Anda di halaman 1dari 18

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji beban tugas seorang guru sekolah menengah di era

pandemik covid-19. Kajian ini berbentuk kualitatif.Pengkaji telah memilih temu bual semi

struktur untuk mendapatkan data dari guru sekolah menengah tersebut.Temu bual semi

struktur dijalankan di antara pengkaji dan sampel kajian menerusi talian google meet

bertarikh 10 November 2021.Temu bual ini dijalankan secara dalam talian selama 30 minit

dan setiap soalan yang diajukan kepada sampel kajian adalah untuk memastikan objektif

kajian tercapai. Dalam bab ini, pengkaji telah meneroka beban tugas seorang guru sekolah

menengah menerusi soalan yang disediakan dan bagaimana beliau mengatasi setiap cabaran

di era pandemik covid-19 semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara dalam

talian. Setiap data yang dikumpul adalah berdasarkan perasaan sebenar dan luahan guru

tersebut menerusi temu bual yang dijalankan. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan

menggunakan kaedah pengkodan.Pengkaji telah melibatkan 4 pengkaji yang terlatih untuk

menanya soalan secara dalaman untuk mendapatkan data yang lebih boleh dipercayai. Selain

itu pengkaji telah merakam sidang temu bual yang dijalankan dan menggunakan kaedah

triangulasi untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian kualitatif ini.Selain data yang

diperoleh menerusi temu bual,pengkaji juga meminta senarai bidang tugas yang dipikul oleh

guru tersebut dan catatan persendirian untuk memudahkan penganalisisan data secara

sistematik dan sahih dilakukan.

4.2 Analisis beban tugas seorang guru sekolah menengah di era pandemic covid -19

Kajian ini telah menggunakan temuduga semi berstruktur untuk mengumpul data dari guru

untuk mengenalpasti beban tugas yang dipikul di era pandemik covid-19 serta bagaimana

guru tersebut mengatasi setiap cabaran yang timbul akibat beban tugas tersebut. Dalam
bahagian ini, analisis data soalan yang dikemukakan kepada sampel kajian dan inteprestasi

data soalan tersebut dengan menggunakan Kaedah Pengkodan.Jadual di bawah menunjukkan

soalan yang diajukan dan jawapan yang diperoleh dari sampel kajian.

Jadual 4.1 Soalan temu bual semi struktur yang dikemukakan dan jawapan dari sampel kajian
Soalan temu bual semi struktur Jawapan sampel kajian

1.Bagaimanakah anda menjalankan Saya terpaksa menjalankan pengajaran dan

pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar pembelajaran secara dalam talian

anda di era pandemik covid-19 ? disebabkan warga pendidik tidak dibenarkan

bersemuka dengan pelajar untuk

mengelakkan jangkitan covid-19.


*Lanjutan soalan pertama Pengajaran secara dalam talian merupakan
Apakah pandangan dan perasaan anda pengalaman baru kepada saya. Ia bukan

apabila menjalankan pengajaran secara mudah seperti yang disangka. Pelbagai

dalam talian kemahiran ICT perlu dikuasai untuk

memudahkan pengajaran yang

dilakukan.Saya berasa lebih suka jika

berdampingi dengan pelajar semasa

mengajar.Pengajaran secara maya ini tidak

begitu memberi kepuasan kepada saya. Saya

rasa beban dari aspek pengendalian bahan

PdPr ini dan rasa tidak efektif terutama

mengajar matematik untuk pelajar yang

lemah.Mereka memerlukan kaedah

bersemuka dan saya biasanya akan

mendekati pelajar yang lemah dan


mengambil masa yang lebih untuk

membimbing mereka.Kaedah bersemuka

memudahkan saya mencapai objektif

pengajaran dan pelajar juga menghantar

tugasan dengan cepat tanpa memberi

alasan.Pendek kata saya terpaksa

menjalankan tugas ini dengan rasa tidak

gembira dan menunggu untuk hari

bersemuka dengan pelajar.

2.Adakah anda memikul tanggungjawab Selain mengajar 6 kelas matematik dari

yang lain selain mengendalikan pengajaran tingkatan 3 hingga 6, saya juga penyelaras

secara dalam talian? utama dalam mengendalikan badan

beruniform Kadet Polis, persatuan

matematik,permainan memanah secara

dalam talian.

Saya perlu memastikan semua pelajar

terlibat dalam setiap program atau

pertandingan yang dianjurkan oleh

panitia,Jabatan Pendidikan Negeri serta

Pejabat Pendidikan Daerah,Pelbagai kertas

kerja perlu dibuat,laporan perlu dihantar

secara dalam talian,perlu membuat google

form untuk mengisi kehadiran murid ,perlu

mengadakan taklimat bersama guru lain

untuk melaksanakan sebarang program yang


dirancang dan sebagainya.

Selain itu saya juga merupakan guru

kaunseling,setiausaha peperiksaan awam

spm,setiausaha ko-kurikulum dan

penyelaras tingkatan 6 dan akhir sekali saya

juga merupakan guru tingkatan 5.


**Lanjutan soalan kedua

Bagaimanakah perasaan anda semasa


Saya memang rasa beban dan tertekan
mengendalikan semua tugasan ini secara
dengan tugasan sampingan ini.Namun saya
dalam talian?Adakah semua tugasan ini
terpaksa menjalankan tugasan ini sebab ia
mudah dilakukan di sekolah secara
merupakan tanggungjawab dan kepercayaan
bersemuka atau secara dalam talian
yang diberi oleh pihak sekolah kepada diri
disebabkan pandemic covid-19?
saya. Kadangkala rasa letih dan ingin

berehat seketika dari melayari tugasan

secara dalam talian.Saya ada masalah

penglihatan juga jika terlalu lama

berhadapan dengan screen laptop. Saya rasa

tidak terlalu tertekan jika menjalankan

tugasan ini secara bersemuka di sekolah

sebab ada rakan guru yang lain boleh

membantu saya jika ada sebarang masalah.

Tetapi pandemik covid -19 bukan sahaja

memberi tekanan kepada saya tetapi kawan-

kawan lain juga turut berkongsi beban tugas

mereka.Saya rasa sukar juga untuk


menyatupadukan semua guru untuk

menjayakan sebarang program yang

dirancang dibawah bidang tugas yang

ditetapkan terutama di era pandemik covid-

19.Masing-masing ingin melindungi diri

dari bersemuka atau melibatkan diri dalam

sebarang tugas yang lain.

3.Bagaimanakah anda mengurus masa Saya terpaksa bangun awal pagi untuk

sebagai pengajar dan pada masa yang sama memasak ,mengurus kerja rumah yang lain

perlu mengendalikan urusan rumah tangga sebelum tiga orang anak saya

di era pandemic covid-19 ini? bangun.Mereka juga belajar dari rumah.

Maka saya perlu menyediakan diri saya

sebagai runner untuk mengisi keperluan

mereka semasa belajar dan menyediakan

diri saya untuk menjalankan tugasan yang

diamanahkan.Suami saya juga tidak dapat

pulang sebab kerajaan tidak membenarkan

merentas negeri.Suami saya juga seorang

guru di Johor.Kami hampir setahun tidak

dapat meluangkan masa bersama

keluarga.Saya terpaksa mengejar masa

untuk melaksanakan rutin seharian di

*Lanjutan Soalan Ketiga rumah.

Adakah anda mempunyai masa yang

mencukupi untuk tidur dan rehatkan diri di Sejak pandemik covid-19 ini melanda
era pandemik covid-19? negara kita saya sudah hampir tertekan

sebab masa untuk rehatkan diri memang

tidak mencukupi sebab terpaksa melakukan

kerja rumah dan kerja sekolah serentak

setiap hari.Walaupun tiada kelas pada hari

sabtu dan ahad,saya terpaksa juga

menyemak hasil tugasan pelajar,membantu

anak membuat kerja sekolah atau projek dan

pengemaskinian fail perlu dibuat.Saya

pernah berjumpa doktor dua kali sebab rasa

hypertension.

4.Adakah anda menghadapi sebarang Bukan semua pelajar dapat menghadiri

masalah dengan pelajar semasa kelas secara dalam talian.Kadangkala saya

mengendalikan pengajaran dalam talian? terpaksa menungggu setengah jam untuk

memastikan semua murid hadir secara

dalam talian untuk belajar.Ada juga pelajar-

pelajar saya yang mempunyai masalah

rangkaian internet dan masalah peribadi

yang lain.Ia tidak semudah untuk

menyelesaikan masalah rangkaian internet

yang dialami oleh pelajar-pelajar tersebut.

Mereka terpaksa mengabaikan pembelajaran

pada hari tersebut dan lama-kelamaan

mereka jadi malas membuat kerja rumah

walaupun sediakan modul untuk


mereka.Apabila mereka tidak hadir,tidak

mahu membuat modul yang disediakan saya

rasa begitu kecewa dan susah hati sebab

mereka perlu menduduki peperiksaan spm

pada masa akan datang.Saya terpaksa

menjawab kepada semua pihak jika Sasaran

SPM yang ditetapkan subjek matematik

tidak tercapai.Ia memberi stress kepada diri

saya terutama apabila melaksanakan

pembelajaran secara dalam talian ini.Selain

itu kerap juga pelajar ponteng kelas

walaupun pelbagai inisiatif diambil untuk

memastikan mereka hadir kelas secara

dalam talian.

5.Adakah anda berasa beban tugas anda mmm….Saya rasa jika bekerja di sekolah

meningkat di era Pandemik covid-19 ini dan suasana beban kerja itu berbeza berbanding

adakah ia memberi kesan kepada aspek beban kerja di era pandemik ini.Sebab di

emosi,sosial,moral serta fizikal anda? sekolah saya biasanya mudah berfokus pada

tugas yang diberi dan sebarang maklum

balas boleh diperoleh dari pelajar dan rakan

sejawat dengan secepat mungkin.Tambahan

pula saya mudah mengakses kemudahan

alat peranti,stor maklumat dan lain-lain


perkara yang saya perlukan di

sekolah.Tetapi apabila melaksanakan

tugasan di rumah,saya rasa terganggu dari

emosi,fizikal dan sosial.Saya perlu

menggunakan kesemua anggota badan saya

untuk PdPr anak dan PdPr diri sendiri.Kalau

nak dapatkan sebarang maklumat,perlu

menghubungi pihak tertentu dan menunggu

masa yang lama untuk mendapatkan data

tersebut.Penyemakan hasil kerja murid

menerusi telefon pintar dan laptop

menyukarkan saya untuk menanda dan tidak

dapat melihat telefon pintar untuk tempoh

masa yang panjang. Saya rasa memang sakit

kepala yang kuat jika duduk lama di depan

komputer.Saya rasa susah untuk

mengendalikan beban tugas di era

pandemik.Kalau nak katakan secara ringkas,

memang terpaksa melakukan dua kali ganda

tugas yang diamanahkan di era pandemik

ini.

Dari segi emosi saya memang mengalami

kekecewaan.perasaan sedih,tekanan dan

kadangkala terpaksa meluahkan perasaan

marah terhadap anak.Covid-19 ini telah


menjejaskan pergaulan sosial dengan

kawan,saudara mara dan antara ahli

keluarga sebab tidak dapat menemui mereka

serta kita tidak dibenarkan merentas

negeri.Dari segi moral pula,kadangkala

tidak ada semangat diri,ingin mengundur

diri dari kerjaya sebab stress,tidak ada

peluang untuk memberi penghargaan

kepada diri sendiri dan anak-anak.Saya

tidak menafikan aspek fizikal saya juga

terjejas sebab saya telah mengalami masalah

penglihatan dan hypertension

Lanjutan soalan kelima Memang sukar untuk setiap individu

Beri pandangan anda bagaimana caranya melepaskan diri dari beban tugas yang

boleh mengatasi segala beban tugas ini di diamanahkan terutama di era pandemik

era pandemik covid 19? kepada guru.Tetapi saya rasa cara untuk

mengatasi setiap masalah beban tugas

bergantung kepada tindakan yang diambil

oleh individu itu sendiri.Walaupun saya rasa

stress dan marah disebabkan semua urusan

terpaksa dikendalikan oleh diri saya

sendiri,namun saya terima hakikat itu

dengan sepenuh hati.Jika tidak saya

mungkin berasa sukar untuk

menyempurnakan tugasan tersebut. Sebagai


seorang pendidik, saya rasa perlu bertekad

untuk menghadapi segala cabaran tersebut.

Saya rasa sokongan dari rakat sejawat,

keluarga itu amat penting untuk

mengharungi segala masalah,beban tugas

dan gangguan emosi dan

sebagainya.Walaupun pada Ketika ini,kita

tidak dapat bersosial namun kita harus

menjalinkan satu perhubungan sosial yang

baik mengikut sop yang ditetapkan untuk

berkongsi pengalaman,meredakan

pemikiran dan mengawal stress serta

memberi semangat antara satu sama lain.

6.Sebagai seorang guru apakah yang anda Hmmm,Akhir kata sama-samalah kita

ingin katakan kepada rakan guru yang berjuang demi anak didik dan keluarga yang

menghadapi beban tugas yang keterlaluan di tercinta dan berdoa agar dunia ini selamat

era pandemik covid-19 ini? dari segala pandemik dan kesulitan beban

tugas dalam kehidupan seharian.Setiap

individu mesti memiliki motivasi diri yang

tinggi dan bertekad untuk berjuang sehingga

berjaya.

Berdasarkan jadual di atas pengkaji telah mengemukakan beberapa soalan dan setiap soalan

tersebut telah berjaya di jawab oleh sampel kajian tersebut.Pengkaji menggunakan kaedah
pengkodan dengan mewujudkan tema dari jawapan sampel kajian supaya boleh mendapatkan

data yang mencukupi untuk mencapai objektif kajian dan soalan kajian.Analisis jawapan

sampel kajian untuk menghasilkan tema akan dihuraikan menerusi jadual 4.2.

4.2 Analisis kewujudan Tema dari Kata Kunci Soalan

Dalam bahagian ini, pengkaji mewujudkan tema utama dari jawapan sampel kajian untuk

memudahakan analisis secara pengkodan dilakukan.Jadual 4.2 di bawah akan

menggambarkan kewujudan tema dari hasil temu bual semi struktur yang dikendalikan di

antara pengkaji dan sampel kajian. Fokus soalan temu bual ini ialah untuk mengenal pasti

beban tugas seorang guru di era pandemik covid 1-9 dan bagaimana Ia menjejaskan aspek

emosi,sosial,moral serta fizikal individu tersebut . Hasil dari temu bual yang

dilaksanakan,enam tema telah dikenal pasti dari kata kunci transkrip jawapan

responden.Hasil data temu bual dengan menggunakan instrument pertama telah digambarkan

seperti jadual dibawah:

Jadual 4.2 : Analisis Kewujudan Tema dari Kata kunci Soalan

Kata kunci Soalan Jawapan Responden Tema


Pandangan tentang beban tugas di -Bukan mudah
-Perlu menguasai pelbagai
era pandemik
kemahiran
-beban dari segi
pengendalian bahan PdPr
-tidak efektif
-Masalah dari segi
pengurusan
masa,pengurusan tugasan
Situasi PdPr
sampingan
-Masalah rangkaian
internet
-Masalah pengumpulan
murid serentak dalam
talian
Masalah penyemakan hasil
kerja murid secara dalam
talian
-Sukar untuk mencapai
objektif pembelajaran

2.Perasaan yang timbul akibat -tidak memberi kepuasan


beban tugas di era pandemi covid- -tertekan akibat beban
19 tugas
-kecewa Gangguan emosi

-marah
-tidak gembira
-letih
3.Jenis Tanggungjawab yang -Guru subjek matematik
dipikul -Guru kaunseling
-Penyelaras Unit Ko-
Kurikulu Bidang Tugas
-Setiausaha Peperiksaan
SPM
-Penyelaras Tingkatan 6
-Guru KelasTingkatan 5

3.Tahap hubungan sosial di era -Tidak dapat melihat


pandemik suami sebab dia bekerja di
Johor
(merentas negeri tidak
PerhubunganSosial
dibenarkan sepanjang
PKP)
-Tidak ada peluang
menemui kawan,saudara
masa dan ahli keluarga
yang lain
Isu Moral akibat beban tugas di -Tidak ada semangat diri
era pandemik Covid-19 -Ingin berundur dari Nilai Moral
kerjaya
-tidak ada masa untuk
menghargai diri kendiri
dan anak
Masalah Fizikal akibat beban - Masalah
tugas di era pandemic covid-19 penglihatan
- Hypertension Isu Fizikal
- Terlalu letih
- Sakit kepala

Berdasarkan jadual diatas,enam tema telah dikenalpasti iaitu situasi Pengajaran dan
Pembelajaran dari rumah (PdPr),Gangguan emosi,Bidang Tugas,Perhubungan sosial,nilai
moral dan isu Fizikal. Pengkaji telah memilih tema yang berpadanan untuk objektif dan
soalan kajian. Jadual 4.2(a) di bawah menunjukkan kesinambungan antara objektif
kajian,soalan kajian dan tema yang terhasil.

Jadual 4.2(a) Kesinambungan antara objektif ,soalan dan tema kajian.


Objektif Kajian Soalan Kajian Tema yang berkaitan..
1.Mengenal pasti beban 1.Apakah beban tugas guru Situasi PdPr
tugas guru di era pandemik di era Pandemik Covid-19 Bidang Tugas
Covid-19
2.Mengenal pasti gangguan 2.Apakah gangguan emosi Gangguan emosi
emosi yang dihadapi oleh yang dihadapi oleh guru
guru akibat beban tugas di akibat beban tugas di era
era pandemic Covid-19. pandemik Covid-19
3.Mengenal pasti kesan 3.Apakah kesan gangguan Isu Fizikal
gangguan emosi yang emosi yang dihadapi oleh Nilai moral
dihadapi oleh guru akibat akibat beban tugas guru di
beban tugas di era pandemik era pandemic Covid-19
Covid-19

4.3 Analisis Dapatan Kajian

Berdasarkan data yang dikumpul menerusi temu bual semi strukrur,pengkaji telah

mengenalpasti tema untuk memadankan dengan kehendak objektif dan soalan kajian.Pengkaji

memadankan tema yang terhasil dengan 3 objektif kajian dan 3 soalan kajian supaya boleh

mendapat gambaran tentang beban tugas guru di era pandemik Covid-19.Pengkaji telah

membuat huraian yang teliti di bawah berdasarkan setiap tema yang berpadanan dengan

objektif kajian dan soalan kajian.

Tema Situasi PdPr dan bidang tugas boleh menjawab kehendak objektif dan soalan kajian

pertama.Objektif dan soalan kajian pertama adalah berkait dengan mengenal pasti beban
tugas guru di era pandemik Covid-19.Tema situasi PdPr terhasil dari luahan sampel kajian

yang menyatakan kesukaran yang ditempuhi semasa melaksanakan PdPr di era pandemik

Covid-19.Antara kesukaran situasi yang mewujudkan beban kepada guru ialah seperti

pengendalian kelas secara dalam talian bukan sesuatu yang mudah dimana guru perlu

menguasai pelbagai kemahiran ICT.Guru tidak dapat berdampingi dengan pelajar semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran matematik.Rangkaian internet yang tidak menentu masa juga

mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru berasa sukar untuk mengumpulkan

semua pelajar serentak semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sebab bukan

semua pelajar mempuyai kemudahan internet dan terdapat segelintir pelajar yang mempunyai

masalah lain seperti masalah peribadi dan keluarga.Situasi ini membebankan guru dimana

guru tersebut tidak mudah untuk mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut.Guru ini

juga mengambil inisiatif untuk menyediakan modul bagi pelajar yang mempunyai masalah

internet.Namun modul itu juga tidak dilengkapi oleh pelajar sebab mereka sudah menjadi

malas dan tidak bersungguh-sungguh semasa pengendalian proses pengajaran dan

pembelajaran dari rumah.Guru ini juga mengalami masalah dari segi penyemakan hasil

tugasan menerusi talian.Guru berasa sukar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut

jika ada ada kesalahan.

Tema bidang tugas pula menggambarkan senarai tugas yang dipikul oleh guru tersebut

walaupun bekerja dari rumah.Selain mengajar guru tersebut terpaksa mengendalikan banyak

program,aktiviti ko-kurikulum,membina google form untuk memastikan kehadiran murid

dalam semua aktiviti yang dijalankan secara dalam talian. Guru tersebut rasa mudah

melaksanakan tugasan yang diamanahkan disekolah berbanding di rumah sebab mudah

mengakses semua maklumat yang dikehendaki,ada kemudahan peranti yang dikehendaki dan

boleh mendapat bantuan rakan sejawat.Jika melaksanakan tugasan ini dari rumah,guru

tersebut telah berhadapan pelbagai masalah dari segi aspek kesukaran memperoleh
maklumat,kerjasama dari pihak tertentu dan sebagainya.Huraian dua tema ini telah

mendapatkan jawapan untuk objektif dan soalan kajian pertama.

Manakala tema kedua iaitu gangguan emosi pula berjaya menjawab objektif dan soalan

kajian kedua yang berkait gangguan emosi yang dihadapi oleh guru tersebut akibat beban

tugas di era pandemic Covid-19.Antara gangguan emosi yang dihadapi oleh guru tersebut

ialah tekanan,tidak berpuas hati mengajar matematik secara dalam talian,rasa kecewa dengan

sikap murid yang tidak mahu menyiapkan tugasan,tidak mendapat maklum balas yang

dikehendaki semasa melaksanakan program dari pihak tertentu,rasa terlalu letih akibat

mengendalikan urusan rumah dengan tugasan kerjaya yang diamanahkan dengan serentak

tanpa ada masa rehat walaupun pada hari sabtu dan ahad.Guru tersebut kadangkala

meluahkan perasaan marah terhadap anak sebab beban tugas yang banyak.

Tema isu fizikal, nilai moral pula telah membantu mendapatkan data untuk menjawab

objektif dan soalan kajian ketiga yang berkait dengan kesan gangguan emosi akibat beban

tugas di era pandemik Covid -19.Tema isu fizikal menggambarkan masalah fizikal yang

ditempuhi oleh guru tersebut beban tugas tersebut.Antara masalah fizikal yang dialami oleh

guru tersebut ialah masalah penglihatan,terlalu letih,sakit kepala dan hypertension.Beliau

terpaksa berjumpa doktor dua kali sebab masalah fizikal ini.Ini menjelaskan gangguan emosi

boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hypertension dan sakit kepala yang

kuat.Apabila guru ini menghadap screen monitor dan telefon pintar terlalu lama,ia telah

memberi kesan kepada penglihatan.

Dari tema nilai moral,guru tersebut memang mengalami masalah dari segi motivasi

diri.Beliau rasa tidak bersemangat,ingin mengundur diri dari kerjaya walaupun beliau masih

muda dan tidak mendapat peluang untuk menghargai diri dan anak sekali.Kesan gangguan

emosi akibat beban tugas telah digambarkan melalui tema isu fizikal dan nilai moral.
Berdasarkan huraian di atas ,tema yang terhasil telah membantu pengkaji menjawab objektif

dan soalan kajian dengan mudah, Bagi objektif kajian dan soalan kajian keempat pengkaji

akan meneroka pandangan pengkaji-pengkaji lepas untuk menjawab kedua-dua item tersebut

dan juga mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh sampel kajian semasa sesi temu

bual yang dijalankan.Huraian ini akan diperjelaskan dalam bab kelima nanti.

4.4 Analisis Dokumen

Selain data dari temu bual semi struktur ,pengkaji juga merujuk senarai bidang tugas guru

yang telah dihantar menerusi aplikasi telefon pintar.Dalam senarai tersebut memang guru

tersebut memikul pelbagai tugasan sampingan selain mengajar.Dalam senarai tersebut

deskripsi tugas turut membantu pengkaji memahami lebih mendalam tentang peranan yang

harus dimainkan oleh guru tersebut semasa menjalankan tugasan dari rumah.

Catatan persendirian tentang status pencapaian kejayaan dalam melaksanakan tugas turut

dikongsi menerusi dokumen yang dihantar melalui telefon pintar.Dalam catatan persendirian

guru tersebut telah menyenaraikan semua tatacara tugasan,status pelaksanaan,kejayaan dan

kegagalan sesuatu program,refleksi PdPr dan cadangan penambahbaikkan setelah sesuatu

mesyuarat atau program dijalankan turut dibuat oleh guru tersebut.Menerusi analisis kedua-

dua dokumen dapatan kajian telah diperkukuhkan lagi dan membuktikan bahawa beban tugas

guru di era pandemik Covid-19 memang banyak dan ia mampu memberi gangguan emosi

pada kadar yang tinggi bagi seseorang individu tersebut.

4.5 Rumusan

Dapatan analisis kualitatif telah membuktikan bahawa beban tugas guru di era pandemik

Covid-19 memang banyak sehingga guru mengalami tekanan emosi yang tinggi dan ia

memberi kesan kepada aspek fizikal dan moral.Pada masa yang sama guru tersebut tidak
berpeluang untuk menjalinkan hubungna sosial sebab pandemik Covid -19 dimana rakyat

Malaysia tidak dibenarkan merentas daerah atau negeri sepanjang tempoh PKP. Ia juga

menghalang satu jurang untuk meluahkan perasaan emosi guru tersebut kepada orang yang

tersayang.Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada tekanan diri.Maka jelasnya disini

dapatan kajian telah menggambarkan tahap beban tugas guru yang terpaksa dipikul oleh guru

di era pandemik Covid -19. Secara kesimpulannya,Beban tugas guru di era pandemik Covid-

19 memang merupakan sesuatu masalah yang perlu diberi perhatian

Anda mungkin juga menyukai