Anda di halaman 1dari 4

NAMA: ARSYAD HISHAM BIN BAHRUL HISHAM

NO MATRIK: 2021828644

KUMPULAN: PI009E16

SOALAN 1

Sebagai seorang warganegara yang mengambil berat terhadap isu ini , saya melakukan Tindakan
sepertimana yang telah dinyatakan dalam maqasid Syariah yang boleh dimaksudkan dengan maklamat
syarak yang meletakkan segala hukum bagi mendapatkan kebaikan dan menolak keburukan dalam
kehidupan .

Yang pertama , saya hendaklah memelihara agama kerana menjaga agama adalah salah satu contoh
maqasid Syariah . Agama adalah perkara yang perlu dijaga walau apa jua keadaan sepertimana yang
telah ditetapkan oleh syarak iaitu hanya memilih islam sebagai cara hidup walau menghadapi apa jua
cabaran . Islam juga telah memberi banyak kelonggaran apabila kita menghadapi dugaan . Contohnya ,
walaupun kerajaan telah melarang umat islam untuk menunaikan solat jumaat secara berjemaah di
masjid, tetapi kita tetap wajib melaksanakan solat zuhur yang menjadi kewajipan di rumah masing-
masing .

Seterusnya saya juga akan memelihara akal (hifz al-aqal) sepertimana yang disarankan dalam maqasid
Syariah . Islam menuntut umatnya supaya menggunakan akal untuk berfikir tentang kejadian dan azab
yang telah diturunkan oleh Allah sebagai petanda yang menunjukkan kebesaran Allah SWT dan
menggunakannya untuk mengambil iktibar dan pengetahuan baru. Sebagai contoh saya akan
menggunakan akal yang dikurniakan untuk memahami isu semasa serta perkembangan wabak penyakit
ini berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dilakukan .

Selain itu , berdasarkan usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan, saya akan memelihara dan
menjaga harta dengan sebaiknya . Islam telah mensyariatkan umatnya untuk menggunakan harta di
jalan yang benar , dan mengharamkan ppenggunaan harta ke jalan yang salah seperti memberi rasuah
dan berzina . Sebagai contoh saya akan memlihara harta saya dengan menggunakan kearah yang betul
seperti memberi sumbangan kepada mereka yang hilang pekerjaan akibat terjejas dengan perintah
kawalan pergerakan yang telah diaarahkan oleh pihak kerajaan.

Yang terakhir saya akan menggunakan konsep hifz al-nafs iaitu memelihara nyawa . Islam mensyariatkan
umatnya untuk menjaga nyawa diri sendiri atau orang lain dan sepertimana Allah ada menyebut
didalam alquran agar janganlah membunuh kecuali jika dibenarkan syarak . Sebagai contoh kita haruslah
mematuhi Perintah kawalan pergerakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk tinggal dirumah agar
penyakit covid ini tidak tersebar dan berjangkit . Selain itu kita juga dapat menawarkan diri untuk
menjadi sukarelawan untuk membantu merawat mereka yang telah dijangkiti penyakit covid 19 .
SOALAN 2

Proses penciptaan manusia menurut sains amatlah berkait rapat dengan proses Islam. Hal ini kerana
segala maklumat yang diperoleh daripada ahli sains adalah berdasarkan wahyu Allah.Penciptaan
manusia terdiri daripada tujuh peringkat Bermula dari nutfah , ‘alaqah , mudghah , ‘izam , lahm ,
khalqan akhar dan nafkh al-ruh.

Proses yang pertama ialah proses nutfah iaitu apabila sperma lelaki dan ovum wanita bercampur dalam
minggu yang pertama. Nutfah dari segi bahasa bermaksud setitik atau sejumlah . Nutfah juga berkait
rapat dengan sains iaitu ‘fertilised ovum’.

Seterusnya , proses yang kedua ialah proses Alaqah . Alaqah bermaksud gumpulan darah dan
membentuk seperti sesuatu yang tergantung . Proses ini berlaku pada minggu ke dua . Proses ini
merupakan proses dimana penggantungan embrio dalam dinding Rahim dan pemecahan sel berlaku. Ia
berkait rapat dengan proses sains iaitu ‘implantation’

Mudghah pula merupakan proses ketiga yang bermaksud daging yang dikunyah oleh gigi . Ini bermaksud
embrio sudah mempunya rupa dan sentiasa berubah dengan kemunculan bonjol atau “somites”.Di
peringkat ini pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota lain mula untuk berfungsi. Mengikut
sains , proses ini dinamakan proses pembentukan “somites”.

‘Izham danlahm ialah proses keempat dan kelima dimana terjadinya tulang yang mendahului otot. Otot
akan menyelabungi tulang setelah tulang dibentuk. Pada peringkat ini embrio menggambarkan ciri-ciri
tulang yang memberinya bentuk manusia .. Berdasarkan sains , proses ini dipanggil proses
organogenesis.

Khalqan akhar merupakan proses perubahan embrio kepada rupa janin. Proses ini akan berlaku pada
akhir minggu ke lapan .Pada peringkat ini , semuanya telah berfungsi dengan sempurna . Proses ini
berkait rapat dengan proses pembentukan “fetus” dalam sains.

Proses yang terakhir ialah Nafkh al-ruh. Proses ini berlaku apabila roh mula dimasukkan ke dalam janin.
Apabila janin sudah mempunyai roh , haram hukumnya bagi pasangan suami isteri untuk mengugurkan
janin tersebut. Dan ini hanyalah salah satu proses dimana ahli sains tidak lagi mendapat jawapan
bagaimana proses ini berlaku . Oleh itu ,kita dapat meyakini bahawa ilmu Allah amatlah luas dan Allah
ialah yang maha bijaksana.
SOALAN 3

Pada pendapat saya tindakan yang saya akan lakukan untuk dalam mengatasi isu pemanasan global
yang sedang dialami oleh dunia masa kini ialah dengan menguranggkan pengunnan kenderaan di jalan
raya . Hal ini kerana asap yang keluar daripada kenderaan itu mempunyai bahan yang mampu
menipiskan lapisan ozon dan menyebabkan pemansan global berlaku . Oleh itu,antara contoh untuk
menguranggkan penggunaan kenderaan adalah dengan berjalan kaki atau berbasikal . Selain itu kita juga
dapat berkongsi menggunakan kenderaan awam seperti Teksi ,Grab dan sebagainya untuk mengatasi
masalah pemanasan global .

Seterusnya saya juga akan mengamalkan amalan kitar semula seperti rajah diatas . Kitar semula
terbahagi kepada tiga iaitu reuse , reduce , recycle . Melalui kaedah ini penggunaan yang mampu
membawa kearah pemanasan global dapat dikurangkan . Sebagai contoh botol plastic , polisterina dan
beg plastic adalah bahan yang mampu mencetuskan pemanasan global dan ia juga mengambil masa
yang lama untuk dilupuskan . Oleh itu kita dapat mengurangkkan penggunaan bahan ini dengan
menggantikan mereka dengan bahan yang mesra alam .

Konklusinya, kita haruslah saling menjaga alam sekitar seperti mana yang telah dinyatakan iaitu hablun
minal alam (hubungan manusia dengan alam ) iaitu haiwan dan tumbuh tumbuhan . Hal ini kerana
mereka juga adalah ciptaan Allah swt sama seperti manusia .
SOALAN 4

Sebagai seorang Muslim, peranan saya supaya para pengikut saya mendapat kesan yang baik daripada
media sosial adalah dengan menunjukkan akhlak dan adab yang sempurna seperti mana yang telah
diajar oleh islam . Definisi bagi akhlak ialah khuluk yang bermaksud tabiat, perangai dan budi pekerti .
Akhlak juga ialah cerminan keimanan dan ketaqwaan seorang hamba . Antara contoh akhlak yang baik
ialah akhlak mahmudah iaitu seperti zuhud , sentiasa bersabar , sentiasa menunjukkan rasa syukur dan
sentiasa bertawakal kepada Allah SWT . Melalui akhlak yang sempurna ini ,para followers akan menjadi
kagum dengan islam sekaligus akan berusaha untuk mengikuti dan mempelajari untuk menjadi
seseorang yang mempunyai akhlak yang baik.

Selain itu , saya juga sebagai seorang muslim akan sentiasa berkongsi pelbagai matlumat dan ilmu ilmu
yang berkaitan agama di media sosial .Sebagai contoh dengan meletakkan post post di Instagram dan
facebook . Melalui kaedah sebegini , ianya dapat memudahkan para followers saya untuk mempelajari
perkara berkaitan ilmu agama .Seperti yang kita sedia maklum pada era kini terdapat ramai pekerja yang
tidak mempunyai kesempatan masa yang untuk mendegar tazkirah di masjid. Justuru itu saya juga
dapat menarik minat individu terhadap agama islam sebagai contoh saya mempunyai pengikut yang
bukan menganut agama islam , oleh itu mereka juga dapat mengetahui serba sedikit berkaitan agama
islam dan semoga dengan perkongsian yang saya lakukan ini menjadi asbab kepada mereka untuk
menerima hidayah dan menganut agama islam .

Anda mungkin juga menyukai