Anda di halaman 1dari 11

PENGAJIAN ISLAM

MPU2313

LAPORAN REFLEKSI

Name ID Kelas
ANAS BIN ISHAK IPJ211310050 DIM0401
AHMAD ADIB BIN MUSI IPJ211310015 DIM0401
MUHAMMAD NAEEM BIN IPJ211310383 DIM0401
AHMAD ZAINUDDIN
MUHAMMAD ZARFAN IPJ211310038 DIM0401
HUDZAIFAH BIN RADZUAN

PENSYARAH : AHMAD RODHI BIN SHAFIE


KELAS : DIM0401
1
TARIKH HANTAR : 30/9/2022
ISI KANDUNGAN

1. Kata Aluan 4

2. Penerangan Video Kemarau 5

Punca - Punca 5

Pandangan Islam 5

Kesan Kepada Manusia 6

3. Penerangan Video Tanah Runtuh 6

Punca - Punca 6

Pandangan Islam 5

Kesan Kepada Manusia 6

4. Penerangan Video Banjir 7

Punca - Punca 8

Pandangan Islam 8

Kesan Kepada Manusia 8

2
5. Penerangan Video Jerebu 9

Punca - Punca 9

Pandangan Islam 9

Kesan Kepada Manusia 10

6. Kesimpulan Keseluruhan Video 10

7. Sumber Rujukan 11

3
KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Ahmad Rodhi yang mengajar kami bagi
matapelajaran Pengajian Islam.

Tugasan kali ini kami membuat satu refleksi untuk video-video dengan tajuk yang diberi secara
berkumpulan. Tajuk yang kami dapat adalah mengenai alam sekitar. Terdapat empat contoh
bagi alam sekitar iaitu banjir, tanah runtuh, kemarau dan jerebu. Di setiap topik ini kami akan
menerang punca-punca, padangan islam dan juga kesan yang akan berlaku kepada manusia.

Di samping itu, banyak keburukan yang kita dapat jika berlakunya bencana alam salah satunya
kehilangan harta dan nyawa. Oleh itu, sebagai manusia kita perlulah menjaga alam sekitar dan
juga bumi kita ini supaya tidak berlakunya bencana alam sebagai contoh membuang sampah di
longkang yang akan menyebabkan tersumbat dan banjir kilat.

Apa yang kita harapkan ialah agar bumi kita selamat dan tidak ditimpa bencana alam. Marilah
kita berdoa semua kita semua dilindungi Allah s.w.t. dan dipelihara alam kita ini.

4
1. PENERANGAN VIDEO KEMARAU
Sangat jelas di dalam firman Allah bahawa Hari Kiamat pasti akan berlaku cuma bila itu
dirahsiakan oleh Allah agar seseorang itu membuat persediaan awal untuk menuju hari
itu.Tanda-tanda kiamat sama ada kecil ataupun besar akan diperlihatkan kepada kita sebelum
terjadinya hari kiamat yang amat dahsyat.

Apa yang menarik perhatian kita semua mengenai salah satu tanda kiamat jugak ialah surutnya
air sungai Furat. Video tersebut menceritakan tentang sungai furat menjadi surut
airnya.kekeringan yang berlaku di sungai Furat akibat kemarau teruk di Iraq. Kekeringan di
sungai Furat berada di tahap membimbangkan sehingga sebahagian besar tanaman pokok
zaitun dan ada binatang ternakan yang mati kelaparan. Malah amaran pemadaman bekalan air
dan elektrik juga dikeluarkan selepas penurunan paras air yang ketara di empangan
hidroelektrik sejak Januari 2021.

PUNCA KEMARAU DI SUNGAI FURAT


Faktor – faktor punca air di sungai Furat berkurangan kerena perubahan iklim sejak lapan
bulan yang lalu pada tahun 2021. Seterusnya, terdapat kehadiran purata di atas sistem udara
tekanan tinggi yang kering,kelembapan kurang disediakan untuk menghasilkan pemendakan.
Ini mengakibatkan defsit air untuk Kawasan di mana mereka bergerak. Hal yang sama juga
boleh terjadi apabila angin menggeser jisim udara dan udara hangat,kering,benua bergerak di
atas Kawasan yang bertentangan dengan jisim udara yang lebih sejuk dan lembab. Di samping
itu, faktor sungai Furat surut mengatakan keenam empangan yang dibina di sungai itu
menyebabkan punca air sungai Furat berkurangan disebabkan air dari empangan disekat.

PANDANGAN ISLAM
Dari segi pandangan islam menunjukkan, tanda – tanda kiamat kecil yang diperlihatkan kepada
kita sebelum terjadinya hari kiamat yang amat dahsyat. Diikutkan tanda – tanda kecil hari
kiamat sudah cukup banyaknya bencana dan kekacauan serta banyaknya pembunuhan. Sabda
Baginda Rasulullah mengatakan ‘ Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi
surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk
merebutkannya. – [ HR Muslim 5152].

5
KESAN KEPADA SEMUA MANUSIA
Kesan Kemarau di sungai Furat memberik impak kepada penduduk – penduduk tempatan di
situ. Perubahan iklim tersebut memberi kesan kepada tanaman pokok zaitun sehingga tidak
berbuah dan kering. Selain itu, binatan ternakan jugak mati kelaparan kerana kehabisan
bekalan makanan berpunca dari kemarau di sungai Furat. Seterusnya, Bekalan air terputus di
sekitar Kawasan tersebut mengakibatkan penduduk tempatan tidak dapat menggunakan
sumber harian mereka di sungai Furat.

2. PENERANGAN VIDEO TANAH RUNTUH


Video ini menunjukkan belakunya tanah runtuh di Kawasan genting highland kuala lumpur pada
selasa 5 november 2019, dalam video ini saya akan menghuraikan faktor-faktor punca tanah
runtuh dan padangan terhadap islam tentang tanah runtuh.

PUNCA TANAH RUNTUH


Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh ialah aktiviti penebangan hutan
tanpa kawalan. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penerokaan dan penebangan
hutan terpaksa dilakukan untuk tujuan pertanian, perumahan, membina infrastruktur dan
sebagainya. Apabila penebangan hutan dilakukan, maka akan menyebabkan tanah terdedah
kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur tanah yang longgar dan tidak stabil kerana tiada
pelindung atau tanaman penutup bumi hingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Hal ini
menjadi lebih parah apabila adanya pembalakan haram, penerokaan tidak berlesen dan juga
pertanian yang tidak sistematik. Jelaslah bahawa penebangan hutan merupakan factor kejadian
tanah runtuh.

6
PANDANGAN ISLAM
Bumi dan alam semesta diciptakan Allah SWT dengan sangat menarik dan cantik dipandang
mata. Tumbuh-tumbuhan menghijau dan langit biru memberikan pandangan yang
menyegarkan. Ini membuktikan kekuasaan-Nya menciptakan segala isi langit dan bumi. Namun
sebahagian manusia tidak mengambil kesempatan daripada kurniaan dan penciptaan Allah
SWT ini untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Sekiranya kita memanfaatkan peluang itu sebaik
baiknya, kehidupan kita akan sentiasa diberkati dan diredai Tuhan. Sebaliknya apa yang
berlaku, alam tidak dipelihara dan dijaga bersama-sama hingga Allah SWT sentiasa
mengingatkan kita agar sentiasa memelihara alam ciptaan-Nya yang mempunyai manfaat dan
kebaikan kepada semua makhluk. Peringatan yang cukup jelas diberikan Allah SWT itu
berbentuk bencana alam seperti banjir besar, tanah runtuh dan gempa bumi. Allah SWT
berfirman: “Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah dan
sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11).

KESAN KEPADA MANUSIA


Masyarakat kita perlu sedar bahawa kejadian tanah runtuh ini akan memberi kesan negatif
dalam kehidupan mereka. Antara kesan negatif terhadap manusia adalah kematian serta
kerugian harta benda. Selain daripada itu, kemusnahan sistem pengangkutan juga akan
menyebabkan gangguan kepada pergerakan masyarakat sebagai contoh apabila berlakunya
kegagalan cerun dan bongkah batu atau tanah yang runtuh dan menghalang laluan kenderaan
untuk meneruskan kehidupan seharian. Hal ini juga boleh menyebabkan ekonomi kawasan
terlibat terjejas.

3. PENERANGAN VIDEO BANJIR KILAT


Video ini menunjukkan banjir kilat yang berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam pada
20/8/2022. Banjir melanda kira-kira jam 4 petang dengan air memasuki sebilangan kediaman di
Zon D. Pada mula hujan turun tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi Ketika paras air mula surut
selepas hujan reda seketika, hujan lebat kembali melanda. Semua rumah dan kereta hampir
ditenggelami air dan juga jalanraya disekat dan tidak boleh digunakan. Terdapat pokok-pokok
dan rating yang tumbang dan dibawa hanyut Bersama banjir yang menyebabkan air-air itu
menjadi keruh dan kotor. Orang ramai membuat aduan secara dalam talian, yang mana
sebilangannya kecewa apabila ia berulang setiap kali hujan. Hal ini disebabkan oleh Kawasan
Taman Sri Muda telahpun berlaku banjir kilat yang sangat teruk pada disember tahun yang lalu.
Oleh itu, penduduk-penduduk Taman Sri Muda mula bimbang dan khuatir apa yang akan terjadi

7
kepada mereka. Setiap kali hujan lebat, penduduk Sri Muda mula risau dan ada yang
mengalihkan kenderaan mereka ke tempat yang lebih tinggi.

PUNCA BANJIR KILAT


Punca berlakunya banjir kilat adalah disebabkan longkang yang dipenuhi dengan sampah-
sarap dan menyebabkan ia tersumbat. Apabila hujan mula turun, limpahan air berlaku berikutan
longkang yang tersumbat sehingga menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.
Bukan itu sahaja, punca banjir ini boleh juga disebabkan apabila adanya pertentangan antara
proses biofizikal dengan tindak balas manusia yang mempunyai kadar ketidakseimbangan
tinggi. “Ekosistem adalah interaksi antara manusia dan alam sekitar yang bertindak balas
terhadap persekitaran. Sebarang perubahan yang meninggalkan kesan negatif kepada
ekosistem akan meruncingkan tindak balas antara manusia dan persekitaran. Selain itu, aktiviti
pembangunan pesat seperti bangunan perniagaan, pejabat, rumah kedai dan kawasan
perumahan menyebabkan bandar menjadi ‘hutan batu’ dan tepu. Kawasan hijau menjadi
semakin mengecil dan landskap bandar turut diturap dengan tar. Longkang dan parit menjadi
semakin kecil dan penuh dengan sampah serta tidak diselenggara dengan sewajarnya.
Keadaan seperti ini boleh menyumbang kepada kejadian banjir kilat apabila hujan lebat
walaupun dalam tempoh singkat.

PANDANGAN ISLAM
Perkara membuang sampah di merata tempat adalah dilarang sama sekali. Ia menyebabkan
kemudaratan kepada dunia dan juga alam sekitar. “Telah jelas kerosakan di darat dan di laut
disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allahmerasakan kepada mereka
sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) . Surah
al-Rum (30): 41. Menurut Ibn AL-Munzir dan Ibn Abi Hatim dari Ibn Al-Abbas iaitu kurang
keberkatan disebabkan perbuatan hambda supaya mereka beratubat.

KESAN KEPADA MANUSIA


Kesan banjir bukan sahaja menyebabkan kemusnahan dan kerugian harta benda dalam skala
yang besar, bahkan juga mengakibatkan kehilangan nyawa manusia dan haiwan. Antara
kesannya adalah lemas, luka kecederaan dan jangkitan, renjatan elekrik, hiportemia dan
penyakit bawaan air. Selain itu, pertanian dan tanaman juga amat penting. Jika rosak, maka
sukar untuk manusia mencari makanan dan boleh menyebabkan mati kebuluran. Manusia patut
mempelajari cara-cara memaksimumkan sumber semula jadi dan meminimumkan bahaya dan
bencana semula jadi. Akan tetapi, manusia sering tidak belajar dengan cepat tetapi lazim
mengulangikan kesilapan-kesilapan dahulu.

8
4. PENERANGAN VIDEO JEREBU
Pada tarikh 20 September 2019, berlakunya jerebu di Kuala Lumpur yang mengakibatkan
19 buah negeri tercemar daripada jerebu.Lokasi tersebut mencatatatkan bacaan indeks
pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Tinjauan pemandangan dari Wisma Bernama mendapati
dua struktur tertinggi negara, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang
masing-masing terletak kira-kira 3 kilometer dan 6 km dari sini, sukar dilihat dengan mata kasar.
Tinjauan turut mendapati orang awam mula menggunakan topeng muka ketika berada di luar
premis. Kedai runcit dan kedai serbaneka di ibu negara juga mula meletakkan topeng muka itu
di kaunter untuk memudahkan pengguna mendapatkan alat perlindungan pernafasan itu.

PUNCA JEREBU
Punca utama kejadian jerebu yang merentas sempadan negara ini adalah akibat
daripada pembakaran hutan secara besar-besaran. Ketamakkan dalam melaksanakan tugas
dengan menggunakan kos yang minima untuk membersihkan hutan untuk aktiviti perladangan
telah menyebabkan kaedah pembakaran hutan digunakan. Syarikat atau mereka yang ingin
berusaha membangunkan kawasan perladangan seharusnya memikirkan akibat jika mereka
membakar hutan. Pasti ada kaedah lain supaya perladangan dapat dijalankan disamping
ekosistem dan habitat flora dan fauna di kawasan tersebut dipelihara. Pihak kerajaan juga
seharusnya memperkasa penguatkuasaan dalam memastikan tiada pembakaran hutan secara
besar-besaran akan berlaku.

PANDANGAN ISLAM
Dari pandangan islam mengatakan fenomena ini yang melanda di negara Malaysia
merupakan kesilapan dan kelalaian manusia itu sendiri. Ini berdasarkan firman Allah di dalam
Surah Ar-Room ayat 41: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat. Ada yang
mengatakan bahawa fenomena jerebu yang berlaku ini merupakan salah satu tanda hari kiamat
berdasarkan daripada salah satu surah didalam Al-Quran iaitu Surah ‘Ad-Dukhan’ yang beerti
asap. Firman Allah SWT di dalam Surah Ad-Dukhan ayat 10 yang bermaksud: Maka tunggulah
hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih.

9
KESAN KEPADA MANUSIA
Terdapat kesan buruk terhadap kesihatan manusia yang menyebabkan jerebu ini
memberi kesan kepada sistem pernafasan manusia susah untuk bernafas. Lebih – lebih lagi,
kesan jerebu ini menyebabkan peningkatan kes asma meningkat. Selain itu, partikel asap
jerebu yang disedut akan mengaktifkan sistem imun individu yang sihat dan menyebabkan
gejala batuk kering. Partikel tersebut mempunyai mekanisme untuk menipiskan lapisan mukus
dalam saluran pernafasan dan mengakibatkan batuk kering yang berterusan. Siri batuk ini akan
mencederakan lapisan kulit saluran nafas seterusnya menggalakkan pembiakan kuman di
kawasan tersebut. Akhirnya, jangkitan kuman akan berlaku dan ianya akan menjejaskan
prestasi kerja dan aktiviti seharian seseorang. Penghidap ekzema atau Allergic Rhinitis
terutamanya golongan kanak-kanak amat menderita dalam tempoh masa ini. Penyakit ini
adalah penyakit yang melibatkan reaksi alahan badan pesakit. Dengan konsep ini, asap jerebu
ini mengandungi pelbagai allergen (pencetus alahan) yang tidak boleh dilihat dengan mata
kasar kerana ianya meresap ke dalam udara yang kita sedut. Sekiranya kanak-kanak yang tdak
menggunakan topeng muka semasa menjalani aktiviti luaran, reaksi alahan ini akan menjadi
lebih buruk dan mereka akan mengalami gejala yang lebih serius.

KESIMPULAN KESELURUHAN VIDEO


Secara keseluruhan video tentang Alam Sekitar, kita mestilah sedar akan kepentingan
memelihara alam sekitar yang masih ada pada hari ini. Agensi-agensi alam sekitar mestilah
bekerjasama dengan rakyat Malaysia untuk membangunkan alam sekitar. Mereka haruslah
mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dalam kalangan
masyarakat seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel dan pameran alam sekitar. Hal ini demikian kerana, aktiviti tersebut akan meningkatkan
pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memulihara dan memelihara alam
sekitar. Justeru, islam menekankan betapa pentingnya sifat u’budiyyah iaitu sifat kehambaan
yang dizahirkan oleh manusia dalam memelihara alam sekitar ini. Melalui sifat ini, manusia lebih
Amanah dan secara tidak langsung akan menjaga Amanah yang telah diberikan dengan sebaik
– baiknya. Apabila manusia mengerti terhadap pengertian aqidah dan tuntutan – tuntutannya
dalam melestari kehidupan seharian, maka secara langsungnya segala perlakuan tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar ini akan terpelihara. Begitulah aqidah mendidik dan
mentarbiyah makhluk yang mempunyai akal dan membimbing naluri kemanusiaan makhluk.

10
SUMBER RUJUKAN :-

1. Menara KL, Menara Berkembar Petronas 'ditelan' jerebu


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605836/menara-kl-menara-
berkembar-petronas-ditelan-jerebu

2. “Ketika Sungai Furat kering akan ternampak perbendaharaan emas, janganlah


ambil...” – Tanda-tanda kiamat sudah hampir, segeralah kita bertaubat
https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2021/09/05/ketika-sungai-furat-kering-
akan-ternampak-perbendaharaan-emas-janganlah-ambil--tanda-tanda-kiamat-
sudah-hampir-segeralah-kita-bertaubat

3. Sistem saliran punca tanah runtuh di Jalan Genting-Amber Court


https://www.sinarharian.com.my/article/57998/edisi/pahang/sistem-saliran-punca-
tanah-runtuh-di-jalan-genting-amber-court

4. [VIDEO] Taman Sri Muda, Shah Alam banjir lagi


https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/video-taman-sri-muda-shah-alam-
banjir-lagi/

5. Sungai Furat Makin Surut, Adakah Benar Petanda Kiamat Makin Hampir?
https://www.remaja.my/sungai-furat-makin-surut-adakah-benar-petanda-kiamat-
makin-hampir/

6. Malaysia di tempat pertama pencemaran udar tertinggi dunia


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-tempat-pertama-
pencemaran-udara-tertinggi-dunia-217879

11

Anda mungkin juga menyukai