Anda di halaman 1dari 34

BUKU PANDUAN

LATIHAN MENGAJAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

www.upsi.edu.my

BUKU PANDUAN LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Maklumat yang terkandung dalam buku panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada Unit Latihan Amali dan Jalinan Industri, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti, UPSI. 2009 Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) Aras 4, Bangunan Canselori Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Tel: 605 4506448 Fax: 605 4594645 www.latihan mengajar.upsi.edu.my Buku ini diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik kali ke-69, bil1.2010 pada 8 Februari 2010

VISI

Menjadi universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

MISI

Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

MOTO
Pendidikan Gemilang Menuju Wawasan.

Isi Kandungan
Bil A 1. 2. 3. B 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. C 13. 14. 15. 16. 17. D 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. Tajuk Pengenalan Latihan Mengajar Sistem Pengurusan Program Latihan Mengajar Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Latihan Mengajar Tanggungjawab Fakulti Tanggungjawab Penyelaras Latihan Mengajar Fakulti Pelaksanaan Latihan Mengajar Tempoh Pelaksanaan Sistem Latihan Mengajar Melaporkan Diri di Institusi Waktu Mengajar Persediaan Sebelum Mengajar Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Refleksi Selepas Proses Pengajaran & Pembelajaran Penyeliaan Tugas dan Tanggungjawab Guru Pelatih Keperluan Kehadiran Latihan Mengajar Penilaian Latihan Mengajar Borang Penilaian Latihan Mengajar Penilaian Latihan Mengajar Syarat Penangguhan Kes Gagal Latihan Mengajar Aktiviti Ko-kurikulum Dalam Program Latihan Mengajar Tanggungjawab dan Etika Tanggungjawab Guru Pelatih Etika Guru Pelatih Tanggungjawab Pensyarah Penyelia Etika Pensyarah Penyelia Tangungjawab Guru Pembimbing Etika Guru Pembimbing Tanggungjawab Pihak Institusi Senarai Lampiran i) Pencerapan Klinikal ii) Borang Penyeliaan Latihan Mengajar iii) Borang Rekod Aktiviti Ko-kurikulum iv) Borang Rumusan Program Latihan Mengajar v) Skala Panduan Untuk Penyeliaan Program LM vi) Surat Pekeliling LM bagi Guru-Guru Pelatih Maktab Perguruan, Pusat/ Fakulti Pendidikan Universiti vii) Pemberian Ganjaran Kepada Guru Pembimbing Kursus Perguruan Pra Perkhidmatan Muka Surat 5 7 7 7

8 8 8 9 9 9 10 10 11

11 11 11 12 13

13 14 14 15 16 17 17

19 21 22 23 24 30 33

PEMBUKA BICARA NAIB CANSELOR Bismillahir Rahmannir Rahim dan Salam Sejahtera, Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin-Nya buku panduan latihan mengajar ini dapat dimurnikan dan disiapkan sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat dengan program latihan mengajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, khususnya para pensyarah penyelia, pentadbir institusi, guru pembimbing, dan Guru Pelatih. Sebagai sebuah universiti yang memberi fokus kepada latihan keguruan, program latihan mengajar ini merupakan suatu komponen yang amat penting dalam melatih para guru untuk keperluan negara di masa depan. Perjuangan menuntut ilmu keguruan tidak akan sempurna sekiranya komponen latihan mengajar ini tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin mewujudkan satu budaya keguruan yang disinonimkan dengan kebitaraan, kecemerlangan, berbudaya prestasi tinggi serta sikap positif yang berupaya merubah komuniti institusi serta memberi impak kepada perkembangan modal insan, modal sosial, dan modal budaya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti kerana telah berjaya memurnikan buku panduan latihan mengajar ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, para pengetua dan guru besar serta semua guru pembimbing kerana telah memberi kerjasama kepada kami dalam usaha melatih bakal pelapis guru untuk keperluan masa depan Malaysia dan InsyaAllah untuk keperluan global. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Sekian, wassalam. PROFESOR DATO DR. AMINAH AYOB Naib Canselor

PENGENALAN
Program Latihan Mengajar bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di institusi dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada Guru Pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di institusi. Program latihan mengajar juga menyediakan peluang kepada Guru Pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat. Bagi menentukan latihan mengajar berjalan dengan teratur dan berkesan maka suatu mekanisma yang bersistematik lagi berkesan diatur untuk pihak pentadbiran latihan mengajar, penyelia, guru pembimbing dan pentadbir institusi bekerjasama dalam bentuk kesefahaman yang pintar demi perkembangan dan kepentingan kemahiran profesional Guru Pelatih. Program latihan mengajar menyediakan peluang bagi Guru Pelatih mempraktikkan segala pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI bagi membolehkan Guru Pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketrampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjalin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (KPM, 1982)

MATLAMAT
Program Latihan Mengajar adalah untuk menyediakan peluang bagi mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh di UPSI dalam konteks sebenar mengajar di institusi pendidikan.

OBJEKTIF Program Latihan Mengajar UPSI bertujuan memberi peluang kepada Guru Pelatih untuk: 1. mengamalkan kemahiran dalam merancang persediaan mengajar dan melaksanakan pengajaran dan membuat pentaksiran tentang pembelajaran pelajar; 2. mempraktik pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran; 3. memajukan pembelajaran Guru Pelatih dengan menyepadukan teori dan amali dalam situasi sebenar; 4. mengalami suasana interaksi dengan anggota-anggota lain dalam komuniti khususnya di institusi; 5. membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai profesional keguruan; 6. meningkatkan penilaian kendiri sebagai budaya kerja dalam profesion keguruan; 7. mengaplikasikan kemahiran merancang dan menjalankan kegiatan ko-kurikulum untuk pelajar; 8. menambahkan pengalaman dan kecekapan untuk diterapkan di dalam bilik darjah.

A.

SISTEM PENGURUSAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR


1. Memilih institusi untuk penempatan Guru Pelatih. 2. Menempatkan Guru Pelatih di institusi. 3. Menentukan dan melantik Pensyarah Penyelia dan mengagihkan tugas penyeliaan. 4. Menyediakan buku panduan, borang, dan dokumen lain yang diperlukan. 5. Menyediakan surat-menyurat dan penyelarasan penilaian. 6. Mengatur taklimat kepada Pensyarah Penyelia dan Guru Pelatih program masing-masing. 7. Memantau pelaksanaan Program Latihan Mengajar. 8. Membuat penyelarasan markah di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Latihan Mengajar (JKLM). 9. Menghadiri mesyuarat penyelarasan keputusan latihan mengajar di peringkat Bahagian Hal Ehwal Akademik.

1.

TANGGUNGJAWAB MENGAJAR (JPLM)

JAWATANKUASA

PENGURUSAN

LATIHAN

1. Jawatankuasa Pengurusan Latihan Mengajar adalah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2. Mencadangkan tarikh Latihan Mengajar untuk diperakukan di Jawatankuasa Perancangan Akademik (JKPA) dan Senat. 3. Memastikan pihak fakulti menghantar senarai penempatan institusi Guru Pelatih yang akan menjalani Program Latihan Mengajar. 4. Dari semasa ke semasa mengadakan mesyuarat berkaitan Program Latihan Mengajar yang terdiri daripada penyelaras latihan mengajar peringkat program/fakulti. 5. Mengesahkan pelantikan Pensyarah Penyelia berdasarkan cadangan daripada fakulti. 6. Memastikan Pensyarah Penyelia memasukkan markah melalui University Integrated Management System (UIMS) mengikut tarikh yang ditetapkan. 7. Mengadakan mesyuarat dengan semua JPN, PPD dan institusi tentang Program Latihan Mengajar UPSI dari semasa ke semasa yang difikirkan perlu.

2.

TANGGUNGJAWAB FAKULTI
1. Melantik Penyelaras Latihan Mengajar di peringkat program atau di peringkat fakulti sebagai ahli JPLM. 2. Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk meneliti dan mempertimbangkan keskes khas berkaitan latihan mengajar Guru Pelatih. 3. Mengemukakan justifikasi kepada keputusan yang diambil ke atas kes-kes khas. 4. Mengesahkan keputusan penilaian latihan mengajar Guru Pelatih di peringkat fakulti.

3.

TANGGUNGJAWAB PENYELARAS LATIHAN MENGAJAR FAKULTI


1. Menentukan institusi untuk Guru Pelatih menjalani latihan mengajar. 2. Menentukan Pensyarah Penyelia untuk semua Guru Pelatih. 3. Mengadakan taklimat latihan mengajar kepada semua Pensyarah Penyelia dan Guru Pelatih. 4. Mengadakan mesyuarat berkaitan Program Latihan Mengajar peringkat fakulti. 5. Memastikan semua Pensyarah Penyelia telah memasukkan markah melalui sistem UIMS mengikut tarikh yang ditetapkan.
6.

Menghadiri semua mesyuarat yang berkaitan latihan mengajar sama ada di peringkat fakulti atau universiti serta melaporkan segala maklumat yang diperoleh kepada pihak fakulti.

7.

Melaporkan kes-kes khas di peringkat fakulti.

B.
4.

PELAKSANAAN LATIHAN MENGAJAR


TEMPOH PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN MENGAJAR Guru Pelatih hendaklah mengikuti dan menamatkan latihan mengajar mengikut tempoh yang ditentukan oleh pihak Universiti

5.

MELAPORKAN DIRI DI INSTITUSI


5.1 Guru Pelatih mesti melapor diri di institusi pendidikan semasa hari pertama latihan mengajar dimulakan dan menyerahkan borang butiran diri kepada pentadbir institusi. Pada masa yang sama, dapatkan jadual tugas mengajar dan maklumat yang berkaitan daripada pihak institusi. Guru Pelatih digalakkan membuat pemerhatian di kelas-kelas yang mereka akan mengajar bersama-sama guru kelas tersebut sebelum mengambil alih tugas. Perkara ini eloklah dirundingkan dengan guru kelas berkenaan. Guru Pelatih perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai institusi seperti organisasi dan pentadbiran institusi, lokasi serta kemudahan yang terdapat di institusi.

5.2

5.3

5.4

6.

WAKTU MENGAJAR
6.1 Waktu pengajaran ialah 10 - 12 waktu seminggu :i) 8 - 10 waktu untuk mata pelajaran major ii) 2 - 4 waktu untuk mata pelajaran minor Guru Pelatih dikehendaki menyerahkan kepada Pensyarah Penyelia masing-masing salinan jadual waktu pengajaran, jadual aktiviti kokurikulum yang mereka terlibat dan menyertakan nombor telefon untuk dihubungi. Guru Pelatih dikehendaki mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak institusi. Guru Pelatih tidak dibenarkan menukar mata pelajaran yang dikehendaki mengajar dan jadual waktu pengajaran mengikut kepentingan diri. Guru Pelatih dikehendaki memaklumkan kepada Pensyarah Penyelia dengan segera jika terdapat pindaan jadual waktu pengajaran yang dibuat oleh pihak institusi dan hari-hari penting institusi yang kemungkinan menyebabkan Guru Pelatih tidak mengajar seperti hari sukan, cuti khas, peperiksaan dan sebagainya.

6.2

6.3

6.4

6.5

7.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR


7.1 Guru Pelatih dikehendaki sentiasa bekerjasama dan berbincang dengan guru mata pelajaran yang diambil alih untuk memastikan kesinambungan dalam pengajaran. Kerjasama ini melibatkan perancangan dalam buku persediaan mengajar, kaedah pengajaran, ujian dan sebagainya. Guru Pelatih hendaklah memastikan buku persediaan mengajar dan rancangan pengajaran harian ditulis dengan lengkap dan kemas. Buku Persediaan Mengajar :7.3.1 Guru Pelatih mestilah menggunakan buku persediaan mengajar yang telah disediakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Guru Pelatih hendaklah mencatat dengan lengkap rekod tentang kerja dan tanggungjawab dalam buku persediaan mengajar. Guru Pelatih hendaklah memastikan buku persediaan mengajar dirancang dengan sempurna dan ditulis dengan rapi. Guru Pelatih hendaklah menyerahkan buku persediaan mengajar kepada pentadbir institusi untuk pemeriksaan dan pengesahan mengikut amalan di institusi berkenaan.

7.2

7.3

7.3.2

7.3.3

7.3.4

7.4

Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, silibus dan rancangan tahunan mata pelajaran yang diajar hendaklah dilampirkan dalam buku persediaan mengajar. Guru Pelatih tidak perlu menyerahkan buku persediaan mengajar kepada Pensyarah Penyelia setelah tamat latihan mengajar, kecuali diperlukan.

7.5

8.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


8.1 Proses pengajaran mestilah mengikut persediaan dalam Rancangan Pengajaran Harian namun Guru Pelatih boleh menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan dan perkembangan semasa mengajar. Guru Pelatih sangat digalakkan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran inovatif dan menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar bagi memantapkan pengajaran seperti yang dipelajari.

8.2

9.

REFLEKSI SELEPAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


9.1 Guru Pelatih dimestikan membuat refleksi pada setiap proses pengajaran dan mencatatkan dalam ruangan yang disediakan. Guru Pelatih perlulah mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan refleksi tersebut.

9.2

9.3

Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan refleksi tersebut dan Pensyarah Penyelia perlu menyemak catatan refleksi guru pelatih.

10.

PENYELIAAN
10.1 Guru Pelatih perlu bersedia menerima pemantauan daripada Pentadbir Institusi atau wakilnya dan Guru Pembimbing. Guru Pelatih/Guru Pembimbing perlu menyerahkan buku persediaan mengajar kepada Pensyarah Penyelia sebelum sesi pengajaran bermula Guru Pelatih perlu menilai semula pengajaran dan berbincang bersama Pensyarah Penyelia atau Guru Pembimbing.

10.2

10.3

11.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PELATIH


11.1 Guru Pelatih diwajibkan berjumpa dengan Pensyarah Penyelia sebelum menjalani latihan mengajar. Semasa menjalani latihan mengajar, Guru Pelatih adalah seorang kakitangan akademik institusi. Guru Pelatih berada di bawah kuasa penuh pentadbir institusi dan tertakluk kepada peraturan-peraturan institusi. Guru Pelatih hendaklah menjalankan tugas pengajaran, kegiatan ko-kurikulum dan tanggungjawab lain yang diarahkan oleh pentadbir institusi. Guru Pelatih dikehendaki hadir ke institusi tepat pada waktu yang ditetapkan. Guru Pelatih mesti mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan kecuali terdapat aktiviti-aktiviti yang diaturkan oleh pihak institusi. Guru Pelatih tidak dibenarkan meninggalkan institusi semasa waktu bekerja kecuali mendapatkan kebenaran pentadbir institusi. Guru Pelatih dinasihatkan berunding dengan pihak pentadbir institusi dan memaklumkan kepada Pensyarah Penyelia sekiranya timbul sesuatu masalah Guru Pelatih hendaklah memeriksa, menilai, mengulas, menandatangani dan mengembalikan kepada murid dengan secepat mungkin segala kerja bertulis seperti esei, latihan, ujian dan sebagainya. Guru Pelatih hendaklah memberi perhatian dan mematuhi syarat-syarat daripada pihak yang dinyatakan dalam surat-surat pekeliling ikhtisas: Lampirkan pekelilingpekeling di bawah Garis panduan pakaian guru ketika bertugas di institusi. Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) oleh guru. Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan. Peraturan-peraturan cuti. Panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajian Pendidikan Jasmani serta kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan di luar kawasan institusi.

11.2

11.3 11.4

11.5

11.6 11.7

11.8

10

12.

KEPERLUAN KEHADIRAN LATIHAN MENGAJAR


12.1 Guru Pelatih diwajibkan hadir pada setiap hari perinstitusian dan melaksanakan segala tanggungjawab yang telah ditetapkan. Sekiranya Guru Pelatih tidak hadir kerana kecemasan atau cuti sakit, sila hubungi pentadbir institusi dengan segera. Serahkan surat cuti atau sijil sakit yang diperolehi daripada hospital atau klinik kerajaan atau panel kepada pentadbir institusi sebaik sahaja kembali bertugas di institusi. Sekiranya perlu mengambil cuti atas urusan penting, Guru Pelatih mesti mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak pentadbir institusi. Guru Pelatih dikehendaki menghubungi pihak institusi menerusi telefon atau pesanan sekiranya sampai lewat kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan dan sebagainya. Guru Pelatih perlu memaklumkan kepada Pensyarah Penyelia sekiranya mereka tidak dapat ke institusi

12.2

12.3

12.4

12.5

C. 13.

PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR BORANG PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR


13.1 Penilaian latihan mengajar secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan borang yang ditetapkan oleh universiti iaitu Borang Penyeliaan Latihan mengajar (LM 1) seperti Lampiran A, Borang Rekod Aktiviti Ko-kurikulum (LM 2) seperti Lampiran B dan Borang Rumusan Program Latihan Mengajar (LM 3) seperti Lampiran C.

14.

PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR


14.1 Pemberian markah bagi setiap aspek yang dinilai dalam pengajaran dan kokurikulum adalah seperti yang tercatat dalam borang LM 1 dan borang LM 2. Penilaian dan aktiviti ko-kurikulum adalah berbentuk skala 1, 2, 3, 4 dan 5 dan berpandu kepada petunjuk skala seperti Lampiran D. Keputusan Rancangan Orientasi Institusi akan menyumbang 5% kepada keseluruhan keputusan Latihan Mengajar.

14.2

15.

SYARAT PENANGGUHAN
15.1 Pelajar yang ingin menangguh pengajian perlu mengemukakan permohonan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) melalui Dekan menggunakan borang (UPSI/AKAD2/799).

11

15.2

Kelulusan penangguhan pengajian kepada pelajar yang menghadapi masalah kesihatan sahaja tidak akan diambil kira dalam jumlah pengiraan semester yang dibenarkan dalam pengijazahan. Pelajar tidak dibenarkan membuat penangguhan pengajian selama dua (2) semester berturut-turut kecuali atas masalah kesihatan dan disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan. Seseorang pelajar tidak dibenarkan membuat penangguhan latihan mengajar semasa atau selepas menduduki peperiksaan akhir semester. Pelajar yang mewakili negara dalam acara sukan atau menjalani aktiviti yang diarahkan oleh kerajaan atau universiti boleh diberi kelulusan khas untuk menangguh latihan mengajar. Penangguhan tersebut tidak diambil kira dalam jumlah pengiraan semester yang dibenarkan dalam pengijazahan. Guru Pelatih yang tidak hadir selama tempoh yang tidak melebihi 3 hari bekerja atas alasan kesihatan dan perubatan atau alasan lain beserta bukti yang dianggap munasabah oleh fakulti, boleh disifatkan sebagai telah memenuhi keperluan Program Latihan Mengajar. Guru Pelatih yang tidak hadir melebihi 3 hari atas sebarang alasan perlu menangguh latihan mengajar ke semester berikutnya. Guru Pelatih yang mengalami masalah kesihatan seperti kemalangan, mengandung atau bersalin semasa menjalani latihan mengajar atau tidak dapat menjalani latihan mengajar atas sesuatu sebab tertentu, perlu menangguhkan ke semester berikutnya. Guru Pelatih yang akan menjalani latihan mengajar dan didapati hamil sebelum memulakan latihan mengajar, mestilah menangguhkan latihan mengajar. Dalam kes tertentu fakulti boleh bertindak untuk mencadangkan kepada Bahagian Akademik UPSI untuk menangguhkan latihan mengajar bagi seseorang Guru Pelatih.

15.3

15.4

15.5

15.6

15.7

15.8

15.9

15.10

16.

KES GAGAL LATIHAN MENGAJAR


16.1 Guru Pelatih didapati gagal jika semasa tempoh latihan mengajar 14.1.1 tidak menyediakan rancangan mengajar dan 14.1.2 tidak hadir melebihi 3 hari 16.2 Guru Pelatih yang gagal dalam latihan mengajar dibenarkan mengulang latihan mengajar hanya sekali sahaja. Bagi guru pelatih yang memperolehi gred C dan ke bawah hanya boleh mengulang latihan mengajar sebanyak satu (1) kali sahaja. Guru pelatih yang diberhentikan kerana gagal dalam latihan mengajar boleh memohon rayuan kepada Senat Universiti.

16.3

16.4

12

17.

AKTIVITI KO-KURIKULUM DALAM PROGRAM LATIHAN MENGAJAR


15.1 Guru Pelatih mesti melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sama ada dalam aktiviti unit beruniform atau sukan/permainan atau kelab/persatuan dan lain-lain aktiviti rasmi institusi. Jenis kegiatan yang diikuti hendaklah dicatatkan dalam ruangan yang disediakan dalam borang LM 2. Penilaian berdasarkan penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti tersebut berpandukan skala 1, 2, 3, 4 dan 5. Guru Pelatih

15.2

15.3

D.
18.

TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA


TANGGUNGJAWAB GURU PELATIH
18.1 18.2 18.3 Wajib menghadiri taklimat Program Latihan Mengajar yang diadakan oleh penyelaras latihan mengajar di peringkat fakulti. Memahami dan menghayati objektif Program Latihan Mengajar. Berbincang dengan Pensyarah Penyelia dan pihak institusi untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab semasa pelaksanaan Program Latihan Mengajar. Membina hubungan profesional dengan semua staf dan pelajar di instituti. Mesti menghantar senarai tugas, jadual waktu, takwim institusi dan maklumatmaklumat lain kepada Pensyarah Penyelia pada minggu pertama Program Latihan Mengajar berlangsung.\ Memaklumkan kepada Pensyarah Penyelia tentang cuti atau apa-apa aktiviti institusi yang mengakibatkan penyeliaan tergendala. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan universiti dan peraturan institusi. Hadir di institusi sepanjang tempoh Program Latihan Mengajar berlangsung. Menandatangani borang/buku kehadiran di institusi pada setiap hari bekerja. Membuat persediaan keseluruhan untuk menjalani latihan mengajar. Melibatkan diri dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum semasa menjalani latihan mengajar. Mesti menulis refleksi/penilaian kendiri selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Mematuhi semua peraturan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan 2008), institusi yang mana Guru Pelatih menjalani latihan mengajar. Mengajar dalam bahasa penghantar seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Penglibatan Guru Pelatih dalam aktiviti luar iaitu aktiviti yang dianjurkan selain oleh institusi dan universiti perlu mendapat kebenaran bertulis pihak institusi dan universiti.

18.4 18.5

18.6 18.7 18.8 18.9 18.10 18.11 18.12 18.13 18.14 18.15

13

19.

ETIKA GURU PELATIH


19.1 19.2 Guru Pelatih mesti memahami dan mengamalkan etika profesion keguruan. Sekiranya menerima teguran daripada Pensyarah Penyelia, Pentadbir Institusi atau Guru Pembimbing, Guru Pelatih hendaklah bersikap positif. Sebarang aduan dari pihak institusi berkaitan ketertiban serta kesopanan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pepandu Latihan Mengajar Universiti (JKPLMU). Dari segi pakaian, Guru Pelatih dikehendaki mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/ 1985 KP (BS) 8591/ Jld. 11/ (36) 9 hb Mei 1985. Semasa menjalani latihan mengajar, Guru Pelatih adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan, 2008).

19.3

19.4

19.5

20.

TANGGUNGJAWAB PENSYARAH PENYELIA


20.1 Menerima pelantikan sebagai Pensyarah Penyelia daripada universiti untuk menjalankan tugas penyeliaan. Menghadiri taklimat Program Latihan Mengajar di peringkat fakulti. Berbincang dengan Guru Pelatih tentang latihan mengajar sebelum dan sepanjang tempoh Program Latihan Mengajar berlangsung. Membuat lawatan ke institusi, berjumpa dan berbincang dengan pihak pengurusan institusi pendidikan untuk menjalin hubungan profesional semasa membuat penyeliaan. Menyimpan rekod dan dokumen penyeliaan yang telah dikemas kini. Memaklumkan kepada Penyelaras Program Latihan Mengajar secara bertulis keskes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan universiti dengan segera. Menyemak buku persediaan mengajar Guru Pelatih mulai dari minggu pertama dan minggu seterusnya; mencadangkan pembaikan yang mana perlu; dan menandatangani buku persediaan mengajar tersebut. Memastikan perjumpaan pertama dengan guru pembimbing dapat diadakan semasa lawatan pertama ke institusi. Beri penerangan jika guru pembimbing belum berpengalaman dan kurang faham dengan prosedur Program Latihan Mengajar . Memberi bimbingan berasaskan unsur-unsur pencerapan klinikal. (rujuk lampiran A) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh Program Latihan Mengajar mengikut jadual dan bilangan penyeliaan yang telah ditetapkan.

20.2 20.3

20.4

20.5 20.6

20.7

20.8

20.9

20.10

14

20.11

Memantau prestasi dan disiplin Guru Pelatih sepanjang tempoh Program Latihan Mengajar. Membimbing Guru Pelatih ke arah perkembangan sahsiah guru yang baik. Membimbing, menilai dan membuat rumusan prestasi latihan mengajar Guru Pelatih. Berbincang dengan Guru Pembimbing tentang kes-kes khas Guru Pelatih yang perlu diberi perhatian segera.

20.12 20.13

20.14

20.15 Membuat rumusan bersama Guru Pembimbing tentang hal-hal yang berkaitan dengan penyeliaan latihan mengajar yang dijalankan. 20.16 Melengkap dan menyimpan dokumen-dokumen seperti Borang Penilaian (LM 1), Borang Rekod Aktiviti Ko-kurikulum (LM 2), Borang Rumusan Program Latihan mengajar (LM 3) dan lain-lain yang berkenaan. Mematuhi peraturan yang telah atau yang akan ditetapkan oleh universiti dari semasa ke semasa sesuai dengan kepentingan program dan universiti.

20.17

20.18 Melaksanakan bilangan penyeliaan seperti yang ditetapkan. Pensyarah Penyelia mesti melaporkan dengan segera kepada Penyelaras Latihan Mengajar fakulti sekiranya tidak dapat melengkapkan bilangan penyeliaan atas sebab-sebab tertentu. Pensyarah Penyelia tidak boleh meminta rakan untuk menggantikan tempat beliau tanpa merujuk kepada Penyelaras Latihan Mengajar fakulti berkaitan.

21.

ETIKA PENSYARAH PENYELIA


21.1 Pensyarah Penyelia tidak boleh meminta pensyarah lain untuk menggantikan tempat beliau tanpa merujuk kepada Penyelaras Latihan Mengajar fakulti. Dilarang bertukar suka sama suka dengan rakan-rakan tanpa memaklumkan kepada Penyelaras Latihan Mengajar fakulti. Pensyarah Penyelia perlu akur dengan pembahagian tugas penyeliaan yang ditetapkan. Setiap kali semasa lawatan ke institusi, Pensyarah Penyelia mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang mengganti atau memangku jawatanjawatan tersebut. Berkomunikasi secara sopansantun dengan semua pihak di institusi. Menjalinkan hubungan yang baik dengan Guru Pembimbing. Semasa proses perbincangan dengan Guru Pelatih, elakkan unsur-unsur negatif seperti menjatuhkan air muka atau memarahi orang lain. Sebarang teguran mestilah dilakukan di dalam bilik perbincangan. Teguran perlu membina dan tanpa pengaruh emosi.

21.2

21.3

21.4 21.5 21.6

15

22.

TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING


22.1 Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar Guru Pelatih. Membimbing Guru Pelatih ke arah perkembangan sahsiah sebagai pendidikan terutama dari segi pergaulan, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai-nilai profesional keguruan. Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan/penyeliaan yang telah dikemas kini dan menyerahkannya kepada pihak UPSI mengikut jadual kerja yang ditetapkan. Memaklumkan kepada Pentadbir institusi mengenai kemajuan Guru Pelatih dari semasa ke semasa. Melaporkan kepada Pensyarah Penyelia dengan serta merta sebarang kes atau keadaan berkaitan latihan mengajar yang memerlukan tindakan segera dari pihak UPSI. Memantau dan memaklumkan salah laku disiplin Guru Pelatih kepada Pentadbir institusi dan UPSI dengan segera sepanjang tempoh Program Latihan Mengajar berlangsung. Berbincang dengan Pensyarah Penyelia tentang kes-kes khas Guru Pelatih yang perlu diberi perhatian segera. Menjalankan penilaian prestasi pelatih mengikut prosedur dan kaedah yang ditetapkan oleh UPSI. Membuat rumusan bersama Pensyarah Penyelia tentang hal-hal yang berkaitan dengan penyeliaan latihan mengajar yang dijalankan.

22.2

22.3

22.4

22.5

22.6

22.7

22.8

22.9

22.10 Menjalankan sekurang-kurangnya 4 (EMPAT) kali penyeliaan yang lengkap untuk sepanjang tempoh sesuatu sesi latihan mengajar, termasuk sekurang-kurangnya 1 (SATU) kali untuk mata pelajaran minor Guru Pelatih. 22.11 Menggunakan borang LM 1 untuk tujuan penyeliaan. Membuat catatan/ulasan kekuatan dan kelemahan secara terperinci serta cadangan untuk membaiki. 22.12 Melengkapkan borang LM 2 untuk melapor dan menilai kegiatan aktiviti kokurikulum Guru Pelatih. 22.13 Mengirim atau menyerahkan sendiri borang LM 1 dan LM 2 kepada Pensyarah Penyelia pada tarikh yang ditetapkan melalui Pentadbir Institusi dan elakkan menghantar borang tersebut melalui Guru Pelatih

16

23.

ETIKA GURU PEMBIMBING


23.1 Memastikan dapat berjumpa dan berkenalan dengan Guru Pelatih yang melapor diri di institusi. Guru Pembimbing perlu menunjukkan sifat mesra dan sifat ingin membantu. Melaporkan dengan segera kepada Pensyarah Penyelia jika tidak dapat melengkapkan jumlah penyeliaan yang ditetapkan. Tidak boleh meminta rakan institusi untuk menggantikan tempat beliau tanpa pengetahuan Pensyarah Penyelia dan Pentadbir Institusi. Tidak boleh tukar suka sama suka dengan rakan sejawat lain tanpa merujuk kepada Pentadbir Institusi dan Pensyarah Penyelia. Semasa proses perbincangan dengan Guru Pelatih, elakkan unsur-unsur negatif seperti menjatuhkan air muka atau memarahi orang lain. Sebarang teguran mestilah dilakukan di dalam bilik perbincangan. Teguran perlu membina dan tanpa pengaruh emosi.

23.2

23.3

23.4

24.

TANGGUNGJAWAB PIHAK INSTITUSI


24.1 Memberi taklimat kepada Guru Pelatih tentang :i) sejarah, struktur, organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya institusi; ii) tugas dan tanggungjawab semua pegawai di institusi; iii) latar belakang sosioekonomi murid dan masyarakat tempatan; iv) tugas dan tanggungjawab Guru Pelatih di institusi semasa menjalani latihan mengajar; v) pengelolaan gerak kerja kokurikulum/aktiviti di institusi; vi) maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Memberi jadual waktu dan takwim institusi kepada Guru Pelatih pada hari pertama mendaftar di institusi. Mengawasi tingkah laku Guru Pelatih dan mengesahkan kehadiran mereka semasa Program Latihan Mengajar berlangsung. Memberitahu secara bertulis kepada pihak universiti dari semasa ke semasa tentang Guru Pelatih yang: i) tidak menjalankan tugas dengan memuaskan. ii) tidak hadir tanpa sebab. iii) mempunyai kes-kes disiplin. iv) mempunyai kes-kes kesihatan atau kemalangan. Menyemak dan mengesahkan persediaan mengajar Guru Pelatih. Mengambil tahu hal-hal berkaitan pelaksanaan penyeliaan Program Latihan Mengajar dengan sempurna. Memastikan Guru Pelatih terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum

24.2

24.3

24.4

24.5 24.6

24.7

17

24.8

Menilai penglibatan Guru Pelatih dalam kegiatan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti institusi. Menjaga kebajikan Guru Pelatih sepanjang tempoh latihan mengajar Memastikan Guru Pelatih tidak diberi tanggungjawab menjalankan tugas seperti Guru Terlatih seperti berikut: i) menjadi warden asrama; ii) ketua rombongan aktiviti di luar institusi; iii) ketua guru pengiring pasukan institusi, dan sebagainya; Walau bagaimanapun, Guru Pelatih boleh membantu Guru Terlatih seperti di atas.

22.9 22.10

LAMPIRAN A
PENCERAPAN KLINIKAL
Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi ciri-ciri seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisaan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran. Dalam pencerapan klinikal, Pensyarah Penyelia dan Guru Pelatih bersama-sama berusaha untuk memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran seterusnya memperkembangkan potensi dan kemahiran Guru Pelatih. Proses pencerapan klinikal dilakukan seperti kitaran rajah di bawah:

Sidang Pasca Pemerhatian/Maklum Balas

Sidang PraPemerhatian/Perancangan

Pemerhatian Pengajaran

18

SENARAI SEMAK AKTIVITI PENCERAPAN KLINIKAL

Sidang Prapemerhatian 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jalinkan hubungan yang saling percaya mempercayai. Kenal pasti concern guru pelatih. Terjemahkan concern guru pelatih kepada tingkah laku yang boleh dilihat. Kenal pasti prosedur untuk menambah baik pengajaran. Bantu guru pelatih menetapkan self-improvement goals. Tetapkan masa untuk pemerhatian. Pilih tingkah laku yang ingin direkod.

Sidang Pemerhatian 1. 2. 3. Membuat pemerhatian pengajaran guru pelatih. Memberi fokus kepada pelaksanaan prosedur penambahbaikan pengajaran guru pelatih. Tumpukan pemerhatian kepada tingkah laku yang diberi fokus untuk penambahbaikan.

Sidang Pascapemerhatian 1. 2. 3. 4. 5. Penyelia menunjukkan data yang direkod semasa pemerhatian. Penyelia dan guru pelatih menganalisis data. Guru pelatih dibantu oleh penyelia, mentafsir data, mengenal pasti sebab musabab, membuat refleksi. Guru pelatih dibantu oleh penyelia, menentukan langkah alternatif. Penyelia mengukuhkan keinginan guru pelatih untuk melaksanakan langkah alternatif.

19

LAMPIRAN A

LM 1
BORANG PENYELIAAN LATIHAN MENGAJAR Laporan Penyeliaan Ke : .. MARKAH PENILAIAN KE.. A. PERSEDIAAN (25%) 1. Objektif 2. Perancangan : Isi Kandungan Strategi/Kaedah Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains 3. Alat/Bahan Pengajaran Markah = B. PERKEMBANGAN (60%) 1. Permulaan Pengajaran 2. Perkembangan Pengajaran 3. Perlaksanaan : Strategi/Kaedah Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains dan lain-lain 4. Pengurusan Bilik Darjah/Makmal 5. Komunikasi / Pertuturan 6. Pencapaian Objektif 7. Penilaian/ Penyoalan 8. Penguasaan Isi Kandungan 9. Penyampaian 10. Penyertaan Pelajar 11. Pengunaan Alat/Bahan Pengajaran 12. Penutup Markah = C. SIKAP DAN SAHSIAH (10%) 1. Penampilan Diri 2. Keprihatinan 3. Pekerti 4. Ciri-ciri Profesional Markah = Nama : ....... Program .... Matrik:...................... Institusi : ............................. Tingkatan .Masa:.Tarikh:..........

Jumlah Markah A+ B+C =

---------------------------------------------------------------Tandatangan Pensyarah Penyelia /Guru Pembimbing

20

LM 2
REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM (Untuk diisi oleh Guru Pembimbing)

LAMPIRAN B

Nama Guru Pelatih :..................................................................... Program :................ No. Matrik :.................. Institusi :....................................................................................... Guru Pembimbing :......................................................................

Bil

Jenis Aktiviti (Sekurangkurangnya dalam tiga aktiviti )

Tugas Dan Tanggungjawab

Markah (1 hingga 5) Disi oleh Guru yang berkenaan

Tandatangan Guru yang berkenaan

1 2 3 4 5 6

Purata Markah = Tandatangan Guru Pembimbing:..................... (Nama: ) Tarikh:.................................. Tandatangan Pengetua/Guru Besar dan Cop Institusi ............................................................... (Nama: ) Tarikh: ..................................

(Guru Pembimbing /Pihak institusi diminta menyampaikan maklumat ini kepada Pensyarah Penyelia pada minggu akhir program)

21

LAMPIRAN C

LM 3

BORANG RUMUSAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR (Arahan: Untuk diisi dengan lengkap oleh Pensyarah Penyelia setelah mendapatkan markah penyeliaan dan markah kokurikulum dari Guru Pembimbing pada minggu terakhir program. Serahkan maklumat ini kepada Penyelaras LM Program/Fakulti selewatnya seminggu selepas program tamat) Nama Pelajar : ......................................................................Program :....................................................No. Matrik: ....................... Guru Pembimbing : ............................................................. Institusi : ....................................................

Penyeliaan Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3

Markah Pensyarah Penyelia

Penyeliaan Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3 Penyeliaan 4 Penyeliaan 5

Markah Guru Pembimbing

Purata Markah Mengajar Daripada Pensyarah Penyelia (MPP)

MPP= ...............

Purata Markah Mengajar Daripada Guru Pembimbing (MGP)

MGP= .............

MPP X 0.8 = M1 (Wajaran 80%)

M1 = ................

MGP X 0.2 = M2 (Wajaran 20%)

M2 =................

Jumlah Markah Mengajar (M1 + M2 ) = M3 (Maksima 95 %)

M3 = ..............

Jumlah Markah Kokurikulum = MK (Markah diambil dari Lampiran LM 2) (Maksima 5 %) Jumlah Jumlah Markah Program Latihan mengajar : M3 + MK = (Maksima 100%)

MK = ...............

Markah : .............

Gred : ..........

Tandatangan Pensyarah Penyelia: ..............................................

22

LAMPIRAN D
SKALA PANDUAN UNTUK PENYELIAAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR A. 1. Persediaan (25 %) Objektif Lemah Objektif pembelajaran tidak eksplisit dan tidak sesuai dengan kebolehan murid tetapi memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Sederhana Objektif pembelajaran eksplisit tetapi tidak sesuai dengan kebolehan murid serta kehendak sukatan pelajaran. Baik Objektif pembelajaran eksplisit, tepat, jelas tetapi kurang sesuai mengikut kebolehan murid serta kehendak sukatan pelajaran. Sangat Baik Objektif pembelajaran eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kebolehan murid serta kehendak sukatan pelajaran.

Sangat Lemah Objektif pembelajaran tidak eksplisit, tidak sesuai dengan peringkat kebolehan pelajar dan tidak memenuhi kehendak sukatan pelajaran

2. 2.1

Perancangan Isi kandungan Lemah Isi kandungan sesuai dengan objektif dan sukatan pelajaran Pemeringkatan isi pelajaran tidak mengikut urutan bagi mencapai objektif pelajaran Sederhana Isi kandungan sesuai dengan objektif dan sukatan pelajaran Pemeringkatan isi pelajaran kurang jelas mengikut urutan bagi mencapai objektif pelajaran Baik Isi kandungan sesuai dengan objektif dan sukatan pelajaran Pemeringkatan isi pelajaran jelas mengikut urutan bagi mencapai objektif pelajaran Sangat Baik Isi kandungan amat sesuai dengan objektif dan sukatan pelajaran. Pemeringkatan isi pelajaran amat jelas mengikut urutan bagi mencapai objektif pelajaran

Sangat Lemah Isi kandungan tidak sesuai dengan objektif dan sukatan pelajaran Pemeringkatan isi pelajaran tidak mengikut urutan bagi mencapai objektif pelajaran

2.2

Strategi Lemah Penulisan Strategi dan aktiviti tidak sesuai dan kurang mengambil kira objektif yang hendak dicapai, isi pelajaran, kebolehan murid, sumber pengajaran pembelajaran, masa dan situasi. Sederhana Penulisan Strategi dan aktiviti sesuai tetapi kurang mengambil kira objektif yang hendak dicapai, isi pelajaran, kebolehan murid, sumber pengajaran pembelajaran, masa dan situasi Baik Penulisan Strategi dan aktiviti sesuai dan mengambil kira objektif yang hendak dicapai, isi pelajaran, kebolehan murid, sumber pengajaran pembelajaran masa dan situasi Sangat Baik Penulisan Strategi dan aktiviti amat sesuai, bertepatan dan mengambil kira semua aspek pengajaran pembelajaran

Sangat Lemah Penulisan strategi dan aktiviti tidak sesuai dan tidak mengambil kira objektif yang hendak dicapai, isi pelajaran, kebolehan murid, sumber pengajaran pembelajaran, masa dan situasi.

23

2.3

Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains Lemah Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains pemilihan tidak sesuai dengan isi kandungan pelajaran Sederhana Pemilihan yang kurang sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang akan disampaikan Baik Pemilihan yang sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang akan disampaikan Sangat Baik Pemilihan nilai yang amat sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang akan disampaikan.

Sangat Lemah Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains pemilihan tidak dinyatakan

3.

Alat/Bahan Pengajaran Lemah Pemilihan alat/ sumber kurang sesuai, kurang menarik dan kurang memotivasikan pelajar. Kuantiti kurang sesuai. Sederhana Pemilihan alat/ sumber agak sesuai, menarik dan dapat memotivasikan pelajar. Kuantiti sesuai. Baik Pemilihan alat/ sumber menarik, sesuai dan dijangka dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kuantiti amat sesuai dan melibatkan semua pelajar. Sangat Baik Pemilihan alat/ sumber amat menarik dan pelbagai, sesuai serta dijangka amat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sangat Lemah Pemilihan alat/ sumber tidak dinyatakan, tidak sesuai dengan objektif/tajuk.

B. 1.

PERKEMBANGAN (60 %) Permulaan Pengajaran Lemah Kurang berjaya mewujudkan kesediaan pelajar untuk belajar. Kurang berjaya menarik perhatian pelajar. Sederhana Hampir separuh berjaya mewujudkan kesediaan pelajar untuk belajar. Hanya berjaya menarik tumpuan segelintir pelajar Baik Berjaya mewujudkan kesediaan pelajar. Berjaya menarik tumpuan sebahagian pelajar. Sangat Baik Sangat berjaya mewujudkan kesediaan pelajar. Berjaya menarik tumpuan semua pelajar dengan cara yang sesuai dan menyenorokkan.

Sangat Lemah Tidak berjaya mewujudkan kesediaan pelajar untuk belajar. Tidak berjaya menarik perhatian pelajar.

2.

Perkembangan Pengajaran

Sangat Lemah Tidak berjaya melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang dirancang dengan teratur. Pengurusan masa yang tidak fleksibel, tidak dikawal. Tidak ada kesinambungan dalam proses pengajaran.

Lemah Kurang berjaya melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang dirancang dengan teratur. Pengurusan masa yang kurang fleksibel. Kurang kesinambungan dalam proses pengajaran.

Sederhana Hampir separuh berjaya melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang dirancang dengan teratur. Pengurusan masa yang agak fleksibel. Ada kesinambungan dalam proses pengajaran.

Baik Berjaya melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang dirancang dengan teratur dan terkawal. Pengurusan masa yang baik dan fleksibel. Kesinambungan yang baik dalam proses pengajaran.

Sangat Baik Sangat berjaya melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang dirancang dengan teratur dan terkawal. Pengurusan masa yang baik, fleksibel dan sesuai dengan keperluan setiap langkah pengajaran. Kesinambungan yang jelas dan sangat baik.

24

3.

Penggunaan Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains Lemah Penggunaan Kemahiran Berfikir/Kemahi ran Berbahasa /Nilai/Kemahira n Proses Sains tidak sesuai dengan isi kandungan pelajaran Sederhana Penggunaan Kemahiran Berfikir/Kemahira n Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains yang kurang sesuai untuk diterapkan melalui aktiviti pengajaran yang dilaksanakan. Baik Penggunaan Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains yang sesuai diterapkan melalui pengajaran yang dilaksanakan. Sangat Baik Penggunaan Kemahiran Berfikir/Kemahiran Berbahasa /Nilai/Kemahiran Proses Sains yang amat sesuai untuk diterapkan melalui pengajaran yang dilaksanakan.

Sangat Lemah Penggunaan Kemahiran Berfikir/Kem ahiran Berbahasa /Nilai/Kema hiran Proses Sains tidak ketara langsung.

4.

Pengurusan Bilik Darjah/Makmal Lemah Dapat juga mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai tetapi tidak menyeluruh. Peka terhadap disiplin pelajar. Disiplin kelas tidak terkawal. Kurang peka terhadap kepentingan pengurusan masa Kurang dapat mengatur pelajar untuk aktiviti Individu/kumpulan dan kurang pengawalan. Kurang cekap mengatasi masalah yang timbul di bilik darjah. Arahan jelas tetapi kurang dipatuhi kerana tiada penegasan. Sederhana Dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran. Peka terhadap disiplin pelajar. Ada usaha mengawal disiplin namun masih ada tanda-tanda keraguan dalam tindakannya. Menunjukkan kemahiran yang sederhana dalam pengurusan masa Dapat mengatur pelajar untuk aktiviti individu/kumpulan dengan kawalan. Dapat mengatasi masalah yang timbul di bilik darjah tetapi boleh diperbaiki. Arahan jelas dan dipatuhi kerana ada penegasan. Baik Berjaya mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran dikalangan sebahagian besar pelajar. Disiplin kelas terkawal. Dapat menguruskan masa dengan baik. Dapat menguruskan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan baik. Dapat mengatasi masalah yang timbul di bilik darjah dengan baik. Arahan jelas dan dipatuhi. Sangat Baik Berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selesa dan tidak tegang. Disiplin kelas terkawal dengan amat baik. Boleh menguruskan masa dengan amat baik. Dapat menguruskan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan cemerlang. Dapat mengatasi masalah yang timbul di bilik darjah dengan cekap dan bijak. Arahan terang dan jelas serta berjaya menarik minat dan tumpuan semua pelajar.

Sangat Lemah Menghadapi masalah mengurus bilik darjah. Persekitaran pembelajaran tidak kondusif. Kurang peka terhadap disiplin pelajar. Disiplin kelas tidak terkawal. Tidak peka terhadap kepentingan pengurusan masa Tidak dapat mengatur pelajar untuk aktiviti Individu/kumpul an tetapi kurang pengawalan. Belum dapat mengatasi masalah yang timbul di bilik darjah. Arahan diberi mengelirukan.

25

5.

Komunikasi Lemah Kurang berkeupayaan menggerakkan pelajar melalui penggunaan bahasa semasa berkomunikasi (lisan dan bukan lisan). Kurang peka tentang tahap penggunaan bahasa pelajar. Penggunaan suara yang kurang jelas dan kurang berkesan untuk berkomunikasi dalam bilik darjah. Kurang berupaya untuk mewujudkan interaksi pelbagai hala. Sederhana Berupaya dengan sederhana menggerakkan pelajar melalui penggunaan bahasa semasa berkomunikasi (lisan dan bukan lisan). Peka tentang tahap penggunaan bahasa pelajar dengan baik. Menggunakan suara yang jelas dan sesuai dari segi kelantangan dan intonasi. Berupaya mewujudkan interaksi pelbagai hala tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki lagi. Baik Dapat menggerakkan pelajar melalui penggunaan bahasa yang ekspresif (lisan dan bukan lisan). Peka tentang tahap penggunaan bahasa pelajar dengan baik. Kualiti suara adalah baik; dapat mempelbagaikan nada dan intonasi serta kelantangan suara yang sesuai. Berupaya mewujudkan interaksi pelbagai hala dengan baik. Sangat Baik Amat berjaya menggerakkan pelajar melalui penggunaan bahasa yang ekspresif dan berkesan (lisan dan bukan lisan). Amat peka tentang tahap penggunaan bahasa pelajar. Kualiti suara adalah baik; dapat mempelbagaikan nada dan intonasi serta kelantangan suara sesuai, sebutan adalah jelas, tepat, menarik; dapat mengekalkan perhatian pelajar. Berjaya mewujudkan interaksi pelbagai hala dengan amat berkesan.

Sangat Lemah Gagal menggerakkan pelajar melalui penggunaan bahasa.semasa berkomunikasi (lisan dan bukan lisan). Tidak peka tentang tahap penggunaan bahasa pelajar. Menghadapi masalah sebutan dan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi kepada kelas atau individu, suara tidak lantang; nada, intonasi dan cara bertutur tidak dipelbagaikan. Gagal mewujudkan interaksi pelbagai hala.

6.

Pencapaian Objektif Lemah Sebahagian kecil sahaja daripada objektif itu dapat dicapai. Sederhana Separuh objektif dapat dicapai. Baik Sebahagian besar objektif dapat dicapai. Sangat Baik Semua objektif yang disenaraikan berjaya dicapai melalui aktiviti pembelajaran yang eksplisit dan implisit.

Sangat Lemah Tidak ada objektif dicapai.

7.

Penilaian Lemah Kurang berkeupayaan menyesuaikan diri dengan tahap pembelajaran pelajar. Penilaian kerja pelajar kurang teliti Sederhana Ada keupayaan yang sederhana untuk menyesuaikan diri dengan tahap pembelajaran individu. Penilaian kerja pelajar cermat/teliti Baik Berkeupayaan baik menyesuaikan diri dengan tahap pembelajaran pelajar. Penilaian kerja pelajar cermat dan teliti berdasarkan nilai tara tertentu Sangat Baik Sangat berkeupayaan menyesuaikan diri dengan tahap pembelajaran pelajar. Mahir menilai kerja pelajar selaras dengan objektif pengajaran

Sangat Lemah Tidak berkeupayaan menyesuaikan diri dengan tahap pembelajaran pelajar. Tidak melakukan penilaian terhadap hasil kerja pelajar.

26

8.

Penguasaan Isi Kandungan Sangat Lemah Lemah Kefahaman yang terhad tentang mata pelajaran pengkhususan. Pengetahuan yang terhad tentang keperluan kurikulum institusi. Kurang berkeupayaan mengembangkan pengetahuan tentang mata pelajaran. Sederhana Kefahaman yang sederhana tentang pengetahuan, konsep dan kemahiran mata pelajaran pengkhususan. Kurang dapat menyesuaikan mengikut kebolehan pelajar berbeza. Pengetahuan dan kefahaman yang sederhana tentang keperluan kurikulum institusi. Baik Penguasaan yang baik tentang mata pelajaran pengkhususan dan berkebolehan menyesuaikannya mengikut umur dan tahap kebolehan murid. Kefahaman yang baik tentang keperluan kurikulum institusi dan program pengajaran serta boleh menyediakan rancangan yang baik. Sangat Baik Penguasaan yang amat baik tentang mata pelajaran pengkhususan. Sentiasa berupaya menghadapi masalah di luar jangkaan. Memahami dengan baik keperluan murid pada semua kurikulum dalam proses P& P.

Kefahaman yang amat terhad tentang mata pelajaran pengkhususan. Pengetahuan yang amat terhad tentang keperluan kurikulum institusi. Amat Kurang berkeupayaan mengembangkan pengetahuan tentang mata pelajaran.

9.

Penyampaian Lemah Sebahagian kecil pelajar menunjukkan tanda-tanda memahami maklumat yang disampaikan. Masih ada kekeliruan dan penglibatan tidak menyeluruh. Sederhana Sebahagian besar pelajar menunjukkan tanda-tanda memahami maklumat yang disampaikan. Masih ada sedikit kekeliruan dan penglibatan tidak menyeluruh. Baik Pelajaran nyata dapat difahami namun adakalanya pelajar yang memberi jawapan yang kurang tepat. Boleh melaksanakan aktiviti dan arahan kerja tetapi ada ketikanya kurang tepat. Penglibatan pelajar yang lebih aktif dan responsif. Sangat Baik Pelajar berjaya memberi respon tepat. Membuktikan pemahaman konsep dan isi pelajaran. Ada perubahan tingkah laku. Pelajar berjaya melakukan aktiviti atau latihan dan menyelesaikan masalah dengan tepat dan mengikut cara yang betul. Pelajar yang amat responsif dan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti.

Sangat Lemah Hampir semua pelajar masih keliru dan celaru terhadap isi pengajaran. Masih tertanyatanya kerana masih tidak memahami maklumat. Banyak kesilapan dalam jawapan yang diberi. Tidak menghiraukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

10.

Penyertaan Pelajar Lemah Sebahagian kecil pelajar menunjukkan tanda-tanda ingin berinterakasi dengan pengajaran Masih ada kekeliruan dan tiada penglibatan yang ketara. Sederhana Sebahagian besar pelajar menunjukkan tanda ingin berinterakasi dengan pengajaran dan terdapat sedikit kekeliruan dan penglibatan masih kurang. Baik Pengajaran melibatkan interaksi pelajar. Sebahagian pelajar boleh melaksanakan aktiviti dan arahan kerja tetapi ada ketikanya kurang tepat. Penglibatan pelajar yang aktif dan responsif. Sangat Baik Pengajaran melibatkan interaksi sepenuhnya pelajar dengan amat baik. Semua pelajar berjaya melakukan aktiviti dengan tepat dan sesuai dengan pengajaran. Penglibatan pelajar yang amat aktif responsive dan terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti.

Sangat Lemah Hampir semua pelajar masih gagal berinteraksi dengan isi pengajaran dan aktiviti.

27

11.

Penggunaan Alat/Bahan /Sumber Pengajaran Lemah Penggunaan alat/sumber kurang sesuai, kurang menarik dan kurang memotivasikan pelajar. Sederhana Penggunaan alat/sumber agak sesuai, menarik dan dapat memotivasikan pelajar. Baik Penggunaan alat/ sumber menarik, sesuai dan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sangat Baik Penggunaan alat/ sumber amat menarik dan pelbagai, sesuai serta amat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sangat Lemah Penggunaan alat/ sumber tidak dinyatakan dan tidak sesuai dengan objektif/tajuk.

12.

Penutup Lemah Penutupan kurang berkaitan dengan tajuk pelajaran. Sebahagian kecil sahaja daripada maklumat utama diberi kesimpulan atau rumusan. Ada memberi arahan untuk bersurai secara teratur tetapi pelaksanaannya tidak dikawal. Sederhana Penutupan pengajaran agak sesuai walaupun kurang menarik dan kurang berkesan. Aktiviti susulan kurang jelas. Memberi arahan untuk bersurai secara teratur dan pelaksanaannya kurang terkawal. Baik Penutupan pengajaran yang sesuai dan menarik. Berjaya membuat rumusan/ kesimpulan. Sebahagian besar isi utama/konsep utama diberi peneguhan. Aktiviti susulan diberi dengan jelas. Memberi arahan untuk bersurai secara teratur dengan baik dan dilaksanakan dengan terkawal. Sangat Baik Menamatkan pengajaran dengan aktiviti yang amat berkesan. Isi-isi utama diberi peneguhan dengan berkesan. Berjaya menguruskan pelajar dengan amat teratur. Ada kerja susulan / maklumat tambahan. Pelajar meninggalkan kelas dengan berdisiplin.

Sangat Lemah Tidak dapat membuat rumusan atau penggulungan atau kesimpulan. Tiada peneguhan atau pengukuhan. Pelajar keluar atau bersurai dari kelas tanpa arahan yang jelas. Bersurai secara yang tidak berdisiplin. Gagal menutup pengajaran.

C. 1.

SIKAP DAN SAHSIAH (10 %) Penampilan Diri Sangat Lemah . Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Tidak berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi. Tidak yakin kepada diri sendiri. Bersikap negatif dalam perhubungan dengan pelajar.

Berpakaian kurang kemas, kurang bersopan santun, dan kurang berbudi bahasa. Kurang berusaha menimbulkan suasana mesra dan kurang menyenangkan di kalangan pelajar .

Berpakaian sederhana kemas, memiliki sopan santun yang sederhana, bersifat mesra dengan pelajar. Mempunyai perawakan yang sederhana baik.

Berpakaian kemas, berbudi bahasa, bersopan santun, memiliki sifat mesra dan mempunyai perawakan yang sesuai sebagai seorang guru yang baik.

Berkeyakinan tinggi dalam penampilan diri dan menunjukkan keyakinan dalam segala perlakuan. Bersikap positif, mesra dan memiliki sifat kecindan serta dapat menimbulkan kesan yang menyenangkan. Bersopan santun, berbudi bahasa dan berwibawa sebagai guru.

28

2.

Keprihatinan Lemah Kurang prihatin terhadap keperluan pelajar. Kurang berusaha menangani masalah pelajar. Sederhana Peka dan cuba melahirkan hubungan yang mesra dengan sebahagian pelajar. Sederhana sabar dalam menangani masalah dan keperluan pelajar. Baik Peka, mesra dan sabar serta mengambil berat terhadap masalah dan keperluan pelajar. Sangat Baik Prihatin dan menunjukkan sifat kemanusiaan. Peka, mesra dan memiliki sifat kecindan. Bertimbang rasa, empati dan akrab dengan pelajar. Mengambil berat terhadap masalah, kepentingan dan kebajikan pelajar.

Sangat Lemah Tidak prihatin terhadap keperluan pelajar. Tidak berusaha untuk mengenalpasti keadaan/ keperluan individu pelajar.

3.

Pekerti Lemah Sukar menyesuaikan tingkah laku sebagai seorang guru Sederhana Masih sederhana dalam tutur kata dan tingkahlaku sebagai guru. Baik Berbudi bahasa dan tahu menyesuaikan tingkah laku sebagai guru. Sangat Baik Pekerti terpuji, luhur dan bersifat mulia. Sebagai model kepada pelajar dan guru lain di institusi.

Sangat Lemah Tidak dapat menyesuaikan tingkah laku sebagai sebagai seorang guru

4.

Ciri-Ciri Profesional Lemah Di setengah keadaan kurang bertanggungjawab, bersemangat, iltizam Menyediakan persediaan mengajar yang kurang kemas. Gagal memberi refleksi kendiri. Sederhana Hampir semua keadaan ingin bertanggungjawab, bersemangat, iltizam Menyediakan persediaan mengajar yang sederhana kemas. Rekleksi kendiri kurang menyeluruh. Baik Bertanggungjawab, bersemangat, iltizam Menyediakan persediaan mengajar yang kemas. Rekleksi kendiri menyeluruh. Sangat Baik Menunjukkan amat bertanggungjawab dan iltizam, dedikasi. Menyediakan persediaan mengajar yang amat kemas dan mencipta pembaharuan.

Sangat Lemah Tidak memperlihatkan ciri-ciri profesionalisme seperti tidak bertanggungjawab, tidak beriltizam, tidak berdedikasi, tidak menyumbangkan idea. Tidak menyediakan persediaan mengajar yang kemas.

SKALA PENGLIBATAN GURU PELATIH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM Penglibatan pelajar ditentukan melalui petunjuk skala:Skala 1 Skala 2 Skala 3 Menerima tugas sebagai pembantu penasihat aktiviti kokurikulum. Kurang Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Tidak memperlihatkan kemahiran mengelola. Terlibat sebagai pembantu penasihat aktiviti ko- kurikulum. Mengendalikan aktiviti kokurikulum. Tidak memperlihatkan minat untuk menguasai kemahiran baru. Menjadi pembantu penasihat kokurikulum sederhana aktif. Memperlihatkan minat dan kerajinan menjalankan tugas. Mengendalikan aktiviti kokurikulum dengan sederhana. Ada kemahiran mengelola. Berminat untuk menguasai kemahiran baru Menjadi pembantu penasihat kokurikulum secara aktif dan bertanggungjawab. Menunjukkan kemahiran mengelola dengan cekap. Menunjukkan minat yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti. Menjadi pembantu penasihat kokurikulum secara sangat aktif dan bertanggungjawab. Menunjukkan kemahiran mengelola dengan amat memuaskan. Menunjukkan minat yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti.

Skala 4

Skala 5

29

LAMPIRAN E

Bahagian Institusi-Institusi Kementerian Pelajaran, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Kuala Lumpur.

KP(BS)8591/Jld.II/(38) 17 Jun 1985. Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. Y.B. Datuk / Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1985 Latihan Mengajar Bagi Guru-Guru Pelatih Maktab Perguruan, Pusat / Fakulti Pendidikan Universiti Salah satu usaha untuk melatih guru-guru yang dapat memberi perkhidmatan yang berkesan ialah dengan memperkemaskan lagi peraturan latihan mengajar bagi guru-guru pelatih dari maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Dalam hubungan ini, institusi-institusi yang dipilih sebagai tempat untuk latihan mengajar bagi guru-guru tersebut adalah diharap dapat memainkan peranan yang lebih berkesan lagi bagi mencapai matlamat tersebut. Guru Besar dan guru-guru hendaklah memberi kerjasama untuk membantu guru-guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. 2. Surat pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pihak institusi yang terlibat dengan latihan mengajar, mengenai beberapa tindakan yang perlu diambil. 2.1 Guru Besar 2.1.1 Memberi taklimat atau penerangan kepada guru-guru pelatih mengenai: 2.1.1.1 Organisasi dan pengurusan serta budaya institusi, termasuklah latar belakang murid dan masyarakat setempat; 2.1.1.2 Peraturan dan disiplin institusi; 2.1.1.3 Tanggungjawab dan tugas guru darjah/tingkatan; 2.1.1.4 Pengelolaan gerakerja ko-kurikulum dan lain-lain penerangan yang difikirkan sesuai dan perlu. Menyemak persiapan guru-guru pelatih dan jika perlu, mengarahkan guru darjah dan jika perlu, mengarahkan guru darjah/tingkatan atau guru kanan matapelajaran untuk menyemaknya pada tiap-tiap minggu. Ini termasuklah memeriksa buku persediaan mengajar, rancangan kerja, nota-nota mengajar dan alat-alat bantuan mengajar yang disediakan oleh guru-guru pelatih. Melantik beberapa orang guru terlatih yang berpengalaman untuk membantu dan membimbing guru-guru pelatih menambah kecekapan serta pengalaman mengajar yang berguna. Salah satu cara ialah dengan meminta guru-guru pelatih itu, jika tidak mengajar, berada di kelas, memerhati dan mempelajari teknik-teknik pengajaran dan sebagainya dari guru-guru terlatih yang sedang mengajar. Menentukan bahawa guru-guru pelatih menjadi guru pembantu kepada guruguru lain seperti guru darjah/tingkatan/sukan/penasihat persatuan/bimbingan. Menentukan guru-guru pelatih yang mengikuti kursus Perguruan Institusi Rendah (PSR), melibatkan diri secara aktif dalam program Kurikulum Baru Institusi Rendah (KBSR). Bagi guru-guru pelatih institusi menengah pula,

2.1.2

2.1.3

2.1.4 2.1.5

30

2.1.6

Guru Besar hendaklah memberi kesempatan kepada mereka mengajar matamata pelajaran opsyen masing-masing. Mengisi borang laporan sulit bagi tiap-tiap guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di institusinya. Laporan sulit ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua-Pengetua maktab atau pihak berkuasa universiti seminggu selepas tempoh latihan mengajar selesai dijalankan. (Laporan sulit ini akan diambil kira di dalam penilaian pencapaian latihan mengajar keseluruhannya bagi seseorang guru pelatih itu).

2.2

Guru Darjah/Tingkatan 2.2.1 Semasa guru-guru pelatih mengajar, guru darjah/tingkatan (yang mana kelaskelas mereka diambil alih oleh guru-guru pelatih tersebut) hendaklah berada di dalam bilik darjah masing-masing, kecuali sewaktu penyelia/pensyarah sedang menjalankan penyeliaan. Memberi panduan dan nasihat kepada guru-guru pelatih tersebut dengan mengadakan perbincangan dan sebagainya, sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh sepanjang latihan mengajar.

2.2.2

2.3

Guru-Guru Pelatih 2.3.1 Guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah arahan dan pentadbiran Guru Besar Institusi berkenaan, sama seperti mana guru-guru terlatih yang lain. Oleh itu, mereka juga adalah dikehendaki mematuhi peraturan institusi. Mereka tidak dibenarkan mengambil cuti semasa menjalani latihan mengajar. Jika sakit, surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak berkuasa maktab-maktab perguruan atau universiti.

2.3.2

2.4

Penyelia/Pensyarah 2.4.1 Berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar mengenai hal-hal yang berkaitan dengan latihan mengajar guru-guru pelatih, sebelum latihan mengajar dimulakan. Memahami peraturan institusi seperti tatatertib, pakaian, rambut, waktu masuk dan balik serta lain-lain peraturan yang terdapat di institusi berkenaan, supaya mereka dapat memastikan bahawa semua guru pelatih mematuhi peraturan tersebut di sepanjang tempoh latihan mengajar. Memberi syor kepada pihak institusi bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih, jika ada, semasa menjalani latihan mengajar. Berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara ikhtisas dengan guru-guru terlatih untuk faedah bersama. Mendapatkan ulasan keseluruhan daripada pihak institusi mengenai prestasi dan kelakuan guru-guru pelatih masing-masing.

2.4.2

2.4.3 2.4.4 2.4.5

31

Adalah diharapkan Y.B. Dato/ Tuan dapat memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua institusi. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, T.T. (DATO HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) (Bahagian Institusi-institusi) bp. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

32

LAMPIRAN F Ruj. Kami:PS(6.00)111-JD4(SK 1/94)/(2) Ruj. Tuan : Tarikh : 15 Mei 1996


Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Blok F, Pusat Bandar Damansara, 50604 KUALA LUMPUR (u:p Encik Abd. Wahab b. Hashim)

Tuan, Pemberian Ganjaran Kepada Guru Pembimbing Kursus Perguruan Pra Perkhidmatan --------------------------------------------------------Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk surat tuan bil. KP(BPG)9561/Jld.45/() bertarikh 3 April 1996 mengenai perkara di atas. 2. Setelah dikaji dengan teliti, sukacita dimaklumkan bahawa Perbendaharaan tiada halangan meluluskan cadangan Kementerian Pendidikan supaya dipanjangkan kelulusan pemberian elaun khas guru pembimbing yang membimbing guru-guru pelatih kursus Perguruan Asas Lima semester menjalani Latihan mengajar II di institusi-institusi kepada semua guru pembimbing yang dilantik secara rasmi menjalankan bimbingan latihan mengajar I dan II bagi semua kursus perguruan pra perkhidmatan iaitu Kursus Perguruan Asas Lima semester, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Kursus Perguruan Lepasan Diploma dan Kursus Dalam Cuti mengikut peraturan seperti berikut :i) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) (Siswazah) yang dilantik menjadi guru pembimbing diberi elaun khas sebanyak RM80 sebulan dan RM60 sebulan bagi PPP (Bukan Siswazah) bagi tempoh latihan mengajar dan sekiranya perkhidmatan kurang dari sebulan, ia dibayar mengikut bahagiannya iaitu secara proportionate:ii) PPP yang dilantik sebagai pembimbing adalah dikehendaki membimbing 2 guru pelatih bagi tempoh latihan mengajar tersebut :iii) tugas tambahan memberi bimbingan tersebut tidak boleh diambil kira untuk kerja lebih masa dan iv) pemberian elaun khas ini berkuatkuasa 1.1.1996 Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA JIMAT DAN PRODUKTIF

Saya yang menurut perintah t.t


(KHADIZAN BIN ABDULLAH) Bahagian Pentadbiran b.p Ketua Setiausaha Perbendaharaan

33

Anda mungkin juga menyukai