Anda di halaman 1dari 2

JENIS-JENIS FABRIK

1. CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah
dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana
benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Crepe is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai
crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam
ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di
iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.

2. JACQUARD

Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya.
 Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini
dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas
kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and
colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry
cleaning means problem solved)

3. 100% COTTON

Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untuk
bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai.
Malahan ia juga senang untuk dicuci.

 Antara ciri – ciri lainnya :

   Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.


   Menyerap keringat.
   Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam.
   Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan
menggunakan detergent.
   Boleh dicuci atau di dry clean.
4. RAYON

Rayon merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya
serapan yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh menyusut.
Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.

Rayon ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain. Tapi
kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die kalo nak tau rayon
ke tak try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2. Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer
nnt org kedai marah =)

5. KAIN ORGANZA

Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana
tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada
bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu
untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian pengantin.

6. KAIN CHIFFON 

Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain
chiffon, kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk dye. Biasanya
kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.

Chiffon ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb chiffon ni
stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk dapat dah sekarang.
Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo ganas sangat pakai, tapi sangat
sejuk. Mudah iron juga.

7. KAIN SATIN

Ia biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah
dijahit, senang dijaga dan tahan lama.

8. POLYESTER

Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan
terasa panas dibadan.

Anda mungkin juga menyukai