Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TAMAN KELADI

KEJOHANAN OLAHRAGA ZON SUNGAI PETANI


TAHUN 2022
1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Olahraga adalah salah satu cabang sukan yang


dipertandingkan. Ia melibatkan acara padang dan balapan bagi memenuhi
hasrat dan kehendak sekolah amnya dan murid khususnya. Saban tahun KOT
merupakan Kejohanan yang penting dan menjadi tradisi kerana aktiviti ini
menjadi medium penting bagi mencungkil bakat dan mengilap potensi pelajar
di samping memilih pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
olahraga peringkat zon, peringkat daerah peringkat negeri dan seterusnya
peringkat kebangsaan.

Justeru itu sebagai pengelola, Unit Kokurikulum dengan kerjasama erat semua
guru dan warga SJKT Taman Keladi bertanggungjawab untuk menasihati,
membimbing, memberi tunjuk ajar seterusnya melatih para pelajar agar
matlamat yang dikehendaki akan tercapai. Kejohanan ini dianjurkan oleh
Jawatankuasa Kokurikulum SK TAMAN SERI WANGSA sebagai salah satu
usaha ke arah mendedahkan pelajar-pelajar kepada cabaran cabaran fizikal
dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan
keyakinan diri masing-masing. Oleh itu penglibatan dan komitmen semua
warga SJKT Taman Keladi dalam menjayakan kejohanan ini merupakan kunci
kepada kecemerlangan sekolah.

2.0 RASIONAL
2.1 Unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara
hands on dengan para pelajar dipupuk dengan sifat mulia seperti
bertoleransi, bertolak ansur, dedikasi, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan
peribadi.
2.2 Kejohanan olahraga juga mendedahkan para pelajar kepada
cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing –
masing.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para pelajar kepada aspek–aspek asas olahraga

(balapan & padang ).

3.2 Melatih para pelajar melaksanakan aktiviti–aktiviti kecerdasan


fizikal Csecara teratur dan berdisiplin .
3.3 Memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan bakat
dan kebolehan fizikal sejajar dengan umur murid.
3.4 Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu dalam satu
pasukan.

4.0 NAMA PROGRAM


KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT ZON SUNGAI PETANI

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


22.06.2022 ( Rabu)

6.0 TEMPAT
SK Taman Seri Wangsa

7.0 KUMPULAN SASARAN


Murid tahap 2(dilampirkan)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA SEUNIT JUMLAH

(RM)

1 MAKANAN 2.00 x 14 28.00

2 MINUMAN 1 PETI 9.80

JUMLAH 37.80
8.0 PENUTUP
Diharap dengan penganjuran kejohanan ini , memberi peluang
kepada para pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan fizikal
sejajar
dengan umur murid.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

………………………. ………………………….. ………………………….


EN. S.MATHAVAN
Penyelaras Olahrag

Anda mungkin juga menyukai