Anda di halaman 1dari 40

TAJUK 11

ISU BERKAITAN DENGAN PENTAKSIRAN


SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

1
Apakah perkara yang
masyarakat, pendidik, dan ibubapa
ambil berat tentang
sistem pentaksiran di Malaysia?

2
Trenda semasa
dalam pentaksiran di Malaysia
1. Sistem pendidikan berorientasikan
peperiksaan
2. Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam pentaksiran
3. Pentaksiran berasaskan sekolah,
4. Pentaksiran autentik,
5. Pentaksiran secara atas talian, dan
6. Instrumen pentaksiran antarabangsa
(TIMMS & PISA)
1. Sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan
➢Setujukah jika dikatakan sistem pendidikan kita
terlalu berorientasikan peperiksaan? Mengapa?
➢Apakah senario yang boleh kita lihat setiap kali
keputusan peperiksaan awam diumumkan?
➢Di akhbar, di TV, di jiran tetangga, di
sekolah……topik/berita hangat tentang prestasi
cemerlang sekolah dan murid-murid
1. Sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan
➢Akibatnya:
❑Kecemerlangan disamakan dengan bilangan
gred ‘A’ yang diperoleh dalam peperiksaan
awam. Semakin banyak gred ‘A’ diperoleh oleh
murid, maka murid itu dianggap bijak.
❑Semua perkara di sekolah yang melibatkan
hal ehwal pentadbiran, pengajaran dan
sebagainya bertumpu kepada peperiksaan.
1. Sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan
1. Sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan
➢Kita harus amalkan anjakan paradigma kerana:
❑Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan
tidak sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan
individu yang menyeluruh dan bersepadu.
❑Peperiksaan awam sumatif tidak sepatutnya
memberikan apa-apa impak negatif terhadap
murid. Namun, peperiksaan awam yang
dilaksanakan sekarang tidak menguji kesemua
kemahiran yang dihasratkan dalam sistem
pendidikan negara.
1. Sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan
➢Cadangan atasi isu ini:
❑Hapuskan peperiksaan awam di sekolah rendah
❑Mengamalkan pentaksiran autentik
❑Mengamalkan pentaksiran berasaskan sekolah
❑Kurangkan pengumuman tentang prestasi
sekolah dalam peperiksaan awam (misalnya
thun 2017)
2. Elemen kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam pentaksiran
➢Rasional unsur KBAT dalam peperiksaan

❑Kebanyakan soalan peperiksaan dapat dijawab


melalui ingat kembali semata-mata. Murid hanya
perlu menghafal kandungan mata pelajaran
seterusnya menulis semula fakta yang diingati.
❑Majikan mempersoalkan mutu graduan
tempatan yang kekurangan dari aspek insaniah
seperti kemahiran berfikir aras tinggi.
2. Elemen kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam pentaksiran
➢Langkah atasi:
❑Menghantar pegawai-pegawai KPM yang terpilih
ke luar negara untuk menjalani latihan kemahiran
berfikir
❑Penubuhan sekolah bestari pada tahun 1990-an
❑Perombakan peperiksaan kebangsaan dan
pentaksiran berasaskan sekolah untuk
meningkatkan peratusan soalan mentaksir
kemahiran berfikir aras tinggi secara berperingkat
❑Mengurangkan bilangan soalan aneka pilihan dan
menambah soalan terbuka
3. Pentaksiran berasaskan sekolah
➢Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember
2010 telah membuat keputusan untuk melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
➢Antara tujuan pelaksanaan PBS:
❑Selari dengan proses pengajaran dan
pembelajaran
❑Lebih berupaya untuk mengukur potensi dan
pencapaian murid
❑Dapat memperbaiki prestasi akademik murid
kerana ia merupakan pentaksiran untuk
pembelajaran
3. Pentaksiran berasaskan sekolah
➢Pelaksanaan PBS menimbulkan beberapa masalah:
❑PBS menjadi tambahan kepada tugasan guru—
guru terpaksa merancang untuk pentaksiran
seiring dengan perancangan mereka untuk
pengajaran.
❑Guru perlu memantau kemajuan setiap murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sepanjang tahun.
❑Guru terpaksa memasukkan markah PBS murid ke
dalam sistem komputer (SPPBS).
3. Pentaksiran berasaskan sekolah

❑Guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam


pentaksiran murid.
❑Ibu bapa berasa tidak senang hati dengan PBS
kerana mereka tidak memahaminya dan tidak
mengetahui pencapaian sebenar anak mereka
❑Ibu bapa agak curiga akan kebolehpercayaan
gred yang diberikan oleh guru serta pengalaman
dan kemahiran guru untuk mentaksir murid
secara formatif
3. Pentaksiran berasaskan sekolah
➢ Penambahbaikan telah dilakukan ke atas PBS pada
tahun 2014 atas keprihatinan KPM:
❑Guru boleh mentaksir perkembangan
pembelajaran murid dan merekod tahap
penguasaan mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri.
❑Guru tidak lagi dibebankan dengan tugas
pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid.
❑Guru tidak perlu mengisi data penguasaan murid
menerusi SPPBS secara online.
4. Pentaksiran autentik

❑Satu hujah utama yang diutarakan bagi menggunakan


pentaksiran autentik ialah kelebihan pentaksiran
autentik dalam menguji kebolehan dan keupayaan
murid berbanding dengan pentaksiran tradisional.
❑Hujah utama yang lain mengatakan bahawa
kemahiran yang diuji dalam pentaksiran tradisional
sering kali tiada kaitan dengan kehidupan murid
selepas zaman persekolahan (Resnick, 1987).
❑Hal ini menjadikan pentaksiran tradisional kurang
bermakna dan kurang sah.
4. Pentaksiran autentik
➢Kelebihan pentaksiran autentik:
❑ Mengizinkan penglibatan tugasan yang bermakna
seperti projek, uji kaji, persembahan lisan, laporan
dan sebagainya
❑ Memerlukan murid menggunakan kemahiran KBAT
❑ Dapat disediakan untuk murid secara individu
❑ Memberikan peluang kepada murid dalam
metakognisi dan pentaksiran kendiri
❑ Menggalakkan amalan terbaik pendidikan
❑ Menggalakkan penghasilan pengetahuan baharu
berbanding dengan menyatakan semula
pengetahuan
4. Pentaksiran autentik

➢Kelemahan pentaksiran autentik:


❑ Lemah dari segi pemarkahan hasil tugasan—
pemberian markah terlalu subjektif
❑ Pentaksiran autentik lemah dari segi label
”autentik” Apakah yang dimaksudkan dengan
autentik?
❑ Jenis pentaksiran yang telah dikategorikan sebagai
autentik kadangkala tidak semestinya autentik
❑ Guru menghadapi masalah dalam menjajarkan
antara kriteria prestasi, skala pemarkahan dan
rekod pentaksiran
5. Pentaksiran atas talian
➢ Kelebihan pentaksiran atas talian:
❑ Sangat sesuai untuk penilaian formatif;
❑ ia mengizinkan murid mendapat keputusan sesuatu ujian atau
latihan dengan cepat
❑ Guru dapat menjimatkan masa dalam aspek penerangan dan
pemeriksaan skrip ujian
❑ Murid mendapat fleksibiliti dari segi tempat dan masa untuk
mengambil ujian
❑ Ujian boleh ditadbirkan dengan lebih kerap dan ini sangat sesuai
untuk assessment as learning dan assessment for learning
❑ Mesra persekitaran kerana mod pentaksiran ini tidak
menggunakan sumber yang banyak
5. Pentaksiran atas talian
➢ Kelemahan pentaksiran atas talian:
❑ Memerlukan kemudahan akses kepada komputer dan
rangkaian (networking) yang cekap, maka ia kurang sesuai di
kawasan pedalaman yang bekalan elektriknya tidak
menentu, kawasan tanpa bekalan elektrik atau tempat yang
sukar untuk mengakses Internet
❑ Penipuan
❑ Memerlukan guru dan murid cekap dengan penggunaan
komputer dan perisian
❑ Hanya akan berjaya apabila kedua-dua guru dan murid
komited terhadapnya
❑ Kekurangan dari segi nilai sentuhan manusia
6. Instrumen pentaksiran
Instrumen Pentaksiran Antarabangsa
antarabangsa
➢ Mengikut KPM, gambaran tentang prestasi murid di Malaysia
tidak boleh bergantung pada peperiksaan awam di dalam
negara sahaja. Pentaksiran juga perlu berdasarkan instrumen
pentaksiran antarabangsa.
➢ Hal ini adalah kerana:
❑ Kita perlu memastikan sistem pendidikan negara
bergerak seiring dengan pembangunan pendidikan
antarabangsa.
❑ Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan tiada
kesejajaran antara peperiksaan awam dengan
pentaksiran antarabangsa dari segi cara penentuan
standard.
20
6. Instrumen
Instrumen pentaksiran
Pentaksiran Antarabangsa
(sambung…)
antarabangsa
➢ Dua instrumen pentaksiran antarabangsa yang
utama:
❑Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS)
❑Programme for International Student
Assessment (PISA)

21
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS
antarabangsa (TIMMS)
➢ Pentaksiran TIMSS dilaksanakan oleh International
Association for the Evaluation of Educational Achievement
(IEA).
➢ Ia dilakukan secara berkala untuk membandingkan
pencapaian murid serata dunia dalam Matematik dan Sains.
➢ Bertujuan menghasilkan maklumat tentang input, proses dan
keberhasilan pendidikan Matematik dan Sains bagi
menambah baik dasar dan proses pengajaran dan
pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut.
➢ Ia bermula pada tahun 1995 dan dikendalikan setiap 4 tahun.
➢ Bermula daripada kitaran ketiga (2003), hanya murid Tahun 4
(Gred 4) dan Tingkatan dua (Gred 8) yang dipilih untuk
ditaksir. 22
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS (sambung…)
antarabangsa (TIMMS)
➢ Dalam pentaksiran kitaran keenam (2015), data dikumpul
daripada ibu bapa dan TIMSS Advanced telah dikendalikan.
➢ TIMSS Advanced mentaksir murid tahun akhir sekolah
menengah (Tingkatan 5 di Malaysia) bagi pencapaian
Matematik Lanjutan dan Fizik.
➢ Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia yang
berbentuk aneka pilihan dan terbuka.
➢ Bagi pentadbiran di Malaysia, soalan disediakan dalam
dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.
➢ Selain ujian, pentaksiran TIMSS juga melibatkan soal selidik
bagi murid, ibu bapa, guru dan sekolah.

23
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS (sambung…)
antarabangsa (TIMMS)

24
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS (sambung…)
antarabangsa (TIMMS)

25
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS (sambung…)
antarabangsa (TIMMS)

26
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS (sambung…)
antarabangsa (TIMMS)

27
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS (sambung…)
antarabangsa (TIMMS)

❑ Kedudukan Malaysia dalam pentaksiran TIMSS telah menurun,


iaitu daripada kedudukan ke-16 pada tahun 1999 kepada
kedudukan ke-26 pada tahun 2011.
❑ Bagi Sains pula, kedudukan Malaysia telah jatuh daripada
tempat ke-22 pada tahun 1999 kepada tempat ke-32 pada
tahun 2011.
❑ Purata markah Matematik dan Sains bagi Malaysia pada tahun
2011 ialah 440 dan 426.
❑ Mengikut kriteria TIMSS, markah yang kurang daripada 500
mata dianggap sebagai kurang memuaskan.
28
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran TIMSS (sambung…)
antarabangsa (TIMMS)

Pencapaian 10
negara terbaik
dalam TIMSS
2011

29
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA
antarabangsa (PISA)
➢ Pentaksiran PISA dijalankan oleh Organisation for Economic
Cooperation and Development (OECD).
➢ Pentaksiran ini dijalankan untuk menentukan pencapaian
murid berumur 15 tahun di seluruh dunia dalam literasi
Matematik, Sains dan Bacaan. Keupayaan murid untuk
menyelesaikan masalah secara kolaboratif juga dinilai.
➢ Tujuan pentaksiran PISA adalah untuk menentukan pencapaian
murid berumur 15 tahun yang berada di penghujung
persekolahan telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan serta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran itu untuk menjadi warganegara dan ahli masyarakat
yang berkesan (OECD, t.t.).
30
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA (sambung…)
antarabangsa (PISA)
➢ Pentaksiran ini bermula pada tahun 2000 dan dikendalikan
pada setiap tiga tahun.
➢ Dalam setiap kitaran, salah satu daripada domain utama,
iaitu Sains, Matematik atau Bacaan akan diberikan
keutamaan.
➢ Terdapat tiga keberhasilan yang diperoleh daripada
pentaksiran PISA, iaitu:
❑ Profil asas bagi pengetahuan dan kemahiran yang
diperoleh murid.
❑ Petunjuk-petunjuk yang menunjukkan cara pengetahuan
dan kemahiran yang diperoleh itu dapat dikaitkan kepada
pemboleh ubah demografik, sosial, ekonomi dan
pendidikan. 31
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA (sambung…)
antarabangsa (PISA)
❑ Petunjuk-petunjuk bagi trend yang menunjukkan
perubahan dalam tahap keberhasilan dan taburan serta
dalam hubungan pemboleh ubah dan keberhasilan pada
tahap murid, sekolah dan sistem.
➢ Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia dan
berbentuk aneka pilihan dan terbuka yang disusun mengikut
kumpulan.
➢ Setiap kumpulan soalan adalah berdasarkan satu
rangsangan atau petikan yang berkaitan dengan kehidupan
seharian.
➢ Pada tahun 2012, seramai 510,000 murid daripada 65 buah
negara telah ditaksirkan. Kemudian, bilangan negara telah
bertambah kepada 72 pada tahun 2015. 32
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA (sambung…)
antarabangsa (PISA)
Contoh 1
Adnin menjalankan perniagaan kereta Proton terpakai.
Terdapat empat model kereta Proton terpakai, iaitu
Saga, Waja, Persona dan Perdana. Pada bulan Jun,
Adnin mula menjual kereta Saga dan Waja. Pada bulan
Julai pula Adnin dapat menjual kereta Pesona dan
Perdana. Graf yang berikut menunjukkan hasil jualan
kereta-kereta tersebut di kedai Adnin.

33
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA (sambung…)
antarabangsa (PISA)

34
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA (sambung…)
antarabangsa (PISA)

35
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA (sambung…)
antarabangsa (PISA)
➢Kedudukan Malaysia dalam pentaksiran PISA
pada tahun 2012 adalah di tempat ke-52
daripada 65 buah negara.
➢Malaysia memperoleh 421 mata bagi
Matematik, 420 mata bagi Sains dan 398 mata
bagi Bacaan.
➢Pencapaian bagi ketiga-tiga bidang ini adalah di
bawah purata global.

36
6. Instrumen pentaksiran
Pentaksiran PISA (sambung…)
antarabangsa (PISA)

Pencapaian
10 buah
negara
terbaik
dalam PISA
2012

37
Rumusan
Rumusan

➢ Sistem pendidikan di Malaysia dikatakan terlalu


berorientasikan peperiksaan sehinggakan pencapaian
dalam peperiksaan merupakan matlamat mutakhir bagi
sesuatu pembelajaran dan tujuan guru mengajar hanyalah
untuk peperiksaan semata-mata.
➢ Soalan dalam peperiksaan awam di Malaysia didapati
kurang bermutu dari segi keupayaan untuk mencungkil
kemahiran berfi kir aras tinggi
➢ Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah diperkenalkan
kerana pentaksiran tradisional didapati kurang berupaya
untuk menguji pencapaian dan potensi murid dengan
tepat. Namun, terdapat beberapa masalah berkaitan
38
dengan pelaksanaan PBS.
Rumusan
Rumusan (sambung…)

➢ Sebab utama pentaksiran autentik menjadi trend


semasa dalam bidang pentaksiran adalah kerana
pentaksiran tersebut dapat menguji kebolehan dan
keupayaan murid dengan lebih tepat dan skop
pentaksiran autentik adalah lebih luas serta biasanya
dikaitkan dengan kehidupan murid selepas zaman
persekolahan. Namun, pentaksiran autentik juga
mempunyai kelemahan.
➢ Pentaksiran secara atas talian sesuai dengan trend
pentaksiran semasa, iaitu pentaksiran sebagai
pembelajaran dan pentaksiran untuk pembelajaran.
39
Rumusan
Rumusan (sambung…)

➢ Pentaksiran TIMSS bertujuan menghasilkan


maklumat tentang input, proses dan keberhasilan
pendidikan Matematik dan Sains bagi menambah
baik dasar dan proses pengajaran dan pembelajaran
kedua-dua mata pelajaran tersebut.
➢ Pentaksiran PISA pula bertujuan menentukan
pencapaian murid berumur 15 tahun yang berada di
penghujung persekolahan telah memperoleh
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta
dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
itu untuk menjadi warganegara dan ahli masyarakat
40
yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai