Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan merupakan cabang ilmu bagi pertambahan dan penggayaan
pengajaran dan pembelajaran. Ilmu seni menggunakan kemahiran-kemahiran seni seperti
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang membantu pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih kreatif, imaginatif dan sebagainya. Seni bukanlah suatu mata pelajaran yang
khusus tetapi seni merupakan satu ilmu yang digunakan ke dalam sesuatu mata pelajaran
yang diajar oleh guru subjek. Mengikut Dauer dan Pangrazi (1983), kanak- kanak
mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif. Justeru, para pelajar
akan lebih fokus dan membantu mereka untuk lebih memahami pembelajaran mereka jika
mereka dapat belajar sambal bermain menggunakan kemahiran seni dalam pendidikan yang
betul. Saya memilih artikel yang bertajuk Integrasi Seni Visual Dan Seni Muzik Dalam Kelas
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Artikel ini dipilih kerana terdapat penjelasan, kepentingan,
teori dan banyak lagi penjelasan berkaitan seni visual dan seni muzik dalam Pendidikan
awal kanak-kanak. Artikel ini ditulis oleh Siti Hawa binti Mohd Nawawi dan Faridah binti
Salam. Penulis merupakan pelajar PhD dan juga penuntut di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. Artikel ini juga diterbitkan pada 17-18 November
2020.

2.0 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Artikel yang bertajuk Integrasi Seni Visual Dan Seni Muzik Dalam Kelas Pendidikan Awal
Kanak-Kanak dipilih kerana artikel tersebut adalah tentang seni visual dan juga seni muzik
bagi pembelajaran awal kanak-kanak. Artikel tersebut bertujuan untuk menunjukkan dan
menjelaskan gabungan antara seni visual dan juga seni muzik dalam Pendidikan awal
kanak-kanak. Artikel tersebut juga menceritakan bidang kegiatan bagi seni visual dan muzik
di sekolah rendah dan juga kepentingan seni dan muzik pada peringkat Pendidikan awal
kanak-kanak. Selain itu, penulis artikel juga memberi pendapat-pendapat tokoh tentang
kepentingan seni dan muzik. Contohnya, Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail, (2011),
menyatakan bahawa muzik dapat membina nilai–nilai murni dalam kalangan pelajar, iaitu
membentuk disiplin, membentuk sifat bekerjasama, sifat bertolak ansur, memberi
rangsangan, memberi kegembiraan, merentas kurikulum, emosi dan memupuk keyakinan
diri. Pendapat daripada tokoh tersebut merupakan bukti kepentingan muzik kepada kanak-
kanak dalam pembelajaran mereka.
Seterusnya, antara kandungan artikel tersebut juga ada menyatakan dan menjelaskan teori
pembelajaran yang menyokong gabungan antara seni visual dan juga muzik. Sebagai
contoh, antara teori pembelajaran yang meyokong tujuan artikel ini ialah teori yang
mengemukakan cara pembelajaran pelajar yang membina pengetahuan atau dipanggil
‘scaffolding’ untuk membina ilmu mereka sendiri. Teori ini berpandangan bahawa proses
pembelajaran murid adalah aktif dan dinamik iaitu ilmu dalam hidup kanak-kanak, dibina dan
seterusnya akan berkembang sedikit demi sedikit. Artikel ini juga ada menjelaskan beberapa
teori lagi yang menyokong integrasi seni visual dan muzik dalam Pendidikan kanak-kanak.
Di samping itu, artikel yang ditulis oleh Siti Hawa binti Mohd Nawawi dan Faridah binti Salam
ini juga menyatakan pandangan pakar dalam bidang seni visual dan muzik. Contohnya,
mereka menyatakan bahawa pandangan pakar iaitu Iberahim Hassan dan Roskang Jailani
dalam Johari Abu (2004), menyatakan bahawa bidang seni visual mampu menyediakan
ruang untuk meningkatkan kualiti insan.

Akhir sekali, penulis juga memasukkan cadangan aktiviti untuk proses integrasi seni visual
dan muzik dalam Pendidikan awal kanak-kanak. Cadangan yang terdapat dalam artikel ini
merupakan cadangan yang diambil dari tokoh Iberahim Hassan dan Roskang Jailani dalam
Mohd Johari bin Abd.Hamid (2004) dan pendapat yang disokong oleh Iberahim Hassan dan
Jamilah Ismail (2004). Kedua-dua tokoh ini mencadangkan agar setiap guru menentukan
tema pembelajaran terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL

Berdasarkan artikel tersebut, saya bersetuju dengan artikel tersebut apabila isu utama yang
difokuskan adalah tentang integrasi Pendidikan seni dan muzik yang mana menurut Zulkifli
Yaakob dan Mohd Jamel Ismail (2011) seni visual dan muzik mempunyai konsep yang sama
dari segi irama, warna, lukisan dan juga ruang yang boleh dicapai melalui aktiviti pencarian,
memperoleh pengalaman dan ekspresi. Gabungan seni visual dan muzik ini boleh menarik
mina kanak-kanak untuk lebih meneroka tentang pembelajaran mereka yang diserap
dengan konsep-konsep tersebut. Selain itu, saya tertarik dengan kenyataan dari tokoh
Probine (2019), yang menyatakan bahawa seni visual menyokong pembelajaran kanak-
kanak dalam beberapa cara antaranya, memudahkan komunikasi. Menurut beliau, kanak-
kanak pra-celik huruf menggunakan seni visual sebagai kaedah utama untuk mereka
berkongsi pendapat dan dunia mereka dengan orang lain. Hal ini demikian kerana, seni
visual dapat membantu mereka menyampaikan cerita melalui aktiviti seperti menggambar,
membentuk dan sebagainya.

Penulis menggunakan metodologi yang sesuai apabila menyatakan setiap penjelasan


beserta dengan pendapat tokoh. Hal ini kerana, setiap hujah yang diberikan oleh penulis
disertakan dengan bukti iaitu pendapat-pendapat tokoh yang membantu pembaca untuk
lebih yakin dengan maklumat artikel tersebut. Di samping itu, penulis juga menyatakan teori-
teori pembelajaran yang menyokong seni visual dan muzik di mana teori-teori tersebut
banyak memberi maklumat dan input penting kepada pembaca untuk mengetahui integrasi
seni visual dan muzik dalam Pendidikan awal kanak-kanak. Justeru, penjelasan dan
kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut boleh dipercayai dan pasti boleh
meyakinkan pembaca tentang kebenaran artikel itu.

Seterusnya, penulis juga meletakkan pandangan pakar dalam bidang seni visual dan muzik.
Hal ini membuktikan bahawa penulis mengambil Langkah kebolehpercayaan kajian apabila
menyatakan pandangan pakar dalam kajian. Oleh kerana, hal ini meyakinkan para pembaca
dan juga saya. Justeru, artikel ini merupakan artikel yang boleh dipercayai kerana terdapat
banyak bukti yang disertakan bersama dengan pendapat tokoh. Bukan itu sahaja, penulis
juga meletakkan cadangan aktiviti untuk proses integrasi seni visual dan muzik dalam
Pendidikan awal kanak-kanak. Bukti bagi cadangan yang diletakkan ini adalah benar apabila
penulis menulis cadangan aktiviti yang dicadangkan oleh dua orang tokoh. Oleh itu, artikel
ini banyak membantu saya apabila artikel tersebut disertakan dengan bukti dan juga
cadangan yang bernas dari tokoh-tokoh. Tidak lupa juga, apabila penulis menulis teori-teori
yang banyak dan berkait sebagai bukti yang sangat kukuh.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, seni dalam Pendidikan merupakan bidang ilmu yang sangat membantu
mata pelajaran Ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Penemuan hasil artikel ini
banyak membantu saya dan memberi pengetahan baharu seperti gabungan seni visual dan
muzik yang dapat membantu pelajar pra-celik huruf untuk berkomunikasi denan
menceritakan kisah dunia mereka walaupun bukan secara lisan. Saya juga dapat belajar
bahawa penyampaian dan perasaan dapat diluahkan melalui seni. Pengetahuan yang baru
diterima ini akan saya gunakan dalam aktiviti pengajaran apabila saya menjadi seorang guru
nanti. Saya juga boleh mengaplikasikan ilmu dari artikel ini dalam keluarga.

Anda mungkin juga menyukai