Anda di halaman 1dari 4

Khadijah contoh ibu mithali Muslim

Oleh Mohd Zamri Shafie

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung


perjuangan Rasulullah

SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina


Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang
mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas,
dermawan dan berketurunan mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang „al-wadud al-walud‟ iaitu


wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau
dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga
putera.

Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan


iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah
antaranya:

 Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala


sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina
Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya
menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu
pertama di Gua Hira‟.

Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan


dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan
katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu
selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu.
Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali
persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang
bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu
kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan
memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa
bencana”.
Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan
hati Baginda tenang. Perasaan takut yang terbaca di raut
wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang.

Selepas peristiwa di Gua Hira‟ yang menandakan Nabi


Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul Allah, maka dengan
tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah
untuk menerima Islam.

Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam


menggerakkan usaha dakwah. Beliau pembela paling setia
dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan
perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.

Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi


mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu
Mithali bagi setiap individu Muslim.

 Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan


semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada
kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina
Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum
Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut
berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya
menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah
Islam.
 Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama
Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa
pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani
Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.

Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi


keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa
ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan
kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya.

Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai pejuang Allah


dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi
bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan
Rasul-Nya.
Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi
dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari
Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: “Wahai
Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan
Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: “Ya!
Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang
baik”.

Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum‟ah


dan Saidatina Aisyah. Ingatan Baginda terhadap Saidatina
Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah
berasa cemburu terhadap Khadijah.

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari,


Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang
menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti
adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW.
Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan
mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.

Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa


engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua,
bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah
memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik
daripadanya?” Lantas Baginda menjawab: “Tidak! Beliau
beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau
mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau
membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak
memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya,
tidak daripada isteri yang lain.”

 Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang


tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya
kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang
disampaikan kepada Nabi SAW.

Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah,


sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu
dari Allah Rabbil „Alamin”. Khadijah menjawab salam itu
dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya
keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan.
Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”

Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada


kaca mata Rasulullah SAW amat tinggi. Diriwayatkan pada
suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah,
Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu
sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada


empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri
Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan
Fatimah Binti Muhammad.”

INTI PATI
Saiditina Khadijah

 Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan


Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua
Hira‟ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam
menggerakkan usaha dakwah.
 Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh
jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan
Rasulullah SAW.
 Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada
Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan
pembelaan kepada suaminya.
 Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran
bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan
Rasul-Nya.

Anda mungkin juga menyukai