Anda di halaman 1dari 26

BREAK-COVID : MENINGKATKAN PELIBATAN AKTIF MURID TINGKATAN

2 IBNU SINA SEMASA SESI PdPR BAGI MATAPELAJARAN SAINS

Norhafizah Yusoff1, Sabiah Ninggal2


1
SM Tahfiz Al Quran (JAIM), 2PPD Alor Gajah
1
g-76117021@moe-dl.edu.my, 2sabiahdurian5241@gmail.com

1.0 ISU KAJIAN

Pelibatan murid tingkatan 2 Ibnu Sina yang kurang aktif semasa sesi
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian (online) semasa
sesi Google Meet.

2.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Jadual 2.1 : Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

BIDANG PEMBELAJARAN:
5.0 Air dan Larutan

5.3 Pembersihan dan 5.3.1 Menunjuk cara kaedah pembersihan air.


pembekalan air 5.3.2 Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air untuk
kegunaan harian.
5.3.3 Membina model dan berkomunikasi mengenai sistem
pembekalan air.
5.3.4 Mewajarkan kelestarian air sebagai kunci kehidupan
yang sihat.
3.0 PEMERHATIAN, INKUIRI KENDIRI DAN REFLEKSI

Jadual 3.1 : Pemerhatian, Inkuiri Kendiri dan Refleksi

Pemerhatian Inkuiri Kendiri Refleksi

1. Murid menghadapi masalah a. Apakah latar belakang murid? i. Saya dapati hanya 3 daripada 23 orang murid tingkatan 2 Ibnu Sina terdiri dari
peranti dan kemudahan internet. keluarga yang berpendapatan RM1500 ke bawah.
ii. Ketiga-tiga murid yang terdiri dari keluarga yang berpendapatan RM1500 ke
bawah tersebut adalah penerima Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).
iii. Setelah saya merujuk kepada latar belakang pendapatan keluarga dan senarai
nama penerima biasiswa, kesemua murid saya sepatutnya mampu menyediakan
peranti dan kemudahan internet bagi tujuan PdPR.

b. Adakah murid bersedia untuk sesi i. Dari maklumbalas bagi soal selidik yang diedarkan, seramai 22 orang memberi
Google Meet? respon dimana seorang tidak memberi respon. Saya telah menghubungi murid ini
tetapi murid tersebut tidak menjawab panggilan telefon dan mesej whatsup yang di
hantar. Bagi mengelakkan berlakunya murid cicir, saya telah memaklumkan nama
murid ini ke pihak pentadbir dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) untuk
tindakan selanjutnya.
ii. Hasil dapatan dari maklumbalas, saya dapati, semua murid bersedia
menggunakan aplikasi telegram dan whatsup bagi sesi PdPR dalam talian.
iii. Manakala bagi penggunaan aplikasi Google Meet, seramai 18 orang murid
bersedia dengan menggunakan Google Meet manakala 4 orang tidak bersedia
dengan aplikasi Google Meet disebabkan masalah capaian internet yang tidak
stabil.
iv. Saya telah membuat keputusan akan menjalankan sesi PdPR dalam talian secara
Google Meet bagi 18 orang murid dan 4 orang murid lagi akan melakukan sesi
PdPR luar talian melalui telegram dan whatsup menggunakan modul.
Jadual 3.1 : Pemerhatian, Inkuiri Kendiri dan Refleksi (sambungan)

Pemerhatian Inkuiri Kendiri Refleksi

2. Murid menunjukkan a. Mengapa ramai murid tidak hadir i. Pada permulaan saya melaksanakan sesi PdPR dalam talian secara Google Meet,
kehadiran yang rendah sewaktu semasa saya menggunakan kaedah hanya 7 daripada 18 orang murid yang hadir sesi Google Meet. Saya telah
PdPR dijalankan. Google Meet bagi sesi PdPR secara menghubungi murid yang tidak hadir dan antara alasan ketidakhadiran adalah
dalam talian? kehabisan bateri telefon bimbit, makan, pindah rumah, teman ibu ke pasar dan
tertidur.

b. Adakah pengajaran saya tidak i. Setelah saya amati alasan yang murid berikan, saya dapati murid tidak berminat
menarik? untuk menghadiri sesi PdPR. Murid yang hadir ke sesi PdPR amat sedikit dan
membuatkan saya kurang bersemangat dalam melaksanakan sesi PdPR dalam
talian.
ii. Saya dapati kaedah pembelajaran saya hanya melibatkan kaedah komunikasi
satu hala dan berpusatkan guru semata-mata. Saya juga dapati, murid tiada ruang
untuk menjalankan aktiviti, membantu rakan atau memberi penerangan. Murid juga
tidak mendapat pengalaman bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan.
iii. Murid sering tidak respon dan kadang kala tertidur kerana perlu mendengar saya
mengajar semasa sesi PdPR saya selama satu jam. Ini kerana, selepas sesi PdPR
dalam talian, terdapat murid yang meminta maaf kerana tertidur semasa sesi
Google Meet. Saya perlu mengubah cara mengajar di dalam talian.

3. Guru tidak tahu sama ada a. Mengapa objektif tidak dapat diukur? i. Di akhir sesi Google Meet, saya terpaksa meminta murid melakukan tugasan
objektif tercapai atau tidak. tambahan iaitu modul sains bagi tujuan pentaksiran. Apabila murid menghantar
tugasan, murid masih tidak faham topik yang dibincangkan semasa sesi Google
Meet.
ii. Saya berasa kecewa dan tidak bersemangat untuk melaksanakan sesi PdPR
dalam talian menggunakan Google Meet kerana sesi PdPR yang berlaku tidak
membolehkan saya mencapai objektif pembelajaran. Saya terpaksa membuat kuiz
luar talian bagi mencapai objektif pembelajaran. Terdapat murid yang terpaksa
menjawab soalan kuiz sebanyak 3 kali.
iii. Saya berfikiran bahawa sesi PdPR dalam talian tidak dapat dilaksanakan dengan
baik dan adakah wajar saya memberhentikan sesi PdPR dalam talian dan hanya
melaksanakan sesi PdPR secara luar talian sepenuhnya.
Jadual 3.1 : Pemerhatian, Inkuiri Kendiri dan Refleksi (sambungan)

Pemerhatian Inkuiri Kendiri Refleksi

4. Murid tidak melibatkan diri a. Mengapa murid tidak melibatkan diri i. Semasa Google Meet murid tidak mahu membuka kamera atau respon kepada
secara aktif semasa sesi Google secara aktif? soalan yang saya ajukan. Murid berdiam diri dan tidak menjawab soalan guru
Meet yang dilaksanakan. secara lisan atau catatan diruang komen.
ii. Murid terlepas peluang bertanya soalan kepada saya kerana gangguan teknikal
seperti mikrofon tidak berfungsi dan masalah capaian internet yang tidak stabil.

b. Adakah murid berpeluang i. Murid tidak dapat berkomunikasi bersama rakan bagi membantu atau
berkomunikasi atau melakukan menerangkan konsep tertentu dalam sesi Google Meet kerana saya mengajar
perbincangan bersama rakan? menggunakan komunikasi satu hala sahaja. Murid tidak faham dan tidak mendapat
penerangan latihan dari guru kerana guru tidak cukup masa untuk membaca dan
meneliti ruang catatan di Google Meet semasa sesi PdPR.

c. Apa yang perlu dilakukan oleh saya i. Untuk menambahkan keberkesanan sesi PdPR dalam talian, saya perlu
bagi memastikan ke semua murid dapat membahagikan murid kepada kumpulan yang lebih kecil dalam setiap sesi Google
melibatkan diri secara aktif sepanjang Meet yang dijalankan. Saya merasakan amat perlu merangka pelbagai aktiviti yang
sesi PdPR dijalankan? interaktif serta aktiviti PAK21 bagi memastikan komunikasi dua hala (two way
communication) antara guru dan murid serta murid dengan murid dapat diwujudkan
sekaligus memastikan murid terlibat aktif dalam aktiviti tersebut. Tercetus idea
saya untuk menggunakan Pendekatan Break-COVID.
4.0 KETERANGAN PEMERHATIAN
4.1 Pemerhatian

Rajah 4.1: Jumlah murid yang mengisi Borang Maklum Balas

Rajah 4.2 : Makluman murid cicir kepada kaunselor

Rajah 4.3 : Jumlah murid setuju menggunakan aplikasi telegram/whatsup.


Rajah 4.4 : Jumlah murid setuju menggunakan aplikasi Google Meet.

Rajah 4.5 : Jumlah Murid yang pernah menggunakan aplikasi Google Meet

Rajah 4.6 : Paparan mesej daripada murid yang tidak hadir sesi PdPR dalam talian
Rajah 4.7 : Paparan mesej murid yang menyatakan tidak faham untuk
menyelesaikan tugasan modul.

Rajah 4.8 : Paparan mesej murid yang menghantar markah kuiz


Rajah 4.9 : Paparan semasa Google Meet

Rajah 4.10 : Paparan rakaman diruang catatan semasa sesi Google Meet.

5.0 MERANCANG
5.1 Sasaran

Kajian ini melibatkan 18 orang murid tingkatan 2 Ibnu Sina.

5.2 Objektif Kajian

5.2.1 Murid dapat melibatkan diri secara aktif dan melakukan komunikasi dua hala
bersama rakan semasa sesi PdPR dalam talian.
5.2.2 Murid dapat melakukan aktiviti kumpulan dalam talian.
5.2.3 Pentaksiran setiap murid dapat dilaksanakan semasa sesi PdPR dalam talian.
5.2.4 Meningkatkan kehadiran murid semasa sesi PdPR dalam talian.
5.3 Intervensi

Pendekatan Break-COVID: Pendekatan Break COVID ini menggunakan


Breakout Room di aplikasi Google Meet. Pendekatan ini dapat merangsang
penglibatan murid secara aktif serta pentaksiran PdPR dapat dilakukan terus semasa
sesi PdPR dalam talian secara tidak langsung dapat meningkatkan kehadiran murid
semasa sesi PdPR dilaksanakan.

5.4 Indikator Kejayaan

5.4.1 Kehadiran murid semasa sesi PdPR 100% (18 orang murid).
5.4.2 Hasil kerja serta latihan berkumpulan / individu dapat direkodkan.
5.4.3 Maklum balas murid dapat diperolehi setelah selesai sesi PdPR .
5.4.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dapat direkodkan.
5.4.5 Semua murid mencapai sekurang-kurangnya tahap penguasaan 4 bagi PBD.

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Intervensi yang saya lakukan adalah menggunakan Pendekatan Break-


COVID. Pendekatan terdiri daripada 6 peringkat iaitu peringkat BREAK, CAPTAIN,
OBJECTIVE, VERBAL, INDIVIDUAL dan DISCUSSION.

6.1 Peringkat BREAK

Peringkat ini terdiri daripada dua langkah iaitu tetapan Breakout Room dan
penghantaran pautan kepada telegram kelas.

Langkah pertama adalah saya membuat beberapa tetap pada Breakout Room
20 minit sebelum sesi PdPR. Tetapan yang saya lakukan adalah tetapan ahli
kumpulan beserta senarai pautan kumpulan murid (Rajah 6.1), tetapan pada paparan
skrin komputer dan autoadmit (Rajah 6.2), dan tetapan rakaman pada setiap pautan
kumpulan (Rajah 6.3).
Langkah kedua adalah saya mengedarkan senarai kumpulan kepada telegram
kelas 10 minit sebelum sesi PdPR bermula (Rajah 6.4).

Rajah 6.1 : Senarai pautan dan aktiviti kumpulan

Rajah 6.2 : Tetapan paparan skrin dan autoadmit.


Rajah 6.3 : Tetapan rakaman

Rajah 6.4 : Paparan telegram kelas


6.2 Peringkat CAPTAIN

Peringkat seterusnya adalah peringkat CAPTAIN. Peringkat ini terdiri


daripada satu langkah sahaja iaitu pelantikan Captain. Murid yang pertama masuk
ke dalam kumpulan ini telah dilantik sebagai Captain. Tugas Captain adalah
melaksanakan pesanan pertama yang diberikan oleh saya diruang catatan serta
menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan yang hadir ke sesi Google Meet. (Rajah
65).

Rajah 15 : Paparan pesanan guru diruang catatan Google Meet

6.3 Peringkat OBJECTIVE

Pada peringkat ini, murid didedahkan dengan objektif pembelajaran. Saya


membentangkan dan menghantar catatan diruang komen tentang objektif
pembelajaran yang diajar (Rajah 6.6). Sekiranya terdapat murid yang hadir lewat,
Captain memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat objektif ini kepada
rakan yang lewat hadir.

Rajah 6.6 : Paparan rakaman catatan google meet


6.4 Peringkat VERBAL

Pada peringkat ini, sesi perbincangan dan aktiviti kumpulan dilaksanakan.


Peringkat ini terdiri daripada 3 langkah iaitu arahan tugasan dan aktiviti kumpulan,
rondaan maya, perbincangan hasil kerja.

Langkah pertama adalah penyampaian arahan tugasan dan aktiviti kumpulan.


Pada langkah ini, murid diberikan pautan tugasan yang sesuai dengan topik antaranya
liveworksheet, jamboard, video critiques dan perkongsian mini projek (Rajah 6.7).

Rajah 6.7 : Contoh tugasan murid

Langkah kedua adalah saya melakukan rondaan maya. Semasa rondaan


dilakukan, saya telah menggunakan sistem kawalan Breakout Room (Rajah 6.8).
Semasa rondaan maya, saya telah memantau perbincangan murid, membaca catatan
murid dalam Google Meet, berkomunikasi dengan murid sekiranya terdapat sebarang
masalah atau pertanyaan dan memantau tugasan kumpulan yang telah diberikan.
Saya telah menetapkan masa bagi sesi perbincangan kumpulan bergantung kepada
jenis tugasan.

Rajah 6.8 : Rondaan maya dengan Kawalan Breakout Room.


Langkah ketiga adalah perbincangan tugasan dalam kumpulan besar. Saya
telah mengarahkan murid berkumpul di pautan utama Breakout Room untuk
berbincang hasil tugasan berkumpulan (Rajah 6.9).

Rajah 6.9 : Perbincangan tugasan dalam kumpulan besar

6.5 Peringkat INDIVIDUAL

Pada peringkat individual, murid diberikan pautan whiteboard.fi untuk


menjawab latihan secara indvidu (Rajah 6.10).

Rajah 6.10 : Paparan papan putih setiap murid


6.6 Peringkat DISCUSSION

Langkah yang saya lakukan adalah saya membuat semakan jawapan murid
dan perbincangan secara terus bersama murid. Pentaksiran setiap murid telah
dilakukan setelah murid selesai menjawab latihan secara individu.

7.0 PEMERHATIAN SEMULA / PEMERHATIAN SEMASA INTERVENSI


DILAKSANAKAN
7.1 Peringkat BREAK

7.1.1 Permulaan sesi PdPR berjalan amat lancar walaupun murid masuk serentak
ke kumpulan yang berbeza.
7.1.2 Tetapan autoadmit membantu saya membenarkan murid masuk ke kumpulan
tanpa perlu menekan butang admit pada setiap kumpulan.
7.1.3 Tetapan rakaman yang dilakukan dapat merakam murid yang hadir awal ke
sesi PdPR. Sekiranya saya terkeluar dari sesi Google Meet, rakaman aktiviti
berkumpulan masih direkodkan.

7.2 Peringkat CAPTAIN

7.2.1 Saya dapat perhatikan Captain setiap kumpulan menyampaian pesanan guru
setiap kali ada rakan yang hadir ke kumpulan masing-masing.
7.2.2 Saya mendengar Captain menghubungi rakan menggunakan panggilan
telefon dan terdapat juga murid yang berkata :
“Cikgu, saya mesej kawan-kawan dalam group kecil kami”.
“Bihan,aku dah call Ahmad”
“Syafiq cakap dia lambat sikit masuk sebab belum habis tasmik”
7.2.3 Saya membaca diruang komen, Captain menulis senarai ahli kumpulan dan
peranan masing-masing (Rajah 7.1)
Rajah 7.1 : Senarai ahli dan peranan

7.3 Peringkat OBJECTIVE

7.3.1 Saya mendengar murid berebut mencari muka surat yang berkaitan dengan
topik.
7.3.2 Saya juga melihat wakil kumpulan memeparkan buku teks pada Google Meet
kumpulan kerana terdapat rakan yang kehilangan buku teks (Rajah 7.2)

Rajah 7.2 Wakil murid memapar buku teks

7.4 Peringkat VERBAL

7.4.1 Saya dapat mendengar murid membetulkan pendapat rakan dan terdapat juga
murid yang menunjuk ajar rakan dalam menggunakan ‘tools’ yang sesuai
semasa mengisi melengkapkan tugasan di jamboard.
7.4.2 Saya mendengar murid menerangkan mini projek yang dibincangkan kepada
rakan. Murid saya masih dapat berkongsi hasil projek walaupun dia
mengalami masalah teknikal iaitu microphone tidak berfungsi (Rajah 6.3)
Rajah 6.3 Paparan rakaman catatan Google Meet

7.4.3 Saya dapat mendengar dan melihat murid saya membaca jawapan bagi
tugasan dan seorang lagi murid membuat catatan pada ruang jawapan.
7.4.4 Murid juga telah membuat rujukan laman sesawang untuk mendapatkan
maklumat dan jawapan (Rajah 7.4)

Rajah 7.4 : Paparan google meet

7.4.5 Saya dapat melihat dan menegur murid yang melakukan contengan dan tidak
fokus semasa perbincangan kumpulan.

7.5 Peringkat INDIVIDUAL

7.5.1 Saya dapat melihat masing-masing mencatatkan jawapan di papan putih


masing-masing secara terus (Rajah 7.5). Saya turut dapat melihat murid
melakukan langkah kerja dan terdapat murid yang mengambil gambar dan
menghantarkan tugasan kepada guru menggunakan aplikasi whiteboard.fi.
Rajah 7.5 : Paparan whiteboord.fi

7.6 Peringkat DISCUSSION

7.6.1 Saya dapat bersoal jawab dengan murid dan murid dapat memberi hujah
terhadap jawapan yang ditulis apabila disoal oleh saya.
7.6.2 Saya mendengar murid berkata “yes, jawapan aku betul” apabila saya
membincangkan jawapan semua murid.
7.6.3 Murid kedengaran teruja dan seronok apabila jawapan mereka antara yang
terpilih dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain (Rajah 7.6).
7.6.4 Saya dapat membuat pentaksiran PBD setiap murid semasa peringkat ini dan
direkodkan (Rajah 7.7).

Rajah 7.6 : Paparan papan putih murid


Jadual 7.7 : Rekod Pentaksiran PBD

8.0 REFLEKSI SEMULA / REFLEKSI SELEPAS PEMERHATIAN TERHADAP


INTERVENSI
8.1 Perubahan pada pembelajaran murid

Di akhir kajian, saya mendapati murid-murid lebih berminat menghadiri sesi


PdPR kerana kehadiran murid meningkat dari 38% (7 orang murid) kepada 100%
(18 orang murid). Semasa peringkat CAPTAIN dan peringkat VERBAL, murid telah
berjaya memupuk sikap bertanggungjawab, bantu membantu, kerjasama kumpulan
serta mereka lebih aktif semasa aktiviti berkumpulan. Murid telah menunjukkan
sikap berdikari apabila mereka sendiri mencari maklumat di laman sesawang tanpa
perlu merujuk kepada saya untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Saya dapati murid semakin seronok belajar dan mempunyai keyakinan diri
bercakap di atas talian kerana semua murid memberi respon secara spontan apabila
terdapat soalan diajukan oleh murid lain sekaligus dapat mengelakkan murid-murid
terleka semasa sesi google meet.

Antara kelebihan kaedah berkumpulan secara dalam talian didapati, murid


yang hadir lewat ke sesi google meet disebabkan masalah teknikal, tidak tercicir
dalam sesi PdPR kerana murid tersebut masih dapat menjalankan perbicangan dalam
kumpulan kecil dengan bimbingan rakan sekumpulan. Murid dapat bekerjasama
dalam menyelesaikan sesuatu tugasan dan saling membantu rakan yang mempunyai
kekangan dalam melayari internet atau youtube.
Pentaksiran dan perekodan PBD murid dapat dilakukan dengan baik dimana
semua murid dapat mencapai Tahap Penguasaan sekurang-kurangnya 4 malah
terdapat murid yang berjaya mencapai Tahap Penguasaan 5 dan 6 (Rajah 8.1, Rajah
8.2, Rajah 8.3).

Pelaksanaan sesi PdPR secara Break-Covid ini mendapat respon positif


dalam kalangan murid. Antaranya merela menyatakan “santai dan seronok”, “best
sebab dapat belajar IT” dan “mudah guna” (Rajah 8.4).

Pendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai


kemahiran teknologi dan ICT. Bahkan, murid berjaya mendapatkan maklumat tanpa
sepadan melalui carian google dan youtube tanpa bergantung penuhnya kepada buku
teks atau penerangan guru semata-mata.

Jadual 8.1 : Analisis Pentaksiran PBD Sebelum dan Selepas Intervensi.

Rajah 8.2 : Graf Pencapian PBD murid sebelum intervensi.


Rajah 8.3 : Graf Pencapian PBD murid selepas intervensi.

Rajah 8.4 : Respon murid setelah selesai sesi PdPR

8.2 Perubahan pada pengkaji

Pendekatan Break-COVID ini memberi saya semangat dan meningkatkan


keyakinan diri untuk terus mempelbagaikan aktiviti dan inovasi dalam PdPR. Saya
dapati, pendekatan pembelajaran dalam kumpulan secara dalam talian amat berbeza
berbanding secara bersemuka. Pendekatan aktiviti berkumpulan bagi sesi PdPR
dalam talian memerlukan persediaan awal yang lebih rapi seperti senarai penggunaan
pautan semasa tugasan dan latihan, senarai perincian arahan untuk murid sepanjang
aktiviti berkumpulan, serta kecekapan murid dalam menggunakan ICT manakala
bagi sesi PdPR secara bersemuka, senarai pautan yang diperlukan amat sedikit malah
murid banyak menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kertas sebak atau
papan putih semasa aktiviti dilaksanakan. Antara persediaan yang perlu dilakukan
adalah saya perlu memberi penerangan dan pautan secara berperingkat malahan
tugasan berkumpulan juga perlu diberikan secara berpandu. Sebelum ini, saya
beranggapan bahawa sesi PdPR dalam talian tidak boleh dilaksanakan secara
berkumpulan. Pendekatan Break-COVID ini telah mengubah pandangan saya
bahawa aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan dengan jayanya dimana elemen-
elemen PAK 21 dapat diterapkan dengan baik.

8.3 Impak sampingan

Hasil daripada kajian yang memberangsangkan ini, mendorong saya untuk


berkongsi pendekatan Break-COVID ini kepada semua guru di sekolah saya dengan
mengadakan LADAP PAK 21 Breakout Room. Antara rakan sejawat yang berjaya
menggunakan kaedah ini guru mata pelajaran Sains, Pendidikan Al Quran dan
Assunnah, Bahasa Arab, dan Hifz Al Quran. Saya turut berpeluang menjadi
penceramah jemputan bagi perkongsian teknik ini bersama guru-guru dari pelbagai
sekolah antaranya di LADAP Breakout Room bersama salah satu buah sekolah di
daerah Segamat, Johor, Bengkel Breakout Room bersama salah satu buah sekolah di
daerah Tangkak dan sesi perkongsian terbuka bertajukn Taklimat Guru Cemerlang
dan Bengkel PAK21+PDPR yang melibatkan seramai 76 orang peserta dari beberapa
buah sekolah dari negeri Selangor, Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Antara guru-guru yang berjaya melaksanakan pendekatan ini adalah guru
matapelajaran Sains dari daerah Klang Selangor, Guru Cemerlang Grafik
Komunikasi Teknikal dari daerah Tangkak, guru mata pelajaran Matematik
Tambahan dari daerah Tangkak, Johor, guru 18 matapelajaran Sains dari daerah
Tangkak, Johor., guru mata pelajaran Matematik Tambahan dari daerah Kuala Pilah,
Negeri Sembilan dan Guru Cemerlang Bahasa Arab dari daerah Segamat, Johor.
Rajah 8.5 : Guru matapelajaran Sains, Pagoh, Johor

Rajah 8.6 : Guru Cemerlang Bahasa Arab, Segamat, Johor.


Rajah 8.7 : Guru Matematik Tambahan, Tangkak, Johor.

Rajah 8.8 : Guru matapelajaran sains, Klang, Selangor.


Rajah 8.9 : Guru matapelajaran Sains, Jasin, Melaka.

9.0 RUJUKAN

Abdulrahman Almurashi, W. (2016). THE EFFECTIVE USE OF YOUTUBE VIDEOS


FOR TEACHING ENGLISH LANGUAGE IN CLASSROOMS AS
SUPPLEMENTARY MATERIAL AT TAIBAH UNIVERSITY IN ALULA.
International Journal of English Language and Linguistics Research, 4(3), 32–47.
Retrieved from https://www.eajournals.org/wp-content/uploads/The-Effective-Use-of-
Youtube-Videos-for-Teaching-English-Language-in-Classrooms-as-Supplementary-
Material-at-Taibah-University-in-Alula.pdf

Admin. (n.d.). The Psychology of Color: How Do Colors Influence Learning? Retrieved
December 31, 2021, from https://shiftelearning.com/blog/how-do-colors-influence-
learning

Albano, L. (2013). How English language teachers can use pictures in class | British Council.
Retrieved December 31, 2021, from https://www.britishcouncil.org/voices-
magazine/how-english-language-teachers-use-pictures-class

Bahagian Pembangunan Kurikulum, K. P. M. (2018). Matematik - Dokumen Standard


Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5. Retrieved from
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-
menengah/category/331-dskp-tingkatan-4-dan-5-gabung?download=4525:dskp-kssm-
matematik-tingkatan-4-dan-5

Baroody, A. J. (1984). Children’s Difficulties in Subtraction: Some Causes and Questions.


Journal for Research in Mathematics Education, 15(3), 203–213.
http://doi.org/10.2307/748349

Cruse, E. (2021). Using Educational Video in the Classroom: Theory, Research and
Practice. Retrieved from
https://www.safarimontage.com/pdfs/training/usingeducationalvideointheclassroom.p
df

Dick, B. (1997). Action learning and action research. Retrieved December 31, 2021, from
http://www.aral.com.au/resources/actlearn.html

Dick, B., Stringer, E., and Huxham, C. (2009). Theory in action research. Action Research,
7(1), 5–12. http://doi.org/10.1177/1476750308099594

Dzulkifli, M. A., and Mustafar, M. F. (2013). The influence of colour on memory


performance: a review. The Malaysian Journal of Medical Sciences : MJMS, 20(2), 3–
9. Retrieved from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3743993/

Gutierrez, K. (n.d.). Color Psychology: Use Cool Colors to Set Just the Right Mood for
Learning. Retrieved December 31, 2021, from
https://www.shiftelearning.com/blog/color-psychology-elearning-part2

Hines, M. B., Henze, A., Ivanova, C., Rowland, L., Waggoner, L., and Lisak, M. (2016).
Action Research in Education. Oxford Bibliographies Online Datasets.
http://doi.org/10.1093/obo/9780199756810-0140

Kabooha, R., and Elyas, T. (2015). THE IMPACTS OF USING YOUTUBE VIDEOS ON
LEARNING VOCABULARY IN SAUDI EFL CLASSROOMS. ICERI2015
Proceedings. IATED. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/283153582_THE_IMPACTS_OF_USING_
YOUTUBE_VIDEOS_ON_LEARNING_VOCABULARY_IN_SAUDI_EFL_CLAS
SROOMS

Kamii, C., Lewis, B. A., and Kirkland, L. D. (2001). Fluency in subtraction compared with
addition. Journal of Mathematical Behavior, 20(1), 33–42.
http://doi.org/10.1016/S0732-3123(01)00060-8

Olurinola, O., and Tayo, O. (2015). Colour in Learning: Its Effect on the Retention Rate of
Graduate Students. Journal of Education and Practice, 6(14), 1–5. Retrieved from
https://eric.ed.gov/?id=EJ1080132

Shabiralyani, G., Hasan, K. S., Hamad, N., and Iqbal, N. (2015). Impact of Visual Aids in
Enhancing the Learning Process Case Research: District Dera Ghazi Khan. Journal of
Education and Practice, 6(19), 226–233. Retrieved from
https://eric.ed.gov/?id=EJ1079541

Weeks, E. (2013). THE POWER OF PICTURES: THE ROLE OF PICTUREBOOKS IN THE


DEVELOPMENT OF YOUNG LEARNERS. Retrieved from
https://ufdcimages.uflib.ufl.edu/IR/00/00/36/37/00001/Weeks, Elaine (final).pdf

Anda mungkin juga menyukai