Anda di halaman 1dari 5

PEMIKIRAN KRITIS MENURUT PRESPEKTIF AL-QURAN

• Konsep pemikiran kritis sudah terlalu banyak dibincangkan di barat, terutamanya sejak
dua atau tiga dekad yang lalu. Walaupun di brunei, ia belum mewarnai corak pemikiran
pendidikan, penulis dan pengkaji Muslim di tempat lain tidak ketinggalan merancakkan
lagi penghasilan karya dalam bidang ini. Mereka cuba membincang dan memfokuskan
penulisan mengenai pemikiran kritis dengan melihatnya dari kaca mata Islam.

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS MENURUT BAHASA

• Menurut Bahasa Melayu, frasa pemikiran kritis merupakan gabungan dua perkataan iaitu
pemikiran dan kritis. Istilah pemikiran berasal dari kata dasar fikir yang memberi maksud
“ingatan, angan-angan, renung, akal; daya atau keupayaan (untuk) berfikir; dan
anggapan, pendapat, sangka, kira.” Manakala salah satu kata terbitannya, iaitu pemikiran
bermakna “perihal berfikir (memikir).” Pemikiran secara umum boleh difahami sebagai
apa sahaja yang berlaku di dalam minda.

• Dalam Bahasa Arab, pemikiran kritis atau critical thinking boleh diterjemahkan sebagai
al-fikr al-naqd. kalimah fikr bermakna pemikiran atau thinking. Naqd membawa
pengertian bentuk pemikiran yang menyelidik, memeriksa atau mengkritik. Dalam lain
perkataan, pemikiran kritis, tidak hanya menerima sesuatu dengan mudah tetapi
memeriksa, menyelidik atau mengkajinya terlebih dahulu. Hasil rangkuman dari maksud-
maksud tersebut, secara asasnya pemikiran kritis adalah cara berfikir yang tidak mudah
menerima atau mempersetujui sesuatu, di mana usaha menyelidik, memeriksa,
mengkritik, menimbang buruk baik, menilai secara adil dan berhati-hati serta merumus
sesuatu dengan sebaiknya perlu dilakukan. Secara mudah, itulah definisi pemikiran kritis
menurut bahasa berdasarkan pengertian bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS MENURUT BARAT


Sudah terlalu banyak definisi pemikiran kritis yang diketengahkan oleh para ilmuwan
Barat. Ia berdasarkan pengalaman dan kajian masing-masing. Pemahaman terhadap
pengertian pemikiran kritis pula perlu dilihat daripada pelbagai sudut. Secara asasnya, ia
saling lengkap melengkapi antara satu takrif dengan definisi yang lain. Kekurangan pada
yang satu diperbaiki oleh idea yang lain. Berikut beberapa pengertian pemikiran kritis yang
ditakrifkan oleh sebahagian penulis Barat.

• William G. Sumner: Memeriksa dan menguji sebarang proposisi, sama ada ia selari
dengan realiti atau pun tidak memeriksa, menguji, realiti, proposisi.

• John Dewey: Bersifat reflektif – berfikir secara aktif, berterusan dan menimbang
dengan berhati-hati segala kepercayaan atau ilmu berdasarkan bukti dan rationaliti
reflektif, berfikir aktif, menimbang, bukti, rationaliti.

• B. Bloom: Aktiviti Mental – Menganalisis, membuat sintesis dan melakukan


penilaian aktiviti mental, analisis, sintesis, menilai.

• Pascarella Dan Terenzini: Kenalpasti intipati dalam hujahan, mencari perkaitan,


membuat inferensi dari data, merumus, menafsir dan menilai hujahan hujahan,
perkaitan, inferensi, menilai, merumus, menafsir.

• R. Swartz Dan Sandra Parks: Menilai maklumat, bukti dan deduksi, analisis idea dan
alasan, kemahiran banding beza, mengelas, susun atur, hubungan bahagian dan
keseluruhan, cari sebab dan kesimpulan, periksa andaian, dan lain-lain. Menilai,
menganalisis, kemahirankemahiran berfikir kritis.

• B. K. Beyer: Mendefinisi dan selesaikan masalah, kendalikan maklumat, buat


rumusan, dan lain-lain.

• Robert H. Ennis: Pemikiran reflektif, kemunasabahan dalam menentukan apa yang


perlu dipercayai atau apa yang perlu dilakukan reflektif, munasabah, diterima atau
tidak.

• John Chaffee: Memeriksa proses berfikir untuk mengenalpasti dan memperbaiki


kefahaman periksa proses berfikir, kenalpasti, kefahaman.

• Vincent Ruggiero: Penilaian penting, menilai hujah, andaian dan alasan, mencari
jawapan buat penilaian, menilai hujah dan lain-lain.
• Richard W. Paul Dan Linda Elder: Berfikir tentang berfikir untuk memperbaikinya.
tiga fasa saling berkait: menganalisis, menilai dan memperbaiki pemikiran baiki
pemikiran, analisis, menilai.

• Secara asasnya, pemikiran kritis adalah kesepaduan antara atribut atau sifat peribadi,
kognitif dan skil sosial seseorang, dengan galakan dan persekitaran yang betul, dan
keberkesanan perkembangan dengan tempoh masa yang bersesuaian. Antara sikap
seorang pemikir kritis termasuklah bersifat rasional, sedar diri, jujur, berfikiran
terbuka, berlapang dada dan berdisiplin.

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS MENURUT PENULIS MUSLIM

Berikut diringkaskan idea-idea tentang pengertian pemikiran kritis islam menurut pandangan
beberapa pengarang muslim, sama ada penulis tempatan, nusantara atau antarabangsa.

• Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi: Fungsi akal – perhati dan berfikir tentang kejadian
alam, sunnah dan peraturannya; siasat asal usul sesuatu; kaji hubungan sebab-akibat;
mendengar dan menilai apa yang didengar; mempelajari ilmu berkaitan alam ini;
bebaskan diri dari warisan nenek moyang dan taklid perhati, berfikir, siasat, dengar,
kaji, menilai dan belajar, tolak kepercayaan nenek moyang dan taklid.

• Senu Abdul Rahman: Fikiran kritis = fikiran logik = rasional = fikiran jelas.
penyelesaian masalah – kenal dan fahami masalah, fikir jalan penyelesaian, menilai
dan pilih jalan paling baik, rancang, laksana, nilai semula; melihat semua segi/aspek,
cari bukti, timbang dan tetapkan, mudah dan cepat faham implikasi serta dapat
membuat jangkaan baru kritis/logik/rasio nal/ fikir jelas, kenal, faham, nilai, pilih,
lihat, rancang, laksana, bukti, timbang, tetapkan, implikasi, ramalan.

• Yusuf Al-Qaradhawi: Akal/Pemikiran Ilmiah: tolak khurafat, taklid, jumud, hawa


nafsu, emosi, keraguan, taasub, dakyah; berfikir dalam perkara yang dibolehkan,
perlu dalil/bukti, objektif.
• ‘Iwad Al-Qarni: Pemikiran yang mampu melihat kekurangan, kesalahan dan
kecacatan pada setiap kerja/amalan walaupun tidak mampu beri alternatif lain
terhadap kritikannya. Pemikiran terbaik adalah pemikiran ideal.

Danial Zainal Abidin: Minda saintifik; kuat berfikir, kritikal, menganalisis, buat andaian,
rumusan, perlu dalil dan bukti, saintifik, berfikir, kritikal, andaian, menganalisis, dalil,
rumusan.

• Pemikiran kritis bukanlah suatu bentuk pemikiran yang baru atau asing di dalam
ajaran islam. Al-Qur'an, sebagai kitab petunjuk buat umat manusia, telah menerapkan
budaya ini di dalam ayat-ayatnya sejak lebih dari seribu empat ratus tahun yang lalu.
Namun begitu, idea pemikiran kritis menurut perspektif al-Qur'an pada asasnya masih
lagi di dalam peringkat pembentukan kerana kekurangan pengkaji yang menyelidik
tentang konsep ini. Oleh itu, penggalian khazanah ilmu berdasarkan al-Qur’an, yang
berkaitan dengan pemikiran secara umum dan pemikiran kritis secara khusus amat-
amat diperlukan. gagasan pemikiran kritis al-Qur'an, pada fikiran pengkaji,
merupakan suatu metod berfikir yang agak umum serta kompleks sifatnya. Ia
mempunyai skop atau cakupan yang luas, dengan kemungkinan penemuan baru
dalam bentuk istilah, elemen, kemahiran, metode atau apa sahaja yang relevan dengan
konsep pemikiran kritis al-Qur’an. Ia masih bersifat terbuka, luas dan anjal.

ELEMEN UTAMA PEMIKIRAN KRITIS MENURUT PERSPEKTIF AL-QUR'AN

Elemen utama pemikiran kritis menurut perspektif al-qur'an membabitkan proses atau
kegiatan berfikir secara serius, terfokus dan mendalam. Proses ini berlaku di dalam minda
atau akal manusia.

A) Tafakkur

B) ‘Aql

C) Zikr

D) Tadabbur

E) Tafahhum

Anda mungkin juga menyukai