Anda di halaman 1dari 10

َ‫اَللَّهُ َّمَ ﭐفَْتحْ عَليْنَا حِكْمَتَك وَﭐنْشُرْ عَليْنَا مِنْ خَ َزائِنِ رَحْمَتِك يَآ أرْحَمَ الرََّاحِمِيْن‬

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami


khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ْ‫سي‬
ِ ْ‫شدِيْ وَأ ِع ْذنِى مِنْ شَ َّرِ َنف‬
ْ َ‫اللَّهُمََّ الْهِمِْنيْ ر‬
Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan
nafsuku.
َ‫َ ر َ ُ ر‬ ‫ر‬ ُ ‫ر‬ ُ َ ‫ر َ ر‬
‫ل‬ َ
ِّ ‫ل عقدةِّ من ل َسانِّ يفقهواِّ قو‬ ‫ر‬ ‫ر‬
ِّ ‫ل أمري َوٱحل‬ ِّ‫ح لِّ َص ردري َوي َ ر‬
ِّ‫س ي‬ ِّ ‫ٱۡش‬ ِّ‫َرب‬
Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku

Dr Hj Adanan Al-Brunawi 2017 1


Adab Mengaji Sirah Rasulullah s.a.w.
• Niat ikhlas kerana Allah Taala
• Niat mencintai Rasulullah s.a.w.
• Niat menambahkan ilmu perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
• Mengambil iktibar dari Sirah Rasulullah s.a.w.
• Mengikut sifat, akhlak, adab dan perwatakan Rasulullah s.a.w. sebagai
pendidik.
• Sentiasa mengucapkan solawat dan salam kepada baginda s.a.w.
• Berusaha untuk mengamalkan ajaran Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan.
• Berusaha mengajarkan Sirah Rasulullah s.a.w. kepada keluarga, teman,
pelajar dan masyarakat.
• Membela kemuliaan Rasulullah s.a.w. dari sebarang pencemaran.
• Bermohon keredhaan Allah s.a.w. dan syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat.
DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI
‫َّ‬
‫صلى هللا عليه وسلم‪:‬‬ ‫النبي َ‬ ‫ُ‬
‫نسب‬
‫ِّ‬
‫•‬
‫هلل بْ ِن عَبْدِ‬
‫ه ُو َحمُمَّدٌ َرسُولُ اهللِ صَلَّى اهللُ عَليِْه َوسَلَّمَ‪ ،‬ابْنُ عَبْدِ ا ِ‬
‫َي بْنِ كِلابِ بْ ِن مُرَّة بْ ِن كعْبِ بْ ِن‬
‫املُطَّلِبِ بْنِ هَاشِ ِم بْ ِن عَبْ ِد مَنَافِ بْ ِن قُص ِّ‬
‫َي بْنِ غالِبِ بْنِ فِهْ ِر بْ ِن مَالِكِ بْنِ النَّضْرِ بْ ِن كَِنانَة بْنِ خُزَيْمَة بْنِ مُدْرِكة‬‫ُلؤ ِّ‬
‫بْنِ إِلْيَاسَ بْنِ مُضَرَ بْ ِننِزَارَ بْنِ َمعَدَّ بْنِ عَ ْدنَانَ‬

‫‪DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI‬‬


PERKAHWINAN ABDULLAH DENGAN AMINAH

• Abdullah adalah anak kesayangan Abdul Mutalib.

• Dia telah dikahwinkan dengan Aminah bini Wahab bin


Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab semasa berumur 18
tahun. Aminah adalah semulia-mulia wanita Quraisy dari
segi keturunan dan kedudukan.

• Abdullah telah meninggal dunia di Medinah semasa


pulang dari perniagaan di Syam. Beliau telah dikebumikan
di Madinah dalam kalangan keluarganya Bani Udai bin al-
Najjar.

• Semasa ayahnya Abdullah meninggal, Muhammad masih


dalam kandungan ibunya dua bulan.
DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI
MAULID NABI S.A.W.
1. Muhammad s.a.w. diputerakan pada pagi hari Isnin
12 Rabiul Awal, Tahun Gajah. Bersamaan 20/22 April
571M.
2. Dilahirkan di rumah Abi Talib dan disambut oleh al-
Syafa’ (ibu Abdul Rahman bin ‘Auf)
3. Setelah dilahirkan ibunya telah membawanya kepada
neneknya Abdul Muttalib. Neneknya sangat gembira
lalu mengucupnya dan memberinya nama
Muhammad.
4. Muhammad adalah nama yang jarang dipakai dalam
kalangan Arab ketika itu.
5. Yang menjaganya ialah Ummu Aiman Barakah al-
Habsiyyah (sahaya bapanya Abdullah)
6. Antara orang yang mula-mula menyusukannya ialah
ibu baginda Aminah, Thuaibah (sahaya pakciknya
Abu Lahab). Thuaibah juga telah menyusukan
Hamzah bin Abdul Muttalib
DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI
PENYUSUAN HALIMAH AL-SA’DIAH

1. Antara adat Arab ialah menghantar anak yang baru lahir


untuk disusukan di kawasan pedalaman, supaya anak
berkembang sihat dan cerdas.
2. Halimah binti Abi Dzuaib al-Sa’diah ketika itu sedang
mencari upah menyusukan anak. Suaminya bernama Abu
Kabsyah.
3. Abu Kabsyah adalah Arab Quraisy yang dikaitkan dengan
Rasulullah s.a.w ketika orang-orang musyrikin Mekkah
mempersendakan Nabi s.a.w. dengan mengatakan: “Ini dia
anak Abi Kabsyah yang dikatakan dari langit”
4. Keluarga Halimah telah memperolehi barakah yang banyak
semasa Nabi dalam penyusuan dan pemeliharaan mereka.
5. Nabi telah hidup berkembang di sana selama empat tahun.
DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI
PERISTIWA BELAH DADA

• Semasa berada dalam penjagaan keluarga Halimah al-Sa’diah telah berlaku satu
kejadian yang luar biasa iaitu Nabi telah dibedah dadanya dan dikeluarkan haz syaitan
daripadanya.
• Halimah sangat ketakutan lalu mengembalikannya kepada ibunya Aminah dan
berkata:
• “Ketika ia dan saudaranya berada di kandang belakang rumah kami, tiba-tiba datang
saudaranya kepadaku dan ayahnya: Saudaraku orang Quraisy itu telah diambil oleh dua
orang lelaki yang memakai baju putih. Mereka telah menangkapnya dan membelah
dadanya. Maka aku dan bapanya terus keluar ke arahnya dan kami mendapatinya dalam
keadaan pucat. Aku dan bapanya telah menenangkannya dan ku tanyakan padanya:
Apa yang terjadi denganmu anakku? Ia menjawab: “telah datang kepadaku dua orang
yang memakai baju putih. Maka seorang bertanya kepada kawannya, adakah itu dia? Ia
berkata: ya”. Mereka telah menangkapku dan membelah dadaku dan mencari sesuatu
di dalamnya lalu mengambilnya dan membuangnya. Dan aku tidak mengetahui apakah
bendanya.”
DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI
KEWAFATAN IBUNYA DAN JAGAAN NENEKNYA

1. Setelah mengambil semua anaknya dari penjagaan keluarga


Halimah, Ibunya telah membawa Muhammad ke Medinah
untuk ziarah keluarga bapanya Bani Udai bin al-Najjar.
2. Semasa dalam perjalanan pulang, ibunya telah jatuh sakit
dan meninggal di al-Abwa’. Lalu ia dijaga oleh Ummu Aiman
dan dipelihara oleh neneknya Abdul Mutalib.
3. Abdul Muttalib telah menjaganya dengan penuh kasih
sayang melebihi kasih sayangnya kepada anak-anaknya yang
lain.
4. Neneknya seolah-olah mengetahui petanda bahawa cucunya
Muhammad akan menempa sesuatu yang agung pada masa
hadapan. Lalu beliau memuliakannya semulia-mulianya.
5. Akan tetapi neneknya telah wafat semasa umurnya lapan
tahun. Maka nabi telah dipelihara oleh pakciknya Abu Talib.

DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI


JAGAAN ABU TALIB
• Abu Talib sangat mengasihi anak saudaranya
• Abu Talib bukan orang kaya namun Allah telah
memberkati kehidupannya dengan penjagaan
Muhammad.
• Semasa dalam penjagaan Abu Talib, Muhammad
hidup sangat sederhana dan bersifat qana’ah.
Muhammad tidak sibuk seperti kebiasaan anak-
anak yang lain.
• Ummu Aiman meriwayatkan bahawa apabila
masuk waktu makan anak-anak akan berebut
mendapatkan makanan, tetapi Muhammad
bersifat qana’ah dan menunggu apa saja yang
diberikan Allah kepadanya.
DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI
PERNIKAHAN DENGAN KHADIJAH
• Kerana sifat amanah dalam perniagaan sehingga
mendatangkan keuntungan yang besar, Khadijah telah
meminang Muhammad untuk dirinya.
• Khadijah berumur 40 tahun dan beliau adalah wanita
Quraisy termulia dan berharta.
• Muhammad bersama pakcik-pakciknya telah datang
berjumpa pakcik Khadijah ‘Amru bin Asad lalu
meminangnya dengan perantaraan Abu Talib dan
dinikahkan oleh ‘Amru bin Asad.
• Khadijah sebelum itu telah berkahwin dengan Abi
Halah yang telah wafat dan meninggalkan anak
bernama Halah
• Khadijah juga pernah berkahwin sebelum itu dengan
‘Atiq bin ‘Abid dan dikurniakan anak bernama Hind.
DR HAJI ADANAN AL-BRUNAWI

Anda mungkin juga menyukai