Anda di halaman 1dari 7

BORANG PEMARKAHAN TEMUDUGA CALON PENGAWAS BARU

SR. TAHFIZ SAINS AL-FARABI, TAWAU


SESI 2022

Anggaran Jumlah Pengawas Baharu SRTS Al-Farabi, Tawau


1. Tahun 1 ke tahun 2 - 2 orang pengawas
2. Tahun 2 ke tahun 3 - 5 orang pengawas.
2. Tahun 3 ke tahun 4 - 1 orang pengawas.
3. Tahun 4 ke tahun 5 - 3 orang pengawas.

• Pemilihan pengawas tidak tertakluk kepada jantina tetapi kepada jumlah markah
yang diperolehi. Lebih tinggi markah yang diperolehi, lebih tinggi keutamaan
untuk dipilih.

Calon Lelaki:

Penampilan Sikap
No. Pemahaman
Pakaian / Selesaikan Pengurusan
NAMA MURID Kedudukan
Personaliti Tugas
ttg Nilai
Masa (10M)
JUMLAH
dalam Kelas (10M)
(10M) (10M)

Mohammad Amirul Aiman


1 4z
bin Abdul Muin

4z
2 Putra Azim bin Azman

Muhammad Afiq Aiman bin 3


3
Mohd Rizal k

Hadi Huzaifah bin Amat 2j


4
Husin

2j
5 Izz Firash Rizqin bin Azman
Penampilan Sikap
No. Pemahaman
Pakaian / Selesaikan Pengurusan
NAMA MURID Kedudukan
Personaliti Tugas
ttg Nilai
Masa (10M)
JUMLAH
dalam Kelas (10M)
(10M) (10M)

Wardatul Anisah binti


1 4z
Arizam

Dhia Hafiezah
2 Amieradhannia binti Abdul 2j
Wahab

Nur Farah Nazierah binti


3 2j
Marjonen

Nurul Khairunnisa binti


4 2j
Bacho

5 Asmah Aleesya binti Patang 1r

6 Batrisya binti Sulaiman 1r

Calon Perempuan:
PEMILIHAN CALON PENGAWAS SR. TAHFIZ SAINS AL-FARABI, TAWAU
SESI 2022

Panduan Sesi Soal-Jawab Penemuduga

Temuduga dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri penting yang ada pada seorang bakal
pengawas. Soalan-soalan yang dikemukakan akan dapat mencungkil nilai-nilai bagi
personaliti diri setiap calon yang ditemuduga. Beberapa kategori markah perlu diisi oleh
penemuduga bagi membezakan tahap keupayaan calon yang akan berjaya dicalonkan
sebagai pengawas sekolah sesi 2022.

Penampilan (pakaian/personaliti)

1. Pemarkahan bahagian ini boleh dibuat dengan menilai cara pemakaian calon
dari segi kebersihan dan kekemasan rambut.
2. Sebarang kekurangan yang dapat dikesan akan mengurangkan pemberian
markah seperti rambut yang panjang, tali leher yang tidak ditarik kemas dan
pakaian yang comot-momot.
3. Kategori ini memerlukan penilaian bukan sahaja secara fizikal tetapi karakter
dalaman calon yang dapat dikesan dengan melihat keseluruhan cara
pembawakan diri calon.

Sikap / Tanggungjawab

Sikap atau perilaku calon akan dinilai melalui ruangan ini. Dengan menggunakan soalan
yang sesuai penemuduga akan dapat mengetahui sikap calon yang boleh dijadikan
platform pemberian markah. Antara sikap yang menjadi perhatian utama ialah sikap
bertanggungjawab terhadap diri, rakan, guru dan sekolah. Oleh itu, penemuduga boleh
mengemukakan soalan-soalan berkisar tentang butir-butir pertanggungjawaban yang
diperkatakan tadi.

Antara soalan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. #Adakah anda menghabiskan semua kerja rumah yang diberikan oleh


guru?
#Pernahkah anda dimarahi / didenda / ditegur oleh guru kerana tidak siap
kerja rumah?

#Jika pernah, mengapakah anda tidak siapkan kerja tersebut? Lupa?


Terlalu banyak sehingga tidak sempat disiapkan?

2. #Pernahkah anda melihat seorang guru yang baru sampai sekolah keluar
daripada keretanya bersama beg dan barang-barang yang dikelek kiri dan
kanan?

#Jika pernah, adakah anda pernah menawarkan bantuan untuk mengangkat


barangan tersebut bagi meringankan bebanan guru itu?

#Jika tidak pernah, adakah sememangnya tidak pernah melihat keadaan itu
sepanjang berada di sekolah atau memang tidak pernah peduli akan guru-
guru atau anda begitu sibuk dengan hal-hal anda setiap pagi sehingga
tidak sedar langsung apa-apapun yang berlaku di sekeliling atau memang
anda jenis tak kisah?

3. #Seorang rakan anda agak bising semasa pertukaran guru mata pelajaran.
Pada kebiasaannya, adakah anda turut sama memeriahkan suasana bising
itu atau menegurnya supaya bertenang dan diam?

#Pernahkah walaupun sekali anda menegur rakan-rakan yang bising di


dalam kelas? Atau anda tidak pernah langsung menegur rakan-rakan yang
bising? Mengapa? Takut hilang kawan? Takut dipulaukan? Atau anda
jenis pendiam ? Atau sememangnya anda jenis pendiam dan hanya fokus
untuk belajar sahaja?

4. #Keadaan persekitaran kelas agak kotor. Apakah tindakan anda?


Mengambil tindakan membersihkan kelas? Memberitahu Ketua Kelas?
Atau terus melihat jadual bertugas dan meminta rakan yang bertugas pada
hari itu bertugas kerana kelas agak kotor? Atau anda buat tidak tahu
sahaja?

#Jika pada hari itu adalah hari anda bertugas, adakah anda menjalankan
tugas? Adakah pernah lebih daripada 3 kali anda diarahkan oleh ketua
kelas atau guru untuk menjalankan tugas dalam kelas?

#Pernahkah kelas anda memenangi pertandingan kebersihan kelas? Jika


pernah, apakah pada pandangan anda kekuatan utama yang menjadi faktor
kemenangan kelas anda? Tahu / tidak tahu?

5. #Adakah anda beratur ketika mengambil makanan ? Jika ya, apakah


perasaan anda jika melihat ada rakan yang memotong barisan? Marah?
Geram? Ingin tegur? Anda berfikir untuk tegur sahaja atau anda benar-
benar menegur salah laku rakan anda itu?
6. Pernahkah anda menegur rakan anda membuang sampah merata-rata di
sekitar kawasan sekolah? Sila ceritakan kejadian itu.

Pemahaman Tentang Nilai

Soalan ini menguji tahap pengetahuan dan pemahaman murid tentang nilai yang agak
sinonim dengan seeorang yang bergelar pengawas sekolah. Soalan untuk tahap 1
bolehlah dikemukakan secara eksplisit. Manakala untuk tahap 2 bolehlah dikemukakan
menggunakan kedua-dua kaedah eksplisit dan implisit. Ini adalah penting bagi
memastikan sekurang-kurangnya pengawas yang dilantik bukanlah pengawas yang
pandai berlakon atau berpura-pura mengamalkan nilai-nilai murni semata-mata inginkan
jawatan pengawas sekolah.

Antara soalan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Untuk tahap 1:

1. Apakah yang anda faham tentang tanggungjawab? Sekiranya seseorang itu


ditugaskan di tapak perhimpunan semasa perhimpunan mingguan, apakah
tanggungjawab yang boleh dilaksanakannya?

2. Adakah anda sayang akan sekolah anda? Bagaimana cara yang boleh anda
buktikan kasih sayang anda kepada sekolah? Jika anda dilantik sebagai
seorang pengawas sekolah, bagaimanakah caranya menunjukkan rasa
sayang kepada sekolah?

3. Memberi salam adalah nilai murni yang sangat dituntut. Kepada siapakah
kita wajib memberi salam? Murid-murid biasanya memberi salam kepada
guru-guru sahaja.. bagaimana pula dengan abang-abang dan kakak-kakak
di sekolah? Pernahkah anda memberi salam? Perlukah memberi salam
kepada mereka? Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lebih muda
daripada anda? Wajarkah kita memberi salam?

4. Anda telah dilantik menjadi pengawas bagi tahap 1. Adakah anda


mempunyai keyakinan diri untuk menegur murid yang lebih berusia
daripada anda? Bagaimanakah cara teguran yang sesuai digunakan?

Untuk tahap 2
1. Seorang pengawas yang telah datang awal ke sekolah dan menjalankan
tugas menjaga kedatangan di pintu pagar sehingga selesai tugasnya telah
menjalankan ___________________ ?
- Mengapakah seseorang pengawas itu perlu bertanggungjawab?
Pentingkah tanggungjawab? Boleh berikan contoh kesan sekiranya
seseorang itu tidak bertanggungjawab?

2. Apabila ditanya sama ada kita sayang kepada sekolah, semua pasti
menjawab ‘sayang’... jika anda seorang pengawas yang telah melihat
seorang rakan tidak turun ke tapak perhimpunan semasa perhimpunan pagi
dijalankan, tetapi anda tidak tegur atau mengarahkannya supaya turut serta
perhimpunan pagi, malah anda membiarkan dia dan buat tidak tahu..
bagaimana kaitan sikap ini dengan rasa sayang anda kepada
sekolah/rakan/guru-guru?
- Adakah betul tindakan anda untuk menunjukkan ‘sayang’ anda kepada
rakan dengan membiarkannya melakukan kesalahan?
- Adakah selepas itu anda masih layak menyatakan bahawa anda sayang
kepada sekolah setelah melihat peraturan sekolah dilanggari dengan
sewenang-wenangnya?

3. Apakah yang anda faham tentang ‘prihatin’? Anda berada di dalam kelas
yang bising. Anda tahu kelas itu mempunyai ketua kelas. Sekiranya ketua
kelas tidak mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan kelas itu
senyap, apakah tindakan yang anda ambil?

- Adakah itu dinamakan prihatin? Perlukah anda prihatin dan peka


terhadap keadaan sekeliling? Mengapa?

Pengurusan Masa

Bagi seseorang yang ingin dilantik sebagai seorang pengawas sekolah, adalah sangat
wajar baginya bijak mengurus masa dengan baik. Masa datang ke sekolah, masa
bertugas, masa mengurus kerja-kerja sekolah, masa mengurus diri dan pelajaran dan
masa senggang untuk berlibur. Seseorang yang dapat mengurus masa dengan baik boleh
menjadi seorang pengawas yang baik. Oleh itu, untuk bahagian ini penemuduga perlu
cuba mencungkil keupayaan calon tentang kepekaannya terhadap masa. Adakah calon
seorang yang tidak mengambil berat soal pengurusan masa atau seorang yang tidak
langsung pernah merancang masa. Bagi memudahkan sesi ini, cukup untuk penemuduga
bertanyakan tentang:

1. Masa bangun tidur?


2. Masa sampai ke sekolah?
3. Masa bilakah diperuntukkan untuk menyiapkan kerja rumah?
4. Masa bilakah diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran?
5. Masa beriadah?
6. Adakah diperuntukkan masa untuk beribadat/solat/mengaji?
Kita sedia maklumi bahawa tiada yang sempurna dalam hidup ini. Justeru, untuk sesi ini
kita mencari yang terbaik antara yang dicalonkan. Justeru kaedah deduksi / membuat
kesimpulan berdasarkan cerita atau fakta yang diberi oleh calon adalah cukup untuk
memberikan markah yang membezakan antara mereka.

Penutup

Semoga sesi temuduga yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Manual menjalankan sesi temuduga ini adalah tentatif yang memberi sedikit panduan.
Apa yang penting adalah tindakan mengikut kesesuaian keadaan dan kebijaksanaan
penemuduga berdasarkan apa yang dirasakan perlu. Diharap juga semoga pemilihan
calon pengawas ini dapat dijadikan hitam putih yang dapat menjawab kenapa dan
mengapa seseorang itu terpilih. Akhir sekali, besar harapan agar pengawas-pengawas
yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan.
Wallahua’lam.

Anda mungkin juga menyukai