Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

BAGAIMANAKAH ANDA SEBAGAI SEORANG GURU PENDIDIKAN KHAS DIKATAKAN PEKA TERHADAP KEPERLUAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS? Sebagai makluman, definisi peka secara ringkas bermaksud memberi perhatian terhadap persekitaran, cepat berfikir dan mengambil tindakan, sedar akan sesuatu hal yang berlaku, dan berjaga-jaga serta berwaspada. Seseorang guru boleh dikatakan peka terhadap keperluan muridnya apabila guru tersebut mengenali murid-muridnya dengan mendalam dan berkorban, berpengetahuan, amanah, empati, prihatin dan pemurah. rela

Guru yang peka akan sedar bahawa murid berkeperluan khas kebiasaannya mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah. Oleh itu, guru perlu lebih sistematik dan proaktif dengan mencari maklumat tentang murid tersebut bagi memudahkan guru mengenali murid lebih dalam. Guru tidak perlu menunggu murid tersebut berkongsi masalah mereka. Hal ini kerana tanpa tindakan yang diambil, murid-murid ini akan berada dalam keadaan yang tidak pasti. Guru yang peka perlu mengkaji murid dan menganalisis segala segi murid tersebut bagi memudahkan guru menyelami keadaan murid bekepeluan khas tersebut.

Pengamatan yang teliti ini mampu menjadikan seorang guru peka terhadap kanak-kanak ini. Hal ini kerana guru dapat menilai masalah yang dihadapi murid.Dari sini, guru mampu mengenalpasti punca masalah murid dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Seorang guru haruslah peka dari segi emosi murid, fizikal murid, dan juga ekonomi murid ( latar belakang keluarga).

Dari segi emosi murid, guru perlulah bertanyakan masalah murid sekiranya melihat murid dalam keadaan murung. Memang agak sukar untuk murid berkeperluan khas berkongsi masalah dengan orang lain. Lebih-lebih lagi mereka pada kebiasaannya mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Oleh sebab itu, guru perlulah berperanan dan menunjukkan keikhlasan terhadap mereka.

Namun begitu, sekiranya murid tersebut tidak mhu berkongsi masalah mereka, guru tidak boleh mendesak murid untuk memberitahu masalah mereka kerana keadaan murid

berkeperluan khas yang sedang stres mampu menggerakkan mereka kepada tindakan yang drastik dan tidak dapat dijangkakan. Guru perlu membuatkan murid percaya untuk menceritakan masalah yang dihadapi dan memberitahu murid berkenaan kesan yang akan terjadi sekiranya masalah di pendam. Ajarkan murid untuk menceritakan masalah mereka kepada orang dewasa yang dipercayai dan berikan mereka perhatian dan kasih sayang sewajarnya agar mereka sedar bahawa mereka masih mempunyai seseorang untuk berkongsi suka duka.

Guru juga perlu peka dari segi fizikal muridnya. Maksudnya disini adalah, guru perlu melihat keadaan fizikal murid sama ada mereka sihat atau tidak. Sekiranya tidak sihat, guru perlu mengkaji sama ada masalah kesihatan tersebut berpunca dari masalah emosi atau sememangnya penyakit. Guru perlu mengambil tindakan segera sekiranya murid menghidapi penyakit berjangkit seperti demam, selsema, sakit mata dan sebagainya dengan cara membawa murid tersebut ke hospital atau memberitahu keluarga murid dan meminta keluarganya mengkuarantin ( berehat di rumah) agar murid tersebut mendapat rehat dan pengawasan yang sempurna.

Keadaan ini juga sebenarnya bukan sahaja mengelakkan penyakit yang dihidapi murid tersebut berterusan, bahkan mengelakkan penularan virus kepada murid-murid lain kerana tempias dari penyakit tersebut mampu mengganggu murid-murid berkeperluan khas yang telah sedia maklum mempunyai masalah kesihatan sedia ada. Malah di awal persekolahan, pastikan Manakala masalah kesihatan yang berpunca dari masalah emosi ( menghantukkan kepala ke dinding, mencederakan diri sendiri, mengelar tangan), guru perlu membantu menyelesaikan masalah ini dengan cara berbincang dengan pakar yang profesional. Selain itu juga, guru perlulah memberitahu murid kesan akibat dari mencederakan diri sendiri agar murid tersebut tidak lagi memasang niat untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang sia-sia.

Guru juga perlu peka dari segi ekonomi muridnya iaitu dengan melihat keadaan murid dari segi kewangan. Sebagai contohnya,sekiranya murid tidak makan di kantin semasa rehat, guru perlu bertanya sebab murid tersebut tidak makan. Hal ini kerana, mungkin murid tidak membawa bekal ke seolah atau tidak dibekalkan dengan wang belanja oleh ibu bapa mereka atas alasan murid tersebut telah bersarapan di rumah. Terdapat juga situasi murid keperluan khas dibuli oleh murid-murid tipikal dengan cara duit belanja mereka diambil. Malah,

terdapat juga situsi di mana ibu bapa terlupa untuk memberikan anaknya wang belanja sehingga murid tersebut menangis bersendirian tanpa memberitahu guru.

Oleh itu, di sinilah peranan guru. Kepekaan terhadap murid ini mampu memudahkan penilaian guru terhadap latar belakang murid tersebut. Mungkin alasan ibu bapa bahawa anak mereka tidak diberikan wang kerana telah bersarapan di rumah adalah disebabkan ekonomi keluarga yang sangat rendah. Jadi guru boleh menyiasat atau bertanya guru lain tentang latar belakang ekonomi keluarga murid atau lebih baik menziarahi murid tersebut untuk melihat kehidupan muridnya. Sekiranya terbukti murid tersebut menghadapi masalah kewangan, guru tersebut dengan mudah dapat membantu murid dari segi kewangan atau meminta bantuan dari sekolah untuk membantu murid tersebut.

Anda mungkin juga menyukai