Kertas Penerangan: Program'S Code and Name
Kertas Penerangan: Program'S Code and Name
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai objektif dan strategi
rundingan, maklumat produk dan/atau servis, penglibatan pihak, dan kemahiran
berunding.
22
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
PENERANGAN/INFORMATION :
Sebelum anda mula berunding, tetapkan objektif rundingan dengan menyediakan satu
senarai faktor yang paling penting bagi anda. Tentukan apa yang anda sedia dan tidak
bersedia untuk bertolak ansur. Kunci utama adalah untuk mewujudkan hasil yang anda
inginkan tetapi realistik. Jika anda tidak bersedia untuk berkompromi, rundingan mungkin
akan gagal.
i. Harga
ii. Nilai untuk wang
iii. Penghantaran
iv. Terma bayaran
v. Pengaturan servis selepas jualan dan selenggaraan
vi. Kualiti
vii. Kos hayat produk dan perkhidmatan
viii. Sama ada produk atau perkhidmatan itu diperlukan atau dikeluarkan oleh
perniagaan anda
Anda juga perlu menimbang apa yang pihak pembekal atau pelanggan mungkin tawarkan
dan tindak balas anda terhadap tawaran itu. Walaupun mendapatkan hasil rundingan
yang terbaik dalam jangka masa pendek adalah penting, menjalin satu hubungan yang
baik mungkin membantu anda mendapatkan hasil yang lebih baik pada masa akan
datang.
23
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
Adalah penting untuk merancang strategi anda secara bertulis sebelum memulakan
rundingan. Ini akan membantu anda menyediakan matlamat yang jelas dan
mengusahakan had anda dan had yang anda boleh terima dalam perundingan tersebut.
Pastikan setiap anggota pasukan anda biasa dengan strategi perundingan anda. Lebih
berkeyakinan mereka tentang apa yang mereka mahukan, lebih berkemungkinan mereka
akan mendapatkannya.
Memahami kehendak dan taktik pihak lain dalam rundingan adalah penting. Memilih
strategi yang terbaik untuk memberikan tindak balas kepada kehendak dan taktik pihak
tersebut akan dapat membantu anda mencapai hasil yang terbaik.
Strategi yang anda pilih akan bergantungan dengan siapa anda berunding dan jenis
hubungan anda dengan mereka.
24
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
Pelanggan lebih mempercayai jurujual yang berkeyakinan dengan diri mereka dan apa
yang mereka jual. Keyakinan boleh dibina dengan meningkatkan pengetahuan tentang
produk dan servis yang ditawarkan.
Gunakan sumber maklumat yang lazim dan kreatif untuk mempelajari mengenai
produk atau perkhidmatan anda, termasuk:
i. Pengalaman anda menggunakan produk
ii. Keterangan produk seperti brosur dan katalog
iii. Forum dalam talian
iv. Maklum balas daripada pelanggan
v. Penerbitan perdagangan dan industri
vi. Rekod dalaman penjualan
vii. Ahli kumpulan anda
viii. Melawat pengilang
ix. Program latihan penjualan
x. Maklumat pesaing
Jika produk dan perkhidmatan anda mempunyai kelemahan dalam situasi tertentu,
perlu jujur kepada pelanggan anda mengenainya. Beritahu mereka jika anda fikir
produk atau perkhidmatan anda tidak sesuai untuk mereka dan mereka akan lebih
cenderung untuk mempercayai anda apabila mereka memerlukan sesuatu pada masa
hadapan
Untuk mengamalkan kemahiran ini, terlebih dahulu senaraikan ciri-ciri produk anda,
potensi faedah, dan semua maklumat untuk pelanggan-pelanggan anda.
Pertimbangkan bagaimana anda dapat menyampaikan potensi faedah, contohnya:
25
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
27
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
komputer yang rumit, anda mungkin ingin memastikan latihan diberikan sebagai
sebahagian daripada urus niaga.
4. KEMAHIRAN BERUNDING
Kemahiran berunding untuk pentadbiran yang profesional membangunkan kuasa
mempengaruhi anda, walaupun mempunyai autoriti terhad untuk mencapai
keputusan yang produktif dalam persekitaran tempat kerja yang serba pantas dan
pelbagai tugasan. Professional pentadbiran mesti berunding secara berkesan tarikh
akhir, sumber, belanjawan, boleh serah dan keperluan lain – selalunya dengan
kakitangan yang mempunyai autoriti yang lebih.
Dalam kursus yang dinamik ini, pentadbiran yang professional dapat mempelajari
bagaimana mengaplikasikan kaedah dan kemahiran perundingan yang berkuasa
dengan lebih cekap dan yakin. Mereka akan memperoleh peralatan penting dan
templat untuk digunakan dengan serta merta di tempat kerja bagi berunding
keputusan terbaik untuk diri mereka dan kakitangan yang mereka sokong pada
setiap tahap dalam organisasi. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti
berikut:
28
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
ix. Berkomunikasi dengan tegas dan diplomatik untuk membina rakan kongsi
rundingan yang kukuh
x. Respons kepada perunding yang menyusahkan tanpa menjadi terlalu
defensif (membela diri) atau menyerah
xi. Tidak memperibadikan tindak balas emosi kepada ketegangan,
perbezaan pendapat, kemarahan dan konflik
xii. Dapatkan penutupan rundingan dengan lebih cekap, untuk mencapai
perjanjian yang saling menguntungkan
xiii. Dokumenkan rundingan tersebut bagi memastikan tindakan dan
keperluan jelas dan tepat.
xiv. Ketahui masa yang sesuai untuk meninggalkan rundingan tersebut
xv. Pengaruhi orang lain pada semua tahap: pengurusan kanan, rakan
sekerja, kakitangan, pelanggan-pelanggan dan pembekal
29
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
SOALAN / QUESTIONS:
1. Namakan dua (2) objektif dan dua (2) strategi kemahiran mentadbir.
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..
3. Namakan tiga (3) faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk rundingan harga.
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..
30
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(2/3)
Drpd / of : 10
RUJUKAN / REFERENCE(S):
31