Anda di halaman 1dari 2

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Kisah bermula di sebuah perkampungan yang terletak di pinggir bandar.


Seorang budak bernama Fatin telah menjadi yatim piatu setelah kematian ibu
bapanya akibat kemalangan jalan raya. Sejak peristiwa itu, dia tinggal bersama
datuknya yang telah uzur di dalam sebuah rumah yang usang. Mereka hidup
dalam kedaifan.

Seawal pagi, Fatin menguruskan keperluan datuknya sebelum pergi ke


sekolah. Fatin berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari untuk ke sekolah
dengan kasut yang koyak dan baju yang lusuh. Sekiranya Fatin bernasib baik
akan ada guru yang akan menumpangkannya ke sekolah, Fatin tidak
mempunyai ramai rakan di sekolah. Rakan-rakan sekolah selalu mengejeknya
kerana keadaannya yang miskin. Namun begitu, Fatin tetap cekal dan tabah.

“Aku tidak kisah dengan ejekan mereka dan aku akan mengambilnya
sebagai satu kata-kata semangat,” ungkap Fatin di dalam hati.

Maisarah satu-satunya insan yang sudi berkawan dengannya. Maisarah


sentiasa membantu Fatin bila dia dalam kesusahan. Mereka juga bersama-sama
mengulangkaji pelajaran sekiranya ada masa terluang. Fatin selalu menceritakan
masalahnya kepada Maisarah.

“Kamu harus kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan dan jangan
sesekali menyalahkan takdir,” begitulah kata-kata semangat yang diungkapkan
Maisarah kepada Fatin.

Sebaik sahaja pulang dari sekolah Fatin akan singgah di sebuah restoran
dengan bekerja mengambil upah membasuh pinggan mangkuk untuk mencari
wang tambahan. Fatin yang masih bersekolah terpaksa bekerja untuk mencari
rezeki untuk menampung keperluan harian mereka. Hasil daripada upah
tersebut akan digunakan untuk membeli barangan kegunaan harian untuknya
dan datuk. Sekiranya ada lebihan makanan daripada restoran tersebut dia akan
membawa pulang untuk datuknya. Lewat petang setelah seharian bekerja Fatin
akan pulang ke rumah untuk menguruskan keperluan datuknya pula.

Pada sebelah malam, Fatin akan mengulangkaji pelajaran ditemani oleh


sinaran cahaya lilin. Begitulah kehidupan seharian beliau sehingga dewasa.
Namun begitu Fatin tidak pernah berputus asa dan tidak pernah menyalahkan
takdir. Ini semua menjadikan Fatin tabah dan lebih bersemangat untuk
mengubah nasib kehidupannya.

Berkat kesungguhan dan ketabahan, Fatin berjaya ke menara gading


walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Dia berazam untuk terus
berusaha dengan gigih demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru.
Baginya, kesusahan bukanlah satu alasan untuk tidak berjaya mencapai cita-
citanya. “Usaha Tangga Kejayaan” terus tersemat dalam sanubarinya sehingga
hari ini.

Anda mungkin juga menyukai