Anda di halaman 1dari 25

BAHAN KEMAHIRAN BERFIKIR DAN KOMUNIKASI ISLAM

1. PENGENALAN KONSEP BERFIKIR DAN KOMUNIKASI


• Terdapat beberapa kalimah yang membawa maksud berfikir yang terdapat di dalam al-Quran.
Malik Badri, seorang pakar psikologi Islam mendefinasikan tafakkur sebagai perkataan yang
mempunyai maksud yang lebih mendalam berbanding kalimah tafkir. Tafakkur menjadi
penghubung yang dipanggil sebagai ‘Itibar dalam kehidupan manusia dengan pencipta
mereka. Oleh itu, tafakkur juga boleh dianggap sebagai pemberi motivasi kepada orang-
orang yang beriman untuk terus beriman kepada Allah..
• Hakikatnya, Islam amat menggalakkan umatnya berfikir. Malik Badri, mengkategorikan tiga
peringkat Tafakkur iaitu;
➢ Memberi konsep kepada sesuatu idea atau maklumat.
➢ Menumpukan perhatian terhadap sesuatu idea atau maklumat tersebut.
➢ Membawa kepada memikirkan tentang Allah sebagai Pencipta yang Maha Agung
serta menghasilakan iman yang kuat.
• Komponen asas:
➢ Penyampai pesanan: Penyampai pesanan adalah seseorang yang memberikan
pesanan kepada penerima. Dalam hal ini seorang penyampai harus mampu
mengetahui dan memahami apa yang ingin disampaikannya kepada penerima,
kerana sesebuah pesanan tidak akan sampai dengan baik apabila penyampainya
tidak memahami apa yang ingin disampaikan.
➢ Pesanan: Sebuah pesanan yang ingin disampaikan oleh penyampai kepada
penerima harus memiliki makna. Makna tersebut sebaiknya makna yang harus
dicerna dengan baik terlebih dahulu agar dalam berkomunikasi pesanan yang
ingin disampaikan penyampai dapat mudah difahami oleh penerima.
➢ Media: Pesanan dapat disalurkan melalui berbagai macam saluran media massa.
Diantara saluran media massa adalah televisyen, radio, telefon, surat majalah dan
lain-lain.
➢ Penerima: Pengirim pesanan sebaiknya mengetahui kepada siapa pesanan tersebut
ingin disampaikan. Komunikasi dikatakan berhasil jika pesanan yang
disampaikan oleh penyampai sampai dan diterima dengan baik oleh penerima
pesanan.
➢ Kesan: Kesan atau impak yang terjadi kepada penerima setelah menerima pesanan
yang disampaikan oleh penyampai. Pesanan dikatakan memiliki makna atau erti
bagi orang yang menerimanya. Apabila pesanan tersebut memiliki kesan kepada
penerima maka dapat merubah sudut pandang orang lain itu contohnya cara
berfikir, sikap, perilaku dan lain-lain.
2. FUNGSI DAN JENIS KOMUNIKASI
• Dikutip dari buku Ilmu Komunikasi karya Prof. Deddy Mulyana (2007:67), John R.
Wenburg dan William W. Wilmot juga Kenneth K. Sereno dan Edward M. Bodaken,
mengemukakan tiga konsep komunikasi, iaitu:
➢ Komunikasi sebagai tindakan satu arah: Komunikasi satu arah adalah komunikasi
yang prosesnya hanya melibatkan satu unsur komunikasi iaitu penyampai itu
sendiri. Dalam komunikasi satu arah ini tidak ada interaksi antara penyampai
dengan penerima sehingga tidak ada umpan balik atau feedback.
➢ Komunikasi sebagai interaksi: Komunikasi sebagai interaksi disebut juga dengan
komunikasi dua arah. Dalam komunikasi ini, penerima dapat memberikan umpan
balik atau feedback kepada penyampai sebagai tanda pesanan tersebut sudah
diterima. Komunikasi ini dirasa lebih efektif dibandingkan dengan komunikasi
satu arah.
➢ Komunikasi sebagai transaksi: Ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain,
terkadang tanpa disedari kita mengikut sertakan gerakan anggota tubuh untuk
mengirimkan pesanan non-verbal. Gerakan-gerakan tersebut adalah isyarat
tangan, ekspresi wajah, nada suara dan sebagainya. Proses pengiriman pesanan
tersebut bersifat spontan dan simultan.
• Fungsi Komunikasi
➢ Fungsi memberitahu: Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi
yang terawal yang digunakan oleh manusia. Tujuannya adalah untuk memberitahu
orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui
oleh orang lai. Dalam kehidupan kita setiap hari, banyak contoh komunikasi yang
menjalankan fungsi memberitahu. Contohnya, papan tanda jalan raya seperti
“Jalan Sehala”, “Tidak Boleh Masuk” atau “80ksj” adalah antara contoh yang
sering kita temui yang bertujuan untuk memberitahu kita tentang keadaan jalan
raya atau had laju memandu yang perlu kita patuhi.
➢ Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatiannya kepada penyampai atau
sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu. Untuk
memastikan bahawa komunikasinya berjaya, penyampai yang menjalankan fungsi
ini sering kali akan menggunakan strategi menyebarkan maklumat sebanyak
mungkin atau menyampaikan maklumat itu dengan lebih kerap. Contohnya,
penggunaan tali pinggang keledar, radio dan televisyen boleh membuat
pengumuman itu dengan seberapa kerap yang mungkin atau pihak Jabatan
Pengangkutan Jalan boleh mengeluarkan seberapa banyak risalah untuk
memberitahu orang ramai tentang undang-undang jalan raya itu.
• Fungsi mendidik
➢ Fungsi mendidik ini bukanlah semata-mata untuk mempengaruhi sikap atau
tingkah laku orang lain. Tetapi tugas mereka adalah “sekadar memberikan
maklumat” agar dapat menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu
perkara atau bidang. Mungkin dalam jangka masa yang panjang dengan
berbekalkan pengetahuan tadi, seseorang individu itu akan terpengaruh dengan
pendapat atau sikap yang disarankan kepadanya.
➢ Apabila seorang guru berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya “apabila ia
mengajar sesuatu perkara” tujuannya adalah untuk mendidik pelajar tersebut
tentang perkara yang diajarnya. Guru tersebut mempunyai matlamat agar
maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajarnya untuk mendalami lagi
ilmu yang diajarnya.
➢ Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima
maklumat untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini
bergantung pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya
bertambah hasil daripada pendedahan terhadap maklumat yang diterimanya.
Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang ingin
disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima. Dengan itu mereka yang
menerima maklumat itu merasakan bahawa mereka tidak memperoleh apa-apa
pengetahuan yang baru.
• Fungsi memikat hati
➢ Berbeza dengan dua fungsi komunikasi yang telah kita bincangkan di atas, fungsi
memikat hati adalah ingin mengubah sikap dan tingkah laku. Untuk mendapatkan
kesan tersebut, penggunaan komunikasi tidak terhad kepada menyebarkan
maklumat tetapi mestilah dapat menembusi perasaan dan emosi individu atau
kumpulan yang menjadi sasaran maklumat itu. Ada kalanya fakta maklumat yang
disampaikan kepada kita tidak tepat dan sengaja diputarbelitkan. Sebagai contoh
kita ambil iklan ubat gigi. Pada hakikatnya, antara berbagai-bagai ubat gigi itu
tidak banyak perbezaannya. Dengan itu untuk memikat hati kita supaya membeli
sesuatu jenis ubat gigi yang diiklankan, para pengiklan ubat gigi menunjukkan
bagaimana seorang wanita itu ditinggalkan oleh rakan lelakinya apabila mulut
teman wanitanya itu berbau. Tetapi setelah wanita itu menggunakan ubat gigi
yang diiklankan itu bau mulutnya telah hilang dan rakan lelakinya mula kembali
kepadanya. Dalam contoh iklan ini emosi kita untuk disayangi dan didampingi
oleh orang lain ditonjolkan. Dengan itu jika kita ingin terus disayangi, maka kita
hendaklah kerap menggunakan ubat gigi yang diiklankan itu.
• Fungsi menghibur
➢ Fungsi komunikasi yang keempat ini juga begitu mudah dilihat di sekeliling kita.
Wayang gambar, rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan televisyen,
drama, komik, lukisan kartun dan sebagainya adalah contoh cara komunikasi
digunakan untuk menghibur. Pada mulanya kekesanan fungsi ini boleh diketahui
daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan, tayangan
wayang gambar, ataupun majalah yang dibacanya. Asalkan seseorang itu dapat
“melapangkan fikirannya” bolehlah dikatakan fungsi menghibur ini telah berjaya.
Berbeza dengan fungsi komunikasi yang lain, fungsi menghibur ini terlalu umum
sifatnya kerana ia tidak mempunyai kriteria khusus untuk menentukan
kejayaannya. Ini disebabkan kriteria “terhibur” bukanlah ditentukan oleh
penyampai maklumat tetapi lebih ditentukan oleh penerima maklumat itu sendiri.
Jika dalam fungsi mendidik, kejayaan pendidikan boleh diketahui dengan jelas
apabila penerima maklumat faham tentang apa yang ingin mendidiknya seperti
membaca, mengira dan sebagainya. Jika beberapa soalan yang kita kemukakan
kepadanya dapat dijawab maka bolehlah dikatakan bahawa usaha mendidiknya itu
sudah mencapai serba sedikit kejayaan. Tetapi kejayaan fungsi menghibur sukar
diukur oleh sumber maklumat kerana hanya penerima maklumat itu sendiri yang
dapat menentukannya. Pihak sumber mungkin dapat mengetahui kejayaannya
dengan bilangan naskhah majalah hiburannya yang terjual, atau berapa ramai
penonton menonton sesuatu rancangan hiburan.
• Jenis-Jenis Komunikasi

Komunikasi antara manusia berlaku dalam berbagai-bagai situasi. Ada kalanya komunikasi
berlaku secara bersemuka antara dua individu, ada kalanya pula komunikasi berlaku melalui
perantaraan seperti radio atau akhbar dan ada juga ketikanya komunikasi berlaku hanya dengan
menggunakan isyarat-isyarat. Untuk memudahkan kita memahami komunikasi dengan lebih jelas
lagi, tumpuan akan diberikan kepada empat jenis komunikasi iaitu komunikasi antara individu,
komunikasi awam, komunikasi massa dan komunikasi tanpa lisan.

i. Komunikasi antara individu.

Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka
mereka bertentangan antara satu sama lain. Lazimnya komunikasi berlaku tanpa dirancang
terlebih dahulu iaitu secara spontan. Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua
individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima maklumat.
Dengan kata lain apabila individu B menerima maklumat daripada individu A, ia akan cuba
memahami maklumat itu dan kemudiannya memberikan balasannya terhadap maklumat individu
A. Apabila individu A berpuas hati dengan balasan daripa individu B, mungkin komunikasi
tersebut berhenti di situ sahaja. Tetapi jika tidak, individu A akan terus memberikan reaksinya
terhadap balasan individu B itu. Interaksi yang sedemikian akan terus berlaku sehinggalah
kedua-dua individu itu berpuas hati dan mencapai tujuan komunikasi mereka. Antara contoh
komunikasi antara individu adalah perbualan kita setiap hari dengan ahli keluarga, rakan, ketua
pejabat, guru atau dengan jurujual di kedai.

Oleh kerana komunikasi ini adalah komunikasi bersemuka, maka jarak antara kedua-dua
individu yang berkomunikasi itu mestilah rapat. Berapa jauhkah jarak antara mereka
terpulanglah kepada sejauh mana mereka merasa selesa dengan kedudukan jarak tersebut.
Misalnya, jika dua individu yang baru sahaja berkenalan, mereka memerlukan jarak yang tidak
terlalu dekat. Tetapi jika kita berbual dengan rakan karib atau ahli keluarga, kita mungkin akan
lebih suka duduk berdekatan. Ini desebabkan jarak yang rapat itu lebih menunjukkan kemesraan
antara kita.

Dalam komunikasi antara individu ini maklumat secara lisan dan juga tanpa lisan adalah penting.
Maklumat lisan adalah pertuturan kita. Antara contoh maklumat tanpa lisan adalah ialah air
muka, gerak badan, atau nada suara kita. Isyarat-isyarat tersebut penting untuk mengukuhkan
hujah maklumat yang kita sampaikan ataupun akan membuatkan hujah maklumat kita diragui.
Misalnya, apabila kita menyatakan kita tidak amrah tetapi rakan kita dapat melihat air muka kita
yang masam. Di sini percakapan kita dengan maklumat tanpa lisan itu tidak siiringan. Ini boleh
membuat orang lain meragui apa yang kita katakana kepadanya.

ii. Komunikasi awam

Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada
jumlah orang yang ramai. Misalnya, pensyarah memberi kuliah kepada pelajar-pelajarnya,
seorang menteri memberi ucapan kepada ahli-ahli partinya atau seorang pelajar memberikan
ceramah dalam bilik darjahnya. Sebelum komunikasi menjadi suatu bidang ilmu yang tersendiri,
komunikasi awam adalah lebih dikenali sebagai pidato umum.

Ada beberapa ciri yang boleh kita gunakan untuk mengenali komunikasi awam. Pertama,
komunikasi berlaku ditempat awam seperti di dalam dewan, bilik kuliah, auditorium atau di
tempat orang ramai boleh berhimpun. Bilik pejabat, rumah atau tempat bagi hanya beberapa
orang sahaja yang boleh berkumpul adalah dianggap sebagai ruang persendirian. Dengan itu,
komunikasi yang berlaku dalam ruang tersebut tidak dikatakan sebagai komunikasi awam.
Dalam komunikasi awam penceramah adalah sebagai sumber dan hadirin yang mendengar
ceramah atau ucapannya adalah penerima maklumat yang ingin disamapaikan.

Komunikasi awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah
tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu
disebabkan jarak dan juga bilangan orang yang ramai. Ceramahnya telah dirancang terlebih
dahulu berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar ceramah itu. Suasana
penyampaian ceramah itu juga telah distrukturkan dengan agenda-agenda yang tertentu.
Misalnya siapakah yang akan memperkenalkan penceramh, bilakah penceramah akan
memulakan ceramahnya dan juga bilakah masanya orang ramai boleh mengemukakan soalannya
kepada penceramah.

iii. Komunikasi massa

Ciri utama yang membezakan komunikasi antara individu dengan komunikasi massa komunikasi
massa ialah dari segi penyampaian maklumat. Dalam komunikasi antara individu situasi
komunikasi ialah secara bersemuka. Tetapi dalam komunikasi massa, maklumat disampaikan
melalui perantaraan media. Di antara media yang sering menjadi perantaraan ialah media massa
seperti radio, televisyen, akhbar majalah dan buku. Dengan adanya perantaraan ini jarak di antara
mereka yang terlibat dalam komunikasi massa bolehlah dikatakan tidak terhad. Kita mungkin
akan dapat mengikuti apa yang berlaku di Amerika Syarikat atau Eropah dalam sekelip mata
sahaja sama ada melalui liputan berita akhbar, radio atau televisyen.

Walaupun media massa merupakan ciri utama yang membezakan komunikasi massa dengan
komunikasi antara individu, tetapi penentuan komunikasi massa adalah berdasarkan saiz dan ciri
penerima maklumat atau khalayak. Dari segi saiz, secara relative jumlah penerima maklumat
atau khalayak adalah besar. Khalayak komunikasi massa terdiri daripad aindividu-individu yang
berbagai-bagai jenis dan ragam seperti berbagai-bagai kaum, peringkat umur, pelajaran atau
tempat tinggal. Khalayak komunikasi massa tidak dikenali oleh penyampai maklumat kerana
maklumat disampaikan melalui perantaraan media.

Maklumat yang disampaikan dalam komunikasi massa tidaklah berlaku secara spontan dan tidak
formal. Di sebaliknya maklumat yang hendak disampaikan adalah diusahakan oleh berbagai-
bagai individu. Misalnya, berita tentang kebakaran yang kita dengan melalui siaran berita adalah
hasil daripada usaha beberapa individu. Antara mereka yang terlibat ialah pemberuita membuat
liputan kejadian kebakaran, penyunting akan menyunting berita dan pembaca berita yang
membaca berita tersebut.

Dalam komunikasi massa sumber dengan penerima maklumat tidak dapat berinteraksi dengan
spontan. Ini disebabkan jarak yang memisahkan mereka. Reaksi terhadap sesuatu maklumat yang
disampaikan itu mungkin mengambil masa beberapa jam atau hari kerana penerima maklumat
perlu menulis surat ataupun membuat panggilan telefon untuk menyampaikan reaksinya.
iv. Komunikasi tanpa lisan

Kita telah pun membincangkan ciri-ciri tertentu yang menjadikan setiap jenis komunikasi itu
berbeza dengan yang lain. Kita juga telah mengetahui bahawa dalam ketiga-tiga jenis
komunikasi tersebut, maklumat disampaikan secara lisan atau tulisan. Begitu juga setiap jenis
komunikasi itu boleh berlaku secara sendirian.

Komunikasi tanpa lisan boleh berlaku tanpa bersendirian. Lazimnya komunikasi ini berlaku
sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi yang telah kita bincangkan. Sebagaimana
namanya, maklumat yang kita terima daripada komunikasi ini adalah melalui isyarat tanpa lisan.
Anatra isyarat tanpa lisan itu ialah nada suara, air muka gerak badan, hubungan mata atau gerak
tangan. Kadang kala isyarat lisan ini berlaku tanpa kita sedari. Isyarat itu sama ada boleh
mengukuhkan maklumat yang kita sampaikan ataupun membuat orang lain meragui maklumat
yang disampaikan itu. Sebagai contoh, seorang individu ingin menyatakan ia telah dapat mengail
ikan yang besar. Maka sambil mengatakan demikian, kedua belah tangannya dilebarkan untuk
menunjukkan saiz ikan yang ditangkapnya. (Komunikasi asas: samsudin a.rahim)

3. PRINSIP-PRINSIP ASAS BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI MENURUT


ISLAM
A. Amalan berfikir mestilah berlandaskan kepada wahyu Allah agar ia lebih dekat dengan
kebenaran dan kefahaman tentang fitrah kejadian. Oleh itu, amalan berfikir secara Qurani
membimbing umat Islam ke arah kebenaran yang hakiki sebagai pedoman terbaik untuk
memandu manusia membina peribadi yang fitrah (Sidek Baba, 2009:12-13).
B. Islam tidak mengetepikan naluri fitrah semula jadi dan keupayaan akal manusia. Oleh
kerana itu, Islam amat serasi dengan kehendak fitrah kemanusiaan dan menggalakkan
sebarang proses penyuburan akal ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Manakala
amalan tinggal di biara dan amalan menolak ikatan perkahwinan amat bertentangan
dengan fitrah itu sendiri. Maka, Islam menunjuki cara atau peraturan yang terbaik bagi
memandu hawa nafsu, naluri atau fitrah tersebut (Sulaiman Noordin, 2009). Percaturan
akal dan nafsu memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku setiap manusia.
Berdasarkan al-Hijjaji (1998:124) manusia ada dua jenis tarikan naluri (‫( غريزة‬sama ada
naluri syahwat atau pun naluri kepada akal atau ilmu.
C. Manusia akan bersifat malaikat apabila memaksimumkan akal dan ilmu tanpa rangsangan
syahwat. Sebaliknya, apabila manusia menggunakan syahwat tanpa merujuk kepada ilmu,
maka akan membentuk jiwa syaitan yang sentiasa hanyut dalam kejahatan. Allah SWT
menganugerahkan akal hanya kepada manusia. Akal berfungsi dalam proses menjana
ilmu.
D. Fungsi akal itu dihuraikan oleh Ibn ‘Abd Rabbah al-Andalusi (1985:19) bahawa setiap
sesuatu itu bermula daripada akal manusia. Cetusan akal itu akan menimbulkan keraguan
(alwahm), kemudian akan membawa kepada ingatan (dzikran), kemudian memasuki fasa
berfikir (fikran). Seterusnya bergerak kepada sifat kemahuan dan keinginan (iradah),
seterusnya mencapai tahap amalan.
E. Manakala menurut al-Qabisi (1994) dalam menemukan prinsip asas tingkah laku
berakhlak, beliau memulainya dengan meletakkan penanda iman. Untuk mencapai
keimanan maka hendaklah didahului dengan iqrar (ikrar yang tulus di hati) yang mana
digerakkan oleh akal dalam memilih betul atau salah sesuatu perkara. Kemudian iqrar itu
akan diikuti dengan amalan sebagai bukti penyerahan diri tersebut. Kemudian disusuli
dengan tasdiq iaitu membenarkan apa yang terpahat dalam hati. Ketiga unsur itu
dirumuskan oleh al-Qabisi menepati iman seseorang. Apabila iman terpahat di hati, maka
akan lahirlah tingkah laku yang sejajar dengan prinsip-prinsip agama.
F. Amalan yang terhasil daripada proses berfikir yang sistematik akan dapat mengesan
kelemahan sesuatu idea. Ia juga dapat memandu remaja ke arah berfikir dengan saksama,
tidak gopoh gapah dalam membuat suatu keputusan dan juga tindakan.
G. Berfikir secara ilmiah dan intelektual boleh dipupuk dan didedahkan dengan membaca
buku-buku atau pun kitab-kitab besar serta mendekati tokoh-tokoh pemikir dalam usaha
mencapai kualiti berfikir (Sidek Baba, 2009).
H. Namun Allah telah pun mengaturkan bahawa kekuatan ilmu dan akal manusia masih lagi
di bawah taklukan ilmu dan kudrat Allah SWT. Sehebat mana kekuatan akal dan ilmu
yang dimiliki manusia itu, maka ia masih lagi berhajat kepada ilmu Allah untuk
menjalankan proses kehidupan seharian. Oleh sebab itu, akal mempunyai batasan
keupayaannya tersendiri. Ia tidak memahami alam ghaib dan tidak mampu mencapai
alam hakikat. Ia perlu kepada bimbingan Pencipta khususnya hal-hal berkaitan nilai
sejagat, keadilan, hukum hakam, akhlak dan ketuhanan (Sulaiman Noordin, 2009:12).
Oleh itu, keterbatasan akal dalam mendapatkan maklumat, data, fakta dan ilmu
menjadikan akal perlu dibimbing oleh wahyu dan tidak boleh dibiarkan bergerak
sendirian (Sidek Baba, 2009).
I. Berdasarkan situasi ini, Abdul Halim (2000:9) menyebut, manusia dan akal tidak boleh
dibiarkan bersendirian menyelesaikan persoalan tersebut. Sekiranya dibiarkan, pasti
mereka akan bertelagah kerana masing-masing menyokong pandangan yang bersimpang
siur, bercanggah dan penuh krisis yang tiada penghujungnya. Inilah pentingnya wahyu
dalam menunjuki perjalanan akal agar ia terus seiring dengan syarak. Oleh sebab itu,
ulama Islam telah membahagikan dan menggariskan jenis-jenis ilmu yang dimiliki oleh
manusia, iaitu sama ada yang diusahakan atau pun ilmu yang dianugerahkan (ilmu
laduni) oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Menurut Sa‘id (1999:275), wajib
berpegang dan mengakui metode tersebut. Manusia awam tidak mengetahui ilmu tersebut
kecuali mereka yang ahli dengannya. Pembahagian ini menepati dua firman Allah SWT:
“Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab Suci al-Quran.
sebahagian besar dari al-Quran itu ialah ayat-ayat "muhkamat" (yang tetap, tegas dan
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat muhkamat itu ialah ibu (atau pokok)
isi al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "mutasyabihat" (yang samar-samar, tidak
terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan
hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke
arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari al-Quran untuk
mencari fitnah dan mencaricari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang
disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang
sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam
pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" kami beriman kepadaNya, semuanya
itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan
peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran”. (surah Ali Imran: 7) Ayat ini
dihuraikan oleh Imam al-Zamakhsyari (1999:528) dalam tafsirnya bahawa hamba yang
memiliki sifat al-Rasikhun fi al-‘Ilm bermaksud tetap, utuh, dan menggigitnya dengan
gigi pemotong (yakni menggenggamnya dengan erat). Manakala kalimah ulu al-albab
disifatkan sebagai pujian Allah SWT terhadap al-Rasikhin yang telah melontarkan minda
dan elok penelitiannya. Dalam firman Allah SWT yang lain: Maksudnya: “Tetapi orang-
orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-
orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu
(al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-
orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya
pahala (balasan) yang amat besar”. (surah al-Nisa’: 162)

4. KONSEP BERFIKIR SECARA POSITIF.

Kelebihan Berfikir Secara Positif

A. Fikiran positif akan memberi energi kepada manusia dan membangunkan kapasiti yang
tersembunyi dalam dirinya. Cara pandang seperti ini akan menambah wawasan seseorang
tentang sejumlah kesempatan. Fikiran positif akan menerangi setiap sudut yang gelap
dalam kehidupan kita dan menghadirkan potensi-potensi yang terkubur di kedalaman
wujud kita. Individu yang berFikiran positif akan menafsirkan setiap peristiwa dengan
optimisme, menyingkap sisi-sisi positifnya serta mencari solusi-solusi kreatif.
B. Fikiran positif akan menumbuhkan harapan dan kebahagiaan dalam kehidupan, sebuah
harapan di mana kehidupan hampir tidak mungkin dijalani tanpanya. Di masa lalu, para
pemikir percaya bahwa jika seseorang menenggelamkan kepalanya ke air dan kemudian
mencabut harapan dari dirinya, maka ia akan berhenti berusaha untuk menyelamatkan
dirinya. Ungkapan ini – yang juga diterima oleh para psikologi modern – adalah contoh
nyata untuk menunjukkan keperluan harapan dalam hidup.
C. Fikiran positif merupakan salah satu metode untuk menghidupkan harapan dalam diri
setiap individu. Seorang psikologi Iran, Ibrahimi Mukaddam mengatakan, “Para individu
yang memiliki pandangan positif terhadap dirinya, lingkungan sekitar, dan masa depan,
mereka pasti lebih terarah dan memiliki motivasi yang tinggi untuk maju, emosi positif
mereka akan mendorong pertumbuhan motivasi. Akan tetapi, orang-orang yang memiliki
pandangan negatif dan mengabaikan sisi-sisi kekuatannya, mereka biasanya memiliki
motivasi yang lebih lemah dan hal ini akan menyebabkan mereka gagal dalam tugas-
tugasnya.”
D. Ibrahimi Mukaddam menuturkan, “Ketidaksuksesan dalam pekerjaan akan mengundang
kegagalan-kegagalan lain dan kegagalan itu juga akan membawa depresi. Sementara
depresi juga akan meningkatkan emosi negatif dan mengurangi motivasi. Dengan kata
lain, individu yang berada di jalur negatif akan kehilangan motivasi untuk maju dari
waktu ke waktu.”

Cara Berpikir Positif Dalam Islam.

1. Selalu Memandang Sisi Baik Sesuatu


2. Buang Jauh Pengaruh Negatif
3. Memvisualisasi Diri
4. Pandai Memilih Teman
5. Dominasi Diri dengan Pikiran Positif
6. Menjadi Pribadi yang Optimis
7. Terbuka
8. Berbaik Sangka
9. Selalu Ada Nilai Kebaikan
10. Ubah Mindset
11. Jangan Terbawa Emosi

5. PEMIKIRAN KRITIS MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Definisi Pemikiran Kritis Islam Menurut Penulis Muslim

Berikut diringkaskan idea-idea tentang pengertian pemikiran kritis Islam menurut pandangan
beberapa pengarang muslim, sama ada penulis tempatan, nusantara atau antarabangsa.

• Syed Syeikh Ahmad al-Hadi: fungsi akal – perhati dan berfikir tentang kejadian alam,
sunah dan peraturannya; siasat asal usul sesuatu; kaji hubungan sebab-akibat;
mendengar dan menilai apa yang didengar; mempelajari ilmu berkaitan alam ini;
bebaskan diri dari warisan nenek moyang dan taklid perhati, berfikir, siasat, dengar,
kaji, menilai dan belajar, tolak kepercayaan nenek moyang dan taklid.
• Senu Abdul Rahman: fikiran kritis = fikiran logik = rasional = fikiran jelas.
Penyelesaian masalah – kenal dan fahami masalah, fikir jalan penyelesaian, menilai
dan pilih jalan paling baik, rancang, laksana, nilai semula; melihat semua segi/aspek,
cari bukti, timbang dan tetapkan, mudah dan cepat faham implikasi serta dapat
membuat jangkaan baru33 kritis/logik/rasio nal/ fikir jelas, kenal, faham, nilai, pilih,
lihat, rancang, laksana, bukti, timbang, tetapkan, implikasi, ramalan
• Yusuf al-Qaradhawi: akal/pemikiran ilmiah: tolak khurafat, taklid, jumud, hawa
nafsu, emosi, keraguan, taasub, dakyah; berfikir dalam perkara yang dibolehkan,
perlu dalil/bukti, objektif.
• ‘Iwad al-Qarni: pemikiran yang mampu melihat kekurangan, kesalahan dan kecacatan
pada setiap kerja/amalan walaupun tidak mampu beri alternatif lain terhadap
kritikannya. Pemikiran terbaik adalah pemikiran ideal.
• Danial Zainal Abidin: minda saintifik; kuat berfikir, kritikal, menganalisis, buat
andaian, rumusan, perlu dalil dan bukti, saintifik, berfikir, kritikal, andaian,
menganalisis, dalil, rumusan

6. KONSEP BERFIKIR SECARA KREATIF DI DALAM AL-QUR’AN.

Unsur-unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif


Selain itu, terdapat juga unsur-unsur KBK yang terdapat di dalam al-Quran. Antaranya adalah
seperti berikut;

• Unsur membanding dan membeza


“… Katakanlah “Adakah sama keadaan orang yang buta dengan orang yang melihat?”(Al-
An’am : 50).
“Perbandingan antara dua golongan (orang kafir dan orang beriman) seperti keadaan orang yang
buta dan pekak dengan orang yang melihat dan mendengar, adakah sama kedua-duanya? Adakah
kamu tidak mengambil pengajaran?”(Hud : 24)

• Unsur membuat kategori


Di dalam surah Al-Baqarah, Allah telah mengkategorikan manusia kepada beberapa golongan,
iaitu; golongan orang beriman kepada kitab yang telah diturunkan, beriman kepada perkara-
perkara ghaib, beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat serta menunaikan zakat. Mereka ini
adalah golongan yang mendapat petunjuk dan kejayaan. (Al-Baqarah : 1-5).

Manakala, golongan orang kafir pula ialah orang yang tidak beriman sama ada telah diberi
peringatan atau tidak. Ini kerana hati, pendengaran dan peglihatan orang yang kafir telah ditutup
oleh Allah untuk menerima kabaikan. Bagi mereka disediakan azab yang pedih diakhirat.(Al-
Baqarah : 6-7).

Manakala, bagi golongan munafik pula mereka berpura-pura beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Mereka hendak menipu Allah dan orang beriman. Tetapi sebenarnya mereka sedang
menipu diri mereka sendiri. Perkara ini terjadi kerana di dalam hati mereka terdapat penyakit
hati. Kemudian Allah tambahkan lagi penyakit tersebut. Bagi mereka juga disediakan balasan
azab yang pedih kerana pembohongan mereka.(Al-Baqarah : 7-16)

• Unsur menerangkan sebab


“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: “pada keduanya terdapat dosa
besar dan beberapa manfaat. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaat yang ada…”” (2 :
219)

• Unsur menentukan sumber yang dipercayai


“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka
periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpa musibah kepada sesuatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu” (49:6)

• Unsur mencipta analogi dan mencipta metafora


“Allah membuat perumpamaan dengan seorang hamba abdi yang dimiliki yang tidak berdaya
melakukan sesuatu dan seorang yang Kami beri rezeki yang baik. Lalu ia menafkahkan
sebahagian rezeki itu secara sembunyi dan secara terang-terangan. Adakah mereka itu sama?
Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya”(An-Nahl : 75)

Mereka bertanya tentang perang di bulan Haram. Katakanlah : “Berperang dalam bulan haram
itu berdosa besar. Tetapi menghalang manusia dari jalan Allah dan Kafir kepada Allah lebih
besar, (menghalang manusia) ke Masjidil Haram dan menghalau penduduk sekitarnya lebih besar
dosanya disisi Allah….”(Al-Baqarah : 217)

• Unsur membuat keputusan


“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya
kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh
itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila
kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
menyukai orang yang bertawakkal” (3:159)

7. GAYA BERFIKIR QUR’ĀNĪ DAN JAHILI

Begitu juga meraikan kemampuan berfikir manusia yang pelbagai. Antara gaya berfikir al-
Qur’an ialah (Jamal Badi 2009:33-68):

• Pertama: Berfikir dengan persoalan Menanyakan persoalan merupakan salah satu dari
alat yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia meningkatkan
kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Al-Qur’an
sering menyeru manusia supaya berfikir. Sebagai contoh, al-Qur’an memperkuatkan
kepercayaan dengan persoalan: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" (al-A‘raf 7:172). Dalam
ayat yang lain, “Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada
kamu dari langit dan bumi?” (Fāthir 35:3). Dalam ayat yang sama Allah SWT
menyebutkan bahawasanya tiada Tuhan selain Allah yang dapat memberikan rezeki
kepada makhluk di bumi ini.
• Kedua: Berfikir dengan objektif. Pemikiran objektif bermaksud pemikiran yang
berasaskan kenyataan dan fakta sebenar tanpa dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan
atau prasangka sendiri (Kamus Dewan 2007: 1092). Di antara seruan al-Qur’an dalam
soal ini ialah ayat yang menyeru supaya mencari bukti sebelum menghukumkan sesuatu,
"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar." (al-Baqarah
2:111). Tidak menghukumkan sesuatu berdasarkan prasangka, “Dan kebanyakan mereka
tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak
sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.” (Yūnus 10:36). Tidak menghukum
sesuatu kerana perasaan, “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu kepada sesuatu kaum
kerana mereka menghalang kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya
(kepada mereka).” (al-Māidah 5:2).
• Ketiga: Berfikir dengan positif Al-Qur’an banyak mendorong manusia untuk berfikir
secara positif dan ianya banyak menyumbang dalam pemikiran positif. Di antaranya ayat
yang menyeru supaya manusia tidak putus harap dari rahmat Allah SWT, “Hai anak-
anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir.” (Yūsuf 12:87). Ayat yang menyeru supaya bertawakal atau
berserah kepada Allah SWT, “Dan hanya kepada Allah sahajalah kamu bertawakal, jika
kamu benar-benar orang yang beriman.” (alMā’idah 5:23) dan, “Kemudian apabila kamu
telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Alī ‘Imrān 3:159).
• Keempat: Berfikir dengan hipotetikal. Berfikir hipotetikal bersifat hipotesis. Gaya
berfikir sebegini bertujuan meningkatkan intelek atau kemampuan berfikir manusia
dengan mendedahkan permasalahan ke arah kebenaran. Dengan gaya ini kita akan
melihat bagaimana al-Qur’an mampu meningkatkan tahap minda manusia kepada tahap
yang terbaik. Sebagai contoh ayat yang ditujukan kepada golongan ateis, Apakah mereka
diciptakan tanpa sesuatu pun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?
Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu? Sebenarnya mereka tidak
meyakini (apa yang mereka katakan).” (al-Tūr 52:35-36). Dalam ayat ini al-Qur’an telah
menolak jawapan mereka yang tidak percaya kepada Allah SWT Dengan menggunakan
gaya berfikir hipotetikal, al-Qur’an mencabar jawapan mereka supaya dikukuhkan lagi
dengan jawapan atau hujah yang lain. Gaya ini memberi jawapan yang jelas bahawa
Allah SWT adalah Tuhan Pencipta. Selain menyanggah hujah yang ada, persoalan-
persoalan yang dilemparkan dalam ayat ini bertujuan membuka minda mereka untuk
menerima kebenaran.
• Kelima: Berfikir dengan rasional Berfikir rasional bermaksud berfikir berdasarkan
taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras (Kamus Dewan 2007:
1292). Al-Qur’an banyak menggunakan gaya atau kaedah ini dalam menetapkan keesaan
Allah SWT seterusnya menetapkan bahawa Dia sahajalah yang berhak disembah. Antara
ayat tersebut, “Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah
keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada
apa yang mereka sifatkan.” (al-Anbiyā’ 21:22). Ayat yang ditujukan kepada mereka yang
tidak mempercayai Hari Akhirat, “Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari
permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan
kembali itu adalah lebih mudah bagiNya.” (al-Rūm 30:27). Dalam ayat lain, Al-Qur’an
menyebutkan bahawa Tuhan Yang mampu menjadikan sesuatu tanpa sesuatu pastinya
lebih mampu mengulang kejadian, “Dia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan
tulang belulang yang telah hancur luluh? "Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan
yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk.” (Yasin 36:78-79).
• Keenam: Berfikir dengan visual Berfikir visual ialah kemampuan berfikir dengan
menghubungkan ia dengan imej atau bayangan. Dalam al-Qur’an, gaya berfikir begini
banyak digunakan dalam ayat-ayat yang berkaitan situasi Hari Akhirat, Syurga dan
Neraka. Berfikir dengan visual disifatkan sebagai salah satu kaedah dalam pembelajaran
yang berkesan. Iaitu belajar sesuatu melalui imaginasi yang melampaui persepsi manusia
yang biasa. Antara ayat yang menggambarkan suasana Hari Kiamat, “Hai manusia,
bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu
kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat
kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang
disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia
dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah
itu sangat kerasnya.” (al-Haj 22:1-2). Ayat yang menempelak golongan yang menjauhkan
diri dari peringatan Allah SWT, “Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling
dari peringatan (Allah)? Seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari
daripada singa.” (al-Mudaththir 74:49-51).
• Ketujuh: Berfikir dengan metafora Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang
menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna
sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan. (Kamus Dewan
2007: 1029). Diantara ayat berkaitan ialah ayat yang menyifatkan perbuatan buruk
sebagai sesuatu yang hodoh dan jelik, “Perumpamaan orang-orang yang mengambil
pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan
sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka
mengetahui.” (al-Ankabūt 29:41). Ayat lain, “Maka perumpamaannya seperti anjing jika
kamu menghalaunya dijelirkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia
mengelirkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisahkisah itu agar
mereka berfikir.” (al-A‘rāf 7:176). Banyak lagi metafora-metafora yang dikemukan al-
Qur’an seperti perumpaan “lalat” dalam al-Haj 22:73, perumpaan “nyamuk” dalam al-
Baqarah 2:26 dan lain-lain lagi supaya manusia berfikir dan mengambil pengajaran.

GAYA BERFIKIR JĀHILĪ

Seorang cendekiawan barat menyebutkan: “Ianya (iman) merupakan kekuatan tersembunyi


dalam Islam yang menggerunkan Eropah.” (Majīdah t.th.: 17). Menurut kefahaman mereka,
keimanan atau kekuatan tersebut hanya boleh digugat atau dirosakkan dengan pemikiran
songsang yang menyerap tanpa disedari.

• Maka lahirlah idea, isme atau doktrin seperti “Sekularisme” iaitu fahaman yang
menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia (Kamus Dewan
2007: 1417). Dengan Sekularisme, lahirnya muslim yang beragama pada waktu-
waktu tertentu. Menutup aurat atau bertudung ketika ke majlis pernikahan,
mengunjungi masjid, ke mahkamah atau ke perkuburan.
• Seterusnya al-Qur’an tidak diendahkan dan tidak dijadikan rujukan utama dalam
urusan kehidupan sama ada urusan pentadbiran, kehakiman, politik dan sebagainya.
Bahaya fahaman Sekularisme akan mengakibatkan pemisahan hubungan khalik dan
makhluk serta mengakibatkan urusan duniawi manusia hanya diurus oleh manusia
saja dan tidak lagi memperdulikan kewujudan Tuhan atau kehidupan akhirat.
• Antara fahaman lain ialah Pragmatisme iaitu kepercayaan bahawa kebenaran atau
nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin dan sebagainya bergantung pada kegunaannya
secara praktik (Kamus Dewan 2007: 1229). Pragmatisme melahirkan muslim yang
hanya memandangkan manfaat sebagai neraca dalam menilai sesuatu. Tidak lagi
mempersoalkan halal atau haram, yang pasti ianya praktikal dan memberi manfaat.
Selain itu Pragmatisme melahirkan individu yang malas berfikir kerana hanya
menjadikan manfaat sebagai neraca dalam menetukan tindakan dan segala-galanya.
Seterusnya fahaman Hedonisme iaitu pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup (Kamus Dewan 2007: 523).
• Begitu juga glamorous atau fahaman Glamorisme iaitu pegangan atau pandangan
hidup yang mementingkan kemasyhuran. Hasil dari Hedonisme dan Glamorisme
lahirlah manusia yang hanya memikirkan keseronokan dan kemasyhuran tanpa
memperdulikan suruhan dan tegahan Tuhan. Keadaan bertambah buruk apabila
fahaman di atas ditanam semenjak kecil dengan pelbagai program yang melalaikan.
Secara umum, cara berfikir masyarakat hari ini sama ada golongan remaja atau
dewasa telah dan sedang dirosakkan dengan pelbagai ideologi atau fahaman
sehinggakan akan terus lahir individu yang malas berfikir. Selain itu, cara hidup yang
penuh dengan hiburan yang melalaikan menambahkan lagi permaslahan yang timbul.
Oleh itu, perlunya usaha menyedarkan masyarakat dengan usaha-usaha yang boleh
difikirkan bermanfaat mengikut tahap dan peringkat.

8. ADAB BERKOMUNIKASI DI DALAM ISLAM

. Dalametika komunikasi islam ada 6 prinsip gaya bicara atau pembicaraan (qaulan) yaitu:

a) Qaulan Sadidan: Kata “qaulan sadidan” disebut dua kali dalam Al-Qur’an. Pertama Allah
menyuruh manusia menyampaikan qaulan sadidan (perkataan benar) dalam urusan anak
yatim dan keturunan, yakni (QS. An-Nisa: Ayat :9)
Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan
dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap
(kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan
hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar. (QS. An-Nisa: 9).

Kedua, Allah memerintahkan qaulan sesudah takwa, sebagaimana firman Allah dalam
QS. Al-Ahzab: Ayat:70
Artinya: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah
perkataan yang benar. (QS. AlAhzab:70). Wahbah al-Zuhaily (1991:260) mengartikan
qaulan sadidan pada ayat ini dengan ucapan yang tepat dan bertanggung jawab, yakni
ucapan yang tidak bertentangan dengan ajaran agama.
Selanjutnya ia berkata bahwa surah al-Ahzab ayat 70 merupakan perintah Allah terhadap
dua hal:
• Pertama, perintah untuk melaksana kan ketaatan dan ketaqwaan dan menjauhi
larangan-Nya.
• Kedua, Allah memerintahkan kepada orangorang yang beriman untuk berbicara
dengan qaulan sadidan, yaitu perkataan yang sopan tidak kurang ajar, perkataan
yang benar bukan yang batil. Jadi, Allah SWT memerintahkan manusia untuk
senantiasa bertakwa yang dibarengi dengan perkataan yang benar. Nanti Allah
akan membalikkan amal-amal kamu, mengampuni dosa kamu, siapa yang taat
kepada Allah dan Rasul-Nya niscaya ia akan mencapai keberuntungan yang besar.
Jadi, perkataan yang benar merupakan prinsip komunikasi yang terkandung dalam
Al- Qur'an dan mengandung beberapa makna dari pengertian benar. ْْْْ
b) Qaulan Baligha. 2 perkataan (yang membekas pada jiwa, tepat sasaran, komunikatif,
mudah mengerti).Ungkapan ini terdapat dalam QS An-Nisa ayat 63 yang berbunyi:
Artinya: “Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati
mereka. karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan
katakanlah kepada mereka Qaulan Baligha –perkataan yang berbekas pada jiwa
mereka”.(QS An-Nisa:63). Kata “baligh” dalam bahasa arab artinya sampai, mengenai
sasaran atau mencapai tujuan. Apabila dikaitkan dengan qaul (ucapan atau komunikasi),
“baligh” berarti fasih, jelas maknanya, terang, tepat menggunakan apa yang dikehendaki.
Oleh karena itu prinsip qoulan balighan dapat diterjemahkan sebagai prinsip komunikasi
yang efektif. Jika dicermati pengertian qaulan baligha maka dapat disimpulkan bahwa
kata Qaulan Baligha artinya menggunakan kata-kata yang efektif, tepat sasaran,
komunikatif, mudah dimengerti, langsung ke pokok masalah (straight to the point), dan
tidak berbelit-belit atau bertele-tele. Agar komunikasi tepat sasaran, gaya bicara dan
pesan yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan kadar intelektualitas komunikan
dan menggunakan bahasa yang dimengerti oleh mereka. Sebagai orang yang bijak bila
berdakwah kita harus melihat situasi dan kondisi yang tepat dan menyampaikan dengan
kata-kata yang tepat.
Bila bicara dengan anak-anak kita harus berkata sesuai dengan pikiran mereka, bila
dengan remaja kita harus mengerti dunia mereka. Jangan sampai kita berdakwah tentang
teknologi nuklir dihadapan jamaah yang berusia lanjut yang tentu sangat tidak tepat
sasaran, malah membuat mereka semakin bingung. Gaya bicara dan pilihan kata dalam
berkomunikasi dengan orang awam tentu harus dibedakan dengan saat berkomunikasi
dengan kalangan cendekiawan. Berbicara di depan anak tadika tentu tidak sama dengan
saat berbicara di depan mahasiswa. Rasulullah sendiri memberi contoh dengan khotbah-
khotbahnya. Umumnya khutbah Rasulullah pendek, tapi dengan kata-kata yang padat
makna. Nabi Muhammad menyebutnya “jawami al-qalam”. Ia berbicara dengan wajah
yang serius dan memilih kata-kata yang sedapat mungkin menyentuh hati para
pendengarnya. Irbadh bin Sariyah, salah seorang sahabatnya bercerita: “Suatu hari Nabi
menyampaikan nasihat kepada kami. Bergetarlah hati kami dan berlinang air mata kami.
Seorang diantara kami berkata Ya Rasulullah, seakanakan baru kami dengar khotbah
perpisahan. Tambahlah kami wasiat”. Tidak jarang disela-sela khotbahnya, Nabi berhenti
untuk bertanya kepada yang hadir atau memberi kesempatan kepada yang hadir untuk
bertanya. Dengan segala otoritasnya, Nabi adalah orang yang senang membuka dialog.

c) Qaulan Maysura. Dalam komunikasi, baik lisan maupun tulisan, mempergunakan bahasa
yang mudah, ringkas dan tepat sehingga mudah dicerna dan dimengerti. Dalam Al-
Qur’an ditemukan istilah qaulan maisura yang merupakan salah satu tuntunan untuk
melakukan komunikasi dengan mempergunakan bahasa yang mudah dimengertidan
melegakan perasaan (Syaiful Djamarah, 2004:110). Firman Allah dijelaskan: Artinya:
“Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhanmu yang
kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas”. (QS. Al-Israa’:
28). Maisura seperti yang terlihat pada ayat diatas sebenarnya berakar pada kata yasara,
yang secara etimologi berarti mudah atau pantas. Sedangkan qaulan maisura menurut
Jalaluddin Rakhmat, sebenarnya lebih tepat diartikan “ucapan yang menyenangkan,”
lawannya adalah ucapan yang menyulitkan. Bila qaulan ma’rufa berisi petunjuk via
perkataan yang baik, qaulan maisura berisi hal-hal yang menggembirakan via perkataan
yang mudah dan pantas (Jalaluddin Rahmat, 2001:83). Komunikasi dengan qaulan
maisura yang artinya pesan yang disampaikan itu sederhana, mudah dimengerti dan dapat
dipahami secara spontan tanpa harus berpikir dua kali.
d) Qaulan Layyina( perkataan yang lemah lembut). Perintah menggunakan perkataan yang
lemah lembut ini terdapat dalam AlQur’an. Artinya: ”Maka berbicaralah kamu berdua
kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut".
(Q.S Thaahaa:44). Ayat di atas adalah perintah Allah SWT kepada Nabi Musa dan Harun
agar berbicara lemah-lembut, tidak kasar, kepada Fir’aun. Dengan Qaulan Layina, hati
komunikan (orang yang diajak berkomunikasi) akan merasa tersentuh dan jiwanya
tergerak untuk menerima pesan komunikasi kita. Dari ayat tersebut maka dapat ditarik
kesimpulan bahwa Qaulan Layina berarti pembicaraan yang lemah-lembut, dengan suara
yang enak didengar, dan penuh keramahan, sehingga dapat menyentuh hati maksudnya
tidak mengeraskan suara, seperti membentak, meninggikan suara. Siapapun tidak suka
bila berbicara dengan orang-orang yang kasar. Rasullulah selalu bertutur kata dengan
lemah lembut, hingga setiap kata yang beliau ucapkan sangat menyentuh hati siapapun
yang mendengarnya. Dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan, yang dimaksud layina ialah
kata-kata sindiran, bukan dengan kata kata terus terang atau lugas, apalagi kasar.
Komunikasi yang tidak mendapat sambutan yang baik dari orang lain adalah komunikasi
yang dibarengi dengan sikap dan perilaku yang menakutkan dan dengan nada bicara yang
tinggi dan emosional. Cara berkomunikasi seperti ini selain kurang menghargai orang
lain, juga tidak etis dalam pandangan agama. Dalam perspektif komunikasi, komunikasi
yang demikian, selain tidak komunikatif, juga membuat komunikan mengambil jarak
disebabkan adanya perasaan takut di dalam dirinya. Hamka (1984:135) mengutip
pendapat Mujahid yang berpendapat bahwa suara keledai sangatlah jelek. Oleh karena
itu. Orang-orang yang bersuara keras, menghardik-hardik, sampai seperti akan pecah
kerongkongannya, suaranya jadi terbalik -balik, menyerupai suara keledai, tidak enak
didengar. Dan dia pun tidak disukai oleh Allah Swt. Islam mengajarkan agar
menggunakan komunikasi yang lemah lembut kepada siapa pun. Dalam lingkungan
apapun, komunikator sebaiknya berkomunikasi pada komunikan dengan cara lemah
lembut, jauh dari pemaksaan dan permusuhan. Dengan menggunakan komunikasi yang
lemah lembut, selain ada perasaan bersahabat yang menyusup ke dalam hati komunikan,
ia juga berusaha menjadi pendengar yang baik.
e) Qaulan Karima (Perkataan Mulia). Islam mengajarkan agar mempergunakan perkataan
yang mulia dalam berkomunikasi kepada siapapun. Perkataan yang mulia ini seperti
terdapat dalam ayat Al-Qur’an (QS. Al-Isra ayat 23) yaitu: Artinya: “Dan Tuhanmu telah
memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik
kepada ibu bapak. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai
berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan
kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan engkau membentak keduanya dan
ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik”.(Q.S Al-Isra’:23)
Dengan penjelasan diatas maka dapat disimpulkan bahwa qaulan karimah adalah
perkataan yang mulia, dibarengi dengan rasa hormat dan mengagungkan, enak didengar,
lemah-lembut, dan bertatakrama. Dalam konteks jurnalistik dan penyiaran, Qaulan
Karima bermakna mengunakan kata-kata yang santun, tidak kasar, tidak vulgar, dan
menghindari “bad taste”, seperti jijik, muak, ngeri, dan sadis. Komunikasi yang baik
tidak dinilai dari tinggi rendahnya jabatan atau pangkat seseorang, tetapi ia dinilai dari
perkataan seseorang. Cukup banyak orang yang gagal berkomunikasi dengan baik kepada
orang lain disebabkan mempergunakan perkataan yang keliru dan berpotensi
merendahkan orang lain. Permasalahan perkataan tidak bisa dianggap ringan dalam
komunikasi. Karena salah perkataan berimplikasi terhadap kualitas komunikasi dan pada
gilirannya mempengaruhi kualitas hubungan sosial. Bahkan karena salah perkataan
hubungan sosial itu putus sama sekali.
f) Qaulan Ma’rufa (Perkataan yang baik). Qaulan ma’rufa dapat diterjemahkan dengan
ungkapan yang pantas. Kata ma’rufa berbentuk isim maf’ul yang berasal dari madhinya,
’arafa. Salah satu pengertian mar’ufa secara etimologis adalah al-khair atau al-ihsan,
yang berarti yang baik-baik. Jadi qawlan ma’rufa mengandung pengertian perkataan atau
ungkapan yang baik dan pantas (Mafri Amir, 1999:85) Qaulan Ma’rufa juga bermakna
pembicaraan yang bermanfaat dan menimbulkan kebaikan (maslahat). Sebagai muslim
yang beriman, perkataan kita harus terjaga dari perkataan yang sia-sia, apapun yang kita
ucapkan harus selalu mengandung nasehat, menyejukkan hati bagi orang yang
mendengarnya. Jangan sampai kita hanya mencari-cari kejelekan orang lain, yang hanya
bisa mengkritik atau mencari kesalahan orang lain, memfitnah dan menghasut. Qaulan
sadidan adalah ucapan yang jujur, tidak bohong. Nabi Muhammad saw., bersabda
sebagaimana diriwayatkan BukhariMuslim sebagai berikut Artinya: Dari Ibnu Mas’ud
ra., dari Nabi saw., bersabda sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan dan
kebaikan itu membawa surga. Seseorang akan selalu bertindak jujur sehingga ia ditulis di
sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada
kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang selalu berdusta sehingga ia
ditulis di sisi Allah sebagai pendusta. (HR. Bukhari-Muslim). Al-Qur’an menyuruh kita
untuk selalu berkata benar.
Kebohongan juga memasuki hadis-hadis Nabi saw, walaupun berdusta atas nama nabi
diancam dengan neraka. Sepanjang sejarah ada saja orang yang berwawancara imajiner
dengan Nabi. Belakangan ada orang melakukan wawancara imajiner dengan para sahabat
yang mulia. Mereka menisbahkan kepada Nabi dan sahabat-sahabatnya prasangka,
fanatismedan kejahilan mereka. Para ahli hadis menyebut berita imajiner ini sebagai
hadis mawdhu’. Para penulisnya atau pengarangnya disebut alwadhdha atau al-kadzab
(pendusta). Pada zaman Nabi, mereka disebut al-fasiq. Pada zaman sahabat, ada murid-
murid sahabat yang terkenal pendusta. Di antaranya Ikrimah dan Muqatil bin Sulaiman.
Ikrimah misalnya, banyak menisbahkan pendapatnya pada Ibnu Abbas. Ka’ab al-Ahbar
banyak memasukkan mitos-mitos Yahudi dan Nasrani dalam tafsir, sehingga para ulama
menyebutnya sebagai tafsir Isra’iliyat. Berita-berita dusta tentang Nabi sangat berbahaya,
karena umat Islam merujuk pada Nabi dalam perilaku mereka. Sunah Nabi menjadi dasar
hukum yang kedua setelah AlQur’an. Memalsukan hadis Nabi berarti memalsukan ajaran
Islam. Menyebarnya hadis mawdhu’telah banyak mengubah ajaran Islam. Imam syafi’i
(t.th:208) bercerita tentang Wahab bin Kasy’an. Ia berkata: Aku melihat Abdullah bin Al-
Zubair memulai sholat (jum’at) sebelum khotbah.Semua sunah Rasulullah saw sudah
diubah, bahkan sholatpun dirubah. Oleh karena itu, ilmu-ilmu hadis sangat berharga
untuk memelihara kemurnian Islam.Studi kritis terhadap sejarah Rasulullah akan
disambut oleh setiap muslim yang mencintaikebenaran dan sekaligus dibenci oleh orang-
orang yang mau mencemari Islam. Perintah berkata benar dalam AlQur’an dan hadis
menjadi sebuah indikasi wajibnya bagi muslimmengaplikasikan sifat kejujuran dan
perkataan benar yang dalam konsep Al-Qur’an dikenaldengan istilah qaulan sadidan.
Contoh Etika berbahasa dalam Islam Di dalam Alquran banyak ayat yang dapat dijadikan
contoh etika berbahasa.

Anda mungkin juga menyukai