih).

ii. Dasar Periklanan Negara


Dasar Periklanan Negara bertujuan memberi sumbangan ke arah pembentukan nilai,
sikap dan tingkah laku pengguna supaya selaras dengan pola sosio-budaya dan
ekonomi negara. Ia dibina atas kesedaran di mana iklan begitu besar pengaruhnya
pada masyarakat.

Memandangkan industri ini begitu pesat berkembang dan masih kurang penglibatan
Bumiputera, maka beberapa tindakan perlu diambil supaya sumbangan Bumiputera
dalam industri ini khususnya dan sektor ekonomi amnya dapat dibanggakan.

Tambahan
Agensi yang mengawalselia iklan :
Muka : 10
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN


KEPENGGUNAAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertanggungjawab
mengawal selia dan mengambil tindakan terhadap iklan-iklan yang mengelirukan dan
memperdaya atau membuat representasi palsu dan amalan tak saksama di bawah Akta
Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

 KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN


Perkhidmatan dan kandungan yang dikawal selia adalah perkhidmatan dan kandungan
komunikasi penyiaran televisyen, radio awam dan swasta, telefon talian tetap, mudah alih
dan telefon awam berbayar dan internet.

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab dalam pengawalseliaan iklan
ubatubatan dan perkhidmatan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 (Semakan
1983). Di bawah akta ini, semua iklan yang berkaitan dengan ubat, alat penyembuh,
kemahiran dan perkhidmatan yang mempunyai tuntutan perubatan hendaklah mendapatkan
kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU) sebelum disiarkan. LIU ialah satu
Jawatankuasa yang bertanggungjawab memberi kelulusan iklan produk farmaseutikal dan
perkhidmatan kesihatan yang dikendalikan oleh pengamal perubatan berdaftar.

 KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Bahagian Pemberi
Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai bertanggungjawab mengawal selia pengiklanan
berkaitan perniagaan Pemegang Pajak Gadai dan Perniagaan Pemberi Pinjam Wang di
bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Akta Pemberi Pinjam Wang.

Jabatan di bawah KPKT iaitu Jabatan Perumahan Negara bertanggungjawab dalam


pengawalseliaan pengiklanan perumahan. Sebarang iklan perumahan adalah tertakluk di
bawah kelulusan Permit Iklan dan Jualan yang mewajibkan pemaju mematuhi Peraturan 6
Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT pula
mengawal selia sebarang iklan yang termaktub dalam undang-undang kecil masingmasing.
Hal ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang
menyatakan PBT boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu dalam pemberian
lesen/permit termasuklah permit/lesen pengiklanan.

 KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Penapis Filem yang ditubuhkan di bawah
Seksyen 4 Akta Penapisan Filem 2002 bertanggungjawab mengawal selia dan menapis
semua filem iklan.

Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN pula bertanggungjawab mengawal
selia dan menapis semua bahan penerbitan (termasuk iklan) dan teks AlQuran yang dicetak,
diterbit, diimport dan diedar di dalam negara agar tidak mengandungi bahan-bahan negatif,
Muka : 11
NO. KOD BPM 2013 / K5-KP
Drpd : 10

tidak diingini dan mengandungi kesilapan sehingga mampu memudaratkan keselamatan


negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat.

 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab mengawal selia Perakuan
dan Penandaan Halal - Penggunaan Logo Halal Malaysia dan Logo Halal Badan Pensijilan
Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Semua barang atau perkhidmatan yang
hendak menggunakan logo halal dalam pengiklanan hendaklah mendapat kelulusan
daripada pihak JAKIM sebelum dipamerkan

SOALAN:
1. Nyatakan dua peranan pengiklanan terhadap sosial .
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

2. Nyatakan empat perkara yang terkandung dalam sesebuah kontrak pengiklanan .


......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

3. Nyatakan tiga ciri iklan yang baik.


......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

RUJUKAN:
1. http://modul2poli.blogspot.com/
2. https://www.slideshare.neet/mobile/rinsemboy/pengaruhpengiklanankepadapengguna.
3. https://www.knowthis.com/types-of-advertising-media/ad-media-intro/

Anda mungkin juga menyukai