Anda di halaman 1dari 47

DTU 41103

ULUM AL-QURAN

MOHAMAD ALWI BIN AB


RAHMAN
Bahasa : wahyu adalah
bentuk masdar dari auha-
yuhi-wahyan dengan dua
pengertian asas iaitu al-
khafa‟ (tersembunyi) dan
as-sur‟ah (cepat).
2
Istilah:Pemberitahuan secara
tersembunyi dan cepat yang
khusus ditujukan kepada orang
yang diberitahu tanpa diketahui
oleh yang lainnya atau Firman
Allah SWT yang diturunkan
kepada nabi-nabiNya
3
1. Melalui Mimpi Yang Benar
Wahyu dengan cara ini
disampaikan terus kepada para
nabi tanpa perantaraan Malaikat.
Contohnya adalah mimpi Nabi
Ibrahim AS agar menyembelih
puteranya Ismail. 4
Allah SWT berfirman:

‫ش ۡر ٰن ُه ِب ُغ ٰل ٍم َحل ِۡي ٍم‬


َّ ‫َف َب‬
Maka Allah mengabulkan
doanya, merealisasikan
keinginannya, dan memberinya
khabar gembira berupa
keturunan yang mulia dan sabar
yang bernama Ismail. 5
‫ٱلس ْع َى َقال َ ٰ َي ُب َن َّى إِ ِّن ٓى أَ َر ٰى فِى ٱ ْل َم َن ِام‬َّ ‫َف َل َّما َب َل َغ َم َع ُه‬
‫ت ٱ ْف َعلْ َما‬ ِ ‫أَ ِّن ٓى أَ ْذ َب ُح َك َفٲن ُظ ْر َما َذا َت َر ٰى ۚ َقال َ ٰ َٓيأ َ َب‬
ٰ
َ ‫ٱلَّٰ ِب ِري‬
َّ َ ‫ٱَّلُ ِم‬ َّ ََٓ ‫شا‬َ ِ‫س َت ِِ ُُن ِٓى إ‬ َ ۖ ‫ُت ْؤ َم ُر‬
Ketika Ismail telah beranjak
dewasa dan mulai nampak
bantuan dan pertolongannya bagi
Ibrahim, Ibrahim berkata
kepadanya: “Wahai anakku, aku
melihat dalam mimpi, aku
menyembelihmu. Bagaimana
menurutmu tentang mimpi ini?” 6
Maka Ismail menjawab
dengan jawapan yang
menyejukkan hati,
memudahkan urusan Ibrahim,
diredhai Allah, dan
menunjukkan baktinya
kepada Ibrahim; ia berkata:

7
“Laksanakanlah apa yang
engkau lihat dan kerjakan
ketaatan yang diperintahkan
kepadamu; insyaAllah engkau
akan mendapatiku sebagai
anak yang sabar, taat, dan
redha.”

8
2. Dari Balik Tabir

Wahyu dengan cara ini juga


disampaikan secara
langsung(terus) kepada para
nabi tanpa perantaraan
Malaikat.
9
Nabi yang menerima wahyu
dapat mendengar kalam
Ilahi akan tetapi tidak dapat
melihat-Nya seperti yang
terjadi kepada Nabi Musa
AS.
10
‫‪Firman Allah SWT:‬‬

‫َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫ٰ‬


‫ب‬‫س ٰى لِمِيق ِت َنا َو َكل َم ُهۥ َر ُّب ُهۥ قال َ َر ِّ‬ ‫َو َل َّما َِآ ََ ُمو َ‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ٰ‬
‫أَ ِرن ِٓى أَن ُظ ْر إِ َل ْي َك ۚ َقال َ َل َت َر ٰىنِى َول ِك ِ ٱنظ ْر إِلى‬
‫ف َت َر ٰىنِى ۚ َف َل َّما‬ ‫س ْو َ‬ ‫ٱس َت َق َّر َم َكا َن ُهۥ َف َ‬ ‫ٱ ْل َِ َب ِل َفإِ ِ ْ‬
‫َّٰ ِع ًّقا ۚ‬
‫َ‬ ‫ى‬‫ٰ‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ر‬‫خ‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ّ‬
‫ك‬ ‫ًّ‬
‫َت َِ َّل ٰى َر ُّب ُهۥ لِ ْل َِ َب ِل َِ َع َل ُهۥ َُ َ َّ ُ َ‬
‫َ‬
‫ُ‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ا‬‫۠‬ ‫َ‬
‫ن‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫و‬ ‫َ‬ ‫ك‬ ‫َ‬ ‫ي‬
‫ْ‬ ‫َ‬
‫ل‬ ‫ِ‬ ‫إ‬ ‫ُ‬
‫ت‬ ‫ب‬
‫ْ‬ ‫ُ‬
‫ت‬ ‫َ‬
‫ك‬ ‫َ‬
‫ن‬ ‫ح‬
‫َ‬ ‫ٰ‬ ‫ب‬
‫ْ‬ ‫س‬
‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ل‬‫ا‬ ‫َ‬
‫ق‬ ‫َ‬
‫اق‬ ‫َ‬
‫ف‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ٓ‬ ‫ا‬ ‫م‬
‫َّ‬ ‫َ‬
‫ل‬ ‫َ‬
‫ف‬
‫ٱ ْل ُم ْؤ ِمنِي َ‬
‫‪11‬‬
Tafsiran ayat:

a. (Dan tatkala Musa datang


untuk (munajat dengan Kami)
pada waktu yang telah Kami
tentukan) Yakni untuk
berbicara dengan Allah pada
waktu yang telah ditentukan. 12
b. (Dan Tuhan telah berfirman
(langsung) kepadanya Yakni
Allah memperdengarkan
suara-Nya tanpa perantaraan.

13
c. (Berkatalah Musa: “Ya
Tuhanku, nampakkanlah (diri
Engkau) kepadaku agar aku
dapat melihat kepada Engkau”)
Qatadah berkata: ketika Nabi
Musa telah mendengar suara-
Nya, lalu ia ingin melihat-Nya
kerana dorongan rasa rindu.
14
d. (Tuhan berfirman: “Kamu sekali-
kali tidak sanggup melihat-Ku) Hal
ini menunjukkan bahawa Nabi Musa
tidak dapat melihat-Nya ketika ia
meminta hal itu, adapun untuk dapat
melihat-Nya di akhirat maka telah
disebutkan dalam banyak hadis

15
e. (Tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika
ia tetap di tempatnya (sebagai
sediakala) nescaya kamu dapat
melihat-Ku) Yakni kamu tidak akan
mampu untuk melihat-Ku
16
sebagaimana makhluk yang lebih
besar dan kuat darimu seperti
gunung tidak mampu untuk melihat-
Ku. Dikatakan bahawa itu
merupakan gunung Thur.
17
f. Maka jika ia tetap di tempatnya)
Yakni tetap teguh dan tidak
bergoncang ketika melihat-Ku.
nescaya kamu dapat melihat-Ku)
Dan jika gunung itu tidak mampu
melakukan itu maka kamu pasti
lebih darinya.(tidak mampu)
18
Kalimat ini merupakan
perumpamaan yang
diberikan kepada Nabi Musa
dengan sebuah gunung.

19
g. (Tatkala Tuhannya menampakkan
diri kepada gunung itu)
Menunjukkan diri-Nya kepada
gunung.

20
i. Dijadikan gunung itu hancur
luluh) Yakni menjadikannya hancur
lebur sehingga menjadi tanah. Dan
disebutkan dalam hadis dari Anas:
gunung itu menjadi lenyap.
21
j. ( Dan Musa pun jatuh pengsan) Yakni
pengsan kerana ditimpa petir. Maka
setelah Musa sedar kembali) Dari
pengsannya. Dia berkata: “Maha Suci
Engkau) Yakni aku mensucikan-Mu
dengan sebenar-benarnya. 22
k. (Aku bertaubat kepada
Engkau) Dari permintaan yang
seperti ini lagi. Dan aku orang
yang pertama-tama beriman”)
Beriman kepada-Mu sebelum
kaumku, dengan mengakui
kebesaran dan keagungan-Mu.
23
* Di samping berbicara dengan
Nabi Musa AS, Allah SWT juga
telah berbicara secara terus
dengan Nabi Muhammad SAW
pada malam Isra‟ Mi‟raj. Nabi
dapat mendengar firman Allah
langsung tanpa perantaraan
Jibril tetapi tidak dapat melihat-
Nya. 24
3. Melalui Perantaraan Malaikat

Cara yang ketiga wahyu Allah


diturunkan kepada para nabi-Nya
adalah melalui perantaraan
malaikat sebagai penyampai
wahyu seperti Malaikat Jibril AS.
25
Keseluruhan ayat-ayat dari Kitab Suci
Al-Qur‟an diturunkan dengan cara ini.
Ada 2 cara Malaikat Jibril datang
menyampaikan wahyu kepada Nabi
Muhammad SAW iaitu:
26
a. Datang kepada Nabi dengan suara
seperti deringan loceng dan suara
yang amat kuat

27
sehingga Nabi dengan segala
kekuatannya bersiap sedia dengan
keadaan tersebut. Cara ini yang paling
berat kepada Nabi.

28
Apabila wahyu turun kepada
Rasulullah SAW dengan cara
ini maka beliau akan
mengumpulkan segala
kekuatan untuk menerima,
menghafaz dan
memahaminya.
29
b. Malaikat menjelma menjadi
seorang lelaki lalu datang
menyampaikan wahyu kepada
Nabi.

30
Cara ini lebih ringan dari cara yang
pertama, kerana adanya kesesuaian
antara pembicara dan pendengar,
seperti seseorang yang berbicara
dengan saudaranya sendiri.
31
Menurut Ibn Khaldun, seperti
dikutip Manna„ Qaththan, dalam
keadaan yang pertama
Rasulullah, melepaskan
kudratnya sebagai manusia yang
bersifat jasmani untuk
berhubungan dengan malaikat
yang rohani sifatnya.
32
Sedangkan dalam keadaan lain
sebaliknya, malaikat merubah
diri daripada yang rohani
menjadi manusia jasmani.

33
Tentang 2 cara Malaikat Jibril
datang membawa wahyu kepada
Nabi ini disebutkan dalam hadit
riwayat Aisyah RA yang
bermaksud:
34
“Diriwayatkan dari „Aisyah
Ummul Mukminin RA,
bahawasanya al-Harith ibnu
Hisyam RA bertanya kepada
Rasulullah SAW. Dia berkata:

35
“Wahai Rasulullah, bagaimana
datang wahyu kepada engkau?”.
Rasulullah SAW menjawab:
“Kadang-kadang datang kepadaku
seperti deringan loceng dan itulah
yang paling berat bagiku.

36
Lalu ia pergi dan aku telah
menyedari apa yang
dikatakannya. Dan kadang
pula Malaikat menjelma di
hadapanku sebagai seorang
lelaki lalu dia berbicara
kepadaku dan aku pun
memahami apa yag dia
katakan.
37
Aisyah RA mengatakan: “Aku
pernah melihat beliau tatkala
wahyu sedang turun
kepadanya, pada suatu hari
yang amat dingin. Lalu
Malaikat itu pergi, sedang
keringat pun kelihatan
daripada dahi Rasulullah
SAW.” (H.R. Bukhari)
38
1. Wahyu hanya disampaikan
kepada Nabi dan Rasul.
2. Kebenaran wahyu bersifat
mutlak.
3. Hukum wahyu kekal/tidak
boleh dipinda.
39
4. Wahyu tidak diturunkan lagi
selepas wafatnya Rasulullah.
5. Wahyu mengandungi
undang-undang Allah.
6. Wahyu menerangkan perkara
sam‟iyat/perkara ghaib.

40
1. Wahyu membetulkan
aqidah manusia/membawa
manusia ke jalan yang benar
2. Wahyu membetulkan
ajaran agama/syariat yang
telah diselewengkan.
41
3. Wahyu menerangkan cara-
cara melaksanakan ibadat/
melaksanakan ajaran
Allah SWT.
4. Wahyu mendidik akhlak
manusia.

42
5. Wahyu mendorong
/membimbing akal membina
tamadun manusia.

6. Wahyu memandu manusia


berfikiran rasional/
menggalakkan menuntut
Ilmu.
43
KESAN JIKA UNDANG-
UNDANG TIDAK
BERSUMBERKAN WAHYU.

1. Keadilan tidak terjamin/


berlaku kezaliman/pergaduhan.
2. Menyalahi dan bercanggah
dengan fitrah manusia.
44
3. Mudah berlaku
penyelewengan / terpesong
dalam perlaksanaannya.
4. Sentiasa berlaku
perubahan.
45
CARA BERSYUKUR KERANA
DIKURNIAKAN WAHYU

1. Mengamalkan syariat wahyu


dalam kehidupan seharian.
2. Meninggalkan segala
larangan wahyu.
3. Mendalami dan mengkaji
kebenaran wahyu. 46
MOHAMAD ALWI BIN AB
RAHMAN
019 5527490
Email:
alwi@unishams.edu.my

Anda mungkin juga menyukai