Anda di halaman 1dari 1

‘Woii bangun !!!’ jeritan abang Fadil itu menampar setiap tidur para pelajar yang sudah lena.

Abang Fadil merupakan ketua asrama . Dia akan memastikan setiap pelajar bangun menunaikan
solat subuh secara berjemaah . Aku juga turut tertampar apabila mendengar jeritan itu . Badan aku
bagai bersemadi dengan selimut sukar untuk menggerakkan tubuh . Aku cuba mengumpul tenaga
melawan hasutan iblis. Aku menterjah ke katil sebelah untuk mengejutkan Alip rakan sebilik aku .
Aku menggoncangkan tubuhnya bak bagaikan nak rak tetapi tiada reaksi ditunjukkan .
Sesungguhnya dia sudah bersemadi di alam mimpi . Aku hanya membiarkannya sejurus itu . Sudah
menjadi tabiat dia untuk tidak bangun .

Sejurus sahaja selesai menunaikan solat subuh di surau . Aku segera pulang untuk bersiap ke
sekolah . “Mengapa kamu tidak ke surau “ kedengaran suara cikgu Osman yang datang dari biliku
menyebabkan hatiku berasa gentar . Apabila aku tiba di hadapan bilikku , aku melihat Alip
sedang dimarahi oleh cikgu Osman . Alip yang sedang berasa takut menoleh ke arahku seolah-olah
meminta pertolongan . “Maaf cikgu saya terlupa nak kejutkan Alip sebelum pergi ke surau tadi “ aku
cuba membantu . “ Kamu ni sepatutunya……” aku hanya dapat menepis setiap senjata tajam yang
dilempar oleh mulutnya.

Setibanya di kelas aku melihat seorang rupawan manis.. Setiap senyumanya terukir seribu
kemanisan. Kelunakan kelipan matanya setiap saat mengubah dunia . Pakaiannya yang sopan santun
memukau setiap sudut perjalanannya . Hatiku bagai hendak luruh setiap kali penembungan kami .
Amirah namanya . Tetapi benteng antara meja memisahkan kami. “Woii kau buat apa ni “ kejutan
dari Alip membuatkan diriku terkejut . “Shhh, diamlah kau aku tengah melihat ciptaan Tuhan ni”
jelasku . “Kalau kau suka tu bagitahu jelah, tak perlu nak simpan lama-lama , nanti kena kebas
dengan orang, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah”. Nasihat dari Alip membuatkan aku berfikir
segenak .

“Jomlah kita pergi rehat” ajak Alip sambil memegang perutnya . Semasa kami sedang berjalan
untuk ke kantin tiba-tiba abang Fadil menahan kami “Ameer , cikgu Haikal panggil kau dekat bilik
disiplin sekarang “terdengar sahaja bilik disiplin jantungku terus berdegup laju . Semasa dalam
perjalanan ke bilik disiplin hatiku tertanya-tanya kesalahan apa yang aku lakukan . “Cikgu Haikal
panggil saya ke ?” tanyaku dengan sedikit getar . “Ya saya panggil kamu kesini untuk memberitahu
bahawa kamu….”. “Kringgggg” tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi yang menyebabkan kata-kata
cikgu Haikal terhenti . Kami terus keluar dari bilik untuk mengetahui perkara apa yang terjadi . Rupa-
rupanya ada pelajar yang sengaja menekan suis kecemasan .

Semasa dalam perjalanan pulang aku teringat kata-kata cikgu Haikal “Saya dan guru-guru telah
bersepakat untuk melantik kamu sebagai Ketua Pelajar pada tahun hadapan “ kata-kata cikgu Haikal
itu menjadikan aku serba tak kena kerana takut atas tanggungjawab yang akan disandang . “Ameer
jom kita pergi main badminton petang ni “ pertanyaan dari Alip membuat aku berasa terkejut . “Kau
ni memang nak buat aku mati terkejut ehh” jawab aku tegas . “Apa yang kau sedang fikirkan sampai
terkejut macam ni , ohh ! fikir tentang Amirah . Mendengarkan nama itu membuatkan aku
tersenyum .

Pada petang itu , aku dan Alip keluar pergi ke gelanggang . Aku melihat ramai pelajar yang sedang
bermain badminton dan mataku teralih kepada yang membuatkan aku tersenyum

Anda mungkin juga menyukai