Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 6 Zamrud
3. Bilangan Murid : 24 / 32 orang
4. Tarikh : 13 Oktober 2020
5. Hari : Selasa
6. Masa : 10.30 pagi hingga 11:30 pagi
7. Tema : Terokai Sains, Terajui Teknologi dan Inovasi
8. Tajuk : Keajaiban Sains dan Inovasi

9. Kemahiran Fokus: Aspek Tatabahasa

10. Standard Kandungan


5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks

11. Standard Pembelajaran


5.1.5 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif, kata adverba, kata
penguat, dan kata penegas mengikut konteks dengan betul

12. Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata adjektif berdasarkan petikan
cerita “Bahaya Ribut Petir” dengan betul.
ii. Menyatakan secara lisan ayat penyata yang menggunakan kata adjektif
dengan betul melalui aktiviti Kotak Pintar.

13. Sistem Bahasa


 Sintaksis: ayat penyata
 Morfologi: Kata adjektif, kata penguat, kata penegas
 Kosa kata: petir, nyahcas, kilat
 Sebutan dan intonasi: Jelas dan betul

14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)


 Ilmu: Sains, Reka Bentuk Teknologi
 Nilai Murni: amanah, kerjasama, menghargai, rasional
 Peraturan Sosiobudaya : kesantunan bahasa dan laras bahasa
 KBAT: Meransang murid membina ayat baharu menggunakan kata adjektif
 Elemen Keusahawanan:
EK 1: 1.4 Daya Kreativiti dan Inovasi: memerhati dengan bertujuan dan
menghasilkan banyak idea
 Kemahiran Insaniah: Komunikasi, pemikiran kritis, kemahiran sosial,
keusahawanan, kepimpinan
 PAK-21:

15. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)


 Kemahiran Berfikir : menghubung kait, menjana idea, merumus, meramal,
menaakul
 Belajar Cara Belajar : memproses maklumat, kemahiran menulis, bacaan mekanis
 Pembelajaran Kontekstual : menghubungkaitkan pembelajaran dengan
pengalaman sedia ada
 Penggabungjalinan : Ilmu dan kemahiran
 Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal, kinestatik
 Pembelajaran Konstruktivisme : membina pengetahuan sendiri berdasarkan
pengalaman dan pengamatan

16. Bahan Bantu Mengajar

Bil. Perkara Jumlah


1 Komputer riba 1
2 Projektor LCD 1
3 Pembesar suara 1
4 Pen Marker 17
5 Papan putih mini 32
6 Lembaran peta pokok 17
Lembaran kerja
7 Pengayaan 27
Pemulihan 5

17. Pengetahuan Sedia Ada


i) Murid pernah menggunakan kata adjektif dalam kehidupan seharian.
ii) Murid pernah menggunakan kata adjektif dalam ayat.
Langkah / Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
Masa Pembelajaran
Set Induksi Hebatnya Inovasi 1. Guru menayangkan video Bahan Bantu Mengajar
(5 minit) inovasi alatan seharian kepada  Komputer riba
murid-murid.  Projektor
 Pembesar suara
2. Murid meneliti video dan

Tayangan video melihat proses penggunaan alat Ilmu


inovasi alatan dengan teliti.  Sains
seharian  Reka Bentuk
https://www.youtube.co 3. Murid bersoal jawab dengan Teknologi
m/watch?v=GTJnGhIvV guru tentang alat yang terdapat

EE&t=8s dalam video. Teknik


 Soal jawab
Soalan: 4. Guru mengaitkan jawapan

1. Pernahkah anda murid dengan tajuk pembelajaran KBAT


terfikir adanya alat pada hari ini.  Bertanyakan
yang memudahkan kebaikan alat dan
urusan dalam 5. Guru memperkenalkan objektif inovasi yang
kehidupan pembelajaran kepada murid. dijalankan
seharian?
2. Apakah kebaikan Kemahiran Berfikir
alat-alat tersebut?  Menjana idea
3. Adakah anda  Menghubung kait
berminat untuk
mempunyai alat- Belajar Cara Belajar
alat tersebut?  Memproses
maklumat
Cadangan jawapan:
1. Ya/ Tidak Kecerdasan Pelbagai
2. Menjimatkan masa/  Verbal linguistik
memudahkan
urusan Kemahiran Insaniah
3. Ya  Komunikasi
 Keusahawanan
Langkah / Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
Masa Pembelajaran
2. Tajuk pelajaran : Pembelajaran
 Keajaiban Sains Kontekstual
dan Inovasi Menghubungkaitkan
dengan pengalaman
sedia ada
Langkah 1 Apa itu Kata Adjektif? 1. Murid mendengar dan meneliti BBM
(20 minit) penerangan kata adjektif melalui  Video pembelajaran
video pembelajaran.  Komputer riba
 Pembesar suara
2. Murid-murid mengenal pasti  Papan mini
Penerangan kata jenis kata adjektif dan  Air oren
adjektif menggunakan penggunaannya dalam ayat.  Air mineral
video pembelajaran  Air coklat
3. Seorang murid dipilih untuk
menyatakan contoh ayat adjektif Ilmu
dan rumusan keseluruhan video
 Sains
tersebut.

Kemahiran Insaniah
4. Guru mendemontrasi contoh
 Komunikasi
ayat menggunakan bahan yang
 Sosial- Kerja
Roda Namaku dibawa.
Berpasukan
Memilih murid untuk
melakukan demonstrasi 5. Murid dipilih untuk datang ke
Kecerdasan Pelbagai
menggunakan aplikasi depan untuk merasa bahan dan
 Verbal linguistik
roda digital membina ayat adjektif yang
 Kinestatik
sesuai dengan menggunakan
Contoh bahan Roda Namaku.
Kemahiran Berfikir
i. Air oren
 Membuat rumusan
ii. Air mineral 6. Guru membetulkan kesalahan
 Menjana idea
iii. Air gula penggunaan kata adjektif murid
Kata adjektif sekiranya kurang tepat dan
Penilaian Objektif (i)
i. Masam memberikan pujian atas
ii. Tawar keberanian.
iii. Manis
Langkah / Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
Masa Pembelajaran
7. Guru memaparkan petikan
ringkas “Bahaya Ribut Petir” di
hadapan kelas.

8. Murid menyenaraikan
sekurang-kurangnya lima kata
adjektif melalui petikan di atas
Contoh kata adjektif: papan mini.
1. takut
2. malam 9. Murid dan guru berbincang
3. cemas bersama-sama kata adjektif yang
disenaraikan.
Langkah 2 Kotak Pintar 1. Murid bersedia untuk BBM
(15 minit) melakukan permainan kotak  Kotak Pintar
pintar.  Muzik
 Pembesar suara
2. Muzik dipasang dan Kotak  Kad adjektif
Pintar bergerak mengikut baris.
Ilmu
3. Apabila lagu diberhentikan,  Sains
murid terakhir yang memegang
kotak tersebut perlu bangun dan KBAT
memasukkan tangan ke dalam  Murid mengeluarkan
kotak. idea baharu secara
spontan
Memilih kad yang 4. Murid memegang bahan
bertuah dan membina tersebut dan menggambarkan Kemahiran Insaniah
ayat secara spontan bentuk kad yang dipegang oleh  Komunikasi
menggunakan kata murid.  Kritis- Penyelesaian
adjektif yang sesuai
Masalah
5. Murid mengeluarkan kad dan
pantas
membina ayat adjektif secara
Kemahiran Berfikir
spontan dalam masa yang
 Menjana idea
ditetapkan.
cantik
Langkah / Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
Masa Pembelajaran
6. Murid yang berjaya membina Pembelajararan
ayat yang tepat diberikan Koperatif
ganjaran pelekat pada kad  Permainan Bahasa
ganjaran.
Pembelajaran
Kontekstual
Mengaitkan ayat yang
dibina dengan kehidupan
seharian

Kecerdasan Pelbagai
 Verbal Linguistik
 Kinestatik
 Intrapersonal

Nilai
 Berani
 Amanah
 Jujur

Penilaian Objektif (ii)


Langkah 3 Kuiz Adjektif 1. Setiap murid diedarkan BBM
( 15 minit) dengan kertas OMR.  Komputer riba
 Pembesar suara
2. Murid menjawab soalan  Projektor
objektif tentang kata adjektif
dalam masa yang ditetapkan. KBAT
Murid memikirkan kata
3. Murid bertukar kertas OMR adjektif yang sesuai
dengan rakan yang berada di
Murid menjawab soalan sebelah Kemahiran Insaniah
kata adjektif dalam  Komunikasi
masa yang ditetapkan 4. Murid yang dapat menjawab  Kritis- Penyelesaian
semua soalan dengan betul Masalah
Langkah / Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Catatan
Masa Pembelajaran
Pengayaan akan diberi soalan pengayaan
Mengeluarkan dan ganjaran pelekat. Pembelajaran
sekurang-kurangnya Konstruktivisme
tiga kata adjektif 5. Murid yang lain diberikan  Membina
daripada gambar yang soalan pemulihan sekiranya pengetahuan
diberi terdapat banyak kesalahan.
Nilai
Pemulihan  Keberanian
Membulatkan kata  Kerjasama
adjektif yang terdapat  Kejujuran
dalam ayat
Penilaian Rakan
Sebaya

Penutup Penutup Kognitif 1. Murid merumuskan isi pelajaran Kemahiran Insaniah


(5 minit) 1. Rumusan isi yang telah dipelajari secara lisan.  Komunikasi
pelajaran  Pembelajaran
 Jenis-jenis kata 2. Murid diedarkan dengan Sepanjang Hayat
adjektif sekeping sticky note. KB
 Kebaikan berinovasi  Merumus
3.Murid menulis perasaan dan
melekatkan pada kad ganjaran Kecerdasan Pelbagai
dan menyerahkan kepada guru.  Verbal Linguistik
 Intrapersonal
Penutup Sosial 4.Guru memberi pujian atas  Interpersonal
1. Pujian kepada murid. kerjasama yang diberikan.
18. Refleksi
Pada akhir pembelajaran, saya mendapati pengajaran tatabahasa kata adjektif menggunakan
Teknologi Maklumat Komunikasi menarik perhatian murid supaya menumpukan pengajaran
dalam kelas. Penggunaan video untuk menerangkan kata adjektif memudahkan murid
memahami contoh dengan lebih jelas. Kekuatan pengajaran pada hari ini ialah murid dapat
menjelaskan semula penggunaan kata adjektif melalui aktiviti demonstrasi di hadapan. Murid
kelihatan teruja untuk mencuba aktiviti di hadapan kelas. Dalam masa yang sama, murid
dapat mengaplikasi penggunaan tatabahasa melalui aktiviti. Objektif pembelajaran dapat
dicapai dengan baik. Walau bagaimanapun, peralihan aktiviti agak lambat apabila
menggunakan komputer riba. Malah, keselamatan murid juga agak bahaya apabila suis dan
wayar yang disambungkan agak mengganggu kedudukan murid dan pergerakan keluar
masuk. Audio juga kurang didengari kerana hanya bergantung kepada projektor. Maka,
penambahbaikan yang saya boleh lakukan selepas ini ialah membuat persiapan dengan rapi
dengan melihat pelan kelas dan menyusun atur murid mengikut keselesaan masing-masing.
Aktiviti yang memakan masa yang lama juga perlu dikurangkan agak pengurusan masa lebih
lancar.

19. Ulasan Pensyarah Penyelia / Guru Pembimbing


LAMPIRAN

https://www.youtube.com/watch?v=GTJnGhIvVEE&t=8s

https://www.youtube.com/watch?v=VjBmgdKG2Ao
SLAID KATA ADJEKTIF
PETIKAN “BAHAYA RIBUT PETIR”

“Bahaya Ribut Petir”

Angin malam yang dingin menderu masuk menerusi tingkap yang


terbuka. Sarmeela yang sedang berbaring di atas katil bingkas bangun
kerana mahu menutup tingkap biliknya. Sarmeela mendongak ke langit
dan melihat awan hitam komulonimbus sedang berarakan. Setiap kali hari
mulai hujan, perasaan Sarmeela pasti akan pilu. Hal ini kerana, dia agak
takut dengan kilat. Ibu bapa Sarmeela pula belum pulang dari kerja.

Tum... tam... bunyi guruh yang amat kuat berdentum-dentam.


Serentak dengan itu, suasana di dalam bilik Sarmeela menjadi gelap-
gelita.

“Aduhai, bekalan elektrik terputus pula!” Sarmeela merungut sambil


teraba-raba dalam kegelapan.

Sarmeela berasa sungguh cemas sekali. Dia cuba mencari ruang


yang terang. Kebetulan, dia teringat akan lilin yang diletakkan di atas peti
ais. Dia bergerak perlahan dan cuba memegang sesuatu ketika berjalan
ke dapur. Akhirnya, Sarmeela dapat menyalakan lilin. Setengah jam
sudah berlalu, elektrik belum juga tiada. Keadaan semakin panas.
Sarmeela mengipas kuat menggunakan kipas tangan.

Bunyi kereta kedengaran di luar rumah. Ibu bapa Sarmeela sudah


pun pulang. Bapa Sarmeela memeriksa kotak bekalan elektrik. Rupa-
rupanya, suis utama rumah telah terpadam. Akhirnya, elektrik kembali
ada. Sarmeela berasa lega dan tenang semula.
LATIHAN PENGAYAAN

Arahan: Senaraikan kata adjektif yang sesuai dengan gambar-gambar di bawah.


LATIHAN PEMULIHAN

ARAHAN: Gariskan kata adjektif yang sesuai dengan


ayat yang berikut.
1. Petir berdentum dengan (senyap, kuat) menandakan
hari hendak hujan.
2. Amir sangat (benci, kecewa) kerana mendapat
keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
3. Pelajar Tahun Enam Waja sangat (patuh, takut) dan
hormat kepada guru-guru.
4. Penyanyi yang mempunyai suara (serak, merdu) itu
mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
5. Marsya berasa (cemas, gembira) semasa meraikan
hari jadinya.
6. Ali (nyaris, dekat) dilanggar kereta ketika melintas jalan
raya.
7. Lelaki berperut (kempis, buncit) itu ialah sepupu Mei
Ling.
8. Mariah berasa amat (kemik, kenyang) selepas makan
nasi ayam yang dimasak oleh emaknya.
9. Rumah saya terletak (tinggi, jauh) dari sekolah.
10. Adik saya tidak dapat menyiapkan kerja itu dalam
masa yang (singkat, erat).

Anda mungkin juga menyukai