Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

KURANG PENGAMAL KAEDAH PERANCANG KELUARGA DI KALANGAN IBU POSTNATAL DI


KKIA PEKAN KOTA KINABALU.
_________________________________________________________________________

Amalan kaedah perancang keluarga yang semakin menurun merupakan masalah yang besar
yang dihadapi di KKIA Pekan, Kota Kinabalu. Berdasarkan statistic pada tahun 2019
sebanyak 538 kelahiran dan 394 pengamal perancang keluarga. Pada tahun 2020 sebanyak
952 kelahiran dengan jumlah pengamal perancang keluarga sebanyak 792 dan pada tahun
2021 kelahiran sebanyak 603 dan jumlah pengamal perancang keluarga sebanyak 266. Ini
menunjukan penurunan jumlah pengamal perancang keluarga yang significant berdasarkan
jumlah kelahiran. Disebabkan perkara ini, timbul banyak masalah kesihatan pada ibu hingga
menyebabkan risiko kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan kurang darah.
Objektic : Kajian ini dilakukan untuk mengetahui punca berlaku penurunan pengamal kaedah
perancang keluarga dikalangan ibu postnatal di KKIA Pekan, Kota Kinabalu. Metodologi :
Terdapat 15 orang responden yang terlibat sepanjang kajian ini dijalankan. Soalan terbahagi
kepada 5 kumpulan utama iaitu latar belakang responden, pengetahuan responden, amalan,
sikap, Sokongan, pengalaman lalu dan kemudahan. Pengkaji telah menganalisis data
dengan menggunakan kaedah deskriptif(kuantitatif) iaitu asas peratusan. Penemuan :
Daripada 15 responden yang menyertai kajian ini, didapati pengamal kaedah perancang
keluarga di pengaruhi oleh latar belakang responden. Ibu post natal yang berumur 20-29
lebih memilih untuk tidak mengamalkan perancang keluarga. Responden yang bekerja
sebagai kakitangan swasta lebih memilih untuk mengamalkan kaedah perancang keluarga
berbanding responden yang bekerja sebagai kakitangan kerjaan ataupun surirumah.
Manakala untuk latar belakang bangsa dan agama tidak menunjukan pengaruh yang
significant dalam amalan keadah perancang keluarga. Dari aspek yang lain pula responden
yang mempunyai taraf pendidikan hingga ke pengajian tinggi lebih memilih untuk
mengamalkan perancang keluarga berbanding responden yang mempunyai taraf pendidikan
sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, pendapat isi rumah menunjukan
pengaruh yang signifikan terhadap amalan keadah perancang keluarga. Pendapatan isi
rumah responden yang lebih tinggi memilih untuk mengamalkan kaedah perancangan
keluarga berbanding responden yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah. Selain
itu, kajian ini juga menemukan faktor-faktor yang menyebabkan penurunan amalan kaedah
perancangan iaitu jumlah anak, kaedah bersalin serta masalah semasa mengandung.
Berdasarkan soal selidik yang diisi oleh responden didapati 100% responden mempunyai
pengetahuan yang tinggi yang diperolehi melalui klinik kesihatan mengenai amalan kaedah
perancang, faedah serta risiko jika tidak menamalkan kaedah perancangan keluarga. Dari
segi sikap pula sebanyak 26.66% responden menunjukan sikap memilih tidak untuk
merancang disebabkan dorongan negetif dari keluarga dan rakan- rakan tentang kesan
amalan perancang keluarga. Dalam aspek sokongan pula, sebanyak 70% responden tidak
disokong oleh suami dalam mengamalkan keadah perancangan keluarga, manakala 100%
responden menunjukan mereka dimotivasikan oleh jururawat di Klinik kesihatan. Rumusan :
kesimpulannya, kajian ini telah menunjukan penurunan amalan kaedah perancangan di
dorong oleh beberapa faktor yang tidak boleh diubah iaitu sikap, amalan dan sokongan. Ini
sepatutnya harus dielak bagi meningkatkan risiko kesihatan kepada ibu serta kes mortality
kelak. Oleh yang demikian, melalui kajian ini dapat menjadi rujukan di masa hadapan
sekaligus mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu

II
post natal mengenai keadah dan faedah perancang keluarga.

II

Anda mungkin juga menyukai