Anda di halaman 1dari 3

Soalan 4

Memandangkan persekitaran dan situasi di rumah dan di prasekolah sangat berbeza, maka
kanak-kanak terpaksa melalui satu proses penyesuaian.
Berikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru dalam membantu
kanak-kanak semasa proses transisi tersebut.

Proses transisi dari rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga
ke tadika atau prasekolah. Tujuan program Transisi dilaksanakan adalah untuk menyesuaikan
diri kanak-kanak dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baharu serta pendekatan yang
lebih formal di Tahun Satu kelak. Guru-guru juga dapat menyelaraskan keperluan kognitif,
emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu. Oleh itu, perkara ini dapat
meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa perlu
dipaksa. Terdapat pelbagai langkah yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru dalam
membantu kanak-kanak semasa proses transisi tersebut.

Langkah signifikan yang perlu dilakukan oleh guru dalam memastikan proses transisi berjalan
dengan lancar adalah dengan mewujudkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan
kanak-kanak itu sendiri. Hal ini akan membuatkan ibu bapa berasa yakin untuk meninggalkan
anak-anak mereka di prasekolah agar anak mereka mendapat pendidikan yang selaras dengan
umurnya. Contohnya, ibu bapa akan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru untuk
membimbing dan menjaga anak-anak mereka walaupun berasa ragu akan kebolehan anaknya
untuk menyesuaikan diri di persekitaran yang baharu. Kesannya, kanak-kanak tersebut dapat
bersifat mandiri dengan tidak mengharapkan bantuan atau pertolongan daripada ibu bapa di sisi
mereka sekaligus dapat meningkatkan kemahiran sosial untuk berhubung dengan orang di
sekitarnya sekiranya hendak mendapatkan bantuan.

Selain itu, guru prasekolah berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pengasuh
kanak-kanak. Oleh itu, guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan
sebagai model yang baik kepada kanak-kanak. Dengan melakukan tindakan ini, kanak-kanak
merasa suasana di prasekolah sama seperti di rumah mereka. Contoh yang boleh
diketengahkan adalah apabila kanak-kanak hendak pergi ke tandas di prasekolah,
kebiasaannya mereka sukar untuk memberitahu guru apabila hendak ke tandas kerana berasa
takut dan tidak selesa. Namun, sikap atau peranan guru yang bertindak sebagai ibu bapa di
prasekolah, kanak-kanak ini tidak lagi berasa takut atau malu untuk memberitahu guru
sekiranya hendak pergi ke tandas. Maka, isu kanak-kanak terkucil semasa sesi pembelajaran di
dalam kelas dapat dielakkan.

Langkah proaktif yang harus dilakukan oleh guru prasekolah adalah membantu kanak-kanak
menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baharu di prasekolah. Hal ini demikian
kerana, kanak-kanak berasa janggal atau kekok untuk memulakan sesuatu yang baharu
lebih-lebih lagi jika mereka tidak mengenali sesiapa di prasekolah itu. Pada ketika ini, guru
boleh menjalankan aktiviti permainan atau pembelajaran yang menggalakkan kanak-kanak
berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun persekitaran mereka. Contohnya aktiviti bermain
puzzle atau nature walk. Impaknya, kanak-kanak mula menyesuaikan diri mereka dengan
persekitaran yang baharu serta mengalami pengalaman yang berbeza agar proses
pembelajaran lebih kondusif. Oleh itu, mereka dapat menghadapi proses pembelajaran dengan
lebih efisien dan rasa seronok.

Dalam pada itu, guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan
pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai. Hal ini dapat mengelakkan
kanak-kanak rasa tersisih dengan layanan yang diberikan oleh guru. Misalnya, kanak-kanak
daripada golongan berada akan diberi layanan yang istimewa berbanding kanak-kanak yang
lain. Diskriminasi atau sikap pilih bulu ini seharusnya tidak diterapkan dalam diri seorang guru
kerana mereka mestilah bersikap adil dan saksama dalam melayani semua kepeluan dan
kehendak murid-muridnya. Kesan yang timbul ialah kanak-kanak dapat menjalankan sesi
pembelajaran tanpa rasa terisih dengan mendapat peluang pendidikan yang sama sahaja
seperti kanak-kanak yang lain. Justerus, proses transisi kanak-kanak ini akan berjalan dengan
lancar memandangkan guru-guru bersikap profesional dalam menjalankan tugas.

Langkah terakhir yang perlu dilakukan oleh guru adalah memberitahu peraturan dan disiplin di
prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka. Perkara ini perlu
dilakukan kerana segelintir kanak-kanak tidak terbisa dididik dengan peraturan-peraturan
tertentu di rumah. Tindakan bebas yang dilakukan di rumah adalah kontra daripada tindakan
yang dilakukan di prasekolah. Ada kalannya, kanak-kanak tidak sedar bahawa tindakan yang
dilakukan itu adalah salah kerana mereka sudah dinormalisasikan melakukan perkara
sedemikian semasa di rumah. Oleh sebab itu, guru-guru perlu menerangkan dan memberitahu
dengan jelas perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan di prasekolah agar mereka dapat
mengelakkan melakukan perkara yang boleh mendatangkan sebarang musibah atau keburukan
di prasekolah.

Konklusinya, program transisi adalah bertujuan membantu kanak-kanak menghadapi


perubahan di dalam keadaan transisi prasekolah dengan pendidikan yang tidak formal ke
pendidikan yang lebih formal. Jika dilihat langkah-langkah terhadap program transisi yang telah
dijelaskan, ini menunjukkan bahawa program ini perlu dititikberatkan dan diteruskan untuk
generasi kanak-kanak pada masa akan datang kerana akan memberikan pelbagai faedah
kepada murid mahupun guru itu sendiri.

Rujukan:

PROGRAM TRANSISI. (n.d.).

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/program-transisi.html#

Nawi, M. (n.d.). PENGENALAN Program Transisi. Www.academia.edu.

https://www.academia.edu/10093621/PENGENALAN_Program_Transisi

Anda mungkin juga menyukai