Anda di halaman 1dari 3

HAKIM mengeluarkan kad kuning.

HAKIM: Satu kad kuning untuk pendakwa raya. Sila duduk. Ya, peguam bela, sila teruskan…

PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya. Tersangatlah letihnya sehingga
matanya pun sudah menjadi kabur dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak
nampak kulit pisang, sehingga terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan
raya. Malang tak berbau, seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri … kambing
terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh … sampailah ajalnya, dia
pun mati.
Dengan ini, jelas bahawa Bulat Bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang bersalah,
bukannya Bulat, tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang harus dihukum,
sebaliknya kambing kuruslah yang perlu dihukum.
Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan, dan saya mohon
mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan membebaskan Bulat Bin Leper
daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.
Sekian, hujah-hujah saya. Mohon pertimbangan yang arif, Tuan hakim. Terima kasih.

HAKIM: Ya, pendakwa raya … ada hujah-hujah tambahan?

PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat Bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab
dalam kes ini. Kalau Bulat tidak membuang kulit pisang, maka kambing tidak boleh mengaisnya
ke jalan raya dan seorang nenek tua tidak akan memijaknya.
Atas alasan itu, saya mohon mahkamah keadilan ini menjatuhkan hukuman yang
seberat-beratnya ke atas Bulat Bin Leper. Sekian, yang arif, terima kasih.

HAKIM: Ya, peguam bela … kalau ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.

PEGUAM BELA: Ya, yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat Bin Leper telah
membuang kulit pisang ke tempat yang wajar dan betul. Maka, dengan itu, ternyatalah Bulat Bin
Leper tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Dalam soal ini, nyata sekali, yang bersalah ialah kambing kurus … bukannya Bulat Bin
Leper. Sekian, hujah-hujah saya.

HAKIM: pendakwa raya? Ada apa-apa lagi?


PENDAKWA RAYA: Mahkamah ini untuk manusia, bukan untuk binatang. Macam mana kita
nak hukum kambing.

PEGUAM BELA: Setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Tuan empunya kambing itulah
yang perlu dihukum.

PENDAKWA RAYA: kalau tidak ada yang mahu mengaku?

PEGUAM BELA: Maka kambing itu harus menjadi hak milik pihak yang berwajib.

HAKIM: sudah… sudah! Hujah – hujah kamu berdua sudah selesai. Harap bertenang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua
belah pihak, mahkamah dengan ini mengambil kesimpulan bahawa pendakwa telah gagal
mengaitkan kes ini dengan tertuduh dan sebaliknya, keraguan bahawa Bulat Bin Leper tidak
melakukan kecuaian dan seterusnya dibebaskan daripada tuduhan membunuh Mek Teh Binti
Jali secara tidak sengaja.

TERTUDUH 1 mengucapkan terima kasih kepada PEGUAM BELA dengan gaya penuh
kesyukuran.

HAKIM: dan atas kuasa yang ada pada saya, saya mengeluarkan perintah supaya tuan
kambing itu dicari sampai dapat. Kalau tidak ada yang mengaku, maka kambing itu menjadi
milik pihak yang berwajib, dan perintah juga dikeluarkan supaya pintu tong sampah itu dibaiki
segera oleh pihak yang bertanggungjawab. (Mengetuk meja dengan tukul dua kali)

PEGAWAI: Mahkamah berehat selama 2 minit.

TERTUDUH I keluar. Sementara itu, HAKIM, PEGAWAI, PENDAKWA RAYA dan PEGUAM
BELA berehat dengan aksi masing-masing. Kemudian, PEGUAM BELA keluar. Muzik selingan
dikumandangkan.
Setelah seketika, PEGAWAI masuk mengambil tempat dan alunan muzik dimatikan.

PEGAWAI: Tempoh rehat sudah tamat. Mahkamah kembali bersidang.


HAKIM, PEGUAM BELA dan PENDAKWA RAYA mengambil tempat masing-masing.

PEGAWAI: Tertuduh II diminta masuk.

TERTUDUH II melangkah masuk. (Dengan iringan muzik)

PEGAWAI: sila angkat sumpah.

TERTUDUH II: akakkuku dekengaka ikiniki bekesukupoko akakaka bekekaktaka bekenaka.

Seisi mahkamah ketawa, kecuali HAKIM.

HAKIM: Diaaam! (mengetuk tukul ke meja tetapi terkena tangan sendiri)

Seisi mahkamah sunyi.

HAKIM: (mengintai-ngintaikan tangan, menahan kesakitan) Ah… hah… hah… hah … !

PEGAWAI: (bernada selamba tetapi tidak keras seperti jerkahan HAKIM tadi) Diam !

Anda mungkin juga menyukai