Anda di halaman 1dari 3

KURSUS:

CGGE6713 PENDIDIKAN PRASEKOLAH UNTUK KANAK-KANAK KHAS

TUGASAN:

REFLEKSI INDIVIDU

BIDANG PENGAJIAN:

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

NAMA PENSYARAH:

DR ALIZA ALIAS

DISEDIAKAN OLEH:

DANSON ANAK KAWIN (P111275)


REFLEKSI TUGASAN

Terima kasih kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan semua tugasan dibawah subjek
GGGE 6713 Pendidikan Prasekolah Kanak-kanak Khas. Saya juga memberikan ribuan terima
kasih kead pensyarah kami iaitu Dr Aliza Alis yang banyak memberikan bimbingan dalam
kami memahami subjek ini serta membantu kami menyiapkan tugasan ini sehingga habis.

Bagi saya, guru prasekolah di kelas biasa turut memainkan peranan penting dengan
membantu mengenal pasti murid dengan masalah pembelajaran agar mereka tidak terus
ketinggalan. Guru prasekolah biasa perlu peka apabila kanak-kanak kurang memberi
tumpuan/perhatian ataupun kuran cekap dalam pelajaran dan sedar terdapat di kalangan
kanak-kanak normal yang mempunyai masalah pembelajaran dan jangan meletakkan label
‘malas’ ataupun ‘bodoh’ kepada murid. Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan di
tahun satu perlu disaring bagi mengenal pasti masalah pembelajaran spesifik untuk
memudahkan proses perkenalan murid.

Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan keperluan khas perlu dilihat
dan dilayan seperti murid normal yang lain oleh guru prasekolah. Corak perkembangan murid
tipikal dan strategi pengajaran bagi murid murid berasaskan pengetahuan perkembangan
boleh diaplikasikan terhadap murid dengan keperluan khas. Guru prasekolah perlu
mendapatkan semua sumber maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu bapa, doktor,
perpustakaan dan persatuan bagi membantu murid berkenaan

Rancangan sekolah selalunya dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan
cerdik. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi
kegagalan serta kekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran. Dalam situasi sekolah
seperti ini, kanak-kanak ini merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-citanya tidak
diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya jika diarah supaya
percaya dia tidak akan berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, seorang guru
prasekolah perlu tahu muridnya sendiri, sifatnya, keperluannya serta latar belakangnya. Guru
perlu mempertimbangkan bagaimana membantu muridnya menangani situasi yang
dihadapinya, merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses
pembelajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini
mengamalkan apa yang dipelajarinya.
Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang tinggi.
Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini kerana murid
berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai tersendiri
seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Untuk menghadapi situasi
ini, seorang guru prasekolah haruslah sentiasa berupaya mendengar dengan tekun, mengawal
perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat dipraktikkan, maka guru
prasekolah ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam mengendalikan murid-murid
bekeperluan khas dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami kemurungan.

Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak dapat berkomunikasi dengan


baik di dalam kelas. Kanak-kanak khas ini memerlukan bentuk komunikasi yang baik dan
jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengambil kira
dalam komunikasi, setiap mesej yang hendak disampaikan memerlukan tidakan yang sesuai
dengan kehendak murid. Sehubungan ini kanak-kanak khas ini memerlukan lebih perhatian
daripada guru kerana bagi saya sebagai seorang guru prasekolah, kanak-kanak khas adalah
‘special edition’. Kenapa saya berkata demikian adalah, tidak semua orang dapat
menguruskan serta menangani mereka dengan baik hanya yang berilmu dan berpengalaman
sahaja mampu menguruskan kanak-kanak khas ini. Oleh itu, ilmu kefahaman dalam
pengurusan kanak-kanak bekeperluan khas ataupun kita sebut Pendidikan khas adalah wajib
semua orang guru dalami agar mereka faham cara untuk menguruskan mereka sekiranya
mereka ada murid tersebut di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai