Anda di halaman 1dari 7

10 Idea

Follow Up
1. Harga naik.
Tulis emel yang mengatakan produk akan di
naikkan harga dalam masa terdekat. Yakinkan
si pembaca dengan mengatakan anda terpaksa
menaikkan harga kerana sebab-sebab tertentu.
Katakan juga anda sedang mengalami
kerugian kerana menjual pada harga yang
murah.

2. Pembayaran mudah.
Tulis emel bahawa anda sudah menyediakan
pembayaran produk cara murah. Jika sebelum
ini tiada option kad kredit, anda boleh
tambahkan option tersebut dan beritahu pada
list. Jika produk anda harga mahal, anda boleh
benarkan pembeli untuk membayar secara
ansuran dengan autodebit dari kad kredit
mereka.
3. Tambahan Bonus.
Wujudkan satu lagi bonus untuk pembeli produk
dan katakan pada mereka bonus itu istimewa dan
sangat-sangat terhad. Beritahu selengkap
mungkin maklumat mengenai bonus itu.

4. Kurangkan harga.
Katakan pada subscriber, anda telah kurangkan
harga produk yang di jual di sebabkan terdapat
ramai orang yang mahu membeli tetapi mereka
tidak mampu. Kurangkan harga dan wujudkan
kuota. Katakan pada mereka, anda memang
benar-benar ikhlas untuk membantu mereka
mendapatkan produk itu.
5. Jualan hampir tamat
Dua tiga bulan selepas perlancaran, katakan pada
subscriber anda yang masih liat untuk membeli
bahawa jualan sudah hampir tamat dan mereka
boleh dapatkan sekarang atau akan menyesal
pada kemudian hari nanti.

6. Amaran kuantiti.
Wujudkan satu suasana kecemasan, katakan
produk anda semakin laris dan mula mencapai
kuota atau sasaran anda. Katakan pada mereka
rahsia di dalam produk anda itu bakal tersimpan
selama-lamanya.
7. Jawab Soalan.
Tulis emel berbentuk Question and Answer. Cari
sebanyak mungkin soalan yang relevan dengan
produk anda dan tulis jawapannya sekali. Teknik
ini bagi menghuraikan persoalan tersirat di
dalam minda subscriber.

8. Preview percuma ebook


Bongkarkan dengan lebih lanjut mengenai
produk anda. Beritahu pada para subscriber
mengenai rahsia terbesar di dalam produk anda.
Beritahu secara samar-samar sahaja supaya
mereka tidak nampak rahsia sebenar tetapi
dapat merasai kehadiran rahsia tersebut.
9. Percubaan percuma.
Bina satu konsep free trial sama ada dalam harga
yang rendah atau percuma terus pada masa
tertentu. Di dalam free trial itu, ceritakan secara
ringkas mengenai produk anda itu. Hantar emel
pada subscriber anda mengenai tawaran anda
itu.

10. Pengumuman pakej.


Jika produk yang anda jual kurang mendapat
sambutan, mungkin anda boleh pecahpecahkan
mengikut kategori dan letakkan pada harga yang
berlainan. Sudah tentu, mereka akan dapat
diskaun jika mereka beli semua pakej. Umumkan
khas pada subscriber anda sahaja.
SIFU BERIKAN
10 Idea Follow
Up Dengan
TEPAT dan
AJAIB

Anda mungkin juga menyukai