Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Buku : Proses Informasi dalam Peningkatan Kognisi – Kaedah Hermeneutik dan

Interpretasi

Penulis Buku : Dr. Suppiah Nachiappan

1.0 Sinopsis

Pada umumnya, buku ilmiah ini merangkumi 6 bab iaitu proses kognisi, hubungan proses
kognisi dan kemahiran berbahasa, kaedah Hermeneutik sebagai kaedah kualitatif, analisis
teks karangan menggunakan kaedah Hermeneutik, pola pemikiran dalam penulisan serta bab
keenam yang merupakan rumusan kandungan buku ini. Kesemua topik tersebut dibahagikan
kepada beberapa subtopik yang berkaitan dengan tahuk bab berkenaan.

Dalam Bab 1, pengertian sains koginisi diberi tumpuan utama. Kemudian proses kognisi
dihubungkait dengan penguasaan kemahiran dan factor-faktor yang menyumbang kepada
proses informasi. Bab 2 pula memberi penjelasan mendalam tentang hubungan proses kognisi
dengan kemahiran Bahasa yang dimiliki oleh seseorang. Aplikasi kemahiran berfikir dalam
penulisan karangan serta kajian lain yang berkaitan dengan proses kognitif. Dalam Bab 3
pula, pengertian kaedah Hermeneutik telah diberi tumpuan utama, dan diikuti dengan
perbincangan kaedah dan proses kefahaman.

Bab 4 pula merupakan analisis teks esei dengan menggunkan kaedah Hermeneutik, Empat
jenis karangan iaitu surat kiriman tidak rasmi, syarahan, perbincangan dan cerita digunakan
dalam analisis. Bab 5 adalah berkenaan pola pemikiran dalam penulisan esei. Pemprosesan
informasi dan gaya penulisan esei dibincangkan secara mendalam. Bab terakhir iaitu Bab 6
pula merupakan rumusan berkenaan pemprosesan informasi melalui kaedah Hermeneutik.
Ianya merangkumi aktiviti mental dan isi esei yang meliputi sktiviti mental. Banyak rajah dan
jadual digunakan untuk memberi penjelasan yang lebih bermakna kepada para pembaca.

2.0 Peranan ilmu/kandungan buku ini di dalam bilik darjah

Ilmu yang diperolehi daripada buku ini akan menjadi satu panduan yang terbaik terutamanya
kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang peranan penulisan karangan oleh murid yang akan
membantu memahami dan mengaplikasi ilmu pengetahuan yang diinterpretasikan melalui

This study source was downloaded by 100000836867328 from CourseHero.com on 05-20-2022 21:07:21 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/103573356/Penulisan-Kritikal-Bukudocx/
hasil karangan. Dengan memahami penulisan karangan seseorang murid, guru Bahasa
Melayu dapat menentukan tajuk dan isi kandungan berdasarkan format karangan yang
tertentu. Ia juga membantu guru BM mendalami tahap pemikiran dan psikologi murid semasa
menulis esei. Kaedah Hermeneutik mengutamakan aspek kefahaman semula yang terdapat
pada diri guru tentang teks karangan yang dibincangkan. Kefahaman semula dapat
diterangkan dengan lebih efektif hanya dengan penelitian karangan murid-murid. Ini
menunjukkan bahawa proses informasi dalam karangan boleh diteruskan hingga dapat
merumuskan makna sebanar yang tersembunyi di dalam teks karangan murid.

Kaedah Hermeneutik adalah satu kaedah yang boleh digunakan oleg guru-guru untuk
menginterprestasi teks karangan. Membaca dan meneliti secara keseluruhan perlu dilakukan
terhadap contoh karangan untuk mengenalpasti penggunaan gaya bahasa dan kemahiran
bahasa tentunya membantu murid-murid menulis karangan yang kreatif dan bermakna.
Melaui kaedah ini juga, murid-murid dapat menghuraikan makna atau lumensa yang tersurat
serta tersirat dalam teks yang dibaca atau teks yang dihasilkan oleh mereka. Melalui teks
karangan yang diinteprestasi melalui proses kognisi, makna tersirat dalam karangan murid-
murid dapat dikenalpasti oleh guru.

Dengan ini, murid-murid dapat membentuk banyak idea dan guru juga dapat membantu
mereka mencungkil pengetahuan sedia ada atau pengalaman murid yang tersimpan dalam
ingatan jangka panjang mereka. Kenyataan ini disokong oleh Abdul Talib (2017) yang
menyatakan pengajaran tradisional dalam penulisan esei boleh menyebabkan sesi pengajaran
penulisan menjadi tidak menarik, lalu menjadikan murid-murid tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru. Maka, kaedah Hermeneuitik mencadangkan penggunaan
peta minda juga boleh membantu murid-murid dalam aplikasi kognisi dalam pengajaran yang
membosankan itu. Proses informasi melalui peta minda adalah cadangan aktiviti bilik darjah
bagi menjana idea dalam penulisan empat jenis esei yang diutarakan dalam buku tersebut.

Pada alaf ini, murid telah digalakkan untuk menggunakan peta i-think bagi
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid yang berinovatif pada masa hadapan. Pengetahuan guru juga
memainkan peranan penting dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu. Sekiranya
seseorang guru itu tidak melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan,
maka amatlah sukar bagi guru itu menyalurkan ilmunya kepada anak didiknya.

This study source was downloaded by 100000836867328 from CourseHero.com on 05-20-2022 21:07:21 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/103573356/Penulisan-Kritikal-Bukudocx/
Seterusnya, kaedah Hermeneutik dan interpretasi juga dapat mengelakkan pengajaran guru
yang berorientasikan peperiksaan. Pengajaran guru yang berfokus kepada proses informasi
menghasilkan karangan yang berkualiti dan bukannya berfokus kepada hasil mengarang.

Kesimpulanya, kandungan dan ilmu yang diperolehi daripada buku ini membolehkan guru
menjalankan pengajaran yang dapat memberi peluang kepada murid-murid menjadi
seseorang yang memiliki pemikiran yang kreatif dalam penulisan esei. Murid-murid juga
dapat meningkatkan kognisi dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu melalui proses
informasi.

Rujukan

Abdul Talib Kamaruddin. (2017). Keberkesanan Kaedah Memori Dan Kognitif dalam
peningkatan akademik murid-murid. (Tesis PhD yang tidak diterbitkan). Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

Danishwaran. (2011). Cara-Cara belajar menulis karangan Bahasa Melayu SPM dalam
kalangan pelajar cemerlang. (Kertas projek yang tidak diterbitkan). Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hazel Rose Markus. (2010). Culture and Self: Implication for Cognition, Emotion and
Motivation. University Of Michigan: USA.

Suppiah Nachiappan. (2020). Proses Informasi dalam Peningkatan Kognisi: Kaedah


Hermeneutik dan Interpretasi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

This study source was downloaded by 100000836867328 from CourseHero.com on 05-20-2022 21:07:21 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/103573356/Penulisan-Kritikal-Bukudocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai