Anda di halaman 1dari 34

KARANGAN

TEMA: EKOLOGI
KANDUNGAN

1. 3.
PENCEMARAN BIODIVERSITI
ALAM SEKITAR

2.
PEMANASAN
GLOBAL
1
PENCEMARAN ALAM
SEKITAR
STPM 2014

SOALAN 8
Penguatkuasaan undang-undang
bukan merupakan satu-satunya
langkah untuk mencapai
matlamat memelihara alam
sekitar. Bincangkan.
-FOKUS ISU-
LANGKAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MEMELIHARA ALAM SEKITAR

IDEA WAJIB: Penguatkuasaan undang-undang

IDEA 2: Melakukan penghutanan semula


IDEA 3: Mewartakan hutan simpan
IDEA 4: Melaksanakan sistem pertanian tetap
IDEA 5: Mengaplikasikan penggunaan kaedah mesra alam
PENDAHULUAN
Matlamat memelihara alam sekitar perlu
menjadi agenda utama pada masa kini.
Oleh itu, pelbagai langkah perlu
diusahakan untuk mencapai matlamat
tersebut.

21 pp
IDEA WAJIB: Penguatkuasaan undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu langkah untuk mencapai


matlamat memelihara alam sekitar.

Huraian:
Aktiviti penguatkuasaan sering dipertingkatkan dan tindakan yang lebih tegas akan
diambil untuk menangani isu pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara
yang menyebabkan kemerosotan kualiti udara sehingga menjejaskan kesihatan awam.

Contoh:
Pada April 2019, lima pengusaha kilang haram kitar semula plastik import di Kuala
Langat telah didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara serta denda kerana
tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

73 pp
IDEA 2: Melakukan Penghutanan Semula

Langkah yang kedua ialah melakukan penghutanan semula.

Huraian 1:
Penghutanan semula merupakan langkah bijak untuk memastikan pertumbuhan
semula pokok yang telah ditebang serta memelihara kesinambungan jangka hayat
alam sekitar. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan mengelakkan
masalah peningkatan suhu.

Huraian 2:
Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan
Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

60 pp
IDEA 3: Mewartakan Hutan Simpan

Langkah yang seterusnya ialah mewartakan hutan simpan.

Huraian 1:
Pewartaan hutan simpan adalah langkah berkesan untuk memastikan kelestarian
hutan negara. Setelah diwartakan, segala aktiviti perlombongan dan penggondolan
hutan adalah dilarang sama sekali.

Huraian 2:
Tambahan pula, pewartaan hutan simpan amat penting memandangkan terdapat
segelintir pihak yang berani mencerobohi hutan ini untuk mengaut keuntungan dan
atas kepentingan peribadi.

55 pp
IDEA 4: Melaksanakan Sistem Pertanian Tetap

Selain itu, melaksanakan sistem pertanian tetap.

Huraian 1:
Sistem pertanian tetap merupakan sistem pertanian yang dijalankan di satu kawasan
yang tetap atau kekal. Seiring dengan usaha ini, sistem pertanian tepat akan
dipraktikkan bagi mengoptimumkan hasil pengeluaran bagi sektor ini.

Huraian 2:
Justeru, para petani di negara ini disarankan untuk melaksanakan sistem pertanian
tetap bagi mengurangkan masalah pertanian berpindah-randah yang boleh
merosakkan alam sekitar.

65 pp
IDEA 5: Mengaplikasikan Penggunaan Kaedah Mesra Alam

Akhir sekali, mengaplikasikan penggunaan kaedah mesra alam.

Huraian:
Penggunaan bahan organik seperti penggunaan sisa-sisa pertanian sebagai baja atau
mengawal serangga perosok adalah disarankan untuk mengurangkan pencemaran
kepada hasil pengeluaran pertanian.

Contoh:
Para penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah menghasilkan produk botani novel
yang selamat dan mesra alam. Produk tersebut menggunakan bahan semula jadi yang
sangat berkesan sebagai antifeedant dan penghalau serangga terutamanya kepada
kelompok sayuran seperti kobis, brokoli dan lobak.

68 pp
PENUTUP
Kesimpulannya, jelaslah bahawa langkah untuk
memelihara alam sekitar wajar diberi keutamaan
oleh semua lapisan masyarakat agar generasi
akan datang dapat menikmati keindahannya.

22 pp
STPM 2017

SOALAN 8
Kejadian banjir yang melanda di
beberapa kawasan di Malaysia
menyebabkan kesukaran kepada
penduduk setempat. Jelaskan.
-FOKUS ISU-
MENYEBABKAN KESUKARAN KEPADA PENDUDUK

IDEA 1: Sistem perhubungan terputus


IDEA 2: Kerosakan harta benda
IDEA 3: Menjejaskan aktiviti harian
IDEA 4: Keselamatan penduduk terjejas
IDEA 5: Gangguan perkhidmatan air dan elektrik
PENDAHULUAN
Kedudukan Malaysia di kawasan beriklim tropika
secara lazimnya menerima hujan yang tinggi. Jika
keadaan ini berlarutan, kejadian banjir bakal
berlaku dan menyebabkan kesukaran kepada
penduduk setempat.

26 pp
IDEA 1: Sistem Perhubungan Terputus

Kesukaran yang dihadapi oleh penduduk setempat akibat daripada kejadian banjir
ialah sistem perhubungan terputus.

Huraian:
Sistem perhubungan darat terputus kerana ditenggelami air. Kawasan yang sudah
dinaiki air kebiasaannya akan ditutup untuk mengelakkan kejadian tidak diingini
berlaku.

Contoh:
Sebagai contoh, kejadian banjir yang berlaku pada Disember 2020 di Padang Terap
telah mengakibatkan lebih 15 keluarga terputus hubungan darat akibat ditenggelami
air setinggi hampir tiga meter.

63 pp
IDEA 2: Kerosakan Harta Benda

Selain itu, penduduk setempat mengalami kerosakan harta benda.

Huraian 1:
Kejadian banjir menyebabkan kemusnahan dan kerugian terhadap harta benda
penduduk. Mereka sering mengalami kemusnahan rumah kediaman dan barangan
rumah serta kenderaan dihanyutkan arus deras.

Huraian 2:
Tambahan pula, sekiranya penduduk merupakan petani atau penternak, mereka
berdepan dengan kemusnahan tapak pertanian dan haiwan ternakan. Kemusnahan ini
turut memberi kesan langsung kepada bekalan makanan setempat.

61 pp
IDEA 3: Menjejaskan Aktiviti Harian

Kesukaran yang lain ialah menjejaskan aktiviti harian.

Huraian:
Aktiviti harian seperti bekerja, aktiviti perniagaan dan sesi persekolahan terganggu
dan terpaksa ditangguhkan ekoran daripada masalah banjir yang berlaku.

Contoh:
Sebagai contoh, sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan jika kawasan sekolah
dinaiki air. Tambahan pula, semasa berdepan dengan bencana alam seperti banjir,
bangunan sekolah akan dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementera (PBS) bagi
mangsa banjir.

58 pp
IDEA 4: Keselamatan Penduduk Terjejas

Keselamatan penduduk terjejas akibat daripada kejadian banjir.

Huraian:
Ini kerana, banjir boleh mengakibatkan kehilangan nyawa kerana lemas atau
mengalami kecederaan yang serius apabila terjatuh ke dalam arus banjir yang deras.
Malah, kematian akibat penyakit juga boleh berlaku kerana pelbagai jenis penyakit
seperti taun dan malaria boleh merebak semasa musim banjir.

Contoh:
Menerusi petikan akhbar Berita Harian, tiga mangsa ditemukan maut di beberapa
lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena
kepala air pada 18 Ogos 2021.

79 pp
IDEA 5: Gangguan Perkhidmatan Air Dan Elektrik

Akhir sekali, penduduk mengalami gangguan perkhidmatan air dan elektrik.

Huraian 1:
Banjir sering merosakkan penyambungan elektrik dan penjanaan kuasa yang
kemudiannya mempunyai kesan hiliran kepada kehilangan kuasa elektrik. Rentetan
daripada kejadian ini, proses rawatan air bersih akan terganggu.

Huraian 2:
Sekiranya loji rawatan air ini tidak beroperasi, maka penduduk akan berhadapan
dengan masalah bekalan air bersih yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan
diri.

61 pp
PENUTUP
Kesimpulannya, jelaslah bahawa kejadian banjir
banyak memberi kesukaran kepada penduduk
setempat. Oleh itu, persediaan awal untuk
menghadapi banjir wajar diambil peduli agar
sebarang kesulitan dapat dihadapi dengan baik.

28 pp
STPM u2019

SOALAN 8
Kehijauan dan keindahan alam
sekitar semakin terancam akibat
aktiviti manusia yang tidak terkawal.
Keadaan ini memberi kesan kepada
keseimbangan ekologi dunia.
Jelaskan.
Fokus Isu 1: Aktiviti Manusia Yang Menyebabkan Kehijauan Dan
Keindahan Alam Sekitar Semakin Terancam
IDEA 1: Pembakaran terbuka
IDEA 2: Pembuangan sampah

Fokus Isu 2: Kesan Kepada Keseimbangan Ekologi


IDEA 3: Pemanasan global
IDEA 4: Habitat flora dan fauna terjejas
IDEA 5: Bencana alam
PENDAHULUAN
Aktiviti manusia yang tidak terkawal akan
memberi ancaman kepada kehijauan dan
keindahan alam sekitar. Sekiranya keadaan ini
tidak dikawal, ianya akan memberi kesan kepada
keseimbangan ekologi dunia.

27 pp
IDEA 1: Pembakaran Terbuka

Aktiviti manusia yang boleh mengancam kehijauan dan keindahan alam sekitar ialah
pembakaran terbuka.

Huraian 1:
Pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar amat
menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara negara sekali gus mengancam
keindahan alam sekitar.

Huraian 2:
Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan banyak
kes pembakaran terbuka berlaku di kawasan pelupusan sampah sarap, kebun
tanaman, tapak pembinaan dan industri.

65 pp
IDEA 2: Pembuangan Sampah

Selain itu, aktiviti pembuangan sampah.

Huraian 1:
Kejadian pembuangan sampah di merata-rata tempat masih berlaku di negara ini.
Kesannya kepada alam sekitar adalah tertakluk kepada jenis barang yang dibuang.

Huraian 2:
Walau bagaimanapun, pemerhatian kasar menunjukkan jenis sampah yang sering di
buang adalah sampah yang terdiri daripada sisa-sisa makanan. Jenis sampah seperti
ini, jika dibiarkan akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan
mencemarkan keindahan alam sekitar.

64 pp
IDEA 3: Pemanasan Global

Jika aktiviti manusia terus dilakukan, maka ianya akan membawa kesan kepada
keseimbangan ekologi. Antara kesannya ialah pemanasan global.

Huraian 1:
Suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 kepada 6.4 antara tahun 1990 dan
2100. Jika ramalan ini menjadi kenyataan, bumi akan menjadi semakin panas dalam
tempoh seabad lagi dan tidak lagi selamat.

Huraian 2:
Di samping itu, pemanasan global memberi kesan kepada kesihatan manusia seperti
melemahkan sistem imunisasi manusia dan memberi kesan terhadap mutasi genetik
yang akhirnya mengakibatkan penyakit barah.

77 pp
IDEA 4: Habitat Flora Dan Fauna Terjejas

Seterusnya, habitat flora dan fauna terjejas.

Huraian 1:
Kemusnahan habitat semula jadi boleh menyebabkan kepupusan sebahagian spesies
tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kepupusan spesies haiwan boleh menjejaskan
rantaian makanan dan seterusnya memberi kesan buruk kepada keseimbangan
ekologi dunia.

Huraian 2:
Umum mengetahui bahawa haiwan yang diburu boleh menyebabkan kepupusan.
Apabila tiada lagi harimau untuk mengawal populasi rusa dan kijang, haiwan-haiwan
ini terus membiak dan mampu merosakkan kawasan rumput di sekitarnya.

66 pp
IDEA 5: Bencana Alam

Akhir sekali, berlakunya bencana alam.

Huraian 1:
Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan kerugian
kewangan, infrastruktur, malah yang lebih malang lagi adalah kematian.

Huraian 2:
Kuala Lumpur kerap mengalami banjir kilat ekoran daripada masalah sistem
perparitan yang tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak dalam satu-
satu masa atau saluran perparitan tersekat.

52 pp
PENUTUP
Kesimpulannya, jelaslah bahawa aktiviti manusia
terhadap alam memberi ancaman secara
langsung kepada alam sekitar sekali gus
mendatangkan kesan negatif kepada
keseimbangan ekosistem alam. Masalah ini perlu
dikawal agar generasi akan datang masih boleh
menikmati keindahan alam ini.
37 pp
FOLLOW US AND SUBSCRIBE

THANKS! anysfadzlyn
Pengajian Am Channel

Anda mungkin juga menyukai