Anda di halaman 1dari 4

KEBAIKAN PENUBUHAN PARLIMEN BELIA Penubuhan Parlimen Belia merupakan salah satu daripada enam inisiatif oleh kerajaan

untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan kepada golongan belia. Penubuhan Parlimen Belia dapat memberi banyak manfaat kepada belia di Malaysia. Antara manfaat yang dapat deperolehi oleh golongan belia melalui penubuhan Parlimen Belia adalah: 1. Memberi peluang kepada belia untuk menjadi pemimpin. Belia mampu menggerakkan sesebuah negara kearah sebuah negara yang unggul bak kata pepatah Presiden Soekarno Berikan saya sepuluh belia waja nescaya saya dapat membangunkan negara pepatah ini telah menyatakan bahawa golongan belia boleh memimpin dan membangunkan sesebuah negara serta menetapkan hala tuju ke arah mencorakkan landskap negara di masa hadapan.Golongan belia boleh dianggap sebagai penyumbang kepada sektor utama sumber tenaga kepada negara. Tanpa belia yang berwawasan sudah pasti sesebuah kerajaan atau negara akan musnah dan hancur. Dengan adanya Parlimen Belia, golongan ini akan diberi peluang untuk diangkat sebagai pemimpin. Para belia boleh memilih sendiri wakil mereka untuk diangkat sebagai pemimpin dalam membahaskan usul-usul cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaikbaiknya terhadap cadangan tersebut. Hal ini telah dikatakan oleh perdana menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak. 2. Sebagai saluran untuk golongan belia bersuara. Golongan belia mempunyai fikiran dan minda yang cergas dengan idea-idea yang bernas serta selalu up-to-date mengikut peredaran masa. Dengan adanya parlimen ini, para belia dapat menyatakan dan menyalurkan idea pandangan serta cadangan mengikut cita rasa para belia ia juga dapat membuka ruang dan peluang kepada belia untuk membincangkan pelbagai isu nasional dan antarabangsa mengikut perspektif dan pandangan mereka. Sebelum ini golongan belia hanya menyuarakan pandangan dan berdebat di kedai-kedai kopi ataupun menggunakan laman sembang sosial seperti Blog dan Facebook untuk meluahkan perasaan mereka. Tetapi dengan penubuhan Parlimen Belia, sekali gus dikatakan telah mengisi tiga permintaan asas oleh golongan belia selama ini. Golongan belia hari ini mahu suara mereka didengar dan diterima oleh semua pihak. Golongan belia hari ini mahu peranan mereka diiktiraf dan dapat ditangani dengan cara lebih berorientasikan serta dapat menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih konsisten. Perbahasan di Parlimen Belia berdasarkan kepada isu beberapa bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, aktiviti sosial, industri, kreatif, professional dan sebagainya. Perbahasan yang dibahaskan bukan berdasarkan kepada parti. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah menjelaskan dalam Parlimen Belia tiada parti politik yang terlibat kerana ini bukan kerajaan.

3. Pentingnya Rukun Negara. Kita sudah sedia maklum mengenai Rukun Negara iaitu: y y y y y Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Walau bagaimanapun, masih ada golongan belia yang hanya sekadar tahu tanpa memahami, menghayati dan mempraktikannya. Dengan wujudnya Parlimen Belia golongan belia dapat dididik untuk menghayati kelima-lima rukun negara kerana mereka akan terlibat secara langsung untuk perbahasan dalam persidangan parlimen. Dengan menguasainya golongan belia dapat memantapkan lagi isu yang dibahas semasa perbahasan dijalankan. Hal ini juga bukan sekadar akan digunakan semata-mata dalam perbahasan tetapi turut akan dipraktikan dalam kehidupan harian sebagai seorang rakyat Malaysia. Golongan belia juga akan lebih memahami, menghormati dan tidak akan mempertikaikan kewujudan rukun negara. 4. Mematangkan pemikiran golongan belia. Penubuhan Parlimen Belia ini sesuai bagi mencari satu pendekatan yang praktikal serta holistic bagi mengatasi masalah belia yang banyak menyebabkan berlakunya gejala sosial seperti rempit, pembuangan bayi, lepak dan sebagainya. Apabila golongan belia duduk bersama berbahas sesuatu isu sesama mereka, mereka akan terbuka minda untuk berfikir adakah pendapat serta idea-idea yang dikeluarkan oleh sesama mereka diterima pakai atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya dengan adanya parlimen belia pemikiran mereka akan terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Ini kerana golongan belia yang termasuk di dalam kelompok ini berumur antara 18 hingga 30 dan 40. Disebabkan perbezaan umur serta perbezaan masa dan zaman banyak idea dan pandangan dapat dibahaskan. Ini akan membuat golongan belia lebih berfikiran matang untuk mengukuhkan lagi hujah yang akan disampaikan apabila berbahas mengenai sesuatu isu. Perkara ini juga akan menjadi medan pertemuan yang tepat untuk menjana idea dan cadangan yang bernas dari para belia dalam pembinaan masa depan negara dan dijadikan satu input perspektif generasi Gen-Y untuk dibincang serta dilaksanakan kerajaan.

5. Belia lebih berani. Dengan penubuhan Parlimen Belia ini juga dapat membuat golongan belia berasa lebih dihargai untuk negara. Dengan itu, mereka akan lebih bertanggungjawab dan lebih patriotik untuk mempertahankan Negara dari dijajah kuasa asing. Hal ini juga dapat membantu dan mendidik serta membangunkan proses demokrasi yang akan datang memandangkan anakanak muda telah didik sejak di peringkat awal. Parlimen Belia juga menjadi saluran alternatif kepada kerajaan untuk mendapatkan input daripada golongan sasaran. Dengan adanya Parlimen Belia golongan belia dapat meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi supaya lebih berani untuk bersuara dan berhadapan dengan dunia. Parlimen Belia ini juga dapat membentuk semangat belia supaya tidak gentar untuk melauahkan perasaan dan memberikan pendapat serta memantapkan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berminda global. 6. Mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Belia di Negara ini terutama pelajar yang diasuh daripada pelbagai latar belakang dan budaya, wajib diberi kesedaran berterusan mengenai kepentingan untuk belajar menerima kehadiran antara satu sama lain. Tidak kira sama ada belia dibesarkan di bandar atau luar bandar dengan budaya Melayu, Cina, India atau Bumiputera di Malaysia Timur, mereka mesti mendapat pendedahan berhubung kepelbagaian ciri rakyat Malaysia. Belia moden Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum suka mengikut haluan sendiri sekali gus menghakis nilai kebersamaan dan secara tidak langsung menggugat perpaduan negara. Dengan adanya Parlimen Belia para belia dapat berjumpa dan bersama-sama melontarkan idea-idea yang dipendam selama ini. Dengan pelbagai kaum yang ada dapat bersaling menukar pendapat dan cadangan untuk menyuarakan pandangan masing-masing. Menerusi penubuhan parlimen ini, belia mampu menanam sikap jati diri yang unggul selain keinginan untuk mempelajari kekuatan kepelbagaian kaum yang wujud di tanah air sejak ratusan tahun dulu. Apabila kekuatan itu mula disedari, belia akan menghargainya dan kepelbagaian itu boleh dibentuk berdasarkan nilai kebersamaan untuk ditransformasikan menjadi kekuatan negara.

7. Memantapkan lagi pengunaan Bahasa Kebangsaan. Golongan belia hari ini lebih gemar bercampur sesama sendiri dan bercakap dalam bahasa mereka tanpa menghiraukan atau menghormati orang lain yang datang dari latar belakang berbeza. Dengan adanya Parlimen Belia golongan belia akan lebih banyak bergaul dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di dalam parlimen. Mengambil contoh negara jiran, Indonesia, belia di republik berkenaan mempunyai jati diri yang amat kuat dan semangat kenegaraan luar biasa. Walaupun 200 juta penduduk Indonesia terdiri daripada pelbagai etnik dan kelas masyarakat, mereka tetap bersatu di bawah Sang Saka Merah Putih dan megah menggunakan bahasa Indonesia. Oleh itu, penubuhan Parlimen Belia dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan dalam golongan belia Malaysia. Bahasa Malaysia digunakan ketika berbahas dapat membuat golongan belia lebih banyak membaca bahan ilmiah dalam bahasa dan mempraktikan penggunaan Bahasa Malaysia dalam seharian.

Anda mungkin juga menyukai