Anda di halaman 1dari 11

SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR

P105055

FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENGAJIAN SARJANA PENDIDIKAN PRASEKOLAH
SEMESTER 1 SESI 2020/2021

KOD & NAMA KURSUS:


GGGE6713 PENDIDIKAN PRASEKOLAH UNTUK KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS

TUGASAN 2:
PENULISAN ISU (INDIVIDU)

TAJUK:
STRATEGI GURU BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH HIPERAKTIF (ADHD)
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)

DISEDIAKAN OLEH:
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR

NO MATRIKS:
P105055

NAMA PENSYARAH:
DR. ALIZA BINTI ALIAS

TARIKH SERAHAN:
06 NOVEMBER 2020
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

1.0 Pengenalan

Menurut Mok Soon Sang (2011), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau Attention
Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling
umum di kalangan kanak-kanak. Terdapat tiga jenis keadaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan
menurut kata hati. Manakala menurut Lahey (1997), ADHD adalah masalah kanak-kanak yang
mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk
memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar (dipetik dari Amizah, 2017).
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-
kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah rendah. Gejala ini
mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka dalam
memberi tumpuan yang sepenuhnya.

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap tidak boleh
duduk diam, tidak terkendali, tidak menaruh perhatian dan bertindak sekehendak hatinya. Kanak-
kanak hiperaktif kekurangan tumpuan perhatian. Kurang tahap penumpuan tidak boleh
menumpukan perhatian pada pembelajaran guru serta tidak menghabiskan tugas yang diberikan
atau aktiviti permainan. Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan
ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya
adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas
dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak
begini sentiasa bergerak ke sana sini menerokai persekitaran mereka dan dalam proses ini
menyebabkan huru-hara.

Kanak-kanak hiperaktif tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan
menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif
sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-merayau,
tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Adakalanya, kanak-kanak
hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kanak-kanak hiperaktif
ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai
impulsifnya, dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Ditinjau dari sudut perspektif
sosiologi, kanak-kanak yang hiperaktif kurang disukai dalam lingkungan pergaulannya maka
perkembangan dan hubungan kanak-kanak tersebut dengan lingkungan sosialnya akan terganggu.
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

Menerusi pengubahsuaian dalam proses dan aktiviti PdPc perlu dilaksanakan, adalah
diharapkan dapat mengembangkan kemampuan kanak-kanak prasekolah ADHD sehingga
mencapai tahap maksimum. Perkembangan ini bermatlamat supaya mereka dapat menikmati
hidup yang setanding dengan kanak-kanak prasekolah normal. Namun begitu, guru perlu
melakukan pengubahsuaian dalam strategik PdPc bagi kanak-kanak prasekolah ADHD untuk
mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, pengenalpastian strategik pembelajaran dan
pemudahcaraan kanak-kanak prasekolah ADHD adalah penting bagi memastikan guru memberi
pengajaran yang bertepatan dengan cara, keperluan dan kemampuan mereka belajar. Dengan kata
lain, perancangan dan perlaksanaan strategi PdPc akan lebih berkesan apabila mengambil kira
strategik pembelajaran kanak-kanak sebagai langkah memastikan kanak-kanak prasekolah ADHD
dapat belajar dalam lingkungan kemampuan mereka dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan dan menyeronokkan.

2.0 Strategi Guru bagi Kanak-Kanak Prasekolah Hiperaktif dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc)

ADHD akan menjejaskan beberapa kemahiran belajar termasuklah mendengar dan menerima
arahan, melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) serta kerap
melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan kerja rumah (Dogru 2014). Dalam masa yang sama,
pemahaman terhadap konsep-konsep akademik yang turut terjejas ini boleh merangsang kanak-
kanak ini bertingkahlaku mengganggu dalam bilik darjah (Haraway 2012). Dengan memberikan
intervensi yang bersesuaian kepada murid bermasalah pembelajaran diharapkan dapat membantu
meningkatkan daya tumpuan mereka semasa proses PdPc. Guru memainkan peranan penting
dalam mendidik kanak-kanak ADHD kerana didikan ibu bapa di rumah ternyata tidak mencukupi
memandangkan sebahagian besar masa kanak-kanak kini dihabiskan di sekolah.

Menurut Verret., C et al., 2010, kanak-kanak ADHD mempunyai masalah kurang


penumpuan, hiperaktif, impulsive di dalam aktiviti yang tidak berstruktur. Oleh itu, aktiviti
berstruktur mungkin boleh membantu meningkatkan kapasiti otot, psikomotor, pengurusan
tingkahlaku serta keupayaan untuk memproses maklumat. Aktiviti berstruktur ialah aktiviti yang
dirancang dan mempunyai matlamat. Ia direka mengikut keupayaan perkembangan kanak-kanak.
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

Aktiviti berstuktur untuk latihan kehidupan harian, boleh melibatkan penggunaan jadual waktu.
Bagi aktiviti baru ianya dipecahkan kepada kompenan yang lebih kecil dan disertakan dengan
arahan yang ringkas dan mudah difahami, dalam bentuk gambar atau tulisan.

Selain itu, aktiviti Hands-On boleh meningkatkan penumpuan kanak-kanak, membantu


mereka untuk belajar tentang persekitaran. Sebagai contoh aktiviti berkebun adalah aktiviti ringkas
yang boleh dilakukan di sekolah, ia membolehkan kanak-kanak meningkatkan kefungsian tangan
melalui aktiviti mengangkat, mencungkil, mengorek tanah, menanam, menyiram tumbuhan.
Tambahan lagi, teknik belajar sambil bermain juga boleh dijalankan supaya mereka dapat
memberikan tumpuan yang baik seperti aktiviti main lego, blok, kraf, permainan board, puzzle
adalah di antara aktivitinya. Kanak-kanak ADHD kerap tidak menyelesaikan aktiviti, oleh itu
aktiviti seperti ini boleh memupuk semangat yang baik dan memberikan kepuasan selepas dapat
menyelesaikan permainan. Selain itu guru juga boleh menggalakan mereka menari dan menyanyi
di kelas kerana ia adalah dua cara untuk kanak-kanak meluahkan diri mereka. Sebagai contoh,
aktiviti senam robik boleh dijalankan secara kerap di kelas prasekolah.

Kanak-kanak dengan ADHD berfungsi dengan baik dalam pemantauan rapi dan dengan
gangguan minimum. Strategi berikut mungkin membantu guru mengawal kanak-kanak prasekolah
ADHD semasa PdPc berlaku. Guru harus memantau mereka secara kerap semasa transisi di antara
satu aktiviti dengan aktiviti yang lain terutama aktiviti yang tidak direka secara berstuktur. Guru
harus meletakkan mereka paling dekat dengannya. Perkara ini dapat memungkinkan interaksi yang
bijaksana antara guru dan kanak-kanak serta membantu menjaga mereka semasa PdPc berjalan.
Berada di hadapan kelas sering mengurangkan banyak gangguan visual, termasuk pergerakan dan
aktiviti kanak-kanak lain. Guru juga harus mendapatkan kontak mata dengan kanak-kanak tersebut
sebelum memulakan perbualan dengannya. Guru boleh menggunakan bahasa badan, sentuhan
tangan dan sebagainya. Selain itu, guru harus mengelakkan mereka berduduk dalam kumpulan
meja yang besar dengan ramai murid. Tambahan lagi, berduduk di tempat duduk untuk jangka
masa yang panjang juga sukar bagi kanak-kanak ADHD ini. Guru perlu mempertimbangkan untuk
membiarkan kanak-kanak berdiri untuk jangka masa, selagi tidak terlalu mengganggu orang lain.

Guru juga boleh menggunakan paparan untuk menggariskan peraturan kelas dan
menjelaskan peraturan tersebut pada setiap perbualan pagi supaya mereka dapat mengingatnya.
Menurut Murdoch Childrens Research Institute 2018, bagi mengkurangan kanak-kanak ADHD
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

bercakap digalakkan menggunakan Aktiviti Lampu Isyarat iaitu warna-warna di lampu isyarat
mewakili arahan tersendirinya seperti lampu merah bermaksud ‘Jangan Bercakap’, lampu jingga
menunjukkan peringkat rendah dibenarkan untuk bercakap dan lampu hijau menunjukkan boleh
bercakap.

Bagi menguruskan tingkah laku kanak-kanak dengan ADHD arahan yang jelas dan ringkas
perlu diberi bagi meningkatkan kemampuan mereka untuk mematuhi. Guru juga boleh
mengemukakan soalan untuk melibatkan kanak-kanak secara aktif. Guru boleh menjadikan
mereka sebagai pembantu guru bagi membantu guru dalam aktiviti PdPc. Selain itu, guru juga
boleh menggunakan komputer membantu mengekalkan minat dan perhatian lebih lama dan
menambahkan motivasi. Guru juga boleh memecahkan tugas kepada bahagian kecil yang dapat
dikendalikan untuk diserahkan pada selang masa yang tetap supaya mereka tidak berasa bosan
serta guru juga bole memberi maklum balas sama sekali selang masa. Guru boleh menggunakan
arahan yang pendek, memecahkan arahan kepada arahan-arahan kecil untuk ke semua aktiviti.
Selain itu, berkomunikasi dengan kanak-kanak dengan nada yang tegas, lembut dan positif tetapi
bukan dengan gaya marah.

3.0 Strategi Modifikasi Tingkah Laku dalam Pdpc bagi Kanak-Kanak ADHD

Masalah tingkah laku hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu serta mempunyai tumpuan yang
singkat dalam sesuatu masa (Mohd Fadli Mustafa Kamal, 2016). Menurut Sheila dan Samsilah
(2006) pula, masalah tingkah laku hiperaktif adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-
kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan
impulsive (dipetik dari Mohd Fadli Mustafa Kamal, 2016). Manakala, menurut kata Sandra (2008)
yang menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit
Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hyperactive
Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi,
untuk masalah ADD dan ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi (dipetik dari Mohd Fadli
Mustafa Kamal, 2016).
Seterusnya, menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) pula mendefinisikan ADHD
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur
tujuh tahun dan dikategorikan kepada tiga kategori. Kategori pertama ialah ADHD kurang
tumpuan kerana murid kerap mengelamun ketika berada di dalam kelas, kerap pelupa dan
melakukan kerja secara tidak teratur untuk tugasan yang diberikan. Kategori kedua pula ialah
ADHD hiperaktif impulsif kerana menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi serta
melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Manakala, kategori ketiga pula ialah
ADHD gabungan kerana menggabungkan ciri-ciri kategori pertama dan kedua iaitu kurang
tumpuan, hiperaktif dan impulsif.
Oleh yang demikian, tingkah laku bermasalah ini perlu melalui proses modifikasi tingkah
laku. Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip
psikologi untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Menurut ahli psikologi
tingkah laku (Skinner, 1930) dalam Teori Pelaziman Operan Skinner, terdapat lima jenis
modifikasi tingkah laku iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack
dan pelupusan. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan yang
diingini itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulang dan diperkuatkan lagi.
Peneguhan negatif pula ialah rangsangan serta merta yang tidak menyenangkan selepas
tingkah laku ditunjukkan. Dendaan pula ialah satu proses untuk mengurangkan tingkah
laku berulang. Manakala, prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dalam
aktiviti yang lebih menarik untuk mengukuhkan tingkah laku. Seterusnya, pelupusan bermaksud
perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan sendirinya terhapus. Penggunaan teori Skinner
ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Teknik
peneguhan secara berkala dan berterusan dapat mengukuhkan kemahiran yang baru
dipelajari. Selain itu, ia membantu murid menguasai konsep diskriminasi melalui proses
pelaziman operan supaya mereka memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat.
ADHD perlu melalui proses modifikasi tingkah laku. Modifikasi tingkah laku ialah
langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah
laku negatif kepada tingkah laku positif. Modifikasi tingkah laku adalah satu pendekatan
berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku yang diingini, mengurangkan
tingkah laku tidak diingini dan mengekalkan tingkah laku sasaran (Ragbir Kaur, 2012). Menurut
ahli psikologi tingkah laku (Skinner, 1930) dalam Teori Pelaziman Operan Skinner, terdapat lima
jenis modifikasi tingkah laku iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

Premack dan pelupusan. Guru juga boleh menggunakan peneguhan positif dan peneguhan negatif
sebagai salah satu strategi dalam PdPc prasekolah bagi kanak-kanak ADHD. Penggunaan teori
Skinner ini memberikan implikasi terhadap proses PdPc di dalam kelas prasekolah. Teknik
peneguhan secara berkala dan berterusan dapat mengukuhkan kemahiran yang baru
dipelajari. Selain itu, ia membantu murid menguasai konsep diskriminasi melalui proses
pelaziman operan supaya mereka memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat.

3.1 Peneguhan Positif

Menurut Mohd Fadli Mustafa Kamal at.el 2016, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu
ganjaran setelah perlakuan yang diingini itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu
diulang dan diperkuatkan lagi. Ia berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong kanak-kanak
mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif yang digunakan adalah seperti
memberi pujian, sentuhan motivasi dan ganjaran berbentuk hadiah. Guru perlu memberi
sokongan motivasi seperti memberi pujian dan ganjaran kepada kanak-kanak prasekolah ADHD
yang membuat sesuatu tugasan dengan baik. Kata-kata motivasi seperti ini boleh membuatkan
kanak-kanak berasa bangga kerana sumbangannya atau perubahannya dihargai. Melalui
cara ini, ia dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ini.

Berkomunikasi dengan kanak-kanak ADHD dan bertanya kepada mereka aktiviti


kegemaran mereka juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan
ini. Strategi peneguhan memberi impak positif terhadap masalah tingkah laku yang wujud di
kalangan murid (Shahida Hassim, 2012). Setiap ganjaran yang guru berikan akan membantu
merangsang atau menaikkan semangat kanak-kanak untuk belajar. Itulah yang akan terjadi
jika kanak-kanak menunjukkan tingkah laku sopan atau tingkah laku positif. Dengan adanya
ganjaran, sekurang-kurangnya dapat membantu guru mengurangkan sikap negatif murid yang
membuat kerja secara sambil lewa. Apabila kanak-kanak cuba memulakan tingkah laku hiperaktif,
guru akan mengingatkan kanak-kanak tentang perjanjian tersebut. Peringatan tersebut
membuatkan kanak-kanak memberhentikan niatnya untuk melakukan tingkah laku hiperaktif.
Walaupun pada hari pertama dan kedua, guru terpaksa kerap mengingatkan kanak-kanak, namun
terdapat perubahan pada hari ketiga dan seterusnya apabila guru tidak perlu mengingatkan mereka
dengan kata-kata lagi. Cukup sekadar guru menjenggilkan mata atau menggoyangkan isyarat
tangan, mereka sudah memahami peringatan guru.
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

Antaranya, perubahan tingkah laku murid seperti kurang mengganggu rakan, lebih mesra
dan lebih patuh kepada arahan. Perubahan tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif juga
sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk melakukan
peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku
yang seterusnya. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah token ekonomi sebagai salah
satu teknik peneguhan positif. Token ekonomi merupakan satu sistem yang meneguhkan tingkah
laku positif dengan memberikan token atau hadiah kepada murid apabila mencapai tingkah
laku yang diingini. Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik di mana
individu mendapatkan token untuk tingkah laku yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh
ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan
adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan.

3.2 Peneguhan negatif

Peneguhan negatif pula ialah rangsangan serta merta yang tidak menyenangkan selepas
tingkah laku ditunjukkan. Ia berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang
lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif yang digunakan
berbentuk dendaan yang dapat memberi motivasi kepada murid supaya tidak mengulangi kesilapan
yang sama seperti melewatkan masa balik murid dan membersihkan kelas. Selain itu,
kaedah time-out juga boleh digunakan sebagai peneguhan negatif. Time-out juga merupakan satu
teknik modifikasi tingkah laku bermasalah. Dalam kaedah ini, jika kanak-kanak ADHD
tidak menunjukkan tingkah laku yang diingini, murid tersebut akan dihantar ke satu lokasi yang
ditetapkan oleh guru seperti berdiri di luar kelas dan sebagainya.

4.0 Strategik Pengaruh Rakan Sebaya bagi Kanak-Kanak Prasekolah ADHD

Guru perlu memberi sokongan kepada kanak-kanak ADHD ini dari segi pergaulan dengan
rakan sebaya. Kanak-kanak ADHD mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guru ataupun
daripada ibu bapa. Mereka mungkin lebih mudah memahami dan dapat mengikuti pelajaran
sekiranya rakan sebaya membantunya. Ramai kanak-kanak mudah faham dan seronok apabila
rakan sebaya membantu kerana mereka pasti lebih bermotivasi dan menunjukkan minat. Mereka
mungkin tidak menunjukkan sifat malu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

sebaya. Tunjuk ajar rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri
kanak-kanak. Adalah baik sekiranya kanak-kanak ADHD ini mempunyai sahabat yang aktif
supaya mereka boleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku mereka perlu dipantau
supaya tidak terpesong kerana ada kalanya rakan sebaya boleh membawa mereka ke jalan yang
salah terutama kanak-kanak yang tidak terlalu cergas. Selain itu, guru juga hendaklah memberi
sokongan sosial dan galakan terutama apabila mereka menghadapi masalah supaya kanak-kanak
ini dapat meningkatkan penghargaan kendiri dan membantu kanak-kanak membentuk kumpulan
belajar. Hal ini dapat menggalakkan mereka berkongsi idea dan tanggungjawab di samping
membantu hubungan interpersonal dengan kanak-kanak lain.

5.0 Kesimpulan

ADHD perlu diberi perhatian yang serius kerana bermula sejak zaman prasekolah jika ia
berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan, seterusnya akan dibawa hingga ke peringkat
dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir oleh
kanak-kanak prasekolah adalah disebabkan faktor-faktor yang tertentu yang mempengaruhi
perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan tertentu, yang mana kesan
tersebut bukan setakat mempengaruhi diri kanak-kanak tersebut, bahkan turut mempengaruhi
kanak-kanak prasekolah yang berada di sekitar dengannya. Oleh demikian itu, strategik yang guru
boleh digunakan dalam PdPc bagi kanak-kanak prasekolah hendaklah bersesuaian dengan mereka.
Pelbagai strategik seperti dinyatakan yang berkesan boleh digunakan untuk mengatasi masalah
ini. Pemilihan strategi yang betul dan tepat amat penting bagi keberkesanan pengubahsuaian
tingkah laku ADHD. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri
bukan sahaja guru, malah ibu bapa, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan
membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid
yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan negara ke arah masyarakat yang
berpengetahuan.
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

6.0 Rujukan

Abd. Rahim Talib. 2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Kuala
Lumpur: MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Agung Budi Setyawan. 2010. Aspek Neurologis Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD). Bagian Psikiatri, Dosen Fakultas Kedokteran Universitas Wijaya Kusuma
Surabaya.

Amizah Binti Abdullah Hashim. 2017. Sokongan Keluarga Terhadap Anak ADHD.
http://www.myhealth.gov.my/sokongan-keluarga-terhadap-anak-adhd/. [5 October 2020].

Dogru. S.Y. 2014. The efficacy of attention training on upskilling the children’s ability to notice
details and attention focusing skills. International Journal of Academic Research 6(1);
143-149.

Dwi Lestari. 2014. Penanganan Anak Hiperaktif Melalui Terapi Permainan Puzzle di
Kelompok KB PAUD Saymara Kartasura Tahun Ajaran 2014/2015. Indonesia:
Universitas Muhammadiyah Surakarta.

George J. DuPaul, Lisa L. Weyand & Grace M. Janusis. 2011. ADHD in the Classroom: Effective
Intervention Strategies. Journal Theory Into Practice Volume 50, 2011 - Issue 1.

Gretchen Geng. 2011. Investigation of Teachers’ Verbal and Non-verbal Strategies for Managing
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Students’ Behaviours within a
Classroom Environment. Australian Journal of Teacher Education, 36(7);17-30.

Haraway, D.L. 2012. Monitoring students with ADHD within the RTI Framework. Behavior
Analyst Today 13(2): 17-21.

Lee Lay Wah, Silvianne Bonadei, Lynne Yong, Melissa Chua. 2016. Program Pengurusan
Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

Manisah Mohd. Ali & Norizza Sahal. 2016. Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1) (2016);
1-6.
SHOBANA A/P S VIJAYA KUMAR
P105055

Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Taha. 2016. Penggunaan
Teknik Peneguhan bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. Seminar
Antarabangsa Pendidikan KhasRantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016; 1-8.

Murdoch Childrens Research Institute. 2018. The Children’s Attention Project (CAP). The
University of Melbourne.

Noorfarah Asmira Abdul Malek. 2020. Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-
kanak bermasalah tingkah laku agresif berpandukan kanak-kanak autism. Jurnal
Pendidkan Bitara UPSI Vol. 13 No. 1 (2020); 36-54.

Nora Binti Hamid. 2018. Aktiviti berstruktur untuk kanak-kanak ADHD.


http://www.myhealth.gov.my/aktiviti-berstruktur-untuk-kanak-kanak-adhd/.[5 October
2020].

Pamela Blotnicky-Gallant, Cheron Martin, & Melissa McGonnell. 2014. Nova Scotia Teachers’
ADHD Knowledge, Beliefs, and Classroom Management Practices. Canadian Journal of
School Psychology Vol 30, Issue 1, 2015.

Roshiza Binti Abdul Wahab. 2015. Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya
Tumpuan Dan Hiperaktif (ADHD). University Sains Malaysia.

Verret.C et al. 2010. A Physical Activity Program Improves Behaviour and Cognitive Functions
in ChildrenWith ADHD, An Exploratory Study, Journal of Attention Disorders 16(1); 71-
80.

Zanariah Mat Isa & Kamarul Shukri Mat The. 2017. Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-
Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu. Malaysian Online Journal of Education Vol. 1,
No. 1 (2017); 36-44.

Anda mungkin juga menyukai