Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Kajian

Terdapat beberapa kes yang melibatkan hubungan antara penganut agama yang
terjejas dan berkait rapat dengan isu sensitiviti agama. Pemaparan isu sensitiviti
agama oleh media sebenarnya membimbangkan pelbagai pihak terutama rakyat dan
kerajaan. Persepsi masyarakat dibentuk melalui pengaruh media. Perkara ini turut
ditegaskan oleh Zulkifli Hassan (2012) bahawa media amat berpengaruh dalam
membentuk persepsi masyarakat. Menurutnya penerbitan beberapa filem berunsur
Islamofobia seperti filem “Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara
jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW serta menunjukkan salah faham terhadap
agama Islam itu sendiri.

Perkara ini terjadi berikutan dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku di
dunia seperti peristiwa 11 September 2001 di bandar New York sebagai pencetus
utama kepada fenomena Islamofobia. Peristiwa berkenaan telah mengorbankan
kira-kira 2,996 nyawa. Seterusnya, peristiwa pengeboman di Madrid pada 11 Mac
2004 melibatkan kematian 191 orang. Malah pengeboman di London pada 7 Julai
2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim telah
memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. Insiden sebegini
menyebabkan umat Islam dikaitkan dengan keganasan (terrorisme).

Walau bagaimanapun persepsi sebenar penganut agama terhadap penganut


agama lain tidak dapat dipastikan. Keadaan ini disebabkan oleh tiada data yang
dapat menunjukkan secara tepat tentang had antara agama terutama dalam konteks
persepsi dan prejudis. Rentetan daripada itu, menyebabkan masyarakat semakin
sensitif terhadap isu agama seperti isu kalimah Allah, pertukaran agama dan lain-
lain. Oleh itu, penyediaan bukti saintifik yang empirikal amat diperlukan.
Sehubungan itu, dapatan kajian ini dijangka boleh mengemukakan bukti terhadap
status semasa persepsi dan tahap prejudis masyarakat mengenai hubungan antara
agama di Malaysia.
Dengan penentuan tersebut ia dapat membantu pihak seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan-
Jabatan Agama Negeri (JAIN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN), Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara (MPN), Malaysian
Consultative Council of Christianity, Buddhism, Hinduism, Sikhism and Taoism”
(MCCBCHST), Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) dan lain-lain dalam merencana
program dan aktiviti untuk mengukuhkan hubungan antara penganut agama di
Malaysia.

Rujukan
Zulkifli Hasan. (2012). Memahami Isu Islamofobia: Antara Persepsi dan Realiti.
Bengkel Kefahaman Islamofobia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2012.

Anda mungkin juga menyukai