Anda di halaman 1dari 3

MANTERA : ULIT MAYANG

MAKSUD MANTERA;

 Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib
(melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kesaktian
(seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya). Mantera juga diberi pengertian sebagai
ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang
mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa
dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-upacara
ritual, pemujaan kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja bersangkut paut
dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan segala
bencana).

Tujuan Penggunaan Mantera

a. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai


mengganggu sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan
masyarakat.
b. Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci.
c. Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

TEMA;

 Mantera ini membawa tema kemasyarakatan,iaitu kebolehan puisi ini menjadi amalan penting
dalam kehidupan masyarakat yang mempercayai amalan pumujaan dan amalan puji-pujian
untuk merawat penyakit.

PERSOALAN;

1. Persoalan kehidupan manusia dahulu yang mengamalkan satu bentuk amalan perubatan
magis sama ada dalam bentuk pemujaan atau jampi.
2. Persoalan manusia pada zaman dahulu kala amat bergantung pada alam dalam seluruh
kehidupannya.
3. Persoalan kepada masyarakat zaman dahulu bersandar atau memohon perlindungan
daripada unsur ghaib untuk meneruskan hidupnya.

NADA;

 menyeru-yeru sambil menyanyi. dimana tarian ini merupakan tarian keasyikan keagamaan pra
islam yang diringi dengan oleh nyanyian dan muzik di Terengganu.
Bentuk;
 Dari segi bentuk :
i. Bentuk bebas atau tidak terikat
ii. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap
iii. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
iv. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.

 Dari segi isi :


i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan
membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara
tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan

 Dari segi bahasa :


i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti
gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan,
bunyi atau pendengaran
ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa
dan metafora.

 Jenis mantera dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan,
iaitu :
a. Perubatan
b. Pakaian diri
c. Pekerjaan
d. Adat isiadat

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai kemasyarakatan;

 Nilai masyrakat yang percaya akan benda-benda khurafat.


 Nilai masyarakat yang percaya kepada penggunaan jin.
 Nilai masyarakat yang amalkan adat turun temurun.

Pengajaran

 Kita hendaklah memohon perlindungan ALLAH S.W.T supaya jauh daripada kecelakaan atau
perkara buruk.

Anda mungkin juga menyukai