Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN E

SLOT 5: INPUT DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)


KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) (SEMAKAN 2017)

5.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 5

5.1.1 Objektif

Pada akhir sesi, peserta dapat:


i. menyatakan kandungan DSKP KSPK secara umum.
ii. menyesuaikan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi dengan ilmu keselamatan jalan raya.

5.1.2 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa

i. Ceramah: 20 minit
ii. Perbengkelan: 20 minit
iii. Pembentangan: 20 minit

5.1.3 Langkah Pelaksanaan Slot 5

Bil
Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
.
1 Ceramah 20 minit Rujuk bahan slaid
Input Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
2 Perbengkelan 20 minit Rujuk DSKP KSPK
Bengkel Pengaplikasian DSKP KSPK
3 Pembentangan 20 minit Slaid yang
Pembentangan Bahan Bengkel disediakan oleh
peserta

5.1.4 Bahan yang Diperlukan

Bil. Bahan Tanggungjawab


1 DSKP KSPK (Semakan 2017) Peserta

2 Komputer riba Peserta

3 Slaid Slot 5 Disertakan

4 Projektor LCD dan skrin Urusetia


5.2 PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN SLOT 5

CERAMAH (20 MINIT)

5.2.1 Ceramah Input Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP)


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017)

i. Fasilitator menerangkan input DSKP KSPK (Semakan 2017) dengan


ilmu keselamatan jalan raya kepada peserta kursus berdasarkan
kandungan di bawah:

Input 1: Matlamat

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi


murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran
yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka
bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.

Input 2: Objektif

i. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.


ii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam.
iii. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
v. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
vi. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
vii. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga
keselamatan diri.
viii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
ix. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
Input 3: Fokus

Kurikulum Prasekolah berfokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan


berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini
menghasratkan murid yang mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,
berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.

Input 4: Kerangka KSPK

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu


Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang
tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan
disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Input 5: Organisasi KSPK

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberi penekanan


kepada tiga bahagian utama iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi


Penyataan spesifik Suatu penetapan kriteria Suatu set kriteria umum
tentang perkara yang atau indikator kualiti yang menunjukkan tahap-
murid patut ketahui dan pembelajaran dan tahap prestasi yang perlu
boleh lakukan dalam pencapaian yang boleh murid pamerkan sebagai
suatu tempoh diukur bagi setiap tanda bahawa sesuatu
persekolahan standard kandungan. perkara itu telah dikuasai
merangkumi aspek murid.
pengetahuan, kemahiran
dan nilai.
Input 6: Peruntukan Waktu

Perancangan aktiviti harian di prasekolah haruslah berdasarkan peruntukan waktu


yang telah ditetapkan seperti di jadual di bawah. Walau bagaimanapun, guru diberi
keluwesan dalam menyusun jadual waktu PdP mengikut keperluan murid.

Peruntukan masa seminggu (minit)


untuk kelas prasekolah yang bahasa
Bil. Bidang Pembelajaran pengantarnya
Bahasa
Bahasa Melayu
Pengantar Lain
1. Bahasa Melayu 60 60

2. Bahasa Inggeris 60 60

3. Bahasa Cina/Bahasa Tamil - 60

4. Aktiviti Luar 120 120


Pendidikan Islam/
5. 120 120
Pendidikan Moral
6. Matematik Awal 40 40

7. Pembelajaran Bersepadu 800 740

Jumlah 1200 1200

Input 7: Pembelajaran Bersepadu

Pembelajaran Bersepadu memberi peluang kepada murid memperoleh


pengalaman pembelajaran sendiri yang lebih bermakna. Guru perlu
mengintegrasikan tunjang, kemahiran dan nilai dalam PdP. Pembelajaran Bersepadu
merangkumi Aktiviti Rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan Aktiviti
Pembelajaran.

Berdasarkan peruntukan dalam KSPK (Semakan 2017), PKJR Prasekolah


dilaksanakan pada waktu Pembelajaran Bersepadu dama ada pada waktu Perbualan
Awal, Rehat, Aktiviti Penutup atau Aktiviti Pembelajaran mengikut kesesuaian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.

Input 8: Strategi PdP

Guru perlu memilih strategi PdP yang sesuai dengan objektif pembelajaran serta
kesediaan dan minat murid. Ini adalah untuk memastikan sesi PdP menarik,
bermakna dan berkesan.

Antara strategi PdP yang boleh digunakan oleh guru bagi pelaksanaan PKJR
Prasekolah adalah seperti berikut:
✔ Pendekatan Bertema

i. Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran


melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa,
tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid.

ii. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut:

● Penggunaan satu tema yang mengintegrasi pelbagai bidang


pembelajaran.

● Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu


atau peristiwa semasa.

● Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru


yang diperoleh secara tersusun dan sistematik

✔ Pembelajaran Berasaskan Projek

i. Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah penyiasatan secara


mendalam berkaitan topik dunia sebenar dalam jangka masa yang
tertentu. Pendekatan ini menekankan penyelidikan dan penerokaan
berdasarkan inisiatif murid sendiri.

ii. Antara ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ialah:

● Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara


berkumpulan.

● Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke


tahap hasil yang siap.

iii. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses


maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri.

✔ PdP di Pusat Pembelajaran

i. PdP di Pusat Pembelajaran memberi peluang kepada murid membuat


keputusan terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menjalankan
aktiviti berasaskan minat, kebolehan dan kecenderungan sendiri.

ii. Pusat pembelajaran perlu diubah suai berdasarkan objektif PdP dan
perkembangan murid dari semasa ke semasa

iii. Bilangan pusat pembelajaran bergantung kepada kesediaan murid,


bahan, alatan dan saiz kelas serta kesediaan guru sendiri

iv. Murid diberi peluang memilih pusat pembelajaran yang diminati

v. Guru berperanan sebagai fasilitator


Input 9: Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pelaksanaan PKJR

i. Memberi kesedaran tentang ilmu keselamatan jalan raya

ii. Memastikan kesinambungan pembelajaran murid berkaitan PKJR dari sekolah


ke rumah dan sebaliknya

iii. Menunjukkan suri teladan

iv. Hubungan yang baik antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga dan komuniti
setempat membantu memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid.

PERBENGKELAN (20 MINIT)

5.2.2 Bengkel Pengaplikasian DSKP KSPK

i. Fasilitator menerangkan panduan pelaksanaan bengkel kepada peserta


kursus. Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan kecil rakan PKJR.

ii. Setiap kumpulan diminta memilih Standard Kandungan atau Standard


Pembelajaran yang sesuai untuk menerapkan ilmu PKJR berdasarkan 18
aktiviti dalam Buku Panduan Guru PKJR Prasekolah

iii. Fasilitator membimbing peserta semasa pelaksanaan bengkel.

PEMBENTANGAN (20 MINIT)

5.2.3 Pembentangan Bahan Bengkel

i. Peserta membentangkan dapatan bengkel melalui enam kumpulan kecil


Rakan PKJR dan memberikan justifikasi ringkas berkaitan pemilihan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

ii. Fasilitator membimbing peserta semasa pelaksanaan pembentangan

Anda mungkin juga menyukai