Anda di halaman 1dari 3

Nama: Nurain Nabihah binti Adnan

No matrik : 141540
Soalan : Jelaskan intervensi untuk membantu kanak – kanak masalah pembelajaran ADHD
dalam proses pembelajaran mereka, peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, guru – guru
dan masyarakat.
Intervensi yang boleh dilakukan oleh guru dan ibu bapa dalam membantu kanak – kanak
masalah pembelajaran ADHD adalah melalui intervensi tingkah laku.

Sebagai seorang guru, intervensi yang boleh dilakukan oleh mereka adalah dengan
memberikan arahan kepada murid – murid satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa
mereka memberi perhatian dan memahami arahan tersebut. Hal ini adalah kerana , murid – murid
ADHD lebih memahami sesuatu perkara apabila guru menggunakan arahan yang lebih jelas
apabila berkomunikasi dengan mereka. Contohnya, guru memberikan arahan “duduk” kepada
murid – murid tersebut. Oleh itu, melalui intervensi ini, guru dapat membantu murid dalam
masalah pembelajaran di sekolah.

Selain itu, langkah intervensi yang boleh dilakukan adalah ibu bapa atau guru perlulah
memberikan pujian sekiranya murid tersebut membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan
meningkatkan rasa harga diri mereka. Hal ini adalah kerana pujian dapat membantu murid
ADHD untuk lebih gembira didalam kelas . pujian yang diserikan haruslah spesifik atau tepat
contohnya tunjukkan bahawa anda gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di
tempat yang betul. Oleh itu, langkah intervensi ini dapat membantu mengawal emosi murid –
murid ADHD didalam kelas.

Bukan itu sahaja, ibu bapa atau guru dapat mewujudkan satu system dengan memberi
hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Contohnya , guru atau ibu bapa menggunakan
carta bintang dalam membantu murid tersebut suapaya berkelakuan lebih baik. Hal ini adalah
kerana murid – murid ADHD akan lebih bersemangat dan dapat mengawal kelakuan dengan
adanya system memberikan hadiah kepada murid. Oleh itu, intervensi ini dapat membantu murid
dalam mengawal masalah kelakuan mereka didalam kelas.

Tambahan lagi, ibu bapa atau guru dapat mengekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya
murid – murid tersebut dapat menjangka perkara yang berlaku pada setiap hari sebagai langkah
intervensi di sekolah atau di rumah. Hal ini adalah kerana, aktiviti yang berulang dapat
membantu murid untuk kekal fokus dalam melakukan aktiviti harian di rumah atau di sekolah.
Contohnya , guru membuat jadual agar murid tersebut dapat mengikuti aktivit harian mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh guru mereka. Oleh itu, intervensi ini dapat membantu murid
untuk mengekalkan fokus mereka sekiranya aktiviti yang sama dilakukan pada hari dan waktu
yang sama.

Seterusnya , ibu bapa atau guru dapat membantu murid – murid tersebut mengatur aktivti
harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan bahawa tugasnya telah
disempurnakan. Hal ini adalah kerana langkah ini dapat membantu murid untuk menguruskan
diri mereka sendiri tanpa bantuan ibu bapa atau guru. Contohnya, ibu bapa menyediakan senarai
semak untuk kanak – kanak ADHD seperti senarai semak pengurusan diri untuk sebulan. Oleh
itu, langkah ini dapat membantu murid untuk menguruskan diri tanpa bantuan guru dan ibu bapa.

Bukan itu sahaja, ibu bapa dan guru dapat mengalakkan murid – murid tersebut untuk
mengawal kata hatinya , umpamanya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata – kata. Hal ini
adalah kerana langkah ini dapat membantu murid untuk mengawal emosinya sebelum
melontarkan sesuatau perkataan . hal ini juga dapat memberi kesan yang baik kepada murid
dalam mengawal emosi dan pertuturan mereka. Contohnya, guru akan memberikan dendaan
sekiranya murid ADHD menuturkan perkataan yang tidak elok. Oleh itu, langkah ini dapat
membantu murid untuk mengawal emosi, perkataan yang dituturkan oleh mereka.

Tambahan lagi , ibu bapa atau guru dapat membina semangat dan kelebihan yang ada
pada murid – murid itu dan bukan hanya menitikberatkan pada kelemahannya sahaja. Hal ini
adalah kerana kelebihan murid dapat jadikan mereka lebih bersemangat. Bukan itu sahaja, murid
dapat menjadikan kelemahan mereka sebagai kekuatan untuk menjadikannya lebih bermotivasi.
Oleh itu, langkah ini dapat membantu murid untuk lebih bermotivasi dan bersemangat dalam
proses pembelajaran.

Selain itu, guru dapat menempatkan kedudukan murid – murid tersebut di bahagian
barisan hadapan kelas. Hal ini adalah kerana dengan menempatkan kedudukan di hadapan kelas,
guru lebih mudah untuk memberi perhatian dan pembelajaran secara langsung kepada murid
ADHD. Bukan itu sahaja, penempatan murid di hadapan kelas dapat meningkatkan fokus mereka
di dalam kelas dan mengurangkan tingkah laku yang agresif. Oleh itu, langkah ini dapat
membantu murid untuk meningkatkan fokus mereka didalam kelas.
Akhir sekali, ibu bapa dapat meminta bantuan guru untuk mencatakan kerja – kerja
sekolah murid tersebut di dalam buku khas supaya mereka boleh menunjukkannya kepada ibu
bapa semasa di rumah nanti. Hal ini adalah kerana ibu bapa dapat memantau perkembangan
pendidikan murid – murid di rumah. Melalui langkah ini juga, ibu bapa dapat mengenalpasti
kerja – kerja sekolah yang perlu dilakukan oleh murid. Kesimpulannya, langkah – langkah ini
dapat memastkan murid menyiapkan kerja sekolah mengikut masa yang diperlukan oleh murid –
murid.

Anda mungkin juga menyukai