Anda di halaman 1dari 14

Analisis Teks Berdasarkan Buku Jom-lah Fikir (A Guide on Transforming Thoughts for Your

Wellbeing)

1.0 Pengenalan Tentang Teks Sumber Dan Justifikasi Pemilihan Teks

Teks yang dipilih adalah teks motivasi dalam bidang psikologi yang bertajuk “Jom-lah Fikir (A Guide
on Transforming Thoughts for Your Wellbeing)”. Buku ini ialah tentang cara-cara untuk mengurus
pemikiran kita supaya berfikir secara rasional dan dapat mengatasi masalah kemurungan, tekanan serta
masalah fikiran negatif dengan menggunakan terapi kognitif tingkah laku atau Cognitive Behavioral
Therapy (CBT). Buku ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah yang dinyatakan tadi, malah dapat
memulihkan pelbagai masalah psikologi yang lain seperti Kecelaruan Bipolar dan Skizofrenia.

Buku ini disunting oleh Dr. Phang Cheng Kar dan Dr. Firdaus Mukhtar dan diterbitkan pada
tahun 2014 di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia (UPM). Buku ini terdapat dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu,
bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pengarang bahasa Inggeris ialah Dr. Phang Cheng Kar dan Joel Low Jia
Liang. Pengarang bahasa Melayu pula ialah Dr. Firdaus Mukhtar, Dr. Siti Irma Fadhilah Ismail dan Dr.
Zubaidah Jalil Osman.

Buku ini merangkumi cadangan praktikal supaya dapat difahami oleh pembaca dengan mudah
serta terdapat ilustrasi, definisi dan contoh yang berkaitan dengan budaya tempatan orang Malaysia. Di
samping itu, teknik-teknik yang diberikan adalah berdasarkan kajian saintifik benar yang telah
dibuktikan. Bahan bacaan ini sesuai untuk orang awam dan tidak semestinya berguna kepada orang yang
mempunyai masalah psikologi sahaja. Buku ini memberikan teknik untuk berfikir secara positif dan
supaya tidak tertekan dengan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian kita.

Teks ini dipilih kerana pengarang dan penterjemah mempunyai latar belakang bidang sains iaitu
psikologi dan bukannya penterjemahan. Oleh itu, objektif tugasan ini adalah untuk mengulas perbezaan
antara terjemahan seorang penterjemah dan bukan penterjemah. Selain itu, tugasan ini dilakukan untuk
mengkaji kegunaan tatabahasa yang betul dan cara penyampaian mesej dari segi makna. Seterusnya,
juga adalah untuk mengenal pasti penggunaan istilah psikologi yang betul digunakan setelah
diterjemahkan kepada bahasa sasaran iaitu bahasa Melayu.

1
2.0 Analisis Teks

Nord (1991) mengetengahkan bahawa kerangka yang fokus kepada fungsi sesuatu terjemahan yang
dihasilkan dapat membantu penterjemah untuk memahami ciri-ciri yang terdapat dalam teks sumber,
fungsi-fungsinya dan dapat memilih strategi terjemahan yang paling sesuai dengan mengambil kira
tujuan terjemahan itu dilaksanakan.

Langkah pertama dalam proses penterjemahan yang dicadangkan oleh Nord (1991: 34) adalah
teori skopos atau tujuan teks sasaran. Perkara ini mengambil kira faktor-faktor penting supaya teks
sasaran dapat berfungsi dalam persekitaran pembaca sasaran. Asas teori skopos ini dikemukakan oleh
Hans J Vermeer dalam esei “A Framework for a General Theory of Translation (1978)”. Idea utama teori
ini adalah mempunyai matlamat dan tujuan terjemahan yang memberikan keperluan kepada pembaca
dalam budaya mereka.

Selepas menetapkan skopos teks ini, iaitu terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa
Melayu dalam bentuk informatif dan fungsi rujukan untuk memaklumkan pembaca tentang beberapa
teknik supaya dapat berfikir secara positif, penterjemah boleh melakukan analisis teks sumber dengan
mengambil kira fungsi komunikatif. Fungsi ini dapat dilihat daripada faktor-faktor ekstratekstual dan
intratekstual yang diperkenalkan oleh Nord (1991).

Analisis faktor ekstratekstual adalah untuk mengetahui identiti penulis teks sumber iaitu
pensyarah bidang psikologi di UPM, niat dan motif pengirim untuk membantu pembaca belajar teknik
mengatasi pemikiran negatif yang dibentangkan dalam bahasa mudah. Seterusnya ialah penerima teks
sumber iaitu pembaca awam di Malaysia. Disebabkan itu, buku ini disediakan dalam empat bahasa yang
digunakan di Malaysia. Medium teks sumber yang disediakan adalah dalam medium buku dan format
PDF.

Berikut merupakan perbincangan tentang dua daripada lapan elemen faktor intratekstual pula.
Pertama sekali adalah pembentukan teks yang biasanya dapat dilihat daripada elemen bukan verbal
seperti luaran teks dari aspek penampilan, inden, tajuk bab dan angka, susun atur, ilustrasi, jadual, huruf
tebal dan huruf condong. Contohnya, inden digunakan dalam teks supaya teks kelihatan lebih tersusun.
Selain itu, jenis-jenis teknik dituliskan pada bahagian atas muka surat bersama angka dan subtopik
dituliskan menggunakan huruf tebal supaya dapat menarik perhatian pembaca.

2
Elemen yang kedua adalah laras bahasa yang merangkumi bidang iaitu bidang psikologi dalam
bentuk teks motivasi. Terdapat pelbagai istilah psikologi yang digunakan seperti ‘thinking errors’,
‘depression’ dan ‘anxiety’. Kedua adalah tenor iaitu tahap keformalan teks sumber yang ditulis dengan
cara yang santai dan separa formal. Contohnya, terdapat penggunaan “lah” pada ayat teks sumber, “I’m
just lucky lah, I did nothing”. Penterjemah harus membuat keputusan samada elemen separa formal
seperti ini perlu dikekalkan atau tidak dalam teks sasaran. Selain itu, hubungan antara penulis dan
pembaca adalah peribadi kerana buku ini ditulis untuk mengatasi masalah mental yang dihadapi oleh
pembaca. Ketiga adalah mod teks yang ditulis dalam bentuk ‘penuturan’ kerana contoh-contoh yang
ditulis dalam teks adalah dalam bentuk dialog.

Setelah selesai analisis sumber, penterjemah sudah boleh mengenal pasti ciri-ciri dan elemen-
elemen teks sumber yang kemudiannya dapat disesuaikan dengan skopos teks sasaran. Hal ini adalah
untuk memberi padanan terjemahan supaya dapat mencapai fungsi yang sama dengan keperluan yang
ditetapkan pada permulaan analisis. Dengan ini, teks sasaran dan skopos yang dinyatakan bersifat
koheren.

2.1 Ciri-Ciri Khusus Teks

Teks yang telah kami pilih merupakan teks motivasi atau juga dikenali sebagai teks inspirasi bagi
sesetengah orang. Lazimnya, teks motivasi ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang boleh
dibezakan daripada teks biasa. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Pusat Rujukan Persuratan
Melayu (PRPM), istilah ‘motivasi’ ditakrifkan sebagai keinginan yang keras atau semangat yang kuat
pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk
mencapai kejayaan. Dalam pada itu, istilah ‘inspirasi’ pula bermaksud ilham atau bisikan hati menurut
entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Teks motivasi terdapat banyak ciri-ciri khusus yang boleh disenaraikan. Antara ciri teks motivasi
termasuklah bersifat naratif. Pengarang teks motivasi lazimnya berkomunikasi dengan pembaca seakan-
akan mereka sedang bersemuka dengan pembaca sasaran. Hal ini kerana, pengarang dapat mewujudkan
perhubungan satu lawan satu dengan pembaca walaupun melalui medium tulisan. Kesannya, pembaca
sasaran akan timbul perasaan yang positif seperti lebih bersemangat berbanding sebelumnya. Sebagai
contoh, pada muka surat ke-10 teks sumber, penggunaan dialog jelas digunakan oleh pengarang.

3
Terjemahan pada teks sasaran juga menggunakan teknik yang sama. Contoh ayat boleh dilihat pada
Rajah 1 di bawah.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

“WHY like that one? He MUST respect “KENAPA boleh jadi macam tu? Dia MESTI
me!” (Imposing a rule that is not within hormatkan aku!” (Membuat syarat di luar
one’s control). (hlm 10) kawalan seseorang). (hlm 36)

Rajah 1

Selain itu, ilustrasi yang merupakan elemen bukan verbal memainkan peranan yang penting
dalam menghasilkan sebuah teks motivasi. Menurut kamus elektronik PRPM, ilustrasi adalah gambar
atau lukisan untuk menerangkan atau menghiasi sesuatu dalam buku, majalah dan lain-lain. Fungsi
ilustrasi digunakan dalam teks yang dikaji ini adalah untuk menyampaikan idea dengan cara yang lebih
menarik dan jelas kepada pembaca. Gambar yang disertakan dalam buku ini seiring dengan cadangan
dan praktikal yang diberikan oleh pengarang. Contohnya, jenis fikiran negatif yang ketiga mempunyai
gambar buah oren dan epal yang memberikan gambaran kepada pembaca bahawa adalah tidak adil
untuk membandingkan dua benda yang tidak sama atau serupa. Namun begitu, gambar ini digantikan
dengan gambar cili hijau yang terdiri daripada saiz besar hingga kecil dalam teks sasaran. Hal ini kerana
empat bahasa yang berlainan disediakan dalam satu buku. Jika ilustrasi yang sama diulangi dalam
keempat-empat bahasa, maka elemen bukan verbal ini akan membosankan pembaca, terutama kepada
golongan yang memahami dan ingin membaca lebih daripada satu bahasa. Tambahan pula, lukisan atau
gambar dapat meningkatkan fungsi otak dengan memberikan corak dan emosi kepada gelombang otak.
Oleh itu, elemen bukan verbal seperti ilustrasi dapat membantu pembaca yang mengalami masalah
tekanan atau kemurungan dan seangkatan dengannya.

Seterusnya, ciri-ciri teks motivasi yang dapat dilihat daripada bahan kajian kami adalah
penggunaan ayat yang pendek dan mudah. Ayat pendek, mudah dan senang difahami oleh pembaca
sasaran lebih menjadi pilihan pengarang ketika menulis buku tersebut. Penggunaan ayat sebegini lebih
senang untuk pengarang menyampaikan maklumat dengan jelas dan terus kepada pembaca. Pembaca
pula akan faham tanpa mengalami kekeliruan disebabkan ayat yang digunakan tidak terlalu panjang dan

4
kompleks. Kadang kala, ayat yang panjang dan meleret boleh mendatangkan kekeliruan kepada
pembaca sasaran di samping perlu memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Pengarang juga mengambil inisiatif untuk menggunakan perkataan yang tidak terlalu rumit supaya
pembaca sasaran yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah rendah khususnya dapat memahami isi
kandungan buku tersebut. Definisi sesuatu tajuk kecil juga dijelaskan secara mudah namun makna dapat
disampaikan. Contoh penggunaan ayat mudah boleh dilihat berdasarkan Rajah 2 di bawah.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

“Ignoring the good and focusing on the bad.” “Mengabaikan yang positif dan fokus kepada
(hlm 7) yang negatif.” (hlm 33)

Rajah 2

2.2 Elemen-Elemen Khas Yang Terdapat Dalam Teks

a) Isu Tatabahasa

Teks sasaran diterjemahkan dengan menggunakan konvensi tatabahasa yang tidak betul sepenuhnya. Hal
ini dapat membezakan hasil terjemahan yang dilakukan oleh seorang penterjemah dan bukan
penterjemah.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

Therefore, it’s important to know how to


Oleh itu, ia adalah penting untuk mengetahui
identify, relate and transform our thoughts.
bagaimana untuk mengenalpasti jenis
(hlm 1)
pemikiran tersebut dan mengubahnya untuk
ketenangan dan kebahagiaan. (hlm 27)

Rajah 3

Kata ganti nama diri ‘ia’ ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Oleh sebab itu, ‘ia’ tidak boleh
digunakan untuk perkara selain daripada manusia. Penterjemah teks sasaran menggunakan ‘ia’ untuk
terjemahkan ‘it’ sedangkan adalah salah dari segi tatabahasa. ‘Ia’ perlu digantikan dengan ‘hal ini’ atau

5
‘perkara ini’ untuk merujuk konsep, fikiran mahupun fakta. Sekiranya ayat tersebut membolehkan
penggugurannya, maka ‘ia’ tidak perlu digunakan langsung. Dengan ini, terjemahan boleh diubah
menjadi “Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui…”

Seterusnya, kata ganti nama tanya seperti ‘apa’, ‘siapa’, ‘di mana’, ‘bagaimana’, ‘mengapa’ dan
‘yang mana’ tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Penterjemah terjemahkan perkataan berbentuk
‘wh-’ yang boleh digunakan dalam ayat penyata dalam bahasa Inggeris dengan padanan kata ganti nama
tanya dalam bahasa Melayu. ‘Bagaimana’ dalam teks sasaran di atas perlu digantikan dengan ‘cara’,
‘punca’ atau ‘sebab’ supaya mematuhi prinsip tatabahasa bahasa Melayu. Selain itu, ‘mengenal pasti’
adalah dua perkataan yang perlu dieja secara berjarak. Tambahan pula, penterjemah telah menggugurkan
perkataan ‘relate’ dan telah menambahkan ‘untuk ketenangan dan kebahagian’ pada teks sasaran. Maka,
cadangan terjemahan dalam TT seharusnya menjadi “Oleh itu, hal ini adalah penting untuk mengetahui
cara-cara mengenal pasti, mengaitkan dan mengubah pemikiran kita”.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

Making assumption about other’s thoughts


Membuat andaian mengenai pemikiran dan
and feelings (hlm 5)
perasaan orang (hlm 31)

Rajah 4

Kata sendi ‘tentang’ dan kata kerja transitif ‘mengenai’ tidak boleh disamakan fungsi dalam sesuatu
ayat. ‘Tentang’ digunakan sebelum kata nama atau frasa nama tetapi ‘mengenai’ digunakan sebelum kata
nama atau frasa nama yang dikategorikan sebagai objek. Perkataan ‘mengenai’ tergolong sebagai kata
kerja transitif yang bermaksud kena pada sasarannya. Contoh ayat adalah, “Api merebak sehingga
mengenai beberapa buah kereta”. Oleh itu, ‘mengenai’ dalam ayat dalam TT di atas perlulah digantikan
dengan ‘tentang’.

Jelaslah bahawa orang yang mempelajari bidang penterjemahan dan tidak mempelajarinya tidak
peka terhadap kesalahan umum yang sering dilakukan dalam tatabahasa bahasa Melayu. Aspek
tatabahasa haruslah dikuasai oleh penterjemah supaya dapat menghasilkan terjemahan yang berkualiti
dan untuk menjaga reputasi.

6
b) Makna

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

it’s called ‘Google-WWWYahoo.’ It means ia dipanggil 'Google' (cari) untuk WWW


repeatedly trying to ‘Google’ (search) for 3 (Wow Wow Wow) dan 'Yahoo'! (Google-
WWW’s (What Went Well?) everyday, and WWWYahoo..untuk bergembira). (hlm 43)
‘Yahoo’ (rejoice) on the WWW’s. (hlm 16)

Rajah 5

“Google” adalah perkataan homofon yang mempunyai dua maksud, pertama ialah kata nama iaitu
sejenis enjin carian dan menurut kamus elektronik Urban Dictionary, maksudnya yang kedua ialah kata
kerja iaitu “mencari sesuatu di Google”. Disebabkan hal ini, penulis meletakkan “(search)” dalam TS
dan penterjemah meletakkan “(cari)” dalam TT untuk mengelak kekeliruan.

Selain itu, makna yang disampaikan dalam teks sumber dan teks sasaran adalah berbeza. WWW
dalam TS adalah “What Went Well?” iaitu antara teknik bersyukur yang dikemukakan dalam buku ini.
WWW dalam TT pula adalah “Wow Wow Wow” yang memberikan jenis teknik yang tidak sama dengan
TS. Hal ini kerana, dalam TS penulis mencadangkan teknik “What Went Well?” supaya pembaca dapat
renungkan perkara yang telah berjalan dengan lancar dan baik. Dalam TT pula, teknik yang diberikan
adalah “Wow Wow Wow” iaitu sebuah teknik untuk bergembira atas kejayaan.

Memandangkan penterjemah ingin mengekalkan fungsi “WWW” yang bermaksud world wide
web dalam TT, maka makna yang lain terpaksa diberikan. Menurut Leech (1981: 15), makna sosial ialah
bahasa dapat menggambarkan perasaan peribadi penutur (penulis) yang mungkin merangkumi sikap
terhadap pendengar (pembaca) atau sesuatu yang dibicarakan. “Wow Wow Wow” mempunyai makna
emotif iaitu ekspresi yang menunjukkan kekaguman atas sesuatu kejayaan yang jelas berbeza dengan
teknik yang dikemukakan dalam TS.

3.0 Elemen Yang Dipilih Sebagai Fokus

7
Elemen yang telah dipilih untuk dikaji pada penulisan kali ini adalah elemen terminologi ataupun istilah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat istilah “terminologi” didefinisikan sebagai kajian tentang istilah.
Makna lain yang turut diberikan termasuklah kumpulan kata khusus yang berkaitan dengan sesuatu
bidang ilmu. Dari sudut pandangan sarjana pula, di dalam buku yang bertajuk Terminology: Theory,
Methods and Applications oleh M. Teresa Cabré Castellví dan Juan C. Sager pada tahun 1999, mereka
percaya bahawa terminologi merupakan satu praktis dengan gabungan tiga perkara utama walaupun
ketiga-tiganya berkait antara satu sama lain.

Tiga perkara tersebut adalah kognitif, linguistik dan sifat sosial (social nature). Tambah mereka
lagi, terminologi menyasarkan kepada menyelaraskan konsep dan terma, proses untuk memilih sebuah
nama yang standard atau “membakukan”. Terminologi juga termasuk proses membaiki atau menambah
baik sesuatu konsep selalunya dilakukan oleh pakar. Mereka akan memilih satu terma terbaik daripada
pelbagai terma yang wujud untuk menubuhkan satu nama atau label yang boleh dikenali pada tahap
nasional ataupun antarabangsa serta dapat diaplikasikan dalam pelbagai konsep. Berikut merupakan
contoh-contoh ayat yang mempunyai isu berkaitan dengan terminologi atau terma berkaitan dengan
bidang psikologi yang akan dikupaskan dengan lebih mendalam pada bahagian yang seterusnya.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

Emotional Reasoning (hlm 9) Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa (hlm 35)

Unfair Comparison (hlm 4) Berat Sebelah (hlm 30)

Rajah 6

Memandangkan teori skopos mementingkan fungsi, maka penterjemah bebas untuk memilih
padanan yang tidak perlu setia sangat terhadap aspek leksikal, bentuk dan sebagainya. Malah,
penterjemah boleh menggunakan sedikit adaptasi terhadap padanan pilihan . Berdasarkan contoh di atas,
istilah dalam bidang psikologi iaitu “Emotional Reasoning” adalah salah satu teknik untuk mengatasi
masalah pemikiran negatif diterjemahkan menjadi peribahasa dalam bahasa Melayu yang bermaksud
orang yang mengikut hawa nafsu akan mendapat akibat yang buruk akhirnya. Dalam teks sumber, teknik
ini menghuraikan tentang membuat keputusan dan cara kita bertindak dengan mengikut perasaan.
“Unfair Comparison” pula adalah istilah psikologi yang diterjemahkan menjadi simpulan bahasa yang

8
bermaksud tidak adil atau menyebelah kepada satu pihak. Masyarakat orang Melayu terbiasa dengan
penggunaan peribahasa yang merupakan salah satu daripada budaya dan sifat sosial mereka. Lebih-lebih
lagi, kebanyakan bidang terjemahan sekarang tidak fokus kepada linguistik sahaja malah fokus terhadap
bahasa yang diiringi oleh budaya.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

“Once you’ve identified the unhelpful “Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti
thoughts, here are some ways to manage pemikiran tidak membantu, di sini adalah
them so that they can become more positive beberapa cara untuk menguruskan mereka
and useful:” (hlm 13) supaya mereka boleh menjadi lebih
positif dan berguna:” (hlm 39)

Rajah 7

Frasa yang ditanda tebal di dalam rajah di atas merupakan salah satu istilah psikologi yang
terdapat dalam buku tersebut. Secara kasarnya, kita dapat lihat frasa tersebut telah diterjemahkan kepada
bahasa sasaran menggunakan padanan satu lawan satu. Walau bagaimanapun, terdapat masalah
terjemahan (translation problems) yang ditegaskan oleh Nord (1997/2001: 64) iaitu masalah pragmatik
pada frasa tersebut disebabkan jenis terjemahan yang digunakan oleh pengarang adalah terjemahan
dokumentari. Terjemahan dokumentari oleh Nord (1991: 72) merupakan terjemahan sebahagian atau
semua aspek teks sumber dikekalkan untuk pembaca sasaran. Oleh itu, pembaca sedar bahawa teks yang
dibaca adalah sebuah terjemahan.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

“I was very productive before I had a stroke. “Sebelum dapat penyakit ini macam-macam
Now, I’m completely useless!” (hlm 4) saya boleh buat, tapi sekarang satu pun tak
boleh.” (hlm 30)

Repeatedly asking, “WHY am I always Berulang-kali bertanya “KENAPA mesti aku


depressed?” (Despite several explanations). yang dapat penyakit mental ni?”(Walaupun
(hlm 10) sudah berulangkali diberikan penjelasannya).
(hlm 36)

9
Rajah 8

Contoh pada Rajah 8 memaparkan contoh penggunaan terminologi bagi nama penyakit yang
spesifik pada teks sumber. Walau bagaimanapun, penterjemah telah menggunakan prosedur generalisasi
oleh Vinay dan Darbelnet (1958/1995). Secara logiknya, istilah “stroke” dan “depressed” tidak perlu
digeneralisasikan kerana mempunyai padanan yang lebih tepat dalam bahasa Melayu. Jika penterjemah
mengekalkan nama penyakit tersebut dalam teks sasaran, pembaca dapat menghayati makna ayat yang
ingin disampaikan dengan lebih jelas dan mendalam. Jika istilah tersebut digeneralisasikan, impak pada
pembaca sasaran teks sasaran mungkin berbeza daripada pembaca teks sumber.

Teks Sumber (TS) Teks Sasaran (TT)

“Perfectionist Thinking” (hlm 11) “Sempurna 100%” (hlm 37)

“Grateful Thinking” (hlm 15) “Teknik Bersyukur” (hlm 41)

Rajah 9

Contoh yang terakhir boleh dilihat berdasarkan Rajah 9. Istilah-istilah berkaitan dengan
psikologi di atas telah diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran dengan menggunakan teori persamaan
atau “equivalence”. Catford (1965:20) berpendapat pertukaran antara unit tekstual dan semantik dalam
bahasa sumber untuk unit yang sama atau paling hampir dalam bahasa sasaran. Dalam pada itu, Bell
(1991) menyatakan bahawa persamaan menyeluruh yang ideal adalah mustahil. Beliau menambah sama
ada pada peringkat mikro ataupun makro, seseorang tidak akan memperoleh persamaan simetri
(symmetrical) yang sepenuhnya antara bahasa disebabkan oleh pelbagai lapisan makna dan budaya yang
mendasari perkembangan bahasa tersebut adalah berbeza. Oleh itu, istilah “Perfectionist Thinking” dan
“Grateful Thinking” pada teks sumber telah diterjemahkan dengan mengaplikasikan teori persamaan
oleh penterjemah.

3.1 Kaedah dan Prosedur Terjemahan Yang Telah Digunakan Dan Kesesuaiannya Dalam
Menangani Hal Yang Dinyatakan Dalam 3.0

Berdasarkan Rajah 6, kita dapat lihat bahawa kaedah aliran kecenderungan budaya yang diperkenalkan
oleh Snell-Hornby (1990) dan Bassnett dan Lefevere (1990) digunakan untuk terjemahkan frasa
berunsur leksikal iaitu istilah dalam bidang psikologi kepada peribahasa dan simpulan bahasa yang

10
berunsur budaya. Hal ini kerana, pembaca sasaran ialah golongan awam yang terdiri daripada pelbagai
lapisan masyarakat dan umur. Jika istilah psikologi ini setia dengan leksikal, maka terjemahannya akan
menjadi “pertimbangan emosi” dan “perbandingan tidak adil”. Sememangnya, padanan ini adalah lebih
tepat dan mempunyai sentuhan bidang psikologi tetapi skopos teks ini adalah untuk pembacaan orang
awam di Malaysia yang mungkin pengetahuan mereka tidak luas tentang bidang ini. Oleh itu, fungsi
istilah ini diterjemahkan dalam bahasa sasaran dan juga konteks budaya sasaran.

Merujuk Rajah 7 pula, prosedur terjemahan satu lawan satu dan kaedah terjemahan dokumentari
digunakan yang menyebabkan masalah pragmatik berlaku kerana semua aspek istilah ini dikekalkan
untuk pembaca sasaran. Fungsi terjemahan dokumentari adalah interaksi komunikatif budaya sumber
dalam pembacaan budaya sasaran. Jenis terjemahan ialah terjemahan ‘interlineal’ yang mencerminkan
ciri-ciri leksikal, sintaksis dan morfologi teks sumber (Nord, 2005). Hal ini menyebabkan pembaca
sasaran sedar bahawa teks ini ialah sebuah terjemahan.

Terjemahan dalam Rajah 8 menggunakan prosedur terjemahan generalisasi untuk terjemahkan


jenis penyakit. Sebaliknya, terjemahan ini tidak perlu digeneralisasikan melainkan tiada alternatif lain
untuk melakukan terjemahan dan terma yang digeneralisasikan adalah jelas dan boleh difahami. Oleh
itu, terma yang sedia ada dalam bahasa Melayu haruslah digunakan. Dengan cara ini, pembaca sasaran
akan tahu dengan tepat penyakit yang dimaksudkan pengarang asal kerana nama penyakit tersebut tidak
digeneralisasikan pada teks sasaran.

Terjemahan pada Rajah 9, ‘perfectionist’ diterjemahkan menjadi ‘100%’. Menurut kamus


elektronik (mykamus.my), padanan yang diberikan adalah ‘mementingkan kesempurnaan jiwa’.
Padanan ini tidak sesuai digunakan sebagai jenis ‘teknik’ kerana ayat akan menjadi panjang dan dapat
dilihat bahawa situasi ini menyukarkan usaha mencari persamaan leksikal. Sebaliknya, penterjemah
menggunakan teori terjemahan persamaan kerana tiada padanan khusus bagi istilah ini. Dalam pada itu,
terdapat maksud tersirat pada ‘100%’ iaitu sesuatu pada tahap maksimum. Oleh itu, padanan yang
diberikan oleh penterjemah bersesuaian dengan konteks bahasa sasaran. Untuk contoh kedua pula,
‘bersyukur’ adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab iaitu kata syakara dan syukuran yang bererti
berterima kasih kepada Allah. Daripada menggunakan padanan terjemahan satu lawan satu iaitu
‘pemikiran berterima kasih’, padanan persamaan dalam rajah 9 adalah lebih sesuai dan gramatis dalam
konteks budaya pembaca sasaran.

11
3.2 Isu dan Kesan Terjemahan

Berdasarkan contoh-contoh yang telah dikemukakan pada 3.0, terdapat beberapa isu dan kesan
terjemahan yang timbul. Merujuk kepada contoh pada Rajah 6, frasa “Emotional Reasoning” telah
diterjemahkan menjadi peribahasa Melayu “Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa” melalui kaedah “cultural
turn” oleh penterjemah. Perkara yang sama telah diaplikasi pada frasa “Unfair Comparison” dan
padanannya “Berat Sebelah” yang merupakan simpulan bahasa. Memang tidak boleh dinafikan lagi
terjemahan bahasa Melayu sesuai digunakan memandangkan pembaca sasarannya rata-rata terdiri dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang lazim dengan penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa.
Peribahasa tersebut sangat sesuai digunakan sebagai tajuk kerana maksudnya sama dengan maksud yang
ingin disampaikan pada teks sumber. Bezanya hanya cara penyampaian maksud yang berbeza sesuai
dengan budaya negara masing-masing. Kesan daripada terjemahan tersebut, tajuk pada teks sasaran
menjadi lebih tempatan dan semula jadi kepada pembaca sasaran.

Seterusnya, contoh pada Rajah 7 memaparkan istilah “unhelpful thoughts” yang telah
diterjemahkan menjadi “pemikiran tidak membantu”. Jika kita sebagai warga tempatan membaca ayat
tersebut, kita dapat rasa kejanggalan frasa terjemahan tersebut dengan sekali gus. Frasa terjemahan
bahasa Melayu terlalu literal akibat diterjemah melalui perkataan demi perkataan. Cadangan untuk
menambah baik terjemahan adalah “pemikiran yang tidak membantu diri anda” supaya mesej yang
disampaikan dalam TS umpama mesej baru dalam TT. Implikasinya, pembaca sasaran tidak akan berasa
terlalu kekok ketika membaca teks terjemahan kerana frasa tersebut kedengaran lebih lengkap dan
sempurna berbanding sebelumnya.

Selain itu, contoh pada Rajah 8 juga mempunyai isu yang boleh dikupas. Oleh sebab prosedur
generalisasi telah digunakan oleh penterjemah, pembaca sasaran tidak dapat mengetahui dengan tepat
nama penyakit yang ingin disampaikan oleh pengarang teks sumber. Jadi, proses penyampaian
maklumat atau makna telah menjadi kurang tepat kerana prosedur yang digunakan. Disebabkan terma
dalam teks sasaran tidak jelas, maka ‘stroke’ perlu diterjemahkan menjadi ‘strok’ yang menggunakan
prosedur terjemahan peminjaman kategori ‘assimilated loanwords’. “Stroke” juga boleh diterjemahkan
sebagai “angin ahmar” dalam bahasa Melayu. ‘Depressed’ adalah kata adjektif yang perlu diterjemahkan
menjadi ‘murung’ dan ‘yang dapat’ haruslah digugurkan supaya dapat membentuk ayat yang menepati

12
tatabahasa bahasa sasaran. Dengan cara ini, terjemahan teks sasaran akan menjadi lebih sempurna
kerana makna ayat dapat disampaikan tanpa menggugurkan atau membuang apa-apa maklumat.

Akhir sekali, merupakan contoh berdasarkan Rajah 9. Kedua-dua contoh terjemahan tidak
diterjemahkan menggunakan prosedur perkataan demi perkataan. Penterjemah mengambil pendekatan
untuk menterjemah dengan cara persamaan. Penterjemah mementingkan makna pada teks sasaran
kerana tidak menterjemah secara terus. Kesannya, cara penyampaian tajuk mungkin agak berbeza
daripada teks sumber. Contohnya untuk contoh yang pertama iaitu “Perfectionist Thinking” terjemahan
bahasa Melayu terdapat penggunaan 100% untuk melambangkan kesempurnaan. 100% telah digunakan
untuk memberikan maksud sempurna berbanding dengan menterjemah istilah “perfectionist” secara
terus menjadi “orang yang mementingkan kesempurnaan”. Isu untuk contoh yang kedua pula adalah
“Grateful Thinking” diterjemah menjadi “Teknik Bersyukur”. Penterjemah telah menggunakan “Teknik
Bersyukur” supaya pembaca sasaran dapat lebih memahami makna yang ingin disampaikan.
Penterjemah bijak menggunakan prosedur persamaan kerana jika menggunakan prosedur literal, frasa
tersebut boleh menjadi “Pemikiran Berterima Kasih”. Frasa tersebut kurang tepat untuk digunakan pada
teks sasaran. Kesan penggunaan prosedur persamaan, terjemahan menjadi lebih semula jadi ketika
dibaca oleh pembaca tempatan di Malaysia.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pelbagai contoh dan analisis dapat dilakukan berdasarkan buku yang dikaji. Terdapat
terjemahan yang baik dan segelintir kesilapan yang dilakukan oleh penterjemah. Analisis yang dilakukan
dapat dikaitkan dengan teori-teori bersesuaian yang telah dipelajari. Hasil daripada analisis yang
dilakukan, jelaslah terdapat perbezaan yang ketara antara penterjemah yang hanya khusus dalam bidang
psikologi dengan penterjemah yang mengambil kira pelbagai aspek seperti budaya negara sasaran,
pembaca sasaran, dan sebagainya. Penterjemah tidak boleh menterjemah secara literal setiap masa
kerana kemungkinan besar pembaca sasaran tidak dapat memahami langsung maklumat yang ingin
disampaikan. Oleh itu, pendekatan yang sewajarnya perlulah diambil oleh penterjemah untuk
menghasilkan teks terjemahan yang bagus dan tidak janggal apabila dibaca ataupun digelar sebagai
“translationese”. Terjemahan yang bagus perlulah kedengaran semula jadi dan apabila dibaca, pembaca
sasaran tidak tahu sama ada teks tersebut telah diterjemah ataupun tidak.

13
5.0 Rujukan

Bassnett, S. & Lefevere, A. (1990). Translation, History & Culture. Michigan: Pinter Publishers.

Bell, R.T. (1991). Translation and translating. London: Longman.

Cabré M. Teresa., & Sager, J. C. (1999). Terminology theory, methods, and applications. Amsterdam:
J. Benjamins Pub. Co.

Catford, J.C. (1965). A linguistic theory of translation: An essay in applied linguistics. Oxford: Oxford
University Press.

Leech, G.N. (1981). Semantics: The Study of Meaning. London: Penguin Books.

Limongi, E.M. (2000). “The Interdependence of Extratextual and Intratextual Factors in Translated
Texts: A Sample Analysis of ícaro Brasil, Varig’s Bilingual In-Flight Magazine”, Master thesis,
Universidade Federal De Santa Catarina, Brazil.

Nord, C. (1991/2005). Text analysis in translation: Theory, methodology, and didactic application of a
model for translation-oriented text analysis. Amsterdam: Rodopi.

Nord, C. (1997/2001). Translating as a purposeful activity: Functionalist approaches explained.


Manchester: St. Jerome.

Phang, C.K. and Firdaus Muhktar. (2014). Jom-lah Fikir: A Guide On Transforming Thoughts For Your
Wellbeing. Putrajaya: Department of Psychiatry & Mental Health, Faculty of Medicine & Health
Sciences, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Trisnawati, Ika. (2014). SKOPOS THEORY: A PRACTICAL APPROACH IN THE TRANSLATION


PROCESS. Englisia Journal. 1. 10.22373/ej.v1i2.186.

Vermeer, H. J. (1978). A Framework for a General Theory of Translation. Germany: Heidelberg


University.

Vinay, J.P. & Darbelnet, J. (1958/1995). Comparative stylistics of French and English: A methodology
for translation. Amsterdam & Philadelphia: John Benjamins.

14

Anda mungkin juga menyukai