Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH BANTU MULA

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, didapati semakin ramai masyarakat khususnya generasi muda

mula gemar melakukan aktiviti riadah dan bersukan untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat

serta aktif.

Biasanya dilakukan pada hari hujung minggu, ada yang cenderung joging di taman,

mengunjungi gimnasium, berbasikal mahupun memilih sukan lasak yang mencabar adrenalin

mereka menerusi aktiviti berakit berarus deras dan mendaki gunung untuk kekal cergas.

Kecenderungan minat dalam aktiviti mengeluarkan peluh ini sebenarnya dari satu sudut

dilihat sebagai suatu yang sangat positif. Apatah lagi, sebelum ini kita sering kali gusar mengenai

peningkatan statistik kadar obesiti negara dalam kalangan generasi muda.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa aktiviti fizikal yang sinonim dengan 'gaya hidup sihat’

ini juga sebenarnya sangat berisiko mengancam nyawa seseorang itu tanpa disedari?

Hakikatnya, isu mati mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal bukanlah perkara baharu

malah sudah beberapa kes berhubung dengannya dilaporkan dalam media sekali gus memerlukan

permasalahan ini diambil perhatian serius dan tidak dipandang remeh.

Misalnya pada awal Mac tahun ini, seorang guru lelaki berusia 39 tahun dilaporkan maut

ketika bermain badminton di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, Balik Pulau akibat

serangan jantung.
Masih dalam bulan sama, hasrat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mahu

menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak

kesampaian apabila disahkan meninggal dunia ketika bermain futsal di Taman Cahaya, Sabak

Bernam.

Manakala pada tahun 2017, lelaki berusia 49 tahun rebah dan tidak sedarkan diri ketika

bermain futsal sebelum disahkan meninggal dunia di gelanggang futsal di Seksyen 15, Bandar

Baru Bangi.

Begitu juga pada tahun 2016, seorang lelaki berusia 33 tahun tetiba rebah dan meninggal

dunia akibat sesak nafas selepas bermain futsal bersama rakan-rakannya di Subang Jaya.

PUNCA KECEDERAAN

punca utama mati mengejut dalam kalangan masyarakat pertengahan umur dan warga

emas yang bersukan adalah disebabkan oleh serangan jantung akibat daripada penyumbatan salur

darah koronari jantung. kebanyakan masyarakat mengambil ringan pemeriksaan kesihatan

sedangkan adalah sebaiknya seseorang itu mengetahui status kesihatan mereka sebelum

bersukan. Ini kerana, bukan semua aktiviti fizikal sesuai untuk kita.

Masih ada tanggapan orang yang aktif sukan tidak akan diserang penyakit tetapi realiti

adalah sebaliknya. Kebanyakan atlet atau ahli sukan kompetitif berusia muda yang mati

mengejut di gelanggang sukan adalah disebabkan hypertrophic obstructive cardiomyopathy

iaitu suatu kelainan jantung di mana otot jantung bengkak dan menghalang pengaliran darah

keluar dari jantung. Biasanya pesakit yang dilahirkan dalam keadaan ini (kongenital) ada
kaitan genetik. Boleh menyebabkan mati terkejut semasa aktiviti sukan ekstrem akibat

daripada otot jantung yang bengkak menutup jalan keluar pengaliran darah dari jantung.

Selain itu, penjagaan gaya hidupa sihat seperti penjagaan rutin pemakanan dan kualiti

tidur yang baik juga menjadi faktor kepada resiko serangan jantung atau mati mengejut. Hal

ini kerana apabila badan tidak mendapatkan rehat yang mencukup serta pemakanan yang betul

dan teratur , ia akan mengakibatkan komplikasi buruk kepada badan dan menyumbangka

kepada resiko serangan. Hal ini sering terjadi kepada atlet yang aktif bersukan diwaktu

malam, dimana kebanyakan atlet yang bersukan diwaktu malam kurang mengambil berat

terhadap kualiti tidur mereka yang boleh mengakibatkan daya ketahan jantung merosot dan

menjadi semakin buruk sekiranya tidak di ambil berat.

RAWATAN BANTU MULA

Antara rawatan bantu mula yang sesuai untuk menangani kecederaan ini adalah resusitasi udara

hembusan (EAR), external cardiac compression (ECC) dan resusitasi cardiopulmonary(CPR).

EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti

pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam

paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.

Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut. Terdapat tiga teknik yang

digunakan di dalam EAR ini iaitu mulut ke mulut, mulut ke hidung dan mulut ke hidung dan

mulut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa

keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas

perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin
dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan

tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan penafasan terhenti memerlukan

EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa. Pernafasan hendaklah berkesan

dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan

oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang

berkesan.

Pemampatan Jantung Luar kini kaedah yang diterima merawat serangan jantung secara

tiba-tiba. Teknik ini digambarkan, dengan penekanan khusus pada langkah-langkah yang boleh

menyebabkan trauma yang serius, jika tidak dilakukan dengan betul. Pengudaraan paru-paru

adalah amat penting. Insiden serangan jantung seolah-olah semakin meningkat dan muncul untuk

menjadi lebih tinggi pada bayi, mungkin kerana sebahagian besar prosedur pembedahan jantung

dalam kumpulan umur ini. Survival bergantung kepada beberapa faktor, yang paling penting

adalah masa berlalu sebelum rawatan dimulakan, lokasi pesakit pada masa serangan jantung, dan

penyakit utama pesakit. Penggunaan pemampatan jantung luaran berkurangan kelewatan,

membuat lokasi pesakit kurang penting, dan menghasilkan trauma kurang dalam pesakit yang

sakit tenat. Tekanan darah yang dicapai oleh kaedah luaran adalah setanding dengan tahap yang

dicapai oleh urutan langsung jantung. Myocardium tidak mengalami trauma dengan kaedah

luaran, yang juga kurang meletihkan kepada pengendali. Komplikasi pemampatan jantung luaran

dikesan kepada tekanan yang berlebihan dan tekanan ke atas kawasan yang salah dada, dan oleh

itu dielakkan. Tekanan perlu digunakan untuk sternum dalam hanya mid-line, hanya atas proses

xyphoid. Dua kes pecah hati pada kanak-kanak yang disebut, dan laporan kecederaan lain yang

dibincangkan berkaitan dengan kesilapan tertentu dalam teknik.


Resusitasi kardiopulmonari atau dalam Bahasa Inggeris ialah (Cardiopulmonary

resuscitation CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan

secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan

aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini

ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan

tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar

hospital. CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada

kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan

dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh

membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau

menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan

pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan

pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan

membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih. CPR sahaja

tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah memulihkan

separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh menangguhkan kematian

tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan

otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya

diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk

ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi,

bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma

yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya

(ROSC) atau disahkan mati.


CARA MENGATASI KECEDERAAN

Antara cara yang boleh mengatasi masalah mati mengejut atau serangan jantung ialah

mengamalkan diet jantung sihat. Diet merupakan faktor risiko yang sering kali diambil mudah

tetapi paling penting untuk mengelakkan anda daripada mendapat pelbagai penyakit. Makanan

punca sakit jantung yang paling lazim dalam kalangan masyarakat kita ialah makanan bergoreng,

makanan bersantan dan makanan manis. Pengambilan diet yang sihat boleh melindungi jantung

anda, mengelakkan darah tinggi dan risiko untuk kencing manis. Dua contoh diet yang boleh

diikuti ialah “Dietary Approaches to Stop Hypertension” atau DASH dan diet Mediterranean

yang meliputi cara memasak makanan untuk kurangkan sakit jantung.Kedua-dua diet ini bagus

untuk jantung kerana kurang garam , gula, karbohidrat yang telah diproses , alcohol dan lemak

tepu serta lemak trans.

Selain itu, kita juga perlu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan rutin. Darah tinggi dan

kolesterol tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung yang digeruni semua orang. Tanpa

pemeriksaan kesihatan, anda tidak akan sedar bahawa anda mempunyai penyakit ini.

Pemeriksaan kesihatan rutin akan mencatatkan bacaan tekanan darah dan kolesterol  anda dari

semasa ke semasa. Sekiranya nombor yang dicatatkan menandakan anda mungkin mempunyai

masalah tinggi kolesterol atau hipertensi, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk

membincangkan langkah seterusnya dalam memastikan kesihatan anda tetap terjamin. Sekiranya

boleh, anda harus menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun terutamanya jika anda
mempunyai sejarah keluarga berkaitan hipertensi, kolesterol tinggi dan kencing manis setelah

umur anda mencecah 35 tahun.

Disamping itu juga, bagi atlet yang mempunyai tabiat merokok, ia perlu dihentikan

kerana Merokok merupakan faktor risiko untuk pelbagai penyakit dari sakit jantung, kanser paru-

paru, kanser payudara dan sebagainya. Kesan buruknya sering diuar-uarkan dalam iklan dan

infografik tetapi masih ramai yang menghisap rokok. Merokok senang menjadi tabiat kerana

bahan kimia nikotin yang menyebabkan ketagihan. Perokok bukan sahaja membahayakan

kesihatan mereka sendiri tetapi juga orang di sekeliling mereka. Bahan kimia lain dalam rokok

tembakau boleh merosakkan jantung dan saluran darah anda. Asap rokok mengurangkan oksigen

dalam darah anda, lalu menyebabkan tindak balas sistem badan anda untuk meningkatkan

tekanan darah dan kadar degupan jantung. Jantung anda terpaksa bekerja lebih keras untuk terus

membekalkan oksigen ke seluruh badan dan yang paling penting, otak anda.

Berita baiknya ialah apabila anda berhenti merokok, risiko anda untuk mendapatkan sakit

jantung terus menurun dalam masa sesingkat satu hari. Setelah berhenti merokok dalam setahun,

risiko anda untuk mendapat sakit jantung adalah setengah daripada seorang perokok. Oleh

itu, cara mencegah penyakit arteri coroner ialah berhenti merokok. Klinik-klinik kesihatan

mempunyai klinik berhenti merokok yang boleh membantu memberi anda dorongan dan

sokongan untuk berhenti merokok.

Seterusnya, atlet juga perlu menjaga kualiti tidur yang mencukupi . hal ini kerana Ramai

yang tidak menyedari kepentingan rehat dan tidur yang secukupnya. Tabiat sering kurang tidur
atau tidak tidur akan membahayakan kesihatan anda. Mereka yang kurang tidur mempunyai

potensi untuk obesiti, hipertensi, serangan jantung, kencing manis dan kemurungan.

Anda disarankan untuk menetapkan waktu tidur yang tetap seperti tidur awal dan bangun

awal. Orang dewasa biasanya memerlukan 7-9 jam tidur. Sekiranya anda mempunyai masalah

tidur, anda digalakkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor anda.

KESAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Antara kesan akibat penyakit ini dalam kehidupan adalah dari segi psikologi iaitu trauma dalam

kalangan mangsa. Hal ini kerana bagi setiap mangsa yang mengalami sesak nafas akan trauma

dan takut kerana kecederaan seperti ini dapat meragut nyawa.

Selain itu , terdapat juga kesan lain seperti kecacatan pada mangsa yang mengalami kecederaan

ini seperti jangkitan paru-paru serta kerosakan kekal tisu otak pada sesetengah mangsa yang

menagalami kecederaan akibat pernafasan

Disamping itu juga

KESIMPULAN

Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula supaya dapat
membantu jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika sesuatu aktiviti sedang
dijalankan. Hal ini kerana tujuan asal pertolongan cemas asas ini ialah dapat membantu
menghentikan keadaan kecil daripada menjadi lebih buruk.

Anda mungkin juga menyukai