Anda di halaman 1dari 8

PEPERIKSAAN TOV KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

1 jam

Bahagian A : Pembangunan Insan

Arahan: Jawab 1 soalan sahaja.

1. Di dalam teks Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ) banyak menonjolkan kehidupan beragama melalui
watak-watak pilihan. Bincangkan penyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan?

[25 markah]

2. Ilmu penting dalam kehidupan seseorang. Dengan merujuk kepada watak En. Muhammad dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan
insan.

[25 markah]
Skima

1. Di dalam teks Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ) banyak menonjolkan kehidupan beragama melalui
watak-watak pilihan. Huraikan penyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan?

[25 markah]

Pendahuluan (3 markah)

1. Kehidupan beragama berkaitan pengalaman ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

2. Watak-watak yang terlibat ialah Maulana Abu Bakar,Sultan Mansur Syah,Maulana Abu Ishak dan
Kadi Yusuf dan lain yang berkaitan

3. Antara nilai keagamaan ialah menuntut ilmu, bertaqwa, berdakwah, solat jumaat dan
mengarang dan menterjemahkan kitab.

Isi-isi :

F1-Menuntut ilmu

H-mempelajari ilmu baharu sama ada ilmu agama atau ilmu dunia.Hal ini demikian kerana,menuntut
ilmu dapat menambahkan ilmu pengetahuan supaya menjadi lebih luas dan menjadi insan yang berilmu.
Sekiranya seseorang itu tidak berilmu sudah pasti dirinya akan mudah ditipu oleh orang lain.

C- Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu tasawuf dengan Maulana Abu Bakar yang
membawa kitab Duri'l Mazlum. Kadi Yusuf juga menuntut ilmu dengan Maulana Abu Bakar.

KK- Oleh itu,menuntut ilmu dapat menjadikan seseorang itu dipandang mulia dan mempunyai akhlak
yang baik.

F2- Berwudu/mengambil air sembahyang

H- Patuh dan taat kepada perintah Allah tanpa berbelah bahagi. Hal ini demikian kerana, bertaqwa
dapat menjadikan seseorang itu insan yang disayangi dan dikasihi oleh Allah. Sekiranya seseorang itu
tidak bertaqwa kepada Allah,sudah pasti dirinya akan dilaknat oleh Allah.

C- sebagai contoh, Maulana Abu Bakar merupakan seorang yang beriman kepada Allah. Buktinya, beliau
sentiasa berair wudhuk dan bertawaf kelililing Kaabah. Beliau juga telah menetapkan rukun Islam yang
kelima.

KK- Bertaqwa dapat mendidik diri supaya sentiasa menjadi insan yang patuh kepada ajaran dan perintah
Allah.
F3- Berdakwah

H- menyampaikan sesuatu yang memanfaat kepada orang ramai.Hal ini demikian kerana berdakwah
dapat mendiddik jiwa supaya menjadi insan yang berguna dan menyebarkan agama islam.Sekiranya
seseorang tidak berdakwah sudah pasti seseorang itu akan mudah terpesong ke jalan yang tidak benar.

C- misalnya Maulana Abu Bakar berdakwah dengan menumpang kapal dari Jeddah ke Melaka untuk
berdakwah akan perintah Maulana Abu Ishak.

KK-Oleh itu berdakwah dapat menjadikan seseorang itu terhindar daripada melakukan maksiat dan
mendekatkan diri kepada allah.

F4 - Solat Jumaat

H- iaitu menunaikan solat fardu di masjid sebagai satu kewajipan dengan sempurna.Hal ini demikian
kerana solat jumaat dapat membersihkan dan menenangkan jiwa supaya terhindar daripada pelbagai
masalah.Sekiranya seseorang itu tidak menunaikan solat jumaat di masjid sudah pasti hatinya menjadi
sempit dan gelap.

C-Kadi Yusuf menunaikan solat jumaat di masjid dan ternampak Maulana Abu Bakar mengambil air
wuduk dengan muka yang bercahaya.

KK-solat jumaat dapat membentuk insan menjadi orang yang mempunyai tingkah laku yang baik dan
sopan.

F5-Mengarang dan menterjemahkan kitab

H - iaitu menulis sesuatu yang bermanfaat untuk disebarkan kepada orang ramai. Hal ini demikian
kerana, mengarang dan menterjemahkan kitab dapat meluaskan pengetahuan dan menambahkan ilmu
di dada. Sekiranya seseorang itu tidak mengarang dan menterjemahkan kitab sudah pasti seseorang itu
tidak mempunyai ilmu yang banyak dan mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain.

C- sebagai contoh, Maulana Abu Ishak mengarang dan menterjemahkan kitab Duri'l Mazlum dengan
menggunakan 3 bahasa iaitu zat, sifat dan af'almyar untuk memudahkan rakyat memahaminya.

KK- oleh itu, mengarang dan menterjemahkan kitab dapat melahirkan insan yang berilmu dan dipandang
mulia oleh orang lain.
F6- Mengajak membaca Quran – Fakir Muhammad mengajak orang membaca Quran di tempat yang
disinggahi

F7- Mengislamkan orang – Fakir Muhammad mengislamkan Merah Silu di Samundera

- Terima jawapan lain yang berkaitan

5 isi

1 isi = 5 markah (Fakta 1 markah, Huraian 2 markah, Contoh 1 markah)

5 isi x 4 markah = 20 markah

Penutup (2 markah)

Saranan - Kesimpulannya, kehidupan beragama sangat penting dalam diri seseorang kerana dapat
membentuk akhlak yang mulia.

Harapan - Semoga nilai keagamaan ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian agar dapat
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

Pembahagian markah:

Pendahuluan = 3 markah

5 isi = 20 markah

Penutup = 2 markah

Jumlah = 25 markah
2. Ilmu penting dalam kehidupan seseorang. Dengan merujuk kepada watak En. Muhammad dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan
insan.

[25 markah]

Pendahuluan (3 markah)

1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya.

2. Latar belakang Encik Muhammad ialah nama penuh beliau Muhammad bin anak Orangkaya
Indera Datuk Idris Bin Muhammad Saman. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Rahim dan Rahana
manakala isterinya bernama Cik Puan Tipah. Beliau juga menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Firma
Serba Dagang Internasional.

3. Antara ilmu dalam konteks pembangunan insan ialah ilmu perniagaan, ilmu keagamaan, ilmu
perlombongan, ilmu pengurusan dan ilmu perhubungan awam.

Isi-isi

F1 : Ilmu Perniagaan

H : iaitu ilmu yang melibatkan proses jual beli barangan dan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan
dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana ilmu perniagaan dapat melahirkan seseorang yang mahir
dalam urus niaga dan tidak mudah ditipu .

C : Encik Muhammad merupakan ahli perniagaan dan dalam masa yang sama beliau menjadi Pengarah
Urusan dalam Syarikat Firma Serba Dagang Internasional yang menguruskan perniagaan lada hitam .

KK : Tegasnya , ilmu perniagaan penting dalam melahirkan insan yang berkemahiran dan seterusnya
membantu insan meluaskan perniagaannya.

F2: Ilmu keagamaan

H: Ilmu keagamaan amat penting dalam kehidupan seseorang. Ilmu keagamaan yang tinggi yang dimiliki
oleh seseorang akan menjadikan seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan
kemungkaran. Ilmu keagamaan yang dimiliki oleh seseorang akan menjadikannya lebih bertaqwa dan
dekat dengan Allah SWT.

C: Contohnya Encik Muhammad bangun solat sunat tahajud dan berzikir kepada Allah SWT sebagai
tanda bersyukur kerana Syarikat Perlombongan Lembah Tualang berjaya ditubuhkan.

KK: Tegasnya, ilmu keagamaan dapat mewujudkan insan yang taat kepada Allah.
F3: Ilmu perlombongan.

H: Ilmu perlombongan penting dalam memberikan peluang pekerjaan untuk melahirkan insan yang
berkualiti. Perlombongan merupakan aktiviti menggali dan melombong sesuatu kawasan untuk
mendapatkan hasil. Hal ini demikian kerana ilmu perlombongan boleh melahirkan individu yang mahir
dalam dunia perlombongan supaya seseorang itu tidak mudah ditipu dan perlombongan dapat
diluaskan.

C: Encik Muhammad berjaya menjadi seorang pengurus di Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk
meneruskan legasi keluarganya.

KK: Tegasnya, ilmu perlombongan penting bagi mencari sumber pendapatan untuk meneruskan
kehidupan.

F4: Ilmu pengurusan


H: Iaitu ilmu yang akan menjadikan seseorang pengurus itu berupaya menguruskan sesebuah organisasi
supaya organisasi akan berkembang pesat, teguh dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Hal
ini demkian kerana ilmu pengurusan boleh melahirkan individu yang berwibawa, dinamik, kreatif dan
inovatif serta cekap dalam sesuatu bidang. C: Encik
Muhammad dikatakan mempunyai ilmu pengurusan yang baik. Dengan adanya ilmu pengurusan yang
baik, Encik Muhammad menjadikan Syarikat Serba Dagang Internasional sebuah syarikat yang teguh dan
berdaya maju. Keteguhan syarikat ini mendorong sebuah syarikat dari Jerman menawarkan kontrak
membekalkan lada hitam kepada Frankfurt Import-Eksport di Jerman.
KK: Tegasnya, ilmu pengurusan penting kerana untuk mentadbir sesebuah syarikat yang lebih luas dalam
kehidupan seseorang.

F5 : Ilmu perdagangan

H : iaitu berkaitan dengan import eksport barangan antara negara. Hal ini demikian kerana ilmu
perdagangan dapat membentuk insan yang cekal dan berani menghadapi sebrang risiko.

C : Sebagai contoh, En. Muhammad memiliki ilmu perdagangan kerana kegigihan keberanian beliau
untuk mendapatkan kontrak mengeksport lada hitam ke Jerman. Akhirnya, usaha beliau berjaya dan
menerima kontrak mengeksport lada hitan ke Jerman.

KK : Tegasnya, ilmu perdangangan penting bagi melahirkan insan yang kuat dari segi mental untuk
menghadapi sebarang cabaran.

5 isi

1 isi = 5 markah (Fakta 1 markah, Huraian 2 markah, Contoh 1 markah)


5 isi x 4 markah = 20 markah

Penutup (2 markah)

Saranan : Ilmu sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana adanya ilmu seseorang mampu
meningkatkan taraf hidup negara yang berilmu pengetahuan.

Pandangan : Oleh itu, ilmu juga penting dalam kehidupan seseorang perlu dikuasai oleh setiap individu
kerana ilmu merupakan pemangkin kejayaan dalam kehidupan.

Pembahagian markah:

Pendahuluan = 3 markah

5 isi = 20 markah

Penutup = 2 markah

Jumlah = 25 markah

Anda mungkin juga menyukai