Anda di halaman 1dari 6

Faktor Konflik Masyarakat Malaysia

Konflik merujuk kepada perkataan conflict iaitu pertelingkahan, pertikaian dan perbalahan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan antara
individu, idea, kepentingan dan lain-lain. Konflik adalah cetusan awal kepada aktiviti yang idak
sihat sehingga membawa kepada peristiwa buruk atau malapetaka.

Salah satu faktor konflik masyarakat Malaysia adalah perbezaan dalam unsur-unsur
kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Rakyat Malaysia mengamalkan bahasa,
agama dan adat resam yang berbeza. Hal ini akan menyebabkan perbezaan fahaman terhadap
agama dan budaya masing-masing jika rakyat tidak saling memahami dan tidak menghormati
agama dan adat resam masing-masing. Jika salah faham berlaku antara kaum, hal ini akan
menimbulkan konflik antara kaum. Selain itu, timbulnya jarak sosial antara anggota
masyarakat kerana kurangnya interaksi antara etnik. Jika rakyat pelbagai kaum tidak
mengamalkan interaksi yang baik sesama mereka, mereka akan memberi pandangan dan
pendapat yang berbeza terhadap sesuatu isu yang akan menyebabkan salah faham seterusnya
berlaku konflik antara kaum.

Faktor seterusnya adalah perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal. Perbezaan ini akan
menyebabkan kerenggangan hubungan etnik seterusnya menghapuskan perpaduan kaum. Sikap
prasangka dan prejudis yang menebal juga merupakan salah satu punca berlakunya konflik
masyarakat Malaysia. Jika masyarakat mempunyai pendapat yang berbeza dari segi politik dan
sebagainya, akan timbul perasaan ketidakpuasan hati antara kaum. Hal ini akan menyebabkan
perbalahan serta konflik antara kaum. Selain itu, keengganan anggota masyarakat untuk
membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan
identiti masing-masing boleh menyebabkan berlakunya konflik antara etnik. Contohnya,
sesuatu etnik hanya berkomunikasi sesama etnik mereka sendiri dan hanya mempedulikan identii
mereka sendiri tanpa memikirkan etnik lain.

This study source was downloaded by 100000785170756 from CourseHero.com on 05-11-2022 11:16:48 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/12405789/CABARAN-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA/
Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan juga
merupakan faktor berlakunya konflik masyarakat Malaysia. Hal ini akan menimbulkan
ketidakpuasan hati antara rakyat yang boleh menyebabkan mereka tidak menghormati kaum lain
dan menimbulkan pergaduhan antara kaum. Seterusnya, bilangan anggota masyarakat
majoriti dan minoriti lebih kurang sama boleh menimbulkan masalah kesefahaman yang
menebal antara kaum seterusnya berlakunya konflik antara masyarakat Malaysia.

Cabaran-cabaran Hubungan Etnik di Malaysia

Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya
sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik. Pelbagai cabaran yang
harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat
majmuk ini. Cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia mempunyai lima aspek utama, iaitu
dari segi politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya, dan globalisasi.

1. Cabaran dari aspek politik

Cabaran dari aspek politik, setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing.
Namun begitu, kewujudan parti politik yang pelbagai boleh mencetuskan konflik antara satu
sama lain. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat.
Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi jika
dipergunakan untuk tujuan berpolitik tidak akan mampu menyumbang kearah masyarakat yang
bersatu padu.

Semua etnik saling berusaha untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga boleh
membawa kepada hilangnya semangat taat setia kepada Negara. Ada juga masyarakat yang sukar
menerima kaum lain sebagai pemimpin mereka kerana setiap persatuan hanya akan
memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya serta menyuara, menjaga dan
memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masng sahaja. Mereka juga
memperalatkan isu perkauman hanya untuk tujuan politik.

This study source was downloaded by 100000785170756 from CourseHero.com on 05-11-2022 11:16:48 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/12405789/CABARAN-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA/
2. Cabaran dari aspek ekonomi

Seterusnya, cabaran dari aspek ekonomi yang mempunyai dua ciri iaitu dominasi sektor ekonomi
dan perbezaan pekerjaan. Dari segi dominasi sektor ekonomi, wujudnya jurang pendapatan
antara setiap etnik dan penguasaan ekonomi yang berbeza. Tiap-tiap etnik berusaha untuk
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang
ekonomi yang wujud. Hal ini akan mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan berlaku
dalam masyarakat menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Dari segi
perbezaan pekerjaan pula, perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan
dan ketidakpuasan dalam kalangan etnik tertentu. Etnik Melayu menguasai sektor pertanian yang
memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina pula
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi
moden. Etnik India terlibat dengan aktiviti perladangan di estet getah dan kelapa sawit.

Hal ini akan mewujudkan jurang pendapatan yang ketara dalam kalangan etnik. Masing-masing
cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Selain itu, jurang ekonomi
juga menghalang interaksi yang lebih kerap sesama etnik serta interaksi hanya berlaku di
kalangan etnik yang sama.

Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati semua
golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil kira dalam menjaga perpaduan di kalangan
etnik. Perpaduan di kalangan etnik tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan
yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan Negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan
ekonomi.

This study source was downloaded by 100000785170756 from CourseHero.com on 05-11-2022 11:16:48 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/12405789/CABARAN-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA/
3. Cabaran dari aspek sosial

Cabaran dari aspek sosial pula mempunyai empat ciri utama, iaitu pemisahan fizikal, sistem
pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak social. Dari segi
pemisahan fizikal, dasar “pecah dan perintah” oleh British memberi implikasi kepada hubungan
etnik sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan dan jenis
pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi dalam kalangan etnik amat kurang khususnya
yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik dari aspek lokasi
berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di
Malaysia. Hal ini juga memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan
anggota yang seterusnya menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam
kalangan etnik terhadap etnikyang lain.

Dari segi sistem pendidikan yang berasingan, setiap etnik mempunyai sistem pendidaikan
yang tersendiri. Sistem pendidikan sebelum Laporan Razak 1956 memperlihatkan bahawa wujud
empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kurikulum yang
berlainan serta sistem persekolahan yang dipisahkan mengikut bahasa ibunda menyebabkan
interaksi berkisar di kalangan etnik sendiri sahaja dan mereka tidak berpeluang untuk bergaul
bersama etnik lain. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa
perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan
bahasa Mandarin sabagai bahasa perantaraan. Pelajar India pula menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan
pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan
bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.

Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu dalam
kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang
negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba mempertahankan bahasa ibunda.
Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu, cabaran wujud dalam
usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang sesuai untuk semua etnik.
Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak langsung memberikan impak yang kurang baik
kepada penstrukturan negara. Cabaran dalam aspek pendidikan harus dipandang serius oleh

This study source was downloaded by 100000785170756 from CourseHero.com on 05-11-2022 11:16:48 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/12405789/CABARAN-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA/
semua pihak kerana jika ini berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di kalangan etnik masing-
masing.

Dari segi polarisasi dalam kalangan pelajar, keterasingan di peringkat sekolah rendah,
kerenggangan di sekolah menengah serta di institusi pengajian tinggi menyukarkan proses
hubungan etnik di Malaysia. Seterusnya, dari segi kontrak sosial. Kontrak sosial merupakan
persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan
bangsa masing-masing. Kontrak sosial yang menjadi asas kepada rangka Perlembagaan
Persekutuan 1957 seringkali dipertikaikan sejak akhir-akhir ini oleh pelbagai pihak terutamanya
dalam kalangan ahli politik.

4. Cabaran dari aspek agama dan budaya

Cabaran dari aspek agama dan budaya juga harus diambil kira. Ini adalah kerana setiap etnik
mempunyai agama, adat istiadat, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Orang Melayu terus
dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka manakala Cina dan India
pula membawa nilai kebudayaan mereka yang dibawa dari Negara asal mereka. Jika agama dan
budaya antara etnik tidak dijaga dan dihormati, konflik antara etnik akan mudah terjadi. Selain
itu juga, setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri jika
hubungan antara etnik menjadi renggang. Hal ini juga akan menyebabkan sesuatu etnik
mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat
dan mencari teman hidup. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam
mereka dan mereka juga tidak mengetahui adat kebudayaan etnik yang lain, masing-masing
hanya mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja
yang terbaik. Kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik
mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Kesimpulannya, cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlakunya ketegangan kaum andai


tidak diurus dengan baik. Cabaran ini perlu difahami dan ditangani kerana kegagalannya akan
membawa persilisihan dan prasangka yang memang telah wujud di dalam hati setiap kaum.

This study source was downloaded by 100000785170756 from CourseHero.com on 05-11-2022 11:16:48 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/12405789/CABARAN-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA/
BIBLIOGRAFI

1. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. http://maruwiahacis.files.wordpress.com/2013/12/bab-7-cabaran-hubungan-etnik-b.pdf.
3. http://www.slideshare.net/NurulHoney/bab-5-cabaran-terhadap-hubungan-etnik-di-msia-
dan-global.
4. Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi: Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua.
5. Mohd. Faizal P.Rameli. (2014). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS),
Universiti Teknologi MARA, Kampus Melaka, 78000 Alor Gajah, Melaka: Islam dan
Hubungan Etnik : Sorotan Sejarah & Isu Kontemporari Di Malaysia.

This study source was downloaded by 100000785170756 from CourseHero.com on 05-11-2022 11:16:48 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/12405789/CABARAN-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai