Anda di halaman 1dari 11

TEKS UCAPAN

YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


DATO’ SERI MAHDZIR KHALID

PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH


MURID ORANG ASLI 2015
DEWAN RAFFLESIA, GLORY BEACH RESORT LUKUT,
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
18 NOVEMBER 2015, JAM 2 PETANG

1
Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

YBhg. Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh


Pengarah Bahagian Sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha Puan Hajah Rusni Binti Abd Jalil


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

YBhg. Datuk Haji Abdul Rahman Bin Kasim


Pengerusi Yayasan Bank Rakyat

Para Pegawai Bahagian Sukan


Kementerian Pendidikan Malaysia

Para Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Para Pegawai Yayasan Bank Rakyat

Ketua - Ketua Kontigen

Pengurus - Pengurus Pasukan

Para Pegawai Sukan

Guru-guru

2
Dan seterusnya…

Para Atlet yang dikasihi sekalian

1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama


mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun
pada petang ini dalam Majlis Penutupan Rasmi
Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 bagi tahun 2015.

2. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan


sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
Yayasan Bank Rakyat (YBR) kerana sentiasa
membantu Kerajaan, khususnya Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam mengangkat martabat
pendidikan Negara terutamanya pendidikan murid
orang asli agar seiring dengan arus perdana.

3
3. Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan yang telah sudi menjadi pelaksana
kepada kejohanan kali ini. Semestinya penganjuran
kejohanan ini menuntut komitmen padu dan
pengorbanan semua pihak bagi memastikan
kelancaran sepanjang kejohanan ini berlangsung,
iaitu pada 15 hingga 19 November 2015.

Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian,

4. Kejohanan ini merupakan wadah untuk


memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid
orang Asli. Syukur kepada Tuhan dengan adanya
sokongan daripada pihak YBR, kejohanan seperti ini
telah menjadi lebih bermakna. Pendedahan ini perlu
berterusan dan dilaksanakan secara sistematik
supaya impaknya nanti dapat dikecapi seterusnya
melahirkan para atlet yang hebat suatu hari nanti.

4
5. Analoginya, anak-anak yang berada di
hadapan saya pada hari ini merupakan permata
yang perlu digilap sehingga menyinari persada
sukan negara dan antarabangsa. Negara kita hari ini
ketandusan atlet yang mampu membawa nama
negara ke pelosok dunia. Ayuh anak-anak semua,
marilah kita bersatu hati, tekadkan keazaman
menggenggam kejayaan agar dapat melakar
kemenangan yang paling manis untuk negara yang
tercinta ini.

6. Selain itu, kejohanan ini juga merupakan


wahana dalam mencari dan menggilap bakat para
atlet di samping mengeratkan ukhuwah dalam
kalangan para atlet. Saya percaya kejohanan ini
mampu melahirkan bakat-bakat besar dalam bidang
sukan. Malah kegiatan sukan ini sewajarnya
menjadi budaya rakyat Malaysia ke arah
meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

5
Sesungguhnya, akal yang sihat hadir daripada
badan yang cergas, kata-kata ini membuktikan
bahawa betapa pentingnya aturan hidup ini disulami
dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan
mengharmonikan setiap perjalanan hidup seseorang
itu.

7. Rebutlah peluang ini kerana kejohanan


sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta
meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan diri
kita seterusnya membentuk modal insan yang
berkualiti. Di samping itu, kejohanan ini juga akan
mempamerkan semangat kesukanan dan daya
juang yang tinggi. Gunakan kesempatan yang ada
untuk mengukur keupayaan diri masing-masing.
Percayalah anak-anak semua mempunyai potensi
yang tersendiri selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

6
8. Kemenjadian anak-anak semua bukan sahaja
diukur daripada segi akademik semata-mata tetapi
ia juga turut meliputi semua aspek sahsiah diri.
Pengukuran yang holistik pastinya melahirkan insan
yang terdidik dan mampu bersaing di persada global
kerana dunia hari ini menuntut modal insan yang
berjiwa kental dalam menyusuri dunia tanpa
sempadan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Kementerian menjalankan pelbagai usaha


bagi melihat masyarakat orang Asli bergerak maju
ke hadapan dalam cabaran globalisasi ini.
Komitmen berterusan ini akan diteruskan di samping
memberi perhatian dan keutamaan kepada
keperluan dan isu pendidikan sebagai sebahagian
agenda Negara.

7
10. Menyedari pembelajaran adalah sepanjang
hayat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan
meneruskan program Kelas Dewasa Orang Asli dan
Peribumi (KEDAP), bagi menyediakan pendidikan
asas 3M kepada ibu bapa yang buta huruf dalam
masyarakat Orang Asli dan Penan. KEDAP yang
diperkenalkan sejak 2008, ketika ini dijalankan di
119 buah sekolah melibatkan 3,055 pelajar serta
357 guru.

11. Buat masa ini, KEDAP dijalankan di 11 buah


sekolah di Selangor, 11 (Johor), 22 (Pahang), 4
(Negeri Sembilan), 2 (Terengganu), 10 (Kelantan),
28 (Perak), 13 (Sabah) dan 18 (Sarawak). Program
ini amat penting dalam melihat hubungan rapat
dijalin antara sekolah dan ibu bapa. Kementerian
sebelum ini turut menyediakan elaun kehadiran, alat
tulis, pakaian dan lawatan kepada ibu bapa
daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan
Penan ini.

8
12. Inisiatif ini dijalankan selepas jam 2 petang
pada hari Selasa hingga Khamis pada April hingga
November dan ianya memberi impak positif dalam
menggalakkan kehadiran pelajar Orang Asli ke
sekolah memandangkan ibu bapa mereka turut
berada di sekolah.

Sidang hadirin sekalian

13. Tidak dapat dinafikan, kemenangan


memanglah penting dalam setiap pertandingan
tetapi yang lebih utama ialah mengambil bahagian
dan mengutamakan semangat kesukanan. Kepada
yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan
dan kepada yang kalah jangan cepat berputus asa,
tidak mengapa kerana sesungguhnya jadikan
kekalahan hari ini sebagai satu titik permulaan ke
arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa
hadapan.

9
14. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin
mengambil kesempatan sekali lagi merakamkan
setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada
anak-anak sekalian. Setiap murid di mata dan di hati
seorang guru ialah permata bersinar yang
mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri.
“Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid ini
merupakan pelaburan jangka panjang dalam
konteks pembangunan sesebuah negara.”

15. Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih


kepada semua warga kerja Jabatan Pendidikan
Negeri kerana telah berjaya mengelolakan majlis ini
dengan penuh tertib dan tersusun. Marilah kita
sama-sama memanjatkan syukur dan doa mudah-
mudahan Tuhan akan terus melimpahkan rahmat
perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan
negara Malaysia dengan naungan keselamatan,
keamanan, dan kemajuan.
10
16. Saya dengan ini menyempurnakan Penutupan
Rasmi Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 tahun 2015.

Sekian, terima kasih.

11

Anda mungkin juga menyukai