Anda di halaman 1dari 15

ُ‫شرىُال ُكرُيم‬

ُ ‫ُب‬

ُ‫الف ُهيم‬
ُ ُ‫يه‬
ُ ‫رجُم ُةُُت ُنب‬
ُ ‫يُت‬
ُ ُ‫ُف‬

Bushra al-Karim Pada menterjemahkan Tanbih al-Fahim

Karangan:

Al-Allamah Gharsuddin Khalil Bin Burhanuddin Ibrahim al-Laqqani

(wafat pada tahun 1105 H)

Diterjemah oleh:

Al-Faqir ila Allah Muhammad Nuqman Bin Abdul Nasir


ُ‫ُبسمُُاللهُُالرُحُمنُُالرُحُيم‬

‫يم‬
ُ ُ‫اُحك‬
ُ ُ‫ياُعُليُُي‬
ُ ُ‫اُدائُُم‬
ُ ُ‫ولايُُي‬
ُ ‫ُياُ ُم‬

Kata guru kami Syaikhul Islam al-Alim al-Allamah Gharsuddin Khalil Bin
al-Alim al-Allamah Burhanuddin Ibrahim al-Laqqani ( pengarang Matan
Jauharah at-Tauhid ) :

ُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُ.‫اصطفُى‬
ُ ُُ‫الذين‬
ُ ُ‫اد ُه‬
ُ ‫ىُعُب‬
ُ ‫امُ ُعُل‬
ُ ‫ُوسُُل‬،ُ‫ى‬
ُ ‫مدُلُلهُُُوكُف‬
ُ ‫الُح‬

ُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُُ:ُ‫عد‬
ُ ‫اُب‬
ُ ‫أُ ُم‬

Kitab ini telah kutulis sebagai penjelasan bagi sebahagian pelajarku


yang meminta kepadaku untuk menetapkan bilangan orang yang
dinamakan dengan nama (( Muhammad )) - yang terpuji- ketika zaman
jahiliyah ( zaman sebelum diutuskan Nabi Muhammad ‫)ﷺ‬, mereka
juga meminta kepadaku untuk menetapkan bagaimana cara menyebut
nama-nama tersebut serta menyatakan nasab mereka. Sesungguhnya
terdapat perbezaan pendapat didalam masalah ini dan aku akan cuba
menjelaskannya dengan kemudahan yang telah diberi oleh Allah
kepadaku didalam kitab ini.

Kataku : Ketahuilah wahai saudaraku – semoga Allah meredhoi diriku


dan dirimu - , sesungguhnya yang telah diberi nama dengan nama
Muhammad ketika zaman Jahiliyah itu tidak lebih daripada 20 orang.
Maka yang disebutkan oleh al-Allamah as-Suhaili bahawa :
“tidak diketahui daripada bangsa Arab yang dinamakan dengan nama
Muhammad sebelum dinamakan Nabi kita ‫ ﷺ‬kecuali tiga orang, ibu
bapa mereka terinspirasi ketika disebut nama Nabi kita Muhammad
‫ ﷺ‬, dan kerana zaman mereka dengan Nabi kita terlalu dekat, serta
disebutkan bahawa Muhammad akan diutuskan di tanah Hijaz, jadi
mereka mendambakan bahawa nabi tersebut adalah anak mereka, dan
nama-nama mereka disebut oleh Ibnu Furak didalam kitabnya al-Fushul
‫الفصول‬.”
Al-Hafiz Ibnu Hajar memberi komentar dengan berkata :

“Apa yang disebutkan oleh as-Suhaili bahawa “bilangan mereka


hanyalah tiga orang” itu tidak boleh diterima, dan yang lebih ajaib
kerana as-Suhaili merupakan generasi yang hadir setelah al-Qadhi
Iyadh, berkemungkinan tidak sampai kepada beliau kalam al-Qadhi
Iyadh ( yang mengatakan bahawa yang dinamakan dengan nama
Muhammad itu hanyalah 6 orang sahaja ). Sesungguhnya aku (al-Hafiz
Ibnu Hajar) telah mengumpulkan nama-nama orang yang diberi nama
Muhammad didalam risalah yang kecil dan bilangannya mencecah 20
orang, tetapi didalam 20 orang itu ada yang berulang namanya, serta
berlaku syak pada nama mereka, maka aku menyimpulkannya menjadi
15 orang sahaja…”.

Kataku : al-Burhan al-Laqqani rahimahullah ta’ala ( ayah pengarang )


telah menyebutkan :

“kata-kata al-Qadhi Iyadh pada bilangan orang yang dinamakan


Muhammad : (( sesungguhnya bilangan mereka hanya 6, tidak ada
yang ke-7 baginya )) membawa maksud : bilangan itu adalah sekadar
penelitian beliau dan apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar
bahawa bilangan mereka mencecah 15 orang itulah yang dipegang
oleh ahli didalam ilmu ini (ilmu sejarah) “.
Nama-nama mereka yang dinamakan Muhammad

Nama-nama mereka adalah:

1.Muhammad Bin Uhaihah.

‫يح ُة‬
ُ ُ‫ُمُحمُ ُدُبنُُأُح‬

Nama penuhnya adalah Muhammad Bin Uhaihah Ibnu al-Julah Ibnu al-
Harish Ibnu ‘Auf Bin ‘Amru Bin ‘Auf Bin Malik Bin al-Aus al-Kinnani al-
Laithi.

2.Muhammad Bin Usamah Bin Malik Bin Habib Bin al-‘Anbar.

ُ‫محمدُُبنُأسامةُبنُمالكُبنُحبيبُبنُالعنبر‬

3.Muhammad Bin Al-Barr.

‫محمدُُبنُالبُر‬

Nama penuhnya adalah Muhammad Bin al-Barr Bin Torif Ibnu ‘Utwarah
Ibnu ‘Amir Bin Laith Bin Bakr Bin Abdu Manah Bin Kinanah al-Bakri al-
‘Utwari.
4.Muhammad Bin al-Harith Bin Hudaij Ibnu Haridh.

ُ‫حرُيض‬
ُ ُُ‫ح ُديجُُابن‬
ُ ُ‫بن‬
ُ ُ‫ث‬
ُ ‫ار‬
ُ ‫محمُ ُدُبنُُالُح‬

5.Muhammad Bin Hirmaz.

ٍ‫حرم َاز‬ ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬


ِ ‫ن‬

6.Muhammad Bin Humran Bin Abi Humran.

ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬
َ‫ن حُم ْرَانَ ب ِن أَ بِي حُم ْرَان‬

Nama penuh beliau adalah Muhammad Bin Humran Bin Rabi'ah Bin
Malik al-Ju'fiy, datuknya Rabi'ah terkenal dengan panggilan as-
Shuwai'ir.

7.Muhammad Bin Khuza'iy.

ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬
ّ‫ن خُز َاعِ ٍي‬

Nama penuh beliau adalah Muhammad Bin Khuza'iy Ibnu 'Alqamah as-
Sulamiy daripada Bani Zakwan.

8.Muhammad Bin Khuliy al-Hamdaniy.

ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬
ّ‫ن خُول ِ ٍيّ الهمدانِي‬

9.Muhammad Bin Sufyan Bin Muja'ish.

‫ش‬
ٍ ِ‫مجَاع‬ ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬
ُ ‫ن سُفيَانَ ب ِن‬
10.Muhammad Ibnu Rabi'ah at-Tamimiy as-Sa'diy.

ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬
‫ن ر َبيِع َة َ التم َِيمِ ّي‬

11.Muhammad Bin 'Uqbah Bin al-Julah al-Ausiy.

‫ي‬ ِ َ ُ ‫ن عُقْب َة َ ب ِن الجل‬


ّ ‫اح الأَ وس‬ ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬

12.Muhammad Bin 'Amru Bin Mughfil.

‫ل‬ ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬


ٍ ِ ‫ن عَمْرِو ب ِن مُغْف‬

13.Muhammad Bin al-Yuhmad.

ُ ‫م ُح ََّم ّد ُ ب‬
ِ‫ن الي ُحْ مَد‬

14.Muhammad Bin Yazid Bin 'Amru Bin Rabi'ah.

ُ ‫مُح ََّم ّد ُ ب‬
َ ‫ن يَز ِيْدِ ب ِن ع َمرِو ب ِن ر َبيِع َة‬

15.Muhammad al-Usayyidiy.

ّ‫مُح ََّم ّد الأسَيِّدِي‬

16.Muhammad al-Fuqaimiy.

‫مُح ََّم ّد ُ الفُق َيمِ ّي‬


Kesimpulannya as-Suhailiy menyatakan bahawa yang dinamakan
dengan nama Muhammad itu adalah 3 orang sahaja, manakala al-Qadhi
Iyadh pula menyatakan 7 orang sahaja, dan datang Ulama lain
menyatakan ianya lebih daripada itu, tetapi al-Qadhi Iyadh
memasukkan Muhammad Bin Maslamah didalam senarai orang yang
dinamakan dengan Muhammad sebelum Nabi kita tetapi hakikatnya
tidaklah begitu, seperti yang akan aku sebutkan didalam perbahasan
seterusnya.

Ibnu Dihyah pula memasukkan Muhammad Bin 'Utwarah iaitu nama


sebenarnya Muhammad Bin al-Barr.

Nama-nama mereka yang sempat memeluk Islam

Ini adalah nama-nama mereka yang sempat memeluk Islam :

1.Muhammad Ibnu Rabi'ah .

Ini disebutkan oleh al-Imam Ibnu Sa'd, al-Baghawiy, al-Bawardiy, Ibnu


as-Sakniy, Ibnu Syahin.

2.Muhammad Bin Maslamah.

3.Muhammad Bin al-Harith bin Hudaij.

Ini disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar didalam kitabnya al-Isobah pada
bahagian ketiga.
Syair nama-nama mereka yang dinamakan Muhammad

‫ن‬
ِ ‫ِعف ثما‬
ُ ‫قض‬ِ ‫ل خيرِالخل‬ َّ ‫ن الذين سم ُوا بإس ِم‬
ِ ‫محم ّدٍ * م ِن قَب‬ ّ َّ ‫) ِإ‬1(

‫ن‬
ِ ‫ن م َسلم َ ي ُحم َد حزما‬
ُ ‫ن ربيعة ٍ * ثم اب‬
ُ ‫ش ُع ب‬
ِ ‫مجا‬
ُ ِّ‫ن البر‬
ُ ‫)هُم ُ اب‬2(

‫ن‬
ِ ‫ن سوادة همدا‬
ُ ‫ن أسامة ٍ * سعديّ و اب‬
ُ ‫سلمي و اب‬
ّ ‫)ليثيّ ال‬3(

‫ن‬ ِ َ ُ ‫ن الجل‬
ِ ‫اح مع الأسيِّدِ يا فت َى * ثم الف ُقيمي هكذا الحمرا‬ ُ ‫)واب‬4(

Makna syair:

(1).Sesungguhnya mereka yang dinamakan dengan nama Muhammad


* Sebelum dinamakan sebaik-baik Makhluk ( Saiduna Muhammad ) itu
adalah 15-16 orang.

(2).Mereka adalah (3) Ibnu al-Bar (2) Mujasyi' (3) Ibnu Rabi'ah *
kemudiannya (4) Ibnu Maslam (5) Yuhmad (6) Hizman

(3). (7) Laithiy as-Sulma dan (8) Ibnu Usamah * (9) Sa'diy (10) Ibnu
Sawadah (11) Hamdani

(4).Dan (12) Ibnu al-Julah bersama (13) al-Usayyid wahai pemuda *


kemudiannya (14) al-Fuqaimiy dan juga (15) al-Humran.
Penerangan Syair :

Kata penyair pada Ibnu Maslam itu yang dimaksudkan adalah Ibnu
Maslamah dan dibuang huruf ta kerana dharurah syi'riyyah. al-Qadhi
Iyadh juga menyebutkan bahawa Ibnu Maslamah termasuk didalam
mereka yang dinamakan Muhammad sebelum Nabi kita ‫ﷺ‬, tetapi

disanggah kenyataan itu didalam kitab Fathul Bari dan az-Zahrul Basim
yang menyatakan bahawa Ibnu Maslamah dilahirkan 15 tahun setelah
lahirnya Nabi kita Muhammad ‫ ﷺ‬.

Sebahagian Ulama menjawab bahawa al-Qadhi Iyadh hanya ingin


menyebut mereka “ yang dinamakan Muhammad yang dilahirkan pada
zaman Jahiliyah”, dan beliau bukanlah ingin menyebutkan “mereka
yang bernama Muhammad sebelum lahirnya” Nabi kita ‫ ﷺ‬, maka Ibnu

Maslamah boleh dimasukkan kedalam senarai tersebut.

As-Syaikh Abdul Basith (penyair) tidak menyebutkan Muhammad Bin


Harith Bin Hudaij didalam syairnya.

Kata penyair pada perkataan Hizman, yang dimaksudkan adalah


Muhammad Bin Hizman, kemungkinan besar beliau membaca daripada
kitab Syarah keatas as-Syifa karangan al-Halabiy, dan al-Halabiy
mengambil daripada kitab al-Isyarah karangan al-Mughulthoy.
Berdasarkan penilitianku didalam beberapa nuskhah daripada kitab al-
Isyarah, nama beliau ditulis dengan Muhammad Bin Hirmaz ( bukan
Hizman ) , dan seperti itu juga yang aku dapati didalam kitab az-Zahrul
Basim tulisan tangan Al-Mughulthoy sendiri, dan juga disebutkan
seperti itu oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dan al-Allamah al-'Ainiy didalam
syarahan mereka.
Peringatan penting!

Al-Qadhi Iyadh telah menyebutkan:

“ pada penamaan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬: dengan nama Muhammad

dan Ahmad itu adalah daripada tanda-tanda yang sangat hebat dan
terdapat padanya khasois yang ajaib : Sesungguhnya Allah memelihara
daripada seorang pun agar tidak diberi nama Muhammad dan Ahmad
sebelum zaman Baginda Nabi ‫ ﷺ‬.

Adapun nama Ahmad, yang disebutkan didalam kitab-kitab suci


sebelum al-quran, dan dijadikan berita gembira kepada para anbiya
yang diutuskan kepada umat sebelumnya, sesungguhnya Allah
menghalang sehingga tiada seorang pun yang dinamakan dengan
nama Ahmad, dan tiada seorang pun yang mendakwa bahawa
namanya adalah Ahmad, hal ini kerana supaya tidak berlaku syak dan
ragu-ragu pada hati manusia yang lemah imannya.

Begitu Juga nama Muhammad, tidak dinamakan seorang pun dengan


nama tersebut didalam kalangan arab dan juga daripada bangsa
lainnya kecuali setelah tersebar berita bahawa akan lahir seorang Nabi
bernama Muhammad. Seperti yang diriwayatkan oleh at-Tabrani
daripada Muhammad Bin 'Adiy Bin Rabi'ah bahawa beliau telah
bertanya kepada ayahnya : Kenapa kamu menamakan aku dengan
nama Muhammad pada ketika itu zamana Jahiliyah?, Jawab ayahnya :
Aku telah keluar bersama sekumpulan daripada Bani Tamim, maka
kami singgah sebentar di mata air berdekatan Dayr, dan datang
kepada kami penduduk Dayr , lalu mereka berkata kepada kami :
Sesungguhnya akan diutuskan seorang nabi daripada kalangan kamu,
maka cepat-cepatlah kamu bersedia menyambutnya, maka kami
bertanya : apakah namanya?, mereka berkata : Muhammad. Setelah
kami pulang, maka lahir anak lelaki daripada kalangan kami, maka
kami namakan Muhammad disebabkan berita tersebut.”
Faedah penting!

Pada kata-kata al-Qadhi 'Iyadh :

“ Adapun nama Ahmad,yang disebutkan didalam kitab-kitab suci


sebelum al-quran, dan dijadikan berita gembira kepada para anbiya
yang diutuskan kepada umat sebelumnya, sesungguhnya Allah
menghalang sehingga tiada seorang pun yang dinamakan dengan
nama Ahmad, dan tiada seorang pun yang mendakwa bahawa
namanya adalah Ahmad,....” itu tidak boleh diterima.

Hal ini kerana Burhanul Millah wad-Din al-Laqqani telah menaqal


daripada sebahgian muhaqqiqin : “ Bahawa yang dinamakan dengan
nama Ahmad pada zaman Jahiliyah sebelum Islam dan tempoh masa
yang sangat lama diantara keduanya (zaman Jahiliyah dan zaman
Islam) itu ada 3 orang, dan mereka adalah :

1.Ahmad Bin Tsumamah at-To'iy.

ّ‫ن ثمامة َ الطائي‬


ُ ‫أحمد ُ ب‬

2.Ahmad Bin Ruman al-Bakiliy.

ّ‫ن ر ُوم َانَ البَكِيلِي‬


ُ ‫أحمد ُ ب‬

3.Ahmad Bin Zaid Khirash as-Saksakiy.

ّ َّ ‫ن زيدِ خراش ال‬


ّ‫سكس َكي‬ ُ ‫أحمد ُ ب‬
Ya, diantara masa singkat dengan masa Nabi dilahirkan, tidak ada
seorang pun dinamakan dengan nama Ahmad, kerana ingin menjaga
nama tersebut”.

Nama Muhammad lebih terkenal dan lebih banyak penggunaannya


daripada Ahmad, kedua-duanya disebutkan didalam al-Quran, dan
isyarat yang menunjukkan bahawa Nabi berada pada maqam al-
Mahbubiyyah ( kecintaan yang sangat tinggi daripada Allah ), maka
nama Baginda disebut pada lafaz Tauhid ( syahadatain ).

Berlaku khilaf para Ulama pada nama manakah yang disebut didalam
kitab Taurat sehingga dikatakan bahawa Nabi Musa berkeinginan
menjadi Umat Nabi Muhammad , kata Ibnu Qayyim al-Jauziyyah : nama
tersebut adalah ((Muhammad)) , manakala as-Suhailiy pula
berpendapat bahawa nama tersebut adalah ((Ahmad)).

-TAMAT-

Selesai diterjemah pada:

Hari Sabtu, 7 Disember 2019.

Bersamaan

10 Rabi’ul Akhir 1441 H

Anda mungkin juga menyukai