Anda di halaman 1dari 11

GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 2

 Definisi Gaya Hidup Sihat 2

2.0 Isu/Masalah Kesihatan di Malaysia 3

 Penyakit Jantung Koronari 3

 Faktor Penyakit Jantung Koronari 4-5


3.0 Langkah Pencegahan Penyakit Jantung Koronari 6-8
4.0 Rumusan 9
5.0 Rujukan 10

1.0 Pengenalan

1
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

Gaya hidup sihat merupakan satu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat
membawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan juga
masyarakat di sekeliling. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam
penjagaan tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti
mengamalkan pemakanan yang seimbang, membuat aktiviti senaman, tidur atau rehat yang
mencukupi, cara pergaulan atau komunikasi dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari
segi mental, fizikal dan persekitaraan dan sebagainya. Kesemua amalan gaya hidup yang
positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

 Definisi Gaya HIdup Sihat

Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan
kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek
termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau
stres, dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif
dan berisiko.

[ CITATION Zsu11 \l 17417 ] seorang Direktor Regional Persatuan Kesihatan Sedunia


(WHO) yang berucap semasa Forum Kesihatan di Bad Hofgastein, Austria memetik definisi
dari Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) yang mentakrifkan perkataan sihat sebagai
suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika
ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan
prospek positif.

Menurut kajian [ CITATION SCr09 \l 17417 ], konsep gaya hidup sihat dikategorikan
sebagai satu kehidupan yang seimbang di mana seseorang membuat satu pilihan dengan
bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga
menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan
masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu
kehidupan.

Secara ringkasnya, gaya hidup sihat adalah bertujuan untuk membentuk individu
yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit.
Untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan oleh seseorang akan
melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf
hidup.

2
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

2.0 Isu/Masalah Kesihatan di Malaysia – Penyakit Jantung Koronari

Fenomena penyakit hipokinetik dilihat seperti menjadi kebiasaan dalam kalangan


masyarakat pada masa ini. Penyakit hipokinetik adalah disebabkan seseorang indivitu itu
kurang bergerak (inactivity) atau gaya hidup sedentary (sendentary lifestyle). Kehidupan
harian seperti inilah yang akan menyebabkan seseorang individu itu berisiko tinggi untuk
menghidap penyakit hipokinetik. Untuk tugasan ini, penyakit hipokinetik yang akan dikupas
dengan lebih lanjut ialah fenomena penyakit jantung koronari yang sering diuar-uarkan di
media cetak, elektronik dan sebagainya yang dilabelkan sebagai penyakit pembunuh
nombor satu di negara Malaysia.

 Penyakit Jantung Koronari

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular yang memainkan peranan


penting dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai
sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh
tubuh badan manusia.

Penyakit jantung koronari kekal sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan
rakyat Malaysia sejak sepuluh tahun lepas (2005-2014) dengan mencatatkan 13.5 peratus
kematian pada 2014 berdasarkan kajian [ CITATION Jab16 \l 17417 ]. Serangan sakit jantung
digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang
berterusan dan kesukaran untuk bernafas.

3
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014

 Faktor Penyakit Jantung Koronari

1. Stress / Tekanan

Penyakit jantung koronari boleh muncul dari pelbagai faktor yang seringkali kita
anggap sebagai perkara remeh sahaja. Salah satu faktor utama yang menyebabkan
penyakit jantung koronari ialah stress atau tekanan. Stress berpunca dari faktor luaran atau
faktor dalaman seseorang individu. Faktor luaran yang dinyatakan termasuklah kerjaya,
hubungan sesama manusia, tekanan kerja, jangkaan dan harapan kehidupan seharian.
Manakala faktor dalaman pula adalah seperti tindak balas dan keupayaan mengawal stress
atau tekanan dari faktor luaran, amalan pemakanan, tahap kesihatan fizikal dan kecergasan
badan, kekuatan emosi dan rehat yang secukupnya. Stress boleh menjadi sesuatu faktor
positif yang mendorong seseorang untuk lebih tekun berkerja, tetapi jika stress di luar
kawalan, maka ia akan menjadi faktor yang boleh merosakkan kesihatan seseorang.

Stress boleh menyebabkan penyakit jantung kerana berlaku perubahan hormon iaitu
hormon adrenalin dan kortisol. Stress juga boleh mengubah tingkah laku seseorang. Individu
yang mengalami stress kebiasaannya akan mengambil tindakan yang boleh memburukkan
kesihatan seperti merokok, minum arak atau makan secara berlebihan. Kesan dari tabiat
yang tidak sihat ini, kesihatan jantung seseorang akan terjejas dan akibatnya boleh
menyebabkan penyakit jantung yang kronik.

2. Amalan Pemakanan Yang Negatif

Faktor seterusnya ialah mengambil atau mengamalkan pemakanan yang negatif.


Diet seimbang merupakan amalan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein,
vitamin, garam mineral dan sebagainya dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan
badan. Walau bagaimanapun, amalan pemakanan yang tidak betul boleh menyebabkan
komplikasi jantung berlaku. Sebagai contohnya, makanan yang kaya dengan ‘lemak trans’
yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat. Menurut kajian Nurses’ Heart
Study, lemak trans ini lebih merbahaya dari lemak tepu dari haiwan dan ianya meningkatkan
risiko sakit jantung dua kali ganda. Contoh makanan yang kaya dengan lemak trans ini
adalah marjerin, biskut, jajan, kerepek kentang, popcorn, muffin, kek, pastri, mee segera dan
pelbagai lagi makanan proses yang berlambak di pasaran sekarang. Ringkasnya, makanan
proses, makanan bergoreng, makanan segera, makanan yang mengandungi lemak trans,
makanan yang kaya dengan gula dan garam adalah punca kepada masalah kolesterol yang
merbahaya dan boleh menyumbat saluran darah jantung.

4
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

3. Amalan Merokok

Merokok juga adalah salah satu penyebab dominan penyakit jantung berlaku. Hal ini
kerana merokok meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak dua hingga empat kali
ganda. Sebatang rokok mengandungi lebih daripada 4000 bahan kimia dan kebanyakannya
adalah bahan beracun seperti sianida, tar dan karbon monoksida. Bahan-bahan tersebut
boleh mempercepatkan proses aterosklerosis (penyempitan arteri), merosakkan dinding
pembuluh darah melalui proses inflamasi, meninggikan kandungan fibrinogen di dalam
darah dan menyebabkan darah senang membeku dan menyekat arteri yang boleh
membawa kepada serangan jantung.

4. Senaman (Kurang Bersenam dan Bersenam Secara Mendadak)

Selain itu, Berita Sinar Harian Online yang bertarikh 29 September 2013 menyatakan
bahawa tabiat kurang bersenam selain tidak mengamalkan gaya hidup sihat dikenal pasti
sebagai punca utama seseorang individu berisiko mengidap penyakit kronik sekali gus
menjadi faktor kematian pramatang di Johor Bahru. Hal ini turut disokong dengan statistik
masalah tidak aktif yang mencatatkan peratus tertinggi membabitkan 42.1 peratus diikuti
masalah kolestrol tinggi iaitu 37.7 peratus, darah tinggi 36.4 peratus, tabiat merokok 25.7
peratus, obesiti 15.9 peratus, diabetes 13.4 peratus.

Senaman sememangnya adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Akan
tetapi, sekiranya ia dilakukan secara mendadak, ia akan meningkatkan risiko untuk kita
menghidap penyakit jantung. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa senaman
yang dilakukan secara mendadak menyumbang sebanyak 6% terhadap punca penyakit ini.
Hal ini mungkin disebabkan ramai yang masih tidak tahu mengenai cara yang betul untuk
melakukan senaman.

5. Faktor Genetik / Keturunan

Penyakit jantung koronari juga dikaitkan dengan factor genetik atau keturunan. Hal ini
kerana seseorang individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit jantung koronari
lebih cenderung mendapat penyakit yang sama dan kemungkinan besar terjadi pada usia
yang lebih muda. Seseorang individu itu dikatakan mempunyai sejarah keluarga sekiranya:

i. Mempunyai bapa atau adik-beradik lelaki yang berpenyakit jantung koronari sebelum umur
55 tahun;

ii. Mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan yang berpenyakit jantung koronari sebelum
umur 65 tahun.

5
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

3.0 Langkah Pencegahan Penyakit Jantung Koronari

Dari segi dimensi fizikal, senaman merupakan salah satu aktiviti sihat yang penting
bagi mencapai keseimbangan fizikal seseorang sekaligus mencegah penyakit jantung
koronari. Untuk pesakit jantung, senaman yang boleh dilakukan adalah berjalan kaki,
berbasikal dan seterusnya diikuti dengan jogging. Aktiviti fizikal yang dinyatakan haruslah
dilakukan secara berperingkat supaya tidak memberikan stress kepada jantung. Sebagai
contohnya, berbasikal merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan
pada masa yang sama membolehkan individu yang berbasikal tersebut bergembira dan
bersosial. Selain itu, seseorang yang menghidap penyakit jantung perlu mendapatkan
nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal. Sekiranya perlu, individu tersebut boleh
melakukan elektrokardiogram dan ujian stress bagi mengetahui paras kekuatan jantung
masing-masing. Berikut merupakan contoh aktiviti fizikal harian yang boleh diamalkan
mengikut intensiti masing-masing:

6
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

Sumber: http://www.webmd.com/heart-disease/exercising-for-a-healthy-heart

Langkah pencegahan yang seterusnya ialah dengan mengamalkan cara pemakanan


yang sihat. Pengambilan makanan yang berzat, berkhasiat dan seimbang penting untuk
memastikan kita sentiasa sihat dan bebas daripada penyakit jantung koronari. Makanan
seimbang bererti makan dengan jumlah hidangan yang disyorkan daripada setiap kumpulan
makanan pada kebanyakan hari. Kepelbagaian dalam kumpulan makanan memastikan kita
mendapat semua nutrien yang diperlukan. Menu harian yang seimbang harus berpandukan
piramid makanan. Berikut adalah contoh makanan yang terbaik untuk mencapai tahap
jantung yang optimum dan sihat:

Makanan Ilustrasi Penerangan

- Diperkaya dengan omega 3.

Ikan - Omega 3 membantu mengurangkan triglycerides, merendahkan


tekanan darah.

- Punca fiber yang baik.


- Fiber mengurangkan cholesterol dalam darah.
Biji Flaxseed

- Diperkaya dengan fiber, potassium, folat, niacin dan kalsium.


Oatmeal

- Mengandungi arginine yang membantu relaxkan saluran darah


kita dan menghalang saluran darah tersumbat.
Kekacang - Kekacang seperti walnut mengandungi asid alphalinolenic yang
membantu jantung anda terhindar daripada serangan jantung.

- Diperkaya dengan monosaturated fat yang membantu


Avocado merendahkan cholesterol.
- Membantu menyerap nutrien penting seperti lycopene yang
penting untuk kesihatan jantung.
Sumber: http://www.ezdiet.com.my/blog/5-makanan-terbaik-untuk-jantung-yang-sihat/

7
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

Dari segi dimensi emosi pula, seseorang individu harus berfikiran terbuka dan positif
supaya emosi lebih stabil dan seimbang. Individu tersebut mestilah bijak mengurus masa
dan memahami rutin harian sendiri supaya segala permasalahan yang timbul dapat
diselesaikan dengan bijak dan positif. Umum mengetahui bahawa emosi berkait rapat
dengan tekanan mahupun stress. Tekanan atau stress yang berlebihan boleh mengundang
kepada penyakit jantung yang boleh menyebabkan maut. Oleh itu, terdapat pelbagai cara
untuk mengatasi stress. Antaranya ialah dengan memberi peluang kepada diri-sendiri
merehatkan fikiran dengan melawat atau melancong ke tempat-tempat yang menenangkan.
Dalam masa yang sama, kita harus menghindari rokok, dadah dan alkohol yang mana
hanyalah akan menjadi penambah kepada tekanan yang sedia ada. Dengan ini,
kesejahteraan emosi sekaligus kesejahteraan intelek akan dapat dicapai.

Dari segi rohani pula, seseorang itu boleh mengambil langkah mendekatkan diri
kepada Tuhan. Yoga dan meditasi boleh membantu membangunkan kesihatan rohani. Nilai
kerohanian amat sesuai dipupuk sedari kecil lagi agar segala ajaran dan panduan
keagamaan diamal dan dapat dpraktikkan secara konsisten. Nilai kerohanian yang tinggi
boleh mengelakkan individu tersebut terjerumus daripada perkara-perkara yang melanggar
batasan agama sekaligus membina personaliti yang baik.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk


pengesanan awal dan seterusnya mencegah dari terus mendapat penyakit jantung ini
terutama sekali individu yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit
jantung. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan haruslah merangkumi pemeriksaan tekanan
darah, diabetes, tahap kolesterol perlu di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur
35 tahun ke atas.

Akhir sekali, dalam mencapai kesejahteraan dari segi persekitaran, seseorang yang
hidup sejahtera sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa alam semulajadi di sekeliling
mereka sentiasa terjaga dan terpelihara serta jauh dari pencemaran. Mereka sentiasa
mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan mutu dan keindahan alam sekitar di mana
mereka tinggal dan bekerja. Contohnya, individu yang mengamalkan amalan kitar semula
bagi mengurangkan pembuangan sampah dan menanam banyak pokok-pokok hiasan dan
bunga untuk menghijaukan kawasan kediaman dan persekitaran akan dapat membantu
meningkatkan pengudaraan yang baik sekaligus dapat mengurangkan risiko mendapat
penyakit jantung.

8
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

4.0 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, untuk mencapai dan mengekalkan keharmonian serta


keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi perhatian kepada dimensi kesejahteraan.
Kesemua dimensi seperti intelek, fizikal, emosi, kerohanian, sosial dan persekitaran yang
telah disebutkan mempunyai pertalian atau berkait rapat antara satu sama lain. Setiap
aspek kesihatan amat bergantung kepada aspek yang lain bagi menghasilkan keadaan
kesempurnaan kesihatan. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana
dimensi kesejahteraan akan menyebabkan roda kesejahteraan yang tidak seimbang dan
boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan jantung individu. Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia yang amat prihatin terhadap kesihatan diri, kita perlulah mengetahui punca-punca
yang mendorong kepada serangan penyakit jantung dan langkah-langkah untuk mengelak
daripada terkena serangan penyakit jantung ini. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang
sihat dan cergas, seperti peribahasa, “mencegah lebih baik daripada merawat”.

9
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

5.0 Rujukan

Ahmad Shahir H.R., A. S. (1994). Faktor Risiko Penyakit Jantung Koronari Di Kalangan
Wanita Yang Dimasukkan Ke Wad UKM. Kuala Lumpur: Buletin Jabatan Kesihatan
Masyarakat.

Anakazizan. (2012, April 9). Penyakit Jantung. Retrieved from Penyakit Jantung:
http://nadhyraazizan.blogspot.my/2012/04/penyakit-jantung.html

Healthwise Staff MD. (2015, Julai 10). Heart Disease: Exercising for a Healthy Heart.
Retrieved from Heart Disease: Exercising for a Healthy Heart:
http://www.webmd.com/heart-disease/exercising-for-a-healthy-heart

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2016). Siaran Akhbar Perangkaan Sebab Kematian


Malaysia 2014. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jakab, Z. (2011). Designing The Road To Better Health. World Health Organization, 1-2.

Kosmani, F. (2010, Disember 7). Coretan Makanan. Retrieved from Kesan Pengambilan
Makanan Tidak Seimbang: http://coretanmakanan.blogspot.my/2010/12/kesan-
pengambilan-makanan-tidak.html

L. Langille, R. L. (2009). Six Key Roles of Health Promotion Research Centres: The Atlantic
Canada Experience. Health Promotion International, 78-87.

Lyons, R. F. (2011, Januari 28). University Of Toronto. Retrieved from Dalla Lana School of
Public Health: http://www.dlsph.utoronto.ca/faculty-profile/lyons-renee-felice/

Lyons, R. F. (2011). What Will It Take to Improve Outcomes for Patients with Chronic
Disease in Canada? Ontario, Canada: University Of Toronto.

Samsih, E. b. (2009). Faktor-Faktor Penyakit Jantung Koronari. Sabah: Universiti Malaysia


Sabah.

Sinar Online. (2016). Penyakit Jantung Pembunuh Nombor Satu di Malaysia. Kuala Lumpur:
Sinar Online.

World Health Organization (WHO). (2017, Ogos 7). Health Topics. Retrieved from Health
Topics: http://www.who.int/topics/en/

10
GHSS3013: GAYA HIDUP SIHAT | Marylyn Anne MJ

11

Anda mungkin juga menyukai